Gambar hukuman rejam sampai mati



MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.

“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

“Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.

“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Gambar hukuman rejam sampai mati

  1. azian berkata:

    salam….sepatutnya hukuman seperti ini patut dilaksanakan di atas negara yg berlandaskan unsur islam..supaya dapat menjadi teladan kepada muslim yg lain supaya mereka dapat menginsafi diri sendiri dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan zina..insyaAllah….setiap yg Allah tentukan itu ada hikmahnya…wassalam

  2. sayang berkata:

    Kepada binatang pun kita tak sanggub bunuh sebagaimana hukum islam tentang hukum rejam sampai mati si panzina …

    Apakah Tuhan ini kejam .
    Apakah tidak ada hukuman lain untuk cara2 membunuh si panzina itu ???

    • ami berkata:

      tuhan itu x kejam.manusialah yg kejam.tuhan yg menciptakn kta.dia lebih megetahui ats makluknya.hukuman akhirat lagi azab.apekah kamu takut melaksanakn hukum allah jika benar kamu beriman.

  3. jaka berkata:

    Setahu saya kita tidak boleh melaksanakan hukum hudud dalam keadaan tidak bernegara. Maksudnya dalam kelompok2 kecil islam tanpa negara tidak boleh dilaksanakan hukum itu. Hanya setelah sah islam memerintah sebuah negara baru hudud wajib dilaksanakan. Sila rujuk kepada pakar.

  4. Shaifuddin berkata:

    Hukuman separti ini patut di laksanakan seperti malaysia tetapi mestilah mengikut prosedur hukum syariah yang bersumberkan hadis , al quran , ijmak ulamak , qias dan mahkamah mestilah mantap perundangannya . Selagi masyarakat dalam keadaan tidak aman dan damai , miskin , ekonomi tidak mantap. Masyarakat tidak di dedahkan dengan huhud menjadikan hukumam islam di ejek dan di rendahkan oleh masyarakat yang tidak faham islam,
    Wassalam

    • Shaifuddin berkata:

      Cara pendekatan dan perlaksanaan haruslah di teliti sehalusnya supaya masyarakat benar – benar takut , gerun dan berwaspada dengan perbuatan yang ditegah oleh syarak. Contohnya negara Arab Saudi peratus jenayah rogol, zina , bunuh amat kurang kerana masyarakat sedar akan hukuman
      Wassalam

  5. otaimer berkata:

    HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI ITU HUKUMAN YANG WAJIB DI TERIMA OLEH SEMUA UMMAT ISLAM… KALAU TAK TERIMA MAKA JADI KAFIR SERTA MERTA.. ALLAH YG CIPTAKAN MANUSIA .. MAKA ALLAH JUGALAH YG TAHU HUKUMAN YG SESUAI UNTUK SI PENZINA.. KALAU YG BELUM BERKAHWIN BERZINA MAKA DIROTAN 100 X KALAU DAH BERKAHWIN TAPI MASIH JUGA BERZINA DI REJAM SAMPAI MATI.. INI BALASAN DIDUNIA BILA DILAKSANAKAN MAKA DI AKHIRAT ORANG YG BERZINA ITU TIDAK AKAN DIHUKUM LAGI.. TETAPI BILAMANA TIDAK DILAKSANAKAN DIDUNIA DI AKHIRAT PENZINA AKAN DIHUKUM PULA…

    NASIHAT SAYA : SEBAGAI ORANG ISLAM TIDAK PATUT DAN TIDAK BERHAK MEMPERSOALKAN HUKUMAN YG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH S,A,W DIDALAM AL-QURAN..

    APA GUNA KEIMANAN KAMU KALAU KAMU TOLAK RUKUN IMAN YG KE 3 IAITU (PERCAYA DENGAN AL-KITAB IAITU AL-QURAN )

  6. Aminou-Tariq berkata:

    Adakah negara Malaysia sesuai untuk hukuman rejam?

    Situasi pertama: sekiranya seorang islam berzina dengan seorang bukan islam, apakah hukuman kepada kedua2 si-berzina?

    Situasi kedua: sekiranya sekumpulan remaja yang adanya islam dan bukan islam, mereka merogol seorang gadis..apakah hukuman yang perlu dilaksanakan?

  7. ader berkata:

    siksa di akhirat 100 kali lebih mengerikan daripada di dunia..bagi pezina 40 thn dosanya tak di ampuni..padahal siksa di akhirat itu lebih mengerikan..jangan menanyakan sebuah hukum islam.. karena sudah jelas Al-Quran memperingatkan bagi yang melanggar akan di hukum seberat-beratnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s