Wuduk yang sempurna

“Seumur hidup kita, pernahkah kita bermudah-mudah, bersikap sambil lewa
atau tergesa-gesa ketika berwuduk, walaupun sekali? Adakah waktu itu
kita merasakan wuduk itu tidak sepenting sembahyang?Walaupun
diketahui umum, wuduk yang tidak sempurna akan merosakkan sembahyang
itu sendiri, tetapi tanpa disedari, kadangkala berlaku juga situasi
sedemikian. Wuduk adalah muqadidmah kepada sembahyang. Sebab itu
Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau
menggiggil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar
lagi mereka akan menghadap Allah, Tuhan sekalian alam.Rukun WudukWuduk jadi sempurna, kerana sempurna rukunnya. Rukun wuduk ada enam perkara.1) Niat (sunat atau wajib)2)
Membasuh muka. Kawasan muka – panjangnya ialah daripada tempat tumbuh
anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak
cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan.3) Membasuh tangan hingga ke siku.4) Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.6) Tertib. Tidak boleh didahulukan tangan daripada kepala atau kaki daripada tangan.Makruh Semasa Wuduk1) Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian2) Berwuduk dalam tandas3) Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk4) Menggunakan air musyammas5) Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk6) Memulakan membasuh anggota wuduk dengan anggota kiri7) Meninggalkan sunat wuduk seperti meninggalkan dari membaca Bismillah pada permulaan wuduk.Sunat WudukSunat-sunat wuduk ada 18 perkara:1) Membaca Bismillah di awal wuduk2) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan sewaktu awal wuduk3) Menggosok gigi4) Berkumur-kumur dengan air5) Menyedut air ke dalam hidung menggunakan tangan kanan dan menghembuskannya ke tangan kiri6) Meratakan air ke dalam janggut (bagi lelaki yang berjanggut tebal)7) Menggosok-gosok air di celah-celah jari tangan dan kaki8) Menyapu seluruh rambut di atas kepala atau semua bahagian kepala9) Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalamnya10) Mengulang-ulangi membasuh semua anggota wuduk tiga kali setiap anggota11) Memulakan dengan mendahulukan membasuh anggota kanan kemudian kiri12) Menggosok anggota dengan air menggunakan tangan13)
Berturut-turut teratur mengikut giliran pada membasuh segala anggota
(mualat) yakni dahulukan yang dahulu serta kemudiankan yang kemudian14) Membasuh tangan lebih daripada had siku ke atas sedikit dan lebihkan daripada paras buku lali15) Menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk16) Menghadap ke kiblat ketika berwuduk17) Membaca doa wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk18) Solat sunat dua rakaat setelah selesai wuduk.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Wuduk yang sempurna

  1. suffian akib says:

    Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s