Asal usul solat



SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar
( Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik…
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .

“Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu .”ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia”

AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

http://www.maxx.my/story.php?title=asal-usul-solat

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

18 Responses to Asal usul solat

  1. askum semua sy bersyukur krn dapat hidup di dunia ini dgn keimanan yg kuat dlm dadaku ini,,,sy amat bsyukur pada yg esa dn maha pcipta,,sy berterima kasih pada ya tuhan,,,dn sgt mcintai allah swt,,kita kena kuat hadapi setiap ujian yg allah beri kn pada kita semua,,,dn kita kena ingat ad hikmat di sebalik ujian allah

  2. askum kpd semua umat islam yg baik dn penuh keimanan di dlm diri masing,,,sy ingin kata kn tentang solat dn melaku kn amalan kebaik kn kdp kdua org tua kita iaitu ibu dn bapa kita,,kita sebagai anak kena hormat pada mereka walau pn mereka tu sanggup jaga kita masa kita kecil dulu,,kena balas setiap jasa nya kpd kita semua,,,sy harap anda faham apa yg sy kata kn itu,,kita hidup ni kena buat baik k ogr dn kita kena jaga solat kita,,,,dn yg paling peting dlm diri kita kena ada ketulusan dlm hati dn kjujuran dlm memdiri kn solat,,,,sy nk kata kn pada anda semua kita kena jaga ibu dn bapa kita jgn buat mereka malu dn sikap yg tidak baik dari kita ini,,,,,dn ber harap semua org faham apa sy masuk kn itu ada lh dari hati jujur sy,,,,kita kena ingat kita hidup di dunia ini hanya sekejap je,,,,dn kita kena lh insaf atas dosa yg kita laku kn itu,kpd semua umat islam yg baik hati kita kena kuat dn sabar hadapi ujian dari allah swt,,yg paling utama sekali ialah keimanan yg peting dlm diri kita ini,kita hidup di dunia ini utk di uji oleh allah ,,,,kita sebagai umat islam kita kena jaga adat kita dn jaga lh solat kita,,,,,,,,askum sy harap anda faham maksud sy tu,,,,

  3. Banjoe berkata:

    ….. ASAL USUL SOLAT …..

    Perbuatan dan pergerakan solat para Nabi2 yg silam tidak sama dgn apa yg Nabi Muhammad SAW
    terima, tatakala pertama2 kali baginda menerima wahyu solat ketika dlm pertapaan selama 44 hari
    diGua Hiraq. Sekembalinya Nabi SAW dari pertapaan tersebut, pertama2 yg diajarkan hanya kepada
    Bonda Siti Khodijah dan Sayyedina Ali yg ketika itu maseh kanak2. Setelah keduanya diajarkan cara2
    berwuduk, lalu mereka diajar bersyahadah, maka sempurnalah baiah kedua mereka itu dgn Nabi SAW.
    Maka mereka itulah sebenar2 “Ahlul Bait” yg pertama menerima ajaran Islam dari Nabi SAW. Lalu diajar
    cara2 perbuatan dan pergerakan solat, apa bacaannya, apa syahadahnya. Ketika itu solatnya hanya 1
    rakaat sahaja, dimana Rasulullah SAW sebagai imamnya, mereka berdua sebagai makmumnya…

    Ketika dlm peristiwa Israq dan Mikraj itu, Nabi SAW diangkat keHadrat-Nya bagi menerima bilangan solat
    utk difardukan jadi amalan solat wajib. Maka termaktublah sudah solat fardu itu sebanyak 17 rakaat sehari
    semalam bagi umatnya. Mengapa jadi 17 rakaat..?? Dari kerana melambangkan kesempurnaan kejadian
    Anak Adam itu dgn 7 anggota2 utamanya, dilengkapkan dgn 10 organ2nya dan pancaindera2nya. Makanya
    dari 17 rakaat itu jadi 17 = “8” angka bagi huruf “HA”. Bernamalah kamu itu “Manusia Hidup”. Bermulanya
    “Hidup” itu tatakala kejadian-mu itu limpahan Nur Muhammad SAW, dari pancaran “Nurun ala Nurin”….

    Sekian, buat renungan semata2.. Bisa dibaca tapi jangan percaya,
    kerana ngak ada dalil yg jelas lagi nyata, hanya ngomongan semata2…
    Koq itu hanya sedikit dari ajaran Tok Habib : Khidir / Al-Mahdi Prophecy…

    Allahu’alam ^ Wassalam….

    Ampon & Peace…

    • muhammad thahir berkata:

      Menurut perhitungan kami adalah 17 rakaat akan membentuk 4 lingkaran (360 derajat) dan 1 buah 270 derajat. Yang mana 360 derajat sama dengan nol (0), sedangkan 270 derajat akan membentuk angka arab = 6. Dan angka arab enam ini di dalam susunan huruf hijayah (A BA TA TSA) adalah huruf HA yang bermakna hidup (HAYAH). Sehingga dengan HAYAH itulah manusia hidup.

      Salam,

      M. Thahir

      • muhammad thahir berkata:

        Ralat…..

        Menurut perhitungan ulang kami adalah 17 rakaat akan membentuk 11 lingkaran (360 derajat) dan 1 buah 90 derajat. Yang mana 11 lingkaran adalah 1+1 = 2, sedangkan 90 derajat akan membentuk angka arab = 8. Dan angka arab delapan ini di dalam susunan huruf hijayah DUN (kuno) adalah huruf HA yang bermakna hidup (HAYAH). Sehingga dengan manusia hidup itu ada 2 kali, yakni di alam dunia (sekarang) dan di alam akhirat.

        Salam,

        M. Thahir

  4. tun damanhuri berkata:

    salam.. maaf jiga tersalah fakta dan idea.. mengikut pelajaran saya, yang dikatan solat oleh nabi atau raasul terdahulu itu bukanlah solat sebenarnya.. yang dikata itu ialah sujud.. jadi bagi merungkai lebih mengapa ada dua sujud dan sebagainya, boleh bertanya kepada yg arif ataupn rujukan kpd kitab2.. sekian

  5. Na Zarol berkata:

    sampaikan walau satu ayat

  6. jalanakhirat berkata:

    halim says:
    September 17, 2012 at 4:20 pm (Sunting)

    Assalamualaikum!
    Entry pasal asal usul solat tu bagi saya meragukan, kenapa?saya memang di bidang al-Quran dan Hadith..Org yang belajar bidang ini biasanya akan lebih berhati2 menyandarkan sesuatu berkaitan agama takut2 dimurkai Allah,dalam Islam isu sebegini di panggil samaada Israiliyat (dongeng) atau hadith mawdu’(palsu)..Israiliyat ni byk tersebar krn org Islam yg tidak teliti: Berikut cuba bandingkan logik2 yg saya cuba berikan ttg fakta itu:

    1-Nama-nama solat yg 5 waktu ni cuma muncul di zaman nabi Muhammad,lihat peristiwa Isra’ Mi’raj bagaimana nabi saw ambil syariat solat..Memanglah nabi2 dahulu dah solat tp ada ke nama2nya?kalau ada sila nytakan sumber..al-quran dan hadith! kalau setalkat copy paste dr internet tak guna!
    2-entry berkata:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Dalam al-Quran (2:35-38),(7:19-25) tidak disebut ttg waktu baginda diturunkan atau ketakutan itu..so ini adalah Israiliyat yg x pasti
    3-Entry menyebut:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,al-Quran (37:102-113)tidak pula menyebut ttg waktu sembelihan berlaku,so bagaimana awak tahu ye?..Israiliyat juglah tu.
    3-Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.
    tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun
    telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
    masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
    rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
    kegelapan, Ketika nabi Yunus dibebaskan dari perut ikan, baginda sakit teruk (37:139-148),al-Quran x pernah detailkan pula isu baginda besolat.so bagaimana awak tahu? TTg kegelapan mmg ada (21:87),tp x didetailkan pula jenis2nya..
    4-Maghrib pula memang saya tak jumpalah ayat ttg nabi Isa…awak boleh tlg carikan?
    5-Entry menyebut:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
    > Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
    > Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
    > Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
    > Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
    Menurut al-Quran (28:22-35) Nabi Musa ketika keluar dari Madyan tak delah pula tersesat jalan,memang baginda keluar pada waktu malam,cuma apa yang disebut ialah baginda terlihat kerlipan cahaya dari lembah Tuwa,kemudiannya baginda mendapat wahyu disitu..

    Kesimpulan akhirnya,beringat sikit apabila memasukkan entry berkaitan dgn Islam,takut2 tersilap,kerana agama ini milik allah dan Rasul,manusia biasa (hatta ustaz2)sekalipun tidak berhak..so sekian dahulu..)

    Balas

    Waalaikumusalam

    Tuan Halim.

    Jikalau tuan ingin jadi orang yang beriman (mukmin), tuan bukan sekadar perlu mempercayai al Quran dan Hadis cuma, malahan tuan perlu mempercayai Kitab Allah seperti Taurat, Zabur dan Injil kerana itu adaah tuntutan rukun iman. Jika tidak tuan bolehlah dianggap sebagai orang yang tidak beriman. Oleh itu selain dari al Quran ugama juga adalah dirujuk menurut kitab Allah yang terdahulu darinya.

    Janganlah hendaknya tuan terlalu sombong dan angkuh dengan ilmu al Quran dan Hadis yang tuan pelajari, kerana jika memahami hakikat al Quran dan Hadis maka sudah tentu kalam (ucapan) tuan tidak seperti yang diluahkan dalam komentar tuan di atas.

    Perlu diingatkan selain daripada mempelajari al Quran dan Hadis tuan perlu menghayati rukun iman, menegakkan tauhid dan menenal (makrifat) tuhan, supaya tuan menjadi orang yang beriman dan berugama. Hanya mereka yang berugama sahajalah yang memahami hakikat al Quran iaitu Kalam Allah yang tidak boleh terbakar dan tersemat di hati orang Mukmin bukan sekadar dibibirnya atau tertulis di kertas cuma.

    Tuan perlulah terlebih dahulu menghayati sifat Rasulullah saw iaitu Sidiq, Amanah, Tabliq dan Fathonah sebelum membicarakan Hadisnya agar tuan dapat menyampaikan amanah kebenaran itu dengan bijaksana. Jika tidak jadilah cakap tak serupa bikin, iaitu lain dibibir lain dihati, dalam lain perkatan disebut munafik.

    Wasalam

    • vineswaren berkata:

      allo geng,jgn cerita pasal perangai,tingkah laku or perbuatan brader halim la…jgn divert..bg la jwpan mengikut topix…counter blk mgikut hujah halim n entry di atas…

      • jalanakhirat berkata:

        vineswaren

        Sebagai orang yang bukan berugama Islam anda sudah tentu tidak memahami tentang asas ugama Islam, oleh itu tak perlulah anda menyampuk mengenainya.

        Pokok dalam ugama yang pertama adalah untuk mengenal tuhannya iaitu mengenai apa yang disembah mereka atau yang sering disebut sembahyang.

        Dalam ugama Islam apa yang di sembah ialah nama, sifat, perlakuan dan diriNya, Oleh itu perkara utama untuk mengenali orang islam itu menurut perintah tuhan atau syaitan adalah menurut nama, sifat, perbuatan dan dirinya.

        Oleh itu sebelum saya melayani komentar di weblog ini adalah berdasarkan apa yang diucap dan disembahnya, bukan mengenai dakwa dakwinya mengenai kehebatan dirinya seperti Iblis yang menyombong diri kepada Adam as.

        Mereka menyembah syaitan mendusta nama tuhanNya, bersifat cela, berbuat jahat dan menyembah hawa hafsunya.

        Pokoknya kita tidak perlulah melayani dan berhujah dengan mereka yang menyembah syaitan diweblog ini sebagaimana yang telah saya ingatkan di laman utama weblog ini.

        .

  7. TAUFIK HIDAYAT berkata:

    subhanaALLLAH,INNALILLAH WA INNA LILLAHIRAJIUN, SEPERTINYA YG TUAN TUAN KATAKAN TADI,PERLUH LAH TUAN TUAN SEMUA MENGENAL DIRI TUAN DULU,CARILAH ILMU YG LEBIH TAJAM DARI PISAU DAN LEBIH HALUS DARI RAMBUT,INSA ALLAH TUAN TUAN AKAN MENDAPAT KAN ILMU YG PUTUS,AL HAMDULIILAH HIRABBIL ALAMIN

  8. edo berkata:

    apa tidak ada hadits atau ayat” untuk memperkuat sejarah yang akhi tulis??

  9. Haarwuchs berkata:

    I have read so many articles regarding the blogger lovers but this piece of writing is really a
    fastidious piece of writing, keep it up.

  10. Rslan berkata:

    Makhluk paling sempurna lagi di sempurnakan hanya Rasulullah SAW..kita hanya pengikut / umat yang serba kekurangan ..banyak lagii nak kena belajar..

  11. hasan berkata:

    Interesting..its true, nowadays if you want to talk about anything., you must have references…Dajjal will come and claim he is the Messiah..he will show you everything bcos he was given so much power by Allah..to deceive the believers..only those believers who can see with their heart will recognise that he is Dajjal..

  12. Kaunselor Yahya berkata:

    pernyataan di atas adalah dari kata2 hukamak.. bukannya dari hadis nabi.. maka tak boleh dijadikan hujah, tetapi sekadar untuk makluman takda masaalah, untuk makluman sahabat2 lagi solat yang dilakukan oleh nabi2 yang terdahulu hanyalah 2 rakaat di waktu pagi dan 2 rakaat di waktu petang.

  13. Mohd Fazli Bin Jaafar berkata:

    emm… maaf yer… solat 5 waktu ni memang dilakukan hanya kerana nabi2 yg sebelum ker… biar betui… tu hanya kaitan jer kan… hakikat nyer aper yer… lame dh terpikir ape sebenarnye..

  14. Wan azrie berkata:

    Salam. Ingin saya tanya sebab muskil tak tahu.
    Semua waktu yg lima dikaitkan dgn nabi2. Mengapa Allah awalnya ingin beri juga 50 waktu jika dah ada 5 waktu yg berkait dgn 5 nabi tu? Walaupun Allah dah tahu takdir akan jadi 5 waktu sahaja nabi saw akan dapat, mengapa di luahkan 50 waktu juga.. itu yg saya muskil.

    Sekian itu sahaja.. moga ada jawapan utk orang2 spt saya yg ingin tahu selok belok cerita detail yg sahih.

Tinggalkan komen