20 larangan berjimak



Berhubungan berjimak suami istri harus dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang dibolehkan dan ada waktu – waktu yang dilarang untuk melakukan hubungan jimak suami istri. Hal ini disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan bernilai pahala.

Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak yaitu:

1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

20 Responses to 20 larangan berjimak

  1. MoSE berkata:

    Kenapa hadis ini dikatakan kepada Ali sahaja.. dan sahabat2 Rasulullah s.a.w tidak ada meriwatkan hadith.. kemungkinan besar hadith2 tersebut diriwayatkan oleh golognan syiah shj. Nas dan dalil2 yg lain perlu utk menguatkan hadith2 diatas. Wallahua’lam. Sumber rujukan perbezaan pendapat say seperti disini.
    http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id124.html

  2. mUQtadaR As-Sadar berkata:

    3 syarat Hadith 1)Perawinya
    2)Hadithnya
    3)Daeinya
    usah mudah terjebak dgn permainan halus musuh islam..sekalipun jika dibaca,punyai nasihat padanya..tapi tahyul dan syirik yg tersirat pada tiap nasihat itu lebih membimbangkan…jika hendak berdakwah,pasti kan rujuk pada hadith yang sahih dan sebaiknya dibawa muzakarah dgn ahli dlm bidangnya untuk mengelakkan kita menjadi pembawa virus3 ulah begini

  3. zaendoank berkata:

    bagaimana seandainya di antara kami berjima’ dgn seorng istri yg sdng hamil akan tetapi mereka g pux wudhu’ sblmx,,,,,,?

  4. Esvi farhan berkata:

    Asalamu alaikum mohon kpda yg tlah mengijajahkn ilmu2 lewat internet.jangan sampai minta mahar iklaskan lah.karna alloh lihat lah yg mempunyai sgla ilmu apakah demikan terimakasi sy skdr bermohon.krna didiunia ini tiada yg abadi kcuali ke ikhlasan wassalam

  5. Pingback: Benarkah ada 20 Larangan Ketika Berhubungan Intim Dalam Islam? | Seks Islami

  6. nona berkata:

    hampir SEMUA hadis di atas adalah palsu. setidak2 nya pada bahagian kesan ke atas anak. islam bukan agama tahyul, agama khurafat. sempurna tidaknya sifat dan akhlak anak-anak terletak pada kekuasaan Allah, dan kebijaksanaan ibubapa yg mendidik dgn ilmu Al-Quran n Sunnah. hanya ada satu atau dua shj hadis di atas yg mempunyai larangan berasas tapi semuanya memberi sebab yang jauh menyimpang dr landasan Islam yg bertamadun. bunyi macam syiah sj semuanya.

  7. suhaina berkata:

    saya tak faham dgn maksud no.7 blh sesiapa tlg beri pencerahan….arap ada sesiapa dpt membantu sy…terima kasih..

  8. fafayu berkata:

    kencingan semata2…. jgn mudah terpedaya

  9. soleh berkata:

    Ini adalah hadist palsu dari golongan syiah yang almost same with yahudi.
    semua palsu dan tidak ada dalilnya dari Al Quran dan Rasullullah.
    maka janganlah kalian tertipu daya syaiton.
    terima kasih

  10. surel berkata:

    waduh kok banyak larangannya ustad .

  11. jeffri berkata:

    Dalil nya ga jelas..

  12. Agus berkata:

    saya ragu, kebanyakan dari hadist tersebut diatas, kok kaya cerita orang tua jaman dulu (kolot baheula)/ tahayul…
    point no. 2 : syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling…
    syetan tidak mungkin suka sama fisik (manusia bermata juling), tapi syetan suka sama manusia yang meninggalkan perintah Allah S.W.t. dan syetan juga suka sama manusia yang mengerjakan larangan-larangan Allah S.w.t

  13. Agus berkata:

    Saya ragu atas hadist tersebut diatas, kebanyakan isinya tahayul, Islam adalah agama kebenaran yang nyata bukan tahayul. Kok anak jadi korban, Setiap Anak adalah Suci dan tidak berdosa, Fisik anak (manusia) Allahlah yang berkehendak….

    Point no 2 : syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.

    Syaitan tidak suka pada Fisik manusia, dia sangat suka pada manusia yang :
    1. Meninggalkan Perintah Allah S.W.T;
    2. Melaksanakan larangan Allah S.W.T

  14. siti mariani berkata:

    ini hadist palsu.. kepada saudari dan juga semua, paabila didatangkan sesuatu yang baru yang agak pelik, cari atau tanyakanlah dalilnya terlebih dahulu. Sekiranya dikemukakan dalil yang sahih, barulah boleh kita beramal dengannya.

  15. Hengki berkata:

    Bagaimana bila kita tidak mengetahui larangannya… Tetapi telah melakukan…

Tinggalkan komen