Waktu taubat tidak lagi diterima



Apabila seseorang hamba bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan beserta dengan hati yang ikhlas, sudah pasti Allah akan menerima taubat hamba-Nya. Tetapi terdapat beberapa keadaan dan masa tertentu yang mana pada ketika itu, taubat seseorang hamba TIDAK AKAN diterima oleh Allah S.W.T.

Ingatlah akan pesanan Allah S.W.T. dalam Al-Quran agar kita segera bertaubat sebelum tiba masa dan keadaan di mana taubat tidak lagi diterima.

Seperti firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 54 yang bermaksud:

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”

1. Nazak

Manusia sememangnya sentiasa lalai. Lebih-lebih lagi apabila banyak nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka. Kelalaian inilah yang membawa manusia kepada azab Allah S.W.T. yang amat pedih di akhirat nanti kecuali pada mereka yang sedar akan nikmat Allah S.W.T. Mereka sentiasa bersyukur tidak kira masa senang mahupun waktu susah, waktu sihat mahupun waktu sakit.

Tetapi ramai manusia yang akan mengingati Allah S.W.T. apabila datangnya sakit. Pada saat dan ketika inilah mereka akan ingatkan Allah S.W.T. Pada saat inilah mereka akan bertaubat, akan meninggalkan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan dan apabila mereka sihat semula, mereka lupa akan janji mereka semasa sakit.

Ingatlah Allah S.W.T. tidak akan menerima taubat hamba-Nya apabila roh sudah sampai ke kerongkong atau dalam keadaan nazak. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesunggunya Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah.”

2. Terancam Nyawa

Manusia yang telah berada dalam bahaya dan dirasakan akan mati, dan pada ketika itu, mereka bertaubat kepada Allah, maka Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nissa ayat 18, maksudnya:

“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini.” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

3. Hampir Kiamat

Apabila Kiamat bakal menjelma, Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya. Antara tanda Kiamat Kubra adalah apabila matahari terbit dari arah tempat terbenamnya ia, iaitu barat. Dan apabila matahari terbit dari barat, ketika itulah Kiamat menjelma dan ketika itu jugalah taubat hamba-Nya tidak diterima oleh Allah S.W.T.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Waktu taubat tidak lagi diterima

  1. mard khairuddin says:

    harap.. saya yg hina ini sempat utk bertaubat….

  2. Musafir says:

    Beristigfar setiap saat Kerana kita yang Lemah ini sentiasa lalai….insyaallah Kerana Allah maha mengetahui, maha ampun dan maha penyayang

  3. MUNAZIR says:

    WAHAI PARA SAHABAT DAN SAUDARA KU YANG DI MULIA KAN ALLH SWT,,,MUNAZIR BANYAK KALI DOSA KECIL,,DOA KAN UNTUK KU AGAR AKU DI BERI HIDAYAH OLEH ALLAH SWT

  4. AmsaAdmia says:

    Moga hambaMU yg lemah ini masih sempat untuk bertaubat sebelum terlambat 😥

  5. Hirman Lukin says:

    semoga Allah swt menerima taubat ku…dan diampunkan dosa-dosa sahabat dan saudara ku..amin

  6. mimi_ariana says:

    adakah taubat saya diterima? sedangkan banyak desas desus mengatakan bahawa dajjal tlh luar dan apabila dajjal keluar,taubat xkan dterima..,,,,,,,,,,Ya Allah,Engkau ampunkanlah dosa-dosa ku ini Ya Allah… 😥

  7. Basah Basah says:

    saya kira dalam arti matahari terbit dari barat,artinya sikap manusia yang condong ke budaya barat,dan meninggalkan ajaran timur yang di bawa oleh baginda rosullullah alaihi wassalam,tanda2 itu sudah ada jaman sekarang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s