Kawin bawah umur perlu kebenaran

KOTA BHARU — Masyarakat Islam di Kelantan yang ingin mengahwinkan pasangan bawah umur boleh meminta kebenaran atau pengecualian daripada kadi dengan memberi alasan yang munasabah, kata Ketua Hakim Syariah Negeri Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Beliau berkata, tanpa kebenaran itu, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali oleh Mahkamah Syariah berdasarkan peraturan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan (EKINK) 2002.

Menurutnya, peraturan mengenakan syarat umur pasangan itu dibuat bagi mengelak berlaku perceraian kerana pasangan yang berkahwin di bawah umur dianggap tidak matang.

Beliau diminta mengulas kontroversi seorang budak perempuan berusia 11 tahun dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun kerana didakwa mengamalkan ajaran mencurigakan di Kampung Jelawang, Kuala Krai, baru-baru ini.

Daud berkata, Seksyen 8 EKINK 2002 tidak menyekat pasangan bawah umur untuk berkahwin tetapi dengan syarat mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pejabat kadi atas alasan yang termasuk pasangan terbabit mempunyai tahap kesuburan dan kematangan yang cukup.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar pula berkata, kerajaan negeri akan menyiasat perkahwinan pasangan di Kampung Jelawang itu. — Bernama

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kawin bawah umur perlu kebenaran

  1. Banjoe berkata:

    …DILEMMA PERNIKAHAN NABI SAW DGN AISYAH…

    Penyakit menikahkan anak gadis bawah umur ini telah menular dalam masyarakat Melayu Islam. Semuanya gara-gara “kononnya” dan “alasannya” Nabi SAW itu juga berkahwin dengan Aisyah yang maseh dibawah umur. Percaturan pernikahan dengan Aisyah yang maseh berhingus itu, bermulanya “titik hitam” dan “Fitnah Awal Zaman”, bagi Nabi SAW dan warisan nasab Ahlul Bait.

    Jika dibuka apakah rahsia, niatnya dan muslihat Abu Bakar menikahkan Aisyah dibawah umur itu kepada Nabi SAW, nanti akan menimbulkan gelombang tsunami, dalam dunia Islam. Biarlah Ahlul Bait yang berhak itu sendiri menjelaskan apabila tiba masanya. Kata Sang Raja Wali : Sejarah dunia silam, sedang dan akan datang telah diketahui oleh Imam Mahdi. Beliau itu sentiasa dibimbing oleh Rasullullah SAW, Nabi Khidir dan Sayyidina Hussin. Begitu juga sejarah sebenar Ahlul Bait itu, siapakah dia orangnya yang dinamakan anak Dajjal, Dajjal dan Yakjud Makjud itu sebenarnya….

    Kita mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad SAW, tetapi sayangnya sejarah peribadinya telah disalah-fahamkan kerana banyak riwayatnya telah dipalsukan. Seperti riwayat pernikahan dengan Aisyah yang maseh dibawah umur itu bagaikan benar-benar berlaku “atas kehendak” Baginda SAW. Perlu diingat Nabi SAW itu Insan Kamil, lagi Nabi, lagi Rasul dan lagi Wali. Akhlak dan peribadinya terpuji. Nabi tidak menikah dengan perempuan yang bernasab sembarangan. Fahamilah Nabi SAW itu dibimbing Allah. Tidak ada lakuannya berdasarkan nafsu seraqah.

    Oleh kerana kita disalah-fahamkan, maka kita faham dan gambarkan ianya betul-betul berlaku. Kita memperbesarkan kisah Aisyah bawah umur lagi berhingus itu, hinggakan ianya benar-benar berlaku. Hinggakan ianya sudah menular jadi amalan, kononnya “kami pun ikut Nabi SAW”. Maka ianya telah menjadi senjata utama pihak barat yang anti Islam membantai Islam dan memburuk-burukkan imej Nabi SAW.

    Apabila mereka lukiskan karton gambaran sex yang mengaibkan Nabi SAW, seluruh ummat Islam sedunia melenteng naik marah, sedangkan kita sendiri tidak tahu apakah riwayat yang telah dipalsukan dalam sejarah itu. Kita sendiri telah kabur kerana tiada bukti, untuk membela Nabi SAW dari tuduhan dan ejekan mereka itu.

    Berbalik semula masalah menikahkan anak gadis yang maseh dibawah umur itu. Adalah malang bagi Ibu-Bapak yang oppressive itu, menikahkan anak gadisnya itu dengan alasan “Nabi kita pun begitu”. Maka bertambah malang lagi naseb anak gadisnya itu yang maseh dibawah umur itu, jadi mangsa Si-Kambing Tua peragut pucuk nangka yang maseh ranum itu.

    Cuba renungkan…

    Wallahu’alam….

  2. muhammad amirul hafiz berkata:

    as’salammualaikum..terima kasih atas segala info nya ya.. n_n’

  3. اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم.
    Adapun hikmah Allah mengahwinkan Aisyah dengan Rasulullah ialah kerana aisyah masih muda dan riwayat hidup yang panjang. Oleh itu Aisyah menjadi hujah kepada Ugama dalam periwayatan hadis di zaman tabiin. Ini kerana Aisyah banyak hidup bersama dan menyaksikan kehidupan Rasullullah.

    والله علم

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s