JHEAINS pantau kubur Ashaari (Arqam)



Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan, hari ini menasihatkan umat Islam mengelak daripada melakukan perkara kurafat.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap kawasan yang dikenal pasti di Negeri Sembilan sebagai tempat “membayar niat” bagi membanteras amalan kurafat di kalangan umat Islam.

“Amalan pemujaan jelas bercanggah dengan akidah,” katanya.

Beliau mengulas kebimbangan kubur bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya, oleh pengikutnya di Kampung Pilin, Rembau, dijadikan tumpuan amalan khurafat.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat membaca al-Quran di kubur Allahyarham Ashaari itu dibenarkan tetapi jangan sampai memuja.

Johani berkata, JHEAINS dan jawatankuasa masjid Kampung Pilin sedang memantau perkara itu.

Ashaari, 73, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada 2.10 petang 13 Mei lalu, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin pada malam itu juga.

Tinjauan juga mendapati kubur Ashaari berada dalam keadaan terkawal dengan beberapa pengikutnya bergilir-gilir menjaga kubur berkenaan.

– Bernama

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s