Jauhilah diri daripada amalan khurafat



Khurafat maksudnya kepercayaan karut marut yang sengaja direka-reka, bertujuan untuk membentuk satu keyakinan akan berlakunya perkara baik atau buruk terhadap sesuatu kerja yang dilakukan. Perkara baik atau buruk yang dijangka akan berlaku tersebut berpandukan kepada sesuatu kejadian alam atau peristiwa atau juga perbuatan dengan cara mentafsirkan kejadian tersebut boleh membawa bala bencana atau tuah dan keberuntungan kepada seseorang, keluarga atau masyarakat.

Masyarakat jahilliah adalah masyarakat yang berpegang kepada budaya dan kepercayaan khurafat. Mereka percaya kepada pergerakan burung dalam melaksakan tugas atau kerja. Pada mereka arah burung yang bertentangan boleh memberikan kesan kepada nasib mereka, khasnya ketika mahu bermusafir. Mereka mentafsirkan pergerakan arah burung yang bertebangan sama ada menghala ke arah kanan, kiri, hadapan atau belakang dan menamakannya dengan istilah yang memberi makan tuah atau sial. Mereka tidak akan melakukan tugas tersebut sekiranya arah burung yang bertebangan itu boleh mendatangkan sial dan bencana. Mereka juga percaya sekiranya burung hantu hinggap di salah sebuah rumah menandakan bahawa salah seorang penghuni rumah tersebut akan ditimpa bencana yang membawa kepada kematian.

Dalam masyarakat kita hari ini amalan khurafat juga diamalkan oleh sebilangan kecil umat islam, kadang-kadang amalan khurafat ini diselitkan juga dalam adat. Antara perkara khurafat yang diamalakan ialah ilmuilmu kebatinan, mereka menganggap bahawa mahaguru dengan ilmu kebatinan mampu mempertahankan diri dan tidak boleh dikalahkan serta mempunyai ilmu kebatinan dan kekebalan yang luar biasa. Terdapat golongan yang beranggapan bahawa tulisan-tulisan yang tidak difahami, rajah-rajah tertentu, angka-angka, huruf-huruf, gambar-gambar berupa manusia atau selainnya boleh menguntungkan perniagaan dan boleh menolong mereka ketika ditimpa kesusahan. Segolongan yang lain pula beranggapan tangkal-tangkal dan azimat boleh menolak bala bencana, menghalau jin, iblis, syaitan, binatang buas dan berbisa serta boleh menjaga keselamtam diri dan kehidupan serta boleh menjadi pelaris perniagaan. Ada golongan yang lain pula percaya kepada keupayaan batu permata kayu kayan dan binatang tertentu boleh membawa tuah dalam kehidupan dan mampu menghindarkan segala bahaya yang menimpa.

Terdapat juga sebahagian dari kalangan kita yang mendewa-dewakan kubur orang tertentu yang telah meningggal dunia serta memohon pertolongan, seperti menyembuhkan sakit, bertemu jodoh dan yang lebih malang lagi memohon nombor ekor.

Amalan-amalan khurafat merupakan amalan yang salah serta bertentangan dengan aqidah dan syariat islam kerana tidak bersumberkan kepada Al-Quran, Hadis, Qias dan ijma’ ulama. Ia berdasarkan hayalan semata-mata dan tafsiran yang tidak betul boleh memebawa kepada murtad, syirik dan kufur. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud

“…sesiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat serta mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya (selama-selamnya)”

Khurafat muncul dalam pelbagai bentuk mengikut keadaan, antaranya melalui perbuatan tertentu seperti menjamu makhluk dari kalangan jin supaya tidak mendatangkan kemudaratan. Ada juga melalui ungkapan tertentu seperti bacaan jampi mentera yang tidak diketahui maknanya dengan merayu dan memuja jin supaya datang menolong dan bersahabat dengannya. Melalui cerita atau kisah tertentu seperti nenek kebayan yang mempunyai kuasa sakti yang boleh memberi pertolongan dalam apa jua keadaan dan boleh menjelma dalam bentuk perempuan tua, nenek kebayan, tuan puteri, anak dara dan berbagai datuk (tok).

Amalan khurafat yang diamalkan boleh membawa kerugian, kerosakan dan perpecahan dalam masyarakat Islam jika amalan ini tidak dibanteras sebelum ia merebak lebih luas. Masyarakat tidak akan aman jika terdapat individu yang mengamalkan amalan yang bercangggah dengan syariat islam.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Jauhilah diri daripada amalan khurafat

  1. milla berkata:

    salam..br2 ni sy bertemu dgn rakan lama.dlm perbualn km dia pun bertnya tntng pnykt sy yg msh blum smbuh,dia ada mncdngkan supaya sy berubat dgn seorng pemuda yg memperolehi ilmu melalui pertemuan dgn sejadah berdiri yg kononnya mewakili seorg pak sheikh yg mencari org untuk menurunkan ilmunya.bg sy jika pemuda itu berubat,bermakna dia didampingi ‘sesuatu’yg membantunya.wajarkah jk mndpt rwtn dr cara sebegini?

  2. jalanakhirat berkata:

    Waalaikumusalam

    Ilmu hanya diperolehi daripada amalan kehidupan bukan daripada sesiapa. Guru hanya boleh sekadar membimbing kita melakukan amalan untuk memperolehi ilmu.

    wasalam.

  3. millahttp://intim.wordpress.com/chatroom/?replytocom=27763#respond berkata:

    salam.maafla,comfius la plak.blh ka sy dpt rwtn dr pemuda tu?leh bg pndngan x?

  4. Banjoe berkata:

    LARANGAN CARA-CARA PERUBATAN BAGI ORANG-ORANG ISLAM

    Ada pun orang-orang Islam itu dilarang sama sekali berubat kepada : (1) Bomoh-Bomoh atau Pawang-Pawang Melayu yang memakai Hantu-Hantu, Jin-Jin dan Tengkorak. (2) Pawang-Pawang yang memakai Hantu atau Syaitan. (3) Pawang-Pawang yang memakai Mambang (Seperti Pawang Orang Asli atau Tok Batin), (4) Bomoh-Bomoh yang memakai Dewa-Dewa (Seperti Sami-Sami Siam Buddha atau Hindu). (5) Pawang-Pawang yang memakai Naga Belaan, Buaya Belaan atau Harimau Belaan.

    Maka adalah sangat-sangat dilarang orang-orang Islam yang sakit itu berubat dengan mereka-mereka dari jenis-jenis ini. Kerana setelah orang-orang yang sakit itu berubat dengan Bomoh-Bomoh atau Pawang-Pawang tersebut, apabila pesakit-pesakit itu mati kelak, mereka itu juga akan sama menjadi Jin, atau Hantu, atau Syaitan atau Binatang mengikut cara-cara perantaraan yang digunakan oleh Bomoh-Bomoh dan Pawang-Pawang itu semasa mengubat.

    Ada pun berubat secara moden melalui Dispensari, Klinik atau Hospital itu adalah lebeh baik daripada berubat dengan Bomoh-Bomoh dan Pawang-Pawang yang memakai pendamping-pendamping yang bukan dari aliran yang haqq.

    Maka dalam hal ubat mengubati ini, ada sebilangan Bomoh-Bomoh dan Pawang-Pawang Melayu yang mengetahui dan beramal dengan Ilmu Kebatinan, Ilmu Mengenal Diri atau Ilmu Tasauf. Maka tidak menjadi kesalahan bagi orang-orang Islam yang sakit itu berubat dengan mereka dari gulungan ini. Oleh sebab-sebab yang kami nyatakan diatas itu, maka dalam ajaran Ilmu Tasauf dan Ilmu Mengenal Diri atau Ilmu Mengenal Ruh, yang mengikuti lagi mematuhi sepenuhnya ajaran-ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

    Wallahu’alam….

    (Dari Kitab “Mengenal Ruh” [tiada no. jilid] pada perjalanan Al-Marhum Syeikh Thalib Naem As-Saufi).

    Sekian, wassalam….

  5. FANSURI berkata:

    DIHARAMKAN MENDAPAT RAWATAN DARIPADA ORANG YANG BERDAMPINGAN DENGAN JIN DAN SYAITAN. WALAU TERKADANG MEREKA BAHASAKAN YANG MEMBANTUNYA ADALAH WALI. ITU SEMUA BOHONG !!! ROH ADALAH URUSAN ALLAH. ROH TELAH TERPUTUS DENGAN KEHIDUPAN DUNIA.

Tinggalkan komen