Imam Mahadi dan akhir zaman



APAKAH ITU AKHIR ZAMAN? :
Maka apabila disebut saja nama Imam Mahdi, maka ianya dikaitkan dengan kebangkitan semula Islam di Akhir Zaman. Apakah itu Akhir Zaman? Kapankah bermulanya itu Akhir Zaman? Apakah yg dimaksodkan dgn Akhir Zaman itu dunia Alam Semesta ini akan mengalami kehancuran? Ato lazimnya disebut Kiamatul Kubra, dimana planet bumi dgn segala isi-isinya akan hancur musnah? Apakah Akhir Zaman itu seperti yg dimaksodkan oleh Kaum Mayan End Time, dimana dlm kalender astronomi mereka bahawa tanggal 21/12/2012 @11:11 itu dunia akan kiamat? Wallahu’alam… Maka terpulanglah pada kefahaman dan pendirian masing-masing.

APAKAH ITU FITNAH AKHIR ZAMAN? :
Dan lagi apabila disebut saja Akhir Zaman ianya dikaitkan pula dgn keadaan bagaikan Ummat Islam itu telah tenat diperdayakan dari sudut akidahnya telah tersesat jalan. Ato dari sudut fizikalnya Ummat Islam itu sentiasa ditindas dan diperdaya dgn kejam oleh musuh-musuh Islam? Sebenarnya apakah pula itu yg dimaksodkan dgn Fitnah Akhir Zaman? Kapankah bermulanya itu Fitnah Akhir Zaman dan siapakah dalang pertama ato Dajjal-Dajal yg menjalankan konspirasi tersebut? Siapakah itu Dajjal dan dari manakah pula bermulanya itu Dajjal? Wallahu’alam…. Maka jawapannya juga terpulanglah pada fahaman dan kajian masing-masing.

SIAPAKAH IMAM MAHDI? & KEMUNCULAN IMAM MAHDI :
Maka apabila telah sampai janji Allah dan masanya akan muncullah itu Imam Mahdi, maka bayangan kebangkitan itu Imam Mahdi seperti Sabdanya : “Sekiranya dunia ini akan hancur akan tetapi ada tinggal sehari lagi, maka Allah akan bangkitkan seorang dari keluarga-ku yg akan memenuhi dunia ini dgn keadilan sebagaimana dunia ini dipenuhi sebelumnya dgn kezaliman”. (Riwayat Abu Daud). Maka yg dimaksodkan itu, itulah orangnya yg dinanti-nantikan oleh setiap Ummat Islam yg beriman dgn Rasul SAW dan dgn Allah Yg Maha Mentadbir. Yg dimaksodkan Hadis tersebut, bahawa Imam Mahdi sebagai Penyelamat Ummat Islam itu pastinya akan zahir, yakni dimunculkan keberadaannya itu dikhalayak ramai. Kapankah detik dan waktunya munculnya itu Imam Mahdi? Wallahu’alam… Masa zahirnya tertakluk kepada sebab-sebab dan masa-masa tertentu, yg hanya Allah sahaja Yg Maha Mengetahui.

DARI NASAB SIAPAKAH ITU IMAM MAHDI? :
Nabi Muhammad SAW ada bersabda : “Akan bangkit dari Sulbi-ku ini keturunan-ku dari Timur yg akan membawa keadilan….” Kalo dari sulbinya Nabi SAW makanya pastinya Imam Mahdi itu bermulanya titik jalurnya adalah terus dari Nasab Zuriat Nabi SAW itu sendiri. Sedangkan yg diketahui Nabi SAW itu tiada lagi anak lelaki sebagai menyambung zuriat warisan, kerana anak-anak lelakinya diriwayatkan semuanya telah wafat sewaktu kecilnya. Cumaan yg ada sebagai penyambung warisan itulah hanya dua orang cucuandanya tercinta, yakni Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Difahamkan lahirnya mereka itu adalah hasil dari pernikahan Sayyidina Ali dgn Siti Fatimah Az Zahrah.

DIANTARA SAYYIDINA HASSAN & SAYYIDINA HUSSIN :
Maka titik mula jalur lahirnya itu Imam Mahdi, misterinya tersirat diantara Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Yg seorang adalah “Jantung Nyawanya”, yg seorang lagi itu intan payungnya. Yg satu itu Insan Biasa, yg satu lagi itu “Insan Mistri”. Dinamakan Dia itu Insan Mistri kerana keberadaannya itu bermula dari Ada menjadi Tiada. Dgn Mukjizat Paduka Ayahanadanya itu dia dari Tiada menjadi Ada. Maka dari Ada itu hingga terbitnya itu Imam Mahdi, yg dighaibkan dlm Mistrinya Alam. Namun Dia bukan Insan Ghaib seperti fahaman Puak Syiah dan Al-Arqam itu. Dia ada sosok jasad badan ragawinya, seperti juga leluhurnya itu, yakni Nabi Muhammad SAW ada jasad ragawinya. Jika tiada berjasad mana mungkin beliau bisa bertugas. Cumaan “He Is The Guided Man”, hanya mereka yg diizinkan Allah sahaja yg bisa mengenalinya dan ketemu dengannya. Dan lagi Sabdanya : “Barangsiapa diketahuinya dimana beradanya itu Imam Mahdi, maka besegeralah kamu berbaiah dengannya, walo pun kamu utk ketemu dengannya terpaksa merangkak didalam salji….”

IMAM MAHDI INSAN MISTRI :
Maka Mistrinya itu Imam Mahdi terlalu rumit. Begitu juga Hadis-Hadis mengenai keberadaannya itu terlalu banyak hingga mengelirukan, hingga ada pihak yg mengambil kesempatan mengaku dirinya sendiri itulah Imam Mahdi, ato orang kanan kepada Imam Mahdi, dan berbagai lagi. Kita hanya didedahkan kepada sejarahnya yg tersurat. Sedangkan sejarahnya yg tersirat hanya diketahui lagi dirahsiakan dan tersimpan oleh Nasab Ahlul Bait pilihan. Maka terpulanglah kepada semua meyakininya dan mencari akan kebenarannya.

AHLUL BAIT PENERAJU AKHIR ZAMAN:
Maka dithread ini hanya sedikit info dari Ahlul Bait Warisan Wali 7, yg mampu kami sampaikan, sekadar dibuat renungan. Lebeh detail lagi kami masih jahil, nggak mengerti, masih lagi mencari kebenarannya. Yg pastinya Ahlul Bait akan menerajui Akhir Zaman. Nasab-Nasab Ahlul Bait yg ramai itu telah berkembang diserata pelusuk dunia. Maka Ahlul Bait dari Puak manakah yg akan dinobatkan sebagai Peneraju Akhir Zaman itu..?? Jawapannya….????

Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam…..

Komen oleh Banjoe — Jun 8, 2010

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Imam Mahadi dan akhir zaman

  1. faizurr says:

    Terima Kasih.

  2. hashim says:

    aku minat cerita ni.. nanti aku coment..

  3. Salik says:

    Nama sebenar Imam Mahdi ialah Muhammad Ali Hanafiah…. wallahu’aklam.

  4. elfan says:

    Issu kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan para umat pengikut Nabi Ibrahim As. yakni sejak kaum Nabi Ismail As. dan khususnya kaum Nabi Ishak As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).

    Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangan ‘sang’ tokoh sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel keturunan Nabi Ishak As. yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayangnya, dalam kitab suci Injil, sebagai kitab terakhir yang dianugerahi pada keturunan Israil, masih juga disebut issu akan datang kelak Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih tetap akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.

    Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi dan Rasul Muhammad SAW adalah sebagai nabi pemungkas atau terakhir, dan sudah itu tidak akan ada lagi manusia yang diangkat dan dianugerahi sebagai nabi.

    Selain sebagai nabi terakhir, Saidina Muhammad SAW juga dianugerahi dengan nama agama yang formal, dimana para nabi yang sebelum ini tidaklah diberikan atau disertai dengan nama agamanya, yakni ISLAM (QS. 5:3). Karena itu, nama Islam tidak pernah tersebut sama sekali dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.

    Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga tentang Imam Mahdi tidak akan ‘muncuk’ bagi Syiah, dan tidak akan lahir lagi bagi Sunni karena sebagai Imam Mahdi yang ditunggu iotu tidak lain adalah penutup para nabi yakni Nabi kita Saidina Muhammad SAW.

    Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) yang mengemban missi suci (QS. 35:39) kini dan yang akan datang ‘mampu’ untuk membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.

    • google account says:

      Salam, saya doakan supaya anda tidak terus menerus sesat. Sdr, Ahlul-Bait itu bermaksud Ahli Rumah, merujuk pada FEMINE GENDER atau MATRILINEAL atau NASAB IBU. Tunggak Ahlul-Bait bermula dari Rasulallah SAW, Puteri Nabi Fatimah Az Zaharah, suami Fatimah Saidina Ali dan Anak Mukjizat atau Putera Ahlul-Bait Hassan RA dan Hussein RA yang kedua-duanya terputus taraf Ahlul-Bait pada keturunan berikutnya. Darah Nabi dan Kathijah turun pada Fatimah. Di dalam jasad Ummu Khalthum dan Zainab cucu Nabi iaitu puteri Fatimah bersama Ali mengalir darah Nabi dan Ali. Manakala Nasab keturunan Hassan dan Hussein pula disambung oleh puteri-puteri perempuan baginda dan Salasilah Keluarga atau BANI Hassan dan Hussein disambung oleh anak-anak lelaki mereka yang dengan sendiri terputus taraf Ahlul-Bait. Putera-putera yang lahir dari Nasab Ibu Nabi itulah yang dipanggil putera Ahlul-Bait. Cuba renungkan: apabila dibacakan talkin pada Hassan RA ” Wahai Hassan bin Fatimah…” siapa Fatimah? Sudah tentu puteri Nabi, begitu juga apabila dibacakan talkin pada anak-anak Ummu Khalthum dan Zainab, tentulah kedua-duanya cucu Nabi, begitulah seterusnya kesinambungan jurai Nasab Ibu keturunan Nabi hingga ke hari ini dan sampai tiba saat lahirnya Putera Ahlul-Bait keturunan Nabi bernama Muhammad ibni Abdullah atau Al Mahadi. Bertentangan dengan Nasab Sesat PATRILINEAL atau SALASILAH KELUARGA atau BANI atau NASAB BAPA yang sekadar penyambung keluarga bin/binti/ibni/ibni dsb jika dibacakan talkin pada anak-anak yang dilahirkan oleh mana-mana ibu, seperti anak-anak Hassan dan Ali contohnya, tentunya siibu yang disebutkan itu bukan dari keturunan Nabi, kerna mereka dari keturunan orang lain. Nasab Ibu juga menjadi sandaran syurga dan berkedudukan 3 teratas dari Nasab Bapa selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU yang sekadar menjadi pemimpin, imam, kadi dsb. Atas dasar itulah Nabi bersabda jika dapat 1 anak perempuan itu bagus, 2 lagi bagus dan 3 ke atas lebih bagus, supaya Nasab Keturunan itu tidak terputus biar Bani atau Salasilah keluarga yang terputus, kerna ianya tidak memberi apa-apa faedah bagi Nabi yang secara jelas terputus Bani atau Salasilah Keluarga baginda. Salasilah keluarga atau bani bukan penentu salasilah kerturunan sepertimana yang dipercayai oleh golongan kafirun…son of, anak lelaki dsb. Dalam Islam pula disebut bani, seperti Bani Hashim, Bani Tamim dsb. Ingat! Putera Ahlul-Bait Al Mahadi akan diiringi oleh 313 Pemuda dari Salasilah Keluarga atau Bani Tamim dan disertai oleh Putera tidak Berbapa Isa Al Masih. Apa pentingnya Nasab Bapa? Nasab yang hanya sekadar menabur benih! Nasab keturunan itu lahirnya dari Rahim Ibu atau Rumah menyimpan Sulbi secara batinnya atau Nasab Ahlul-Bait dan sekadar Nasab Suri Rumah atau sekadar BAIT IBU buat masyarakat biasa dan AHLUL-BAIT buat keturunan Nabi.

  5. google account says:

    Sdr. Banjoe, agak pelik bunyi nama nie…adakah sdr berketurunan Melayu atau Jawa, Bugis, Batak, Mendailing atau apa ya? Kalo sdr Wong Jawa memang wajar nama sdr begitu, kerna budaya Hindu Budhha masih menebal dijiwa Wong Jawa, liat aja nama sepertinya KARTO, KARTOLO, KARNO, KARTINI, BAMBAN, DEWI dsb yang terang-terang nama-nama pengaruh Hindu Buddha yang bertentangan dengan saranan Islam walau telah menerima Islam…begitu juga dengan bahasa Jawa yang nyata-nyata campuran Hindu Kuno, Buddha Kuno, Tamil Kuno dan Austronesia. Saya juga rasa amat pelik dengan sebutan nama-nama yang berunsur Hindu Buddha yang dipostkan oleh sdr Eflan bilamana dihubungkaitkan dengan Al Mahadi. Jika sdr berdua keturunan Jawa, Melayu, Bugis, Banjar dsb memang wajar sdr percaya pada Nasab Bapa, kerna dah diturun-temurunkan bgitu…jika ayah Jawa, Melayu dsb maka anak-anak juga Jawa, anak juga Melayu…walaupun kalian semua sadar kalian mendahului Rasulallah SAW yang terputus Zuriat lelakinya dan menjunjung kepercayaan hindu buddha yang mendahulukan son of atau anak lelaki…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s