Gudang ilmu rezeki ubat dan segalanya



Meliputi langit dan bumi yang dijadikan Allah s.w.t untuk manusia, mohonlah keizinan daripadanya, mohonlah pertolongan daripadanya ( Allah ) dalam segala apa-apa juga perlaksanaan manusia, bertawaqal kepada Allah dan berusahalah bersungguh-sungguh .

PROLOG :-
Cintailah kepada semua orang dan janganlah benci kepada sesiapa pun

Merasa senang dengan ucapan-ucapan saja tidak memberi manfaat.

Berbicara tentang keTuhanan dan,keagamaan dalam kata-kata sahaja tidak membawa anda kemana-mana,

Timbulkan semua kuasa terpendam dalam diri anda dan zahirkan kegemilangan diri anda yang hakiki itu.

Penuhkan dirimu dengan kesentosaan dan kebahagiaan.

Taburkan bibit-bibit kedamaian dan kebahagiaan itu dimana sahaja anda berada dan kemana jua anda pergi.

Jadikan diri anda api kebenaran yang menyala-nyala, jadikan bunga cinta yang semerbak indah.

Jadikan ubat kedamaian yang menyamankan, dengan cahaya kerohanian, hapuskan gelap kejahilan.

Padamkan api permusuhan dan peperangan.

Suburkan kedamaian dan keharmonian dikalangan manusia.

Jangan sekali-kali menerima pertolongan dan bantuan dari sesiapa, kecuali Allah.

Jangan anda pergi kehadapan pemerintah, jangan enggan membantu fakir miskin, janda, anak yatim, jika mereka datang kepintu rumahmu.

Inilah tugas dan misi kita – khidmat kepada manusia, laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani agar guru-guru ( Mursyid ) tidak terasa malu tentang kekuranganmu dihadapan Allah s.w.t dan dihadapan guru-guru kita yang terdahulu dalam salasilah sufi dihari pengadilan.

ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

( Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya )
Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-

Laillaha illa llahu wa-llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdulillahi
Wastaghfirullah alladhi la illaha illa hu
Wal awalu, wal-akhiru, waz-zahiru wa batinu
Yuhyi wa yumit Wa Hua Hayyun la yumutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay’in Qadir

Ertinya :,

Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-

PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.

KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.

KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.

KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.

KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.

KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil. KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.

KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.

KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.

KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.

Beramal lah dengan ikhlas dan mohonlah kepada Allah SWT agar dikurniakan DOA ini.

PENDEKAR

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Gudang ilmu rezeki ubat dan segalanya

  1. Ii Mmn says:

    Boleh x hantarkn saya versi jawi punya…x reti la nk baca ayat quran di rumikan ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s