Di kawasan Masjidil Haram

Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim Alayhissalam.jpg sebagaimana pendapat orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim Alayhissalam.jpg berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail Alayhissalam.jpg memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Hajarul Aswad
Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh kerana kejahatan manusia. Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama – kelamaan menjadi hitam sebab dosa oleh orang-orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah Saws.jpg bersabda :” Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam ” . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail
Hijir Ismail berpagar batu berlingkar 1.5 meter terletaknya berdampingan dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Saws.jpg, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari ‘Aisyah r.a. yang bermaksud, ‘Dari ‘Aisyah r.a. katanya; “Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah Saws.jpg memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata ” Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah”.

Orang yang telah mengerjakan tawaf, disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas beroda dan mengerjakan solat sunat di Makam Ibrahim.

Telaga Zam Zam
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, ” Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit “. Riwayat – At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s