Jumlah ayat al Quran 6666 itu adalah salah



Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur’an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.

Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian – “syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu” (6:112).

Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur’an. Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur’an yang sebenar.

Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur’an yang sebenar:

Surah:

1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat

6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684

11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428

16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582

21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449

26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537

31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236

36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513

41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292

46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165

51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304

56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184

61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66

66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190

71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172

76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209

81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131

86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112

91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63

96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51

101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36

106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23

111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20

———————————————————–

Jumlah besar = 6,236 ayat

Maka bilangan ayat di dalam al-Qur’an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.

Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan “Bismillah.” Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur’an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.

Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.

Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?

Mungkin terdapat orang yang mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Sekiranya begitu, maka mistis nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut belaka. Kerana tiada ayat Allah daripada al-Qur’an yang tersembunyi. Tiada juga kebenaran pada kepercayaan iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui rahsianya.

Ayat-ayat Allah di dalam al-Qur’an adalah jelas dan nyata untuk dibaca dan dijadikan petunjuk bagi semua lapisan manusia di dunia. Mereka diturunkan Allah sebagai bukti yang jelas lagi nyata atas kebenaran yang sebenar. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur’an yang menyebut mengenainya. Antaranya adalah enam yang berikut:

1. “Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)” (2:99).

2. “Demikianlah, Kami menurunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki” (22:16).

3. “Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah’; dan mereka berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan'” (34:43).

4. “Bulan Ramadan yang padanya al-Qur’an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza” (2:185).

5. “Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin” (45:20), dan,

6. “Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku (Muhammad) bukanlah penjaga kamu” (6:104).

Kembali kepada nombor 6,666, lalu teringat akan seorang kenalan, semasa bekerja dulu, yang mengatakan jumlah ayat al-Qur’an adalah sebanyak itu. Setelah diberitahu jumlah yang sebenar, dan bagaimana ia diperolehi, dia berkata, sedang tidak mempercayainya, bahawa dia akan bertanya “Tok Mufti” mengenainya. Tok itu adalah guru yang mengajarnya. Sangat dibanggakannya. Mahukah tidak berbangga dapat berguru atau berapat dengan seorang Mufti negeri yang manis rupa dan pertuturannya, lagi dihormati dan masyhur pula. (Mufti tersebut telah bersara beberapa tahun lalu.)

Itulah padah bagi mereka yang tidak mahu mendengar semua ucapan atau pandangan orang lain. Mereka hanya mendengar ucapan orang-orang tertentu sahaja yang disangka alim serta didewa-dewakan oleh orang ramai. Lalu bukti yang jelas dan nyata, apabila tampil ke mukanya, didustakan dengan sengaja. Sebab, ingin menerima ucapan “dewa” yang palsu dan indah, yang menipunya (atas kecuaiannya sendiri), sebagai yang hak dan benar.

Setelah Allah memperingatkan supaya mendengar semua ucapan orang, serta menggunakan minda untuk memilih dan mengikuti yang terbaik daripadanya, sesetengah orang Melayu masih dalam keraguan. Walaupun, cara itu, tambah-Nya lagi, akan membuat-Nya memberi petunjuk, namun mereka tetap dalam keadaan ragu-ragu atau lupa.

Justeru, Peringatan itu diturunkan di bawah ini untuk renungan bersama. Dengannya, berakhirlah tulisan di sini. Firman Allah:

“Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda” (39:18).

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

30 Responses to Jumlah ayat al Quran 6666 itu adalah salah

  1. Abu Naim berkata:

    Penerangan berkenaan jumlah ayat Al-Quran lebih jelas dan mendalam di artikel di bawah:

    http://syaikhmuhammad.multiply.com/journal/item/25/Berapa_Jumlah_Ayat_Quran…..

  2. che saad mohd salleh berkata:

    Assalamu’alaikum..wbh,
    Ulama zaman dulu, kelebihan iman, taqwa, amal mereka sgt hebat,dan bagi ulama sufi pula wirid dan zikir mereka pun kita tak terikut ..seperti imam2 besar yg nama mereka dah tersohor…cuma mereka tak secanggih kita dlm mengira, mereka mengira ayat2 alqur’an secara manual, pasti ada yg tak sama…adakah hanya kerana tak sama, kita sampai hati sampai rasa menuduh mereka sebagai ulama palsu…adakah ulama hari ini yg hidup dlm aircond dan tak pernah pun mengislamkan org kafir, malah org kafir pun semakin bertambah..kita kata ulama skrg hebat..sedangkan ulama dulu tidak disebut “tok aji, Tok imam, Ustaz, Tn Guru kalau tidak mengislamkan org…jasa mereka sangat banyak..islamnya kita hari ini adalah hasil susah payah ulama dulu

  3. che saad mohd salleh berkata:

    Tuhan sentiasa memberi ilham yg berbeza setiap zaman, demi untuk menguatkan agamaNya..semakin hari semakin canggih…adakah apabila kita diberi pengetahuan yg sedikit ini, tiba2 dgn angkuhnya kita mencela org sebelumnya..adakah ini tujuan kita dijadikan, hidup hanya
    untuk mencela org lain…sepatutnya kita akan lebih merendah diri..adakah mengira jumlah ayat alqur’an hukumnya wajib, hingga kalau tersilap kena hukum neraka jahannam….sebenarnya manusia lah yang bermulut jahat…bila dapat saja ilmu melalui kajiannya..terus saja menjadi Ego yg melampau

  4. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam

    Che Saad Mohd Salleh, apakah benar mereka yang mendakwa ayat al Quran 6666 itu terdiri daripada alim ulama Islam ?. Apakah saudara pasti siapakah ulama yang dahulukala yang mendakwa ayat al Quran 6666 itu. Apakah Ulama zaman sekarang tak pernah mengislamkan orang kafir ?. Apakah semua orang Islam hari ini terdiri dari orang kafir yang di Islamkan ulama zaman dulu ?. Bawak bawaklah bertenang dan berfikit.

  5. Abu Naim berkata:

    Assalamu’alaikum,
    Che Saad janganlah marah tuan tanah. Betul Ego itu sangat berbahaya, tetapi kita juga wajib bebaskan diri dari bahaya jumud dan budaya tetak-dulu-tanya- kemudian. Cuba hayati kisah Salman al-Farisi memeluk Islam. Cuba baca link saya diatas ya…

  6. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam

    Saudara Abu Naim, tujuan saya menyediakan weblog ini adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan ugama di alam sever. Terima kaseh kerjasama saudara memberikan link diatas dan saya telah pun menjadikanya intri weblog ini. Kadangkala usaha kita mengembangkan pengetahuan kepada umat adalah apa yang kita perolehi seperti dari komentar saudara Che Saad, beliau bukan sekadar tidak tahu berterima kaseh, malahan marah marah pulak.

  7. richard berkata:

    6000nya bener cok

  8. misbah berkata:

    assalamualaikum…………….maksud bilangan ayat al-quran berjumlah 6,666 ialah cara pengiraannya berbeza dengan cara saudara mengiranya.maksud bilangan ayat 6666 ialah begini:1)1000 berkaitan ayat perintah (2)1000 ayat berkaitan tegahan (3)1000 ayat berkaitan janji baik (4)1000 ayat berkaitan janji seksa (5)1000 ayat berkaitan kisah-kisah/berita-berita(6)1000 ayat berkaitan pengajaran dan contoh-contoh(7)500 ayat berkaitan halal dan haram (8) 100 ayat berkaitan doa (9) 66 ayat berkaitan nasikh dan mansukh.kesimpulannya jumlah ayat al-quran dengan maksud dan pengiraan cara ini berjumlah 6666 ayat. kalau kita tidak tahu jangan menghina ulama terdahulu.sila rujuk tafsir al-munir,jilid pertama,m/s 45.
    sekian terima kasih.wassalam

  9. Hanson Awie berkata:

    setahu saya banyak yang mengatakannya ayat ar ,quran 6666 rupanya 6666 adalah saya

  10. Hanson Awie berkata:

    setahu saya banyak yang mengatakannya ayat arquran 6666 rupanya 6666 adalah salah

  11. Hakimi berkata:

    6666 itu salah, tapi tetap dilerlukan untuk mengimbangi 6236. Selisih 6666 dan 6236 adalah 430. 4,3, dan 0. Tidakkah ada yang menangkap rahasia 4,3, dan 0 ini? Merujuk kepada apakah 430 ini?

  12. Hakimi berkata:

    6666 harus ada untuk menjadi saksi 6236, dan sebaliknya. Jika kita menghitung selisihnya maka kita akan memperoleh jumlah 430. Tiga angka yaitu : 4, 3, dan 0. Tidakkah kita melihat ba sin mim sebagai 3 huruf, dan alif lam lam ha sebagai 4 huruf? Dan banyak lagi tanda-tanda lainnya. Terlalu bamyak untuk diungkap disini. Jangan dipertengkarkan jua perbedaan ini. Mohon maaf jika penjelasan saya tak berkenan dihati bapak-bapak semua.
    the34code@yahoo.com

  13. Hakimi berkata:

    Assalamu’alaykum.
    Jangan mudah menyalahkan. Jika diukur dengan keadaan manusia, ekor pada kucing itu tak pantas. Tapi demikianlah, kucing telah berekor. Kalau dibandingkan dengan gonggong anjing maka kicau burung tak pantas. Tapi demikian tersurat bahwa ayam jantan berkokok, ayam betina berkotek, burung berkicau. Apa yang harus disalahkan. Siapa pula orang yang boleh semena-mena berkata ini salah itu salah. Dari mana orang itu mendapat izin untuk berkata salah dan benar.Apalagi tentang AlQuran. Coba cari selisih 6666 dengan 6236. Hasilnya 430. Empat, tiga, dan nol. Lihatlah apa yang ditampakkan oleh 3 angka ini. Salahsatunya adalah ba sin mim (3) alif lam lam ha (4). Jika kita kalikan 4 dengan 3 maka hasilnya 12. Lihatlah jumlah huruf pada kalimat la ilaha illa allah (tulisan arab), berapa jumlahnya. Banyak lagi yang lainnya.
    Semoga selamat semua.
    Wassalam

  14. Abdullah berkata:

    Benar kata-kata hakimi dan misbah

  15. esemar berkata:

    baik kita bincang yang kita ni tak mati, badan je yang mati, apa patut kita buat lepas badan tak ade, berada dalam kubur dan seterusnya hingga ke syurga… insyaAllah semoga kita menjadi orang yang teristimewa… amiin…

  16. Val berkata:

    Aku rasa orang ini d beri nama pengikut dajal nanti..Dalam hadis telah menyebut,ALLAH TAHALA lebih tau dr seorang pemikiran manusia..Jadi apakah penulis blog ni tau rahsia2 ALLAH TAHALA yg kamu pahami??Aku sudah belajar dari golongan ilmuwan yg tinggi..Al Quran itu punyai 6666 kesemuanye.Hanya penulis blog ni kekurangan ilmu dan ia seorang perkaji sebagai mana seoranng yahudi,yg bt kajian tetang al-quran ini..

  17. Val berkata:

    Andai kiamat nanti adekah kamu tau terjadi dan tarikhnya sekali??jd seorang manusia jgn jd perkaji ilmu al-quran..jadikan diri itu sebagai golongan yg paham dosa..kerana allah tahala pn dh bercakap dgn nabi muhammad,wahai muhammad.umat2 kamu yg akan tergolong dr seksaan neraka ketujuh ku(allah tahala)..jd d mana penulis blog ini cakap kita dok syurga terus..walau kamu sebayang 5 waktu..jgn pk dahulu syurga..kerana allah tahala tau dr hati dan niat manusia itu..

  18. Val berkata:

    Yang 6666 itu adelah hukum2 dan juga kisah2 nabi serta menjelangnya kiamat..Kalau penulis blog ini nk tau..Jadi jgn jadi yahudi nk kaji al quran itu..sebayang 5 waktu,apa maksudnye?taubat itu apa maksudnye?kebaikan itu apa maksudnya??ilmu dan iman
    itu apa maksudnya??tolong jawab??

  19. j.firman berkata:

    mohon maaf kiranya hamba allah ini turut berkomentar.salam sejahtera untuk seluruh umat muslim yang beriman.
    janganlah memperdebatkan agama,agama bukanlah untuk di perdebatkan.semoga allah memberikan kita petunjuk.amiiin.

  20. ahlilfikir6666 berkata:

    salam serta rakan blog …………………………………………………………………….

    resah melangkah ketempat jauh
    terasa dekat bila memandang
    sungguh terasa merindu jauh
    yang merindu sedang memandang

    mendaki gunung melihat alam
    alam terbentang kelihatan diatas
    sungguh perbagai ungkapan dalam
    semua nya sama seperti di atas

    dayung sampan ke muara sungai
    terlupa pula ayam di reban
    sayang sungguh kasih terlerai
    kitap segunung menjadi beban

    melompat kecil anak merbah
    melarikan diri terkena panas
    perbagai cara berladang tebas
    jawapan dicari selautan luas

  21. amir zaidan berkata:

    Masyaallah,subhanallah, mcm ni baru kita tahu brp luasNya ilmu Allah manusia tak dpt nk hitung tak boleh nk kira, brp jumlah ayat ayat al quran yang menakjubkan….. itu lah rahsia Allah…..

  22. amrizal lubis berkata:

    Ilmu agama itu luas…jangan kita hanya belajar agama,,,tapi kita menuntut ilmu,, karena belajar ilmu masih banyak mengandalkan fikiran,,,tapi klo menuntut ilmu kita datangi guru, kita gunakan mata hati jangan gunakan fikiran..karena ilmu agama dengan fikiran saja itu akan hampa adanya,,,tapi dengan hati mudah-mudahan diberikan Allah sedikit ilmunya pada kita semua,,,kita sama-sama tuntut ilmu dengan baik dan benar,,jika ada kesilapan itu datangnya dari kita jika benar itu dari Allah, setia insan pasti ilmunya berbeda..jika dalam belajar ilmu agama ada yang keliru kita perbaiki dengan santun dan penuh dengan kasih sayang..terima kasih pada yang telah mengelola blog ini…jangan marah jika ada komentar yang kurang berkenan teruslah menuntut ilmu..namun harus kita ingat bahwa jika ingin mengajarkan sesuatu kepada orang lain..atau membuat tulisan dalam blog ini..kita usahakan jangan membuat tuduhan dan kesimpulan sendiri… seolah-olah sudah benar dan sudah final..terima kasih dan mohon maaf pada semua,..Mohon Ampun pada yang memiliki Ilmu ( Allah Subhanahuwata’ala) Ampuni aku ya Allah atas khilaf dan salah ku

  23. jaafar jabran berkata:

    salam dari 6, ,angka 6 itu pun rhasia allah , inikan pula penmahaman alquran.. ghaib n nyata itu perlu,,

  24. Aku Adalah Aku berkata:

    6666 itu rahsia Allah.
    Macam mana saudara2 hendak mengetahui rahsianya sedangkan dirinya saudara2 tidak mengenal?
    Ilmu jikalau tinggi sekali pun kalau tidak mengenal tidak bermaqna tidak berguna.
    Carilah ilmu yang licin.
    Percakapan benar sudah banyak!!!
    Perbuatan benar mana dia???
    Wsalam dari Singapura…

  25. ahlilfikir6666 berkata:

    salam buat semua

    terbang sekawan si burung merbah
    hinggap atas pohon jati
    berladang luas telah di redah
    tepat sekali apa yang di cari

  26. Sendy berkata:

    Coba search di google angka 666 menurut Kitab nubuat Wahyu dlm Alkitab. Anda akan menemukannya

Tinggalkan komen