Hukum Memakai Wangian


Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Hukum Memakai Wangian

  1. hukum wangian dalam islam

  2. Ummu Mashitah berkata:

    hukum memakai wangian perempuan pula bagai mana

  3. mukhlas berkata:

    Diakhir zaman ni rata2 perempuan keluar rumah bekerja atau berurusan sendiri2..maklumlah sekolah sampai unibersiti tak pun kolej tak pun spm…..tentulah nak kerja….kat skolh dulu pun dah biasa bebas bercampur lelakiperempuan , dah sama2 belajar, bermain, berpesta, berkhemah kerja sampai dalam hutan pun sekali…sekali dengan cikgu2….cikgu2 pun muda2 dekat sebaya….tetapi bila keluar rumah tu, ramai yang makeup dan berwangi2an…….ada juga yang tak bertudung dan pakaian seksi [ ketat dan terdedah sanasini]. Ye lah kalau nak teperap kat rumah tu boringlah …dah biasa keluar dari tadika lagi……..tamat sekolah umur 23th…tolak umur tadika 5th….. hah 18th terdidik terpelajar cara sekular tu……..biasa la !!!

    Pelik tu masa belajar bila masuk priksa baca doa dan solat hajat minta lulus…..bukannya nak jadi hamba Allah yang Soleh tapi nak dapat 12A senang dapat kerja…terus langgar syariat……..tu lah belajar lain doa lain hidup lain…memang tak ada identiti langsung…….habis tu nak pakai apa pun ikut suka aku……lah !!.

  4. Nasir Nanyan berkata:

    As’salamualaikum..

    Saya Ingin Meminta Izin Pemilik Laman Ini Untuk Berkongsi Segala Maklumat Berkaitan Agama Islam Dalam Laman Perniagaan Saya Di http://www.facebook.com/ANBTrio. Semoga Allah Memberikan Kebaikkan Bersama.. InsyaAllah.. Terima Kasih.

Tinggalkan komen