40 nasihat Tok Ayah



Lagi 40 nasihat Tok Ayah

Kata‐kata ini dipetik daripada syarahan dan nasihat beliau kepada murid‐muridnya. Kata‐kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata‐kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam.

Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan rahmat dan kasih sayang
Allah dapat menangkis tuduhan‐tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawwuf. Semoga petikan
dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk
menjadi hamba Allah yang sehamba‐hambaNya di dunia ini, Insya Allah.

1. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,
sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab
Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

2. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.

3. Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu.
Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikan lebih pahit daripada hempedu dan lebih
busuk daripada budu.

4. Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak berguna dan
banyak dosa), lebih senang, mudah‐mudahan Allah s.w.t. ampun dosa kita.

5. Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang banyak jual di
kedai.

6. Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu.

7. Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.

8. Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan)
kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir
dan baik adab dengan Allah s.w.t., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh‐sungguh dengan
Allah s.w.t., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.

9. Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju “Rodhiah” tetapi
terhenti kepada Abid tidak (fana’ ‘ul‐fana’).

10. Perkara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat Allah s.w.t semata‐mata, melalui
Rasulullah s.a.w, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah s.w.t. Kalau kenal
(tahu tentang perkara kerohanian) dengan cerita‐cerita orang (perasaan kita itu tidak sah).

11. Kalau tak senang dengan sesuatu, DIAM! Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah
s.w.t. Semoga jadi hamba Allah s.w.t.

12. Kerja dunia boleh tangguh‐tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh‐tangguh.

13. Watak Auliya’: Kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.

14. Kenal Allah s.w.t. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah s.w.t. pakaikan
dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyrikin tidak mengenal Rasulullah s.a.w.
(walhal Rasulullah, Allah s.w.t. pakaikan baginda dengan penuh sifat‐sifat kesempurnaan).

15. Hendak kenal wali tanyalah Allah s.w.t., jangan tanya orang.

16. Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.

17. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. nak jadi hamba Allah s.w.t., bukan nak jadi wali.

18. Buat ibadat nak jadi wali, SYIRIK!

19. Allah s.w.t. tak pilih orang malas jadi wali.

20. Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.

21. Orang yang sebenar cinta Allah s.w.t. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.

22. Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah s.w.t.

23. Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu
menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah s.w.t. yang bertaqwa.

24. Saya hamba Allah s.w.t. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang ALLAH s.w.t
bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.

25. Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur
Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.

26. Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun tidak.

27. Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, auliya’ atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali
dengan orang soleh, ini cerita kartun.

28. Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk syurga, dengan nabi Musa
a.s. dan Harun a.s. Logik tak?

29. Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.

30. Uwais Al‐Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman kepada
Allah s.w.t.

31. Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu ammarah kemudian (dalam masa
yang sama mereka) berdoa dengan Tuhan (agar dianugerah sama seperti orang yang berjaya
di sisi Allah). Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah s.w.t. jadikan nafsu ammarah
supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.

32. Cara cuci hati, banyakkan baca Al‐Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci,
barulah ada tauhid.

33. Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu,tetapi ia adalah anugerah Tuhan.

34. Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).

35. Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan
Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah
kera.

36. Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar‐besar kezaliman ialah
mengikut hawa nafsu.

37. Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya,
banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.

38. Matlamat saya bukannya batu, kayu ( bangunan ) dan ramai orang, tetapi saya nak orang yang
bersungguh mengikuti garisan syariat dan toriq.

39. Saya mengajar ilmu para wali bukannya ilmu tok sami!

40. Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak
fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.

Bersambung…….

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

24 Responses to 40 nasihat Tok Ayah

  1. jalanakhirat berkata:

    Sambungan nasihat Tok Ayah

    41. Saya kagum dengan ketahanan yang ada pada Hallaj, orang korek mata, kerat tangan dia, dia
    tidak rasa sakit.

    42. Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah tidak ada gunanya lagi.

    43. Kesufian bukan boleh didapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh didapati dengan
    zuhud dan yakin.

    44. Kekufuran tidak boleh menghilangkan kekufuran. Hanya kerasulan, kenabian dan kewalian
    sahaja yang boleh menghilangkan kekufuran.

    45. Hanya ketaqwaan yang tinggi sahaja yang boleh menundukkan kesombongan, kekufuran dan
    kesyirikkan sebagai mana Ibrahim Khalilullah menghancurkan kerajaan Namrud.

    46. Jangan buat ibadat pura‐pura, nanti jadi kura‐kura.

    47. Kamu jangan biadab dengan Allah s.w.t.!

    48. Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah‐buahan tetapi tak makan buah,
    bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah).

    49. Saya berjalan tidak kisahkan orang. Jangan kacau orang. Orang kacau kita, tidak mengapa.

    50. Firman Allah Ta’ala:
    Maksudnya “Hendaklah kamu berzikir banyak, mudah‐mudahan kamu semua mendapat kejayaan” (Surah Al‐Jumaah Ayat 10).
    Dalam ayat ini Allah s.w.t. tidak bagi tahu banyak mana (bilangan nak kena zikir), sekurangkurang
    banyak ialah sampai (darjah nafsu) mutmainnah.”

    51. Selagi belum mutmainnah, selama itu punah ranah.

    52. “Ada yang lain lagikah? Tak ada lagi dah. Mari kita pakat duduk di atas (La ilaha
    illAllah”). Kata‐kata Tok Ayah Said r.a.

    53. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca
    (“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”). Oleh itu supaya kita, tidak menjadi
    tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu
    minazzolimin”.

    54. Ulama’ terhijab dengan ilmunya, ‘abid terhijab dengan ibadahnya, zahid terhijab dengan
    zuhudnya dan soleh terhijab dengan kesolehannya. Ini semuanya dinamakan hijab nurani.

    55. Bila mata kita muafakat dengan syariat, telinga kita muafakat dengan syariat, fikiran kita
    muafakat dengan syariat, tangan kita muafakat dengan syariat, namanya bersungguhsungguh.

    56. Sekiranya apa yang saya anjurkan, sampaikan atau yang saya lakukan ini tidak muafakat
    dengan garisan Al‐Quran dan Sunnah tolong jangan pakai. Saya menerima setiap kritikan yang
    membina.

    57. Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan di
    dalam segenap aspek

    58. Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah s.w.t. tetapi kita
    menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam sains dan teknologi.

    59. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. “Ya Allah, hamba mu ini tak pandai nak memanggil (menyeru)
    berdakwah macam orang lain. Jadi Engkau hantarlah mereka‐mereka yang Engkau kehendaki
    dan rahmati ke sini, sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. di perintah oleh Allah s.w.t. menyeru
    manusia datang ke rumahNya Baitullah).

    60. “Buat kerana Allah, Mahmud!” Nasihat Tuan Guru Haji Husin Dol r.a. kepada saya.

    61. Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. ( Pengasas Jemaah Tabligh,
    Ahli Zaman Abad 14 Hijrah ) dari segi menghancur hati kepada Allah s.w.t. cuma caranya
    berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, tauke kilang nak jadi
    jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka
    sama, nak jadi jutawan!

    62. Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tuisyen lagi. Tapi
    kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?

    63. Sebenarnya kita kena asuh perkara ini (jalan orang‐orang muqarrabin) daripada awal lagi
    kerana semua wali Allah s.w.t. yang besar‐besar, mula diasuh sejak daripada kecil.

    64. Punca‐punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut nafsu.

    65. Bukan orang lain dan unsur‐unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang
    merosakkkan kamu sendiri.

    66. Air mata takut Allah s.w.t. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila
    dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam
    itulah air mata orang tidak takut Allah s.w.t.

    67. Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah s.w.t. boleh memadamkan api neraka.
    Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear ‐ kalau dibandingkan dengan api neraka!
    Sebab itulah Ibllis dan konco‐konconya mencari jalan untuk memupuskan jalan‐jalan orang
    yang takut Allah.

    68. Allah s.w.t. menceritakan di dalam Al‐Quran:
    Mafhumnya “Sesungguhnya zikrullah itu Maha Besar, Maha Agung” (Surah Al‐Ankabut Ayat

    45).Maknanya zikrullah itu lebih hebat daripada bom atom. Pasal inilah Yahudi dan koncokonconya
    menghalang orang berzikir dan halqah zikir.

    69. Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam‐macam lagi samalah dengan
    Iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan) kepada Allah nak menyesatkan
    manusia.

    70. Serban putih dan jubah putih senang dibeli, yang tiada dijual perut (jiwa) yang bersih
    walaupun hendak dibeli dari wali Allah bahkan dari Rasulullah (pun tidak boleh) kerana taufiq
    dan hidayah di tangan Allah.

    71. Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan Auliya’ Syeikh Abdul
    Qadir Al‐Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara‐cara dan punca‐punca hendak mendapat
    karomah.

    72. Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat
    andaian) di atas pandangan orang‐orang hasanah. Kerana kebaikan orang‐orang hasanah
    adalah kekejian bagi orang muqarrabin.

    73. Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia yang hidup di zaman kita ini ? Seolah‐olahnya mereka mahu auliya’ yang dah mati itu hidup semula, lebih baik
    minta Rasullah s.a.w. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Sayyidul Mursalin,
    ini lebih afdal!

    74. Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajjud tak boleh beli!

    75. Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah s.a.w.

    76. Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam badan mereka
    ada sel‐sel darah ular. Kita orang Islam tak makan ular, kemudian kita tak buat pula perkara
    yang lebih bisa dari bisa ular (istighfar, selawat dan zikir).

    77. Bila (iman) kita lemah, maka orang‐orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil
    kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaiki diri
    kita.

    78. Allah s.w.t. tak terima doa orang yang mengikut nafsu ammarah.

    79. Maafkan segala kesalahan orang‐orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun
    mereka tidak memohon maaf.

    80. Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang besar
    macam mana orang yang main luncur ombak hendak rasa keseronokan bermain ombak.

    81. Kalaulah binatang buas boleh dilatih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkas dilatih
    untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia walhal mereka seindahindah
    makhluk Allah, kerana Allah berfirman:
    “Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia di dalam seindah‐indah bentuk” (Surah At‐Tin Ayat 4).

    82. Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!

    83. Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad kamu,
    daging dan tulang saya kamu pakai sekalipun! Kamu tak akan dapat sebagaimana saya dapat
    sekiranya kamu tak bersungguh sebagaimana saya bersungguh‐sungguh dengan Allah.

    84. Bukan nak ( zikir dengan suara ) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati dengan Allah
    tetapi kebiasaannya nak hancurkan batu gunung untuk buat jalan kena gunakan bahan letupan. Kemudian batu tadi di masukkan di dalam mesin penghancur, tentulah proses ini mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah hati manusia lebih keras dari batu.

    85. Saya tak bimbang anak‐anak saya tak makan kerana rezeki, (sebab) Allah sudah jamin. Yang
    saya bimbang anak‐anak saya tak ada iman.

    86. Saya tak setuju dengan orang‐orang yang hanya bercerita tentang datuk nenek mereka orang
    hebat, orang soleh dan tok wali. Dia tu macam mana? Sepatutnya dia boleh (dapat) lebih lagi,
    atau pun sekurang‐kurangnya dapat sama macam datuk nenek mereka. Kalau guru buat
    matan, murid buat syarah. Ini tidak, masuk hutan! (tak terpakai).

    87. Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zahir syariat. Mereka tidak
    terbuka rahsia syariat. Jika kita berpegang kuat dengan syariat dan hakikat, mereka tak boleh
    makan kita.

    88. Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga.
    Apatah manusia yang bersungguh‐sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada orang yang
    menulis nama‐nama mereka ( Ashabul Kahfi ) untuk dibuat azimat sahaja. Ini saya tak setuju,
    sepatutnya kita kena ikut jejak langkah mereka untuk menyelamatkan iman. Kita pun akan
    sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada mereka.

    89. Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan
    digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah kamu tak pandai?

    90. Duduklah ”tang” manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di
    tengah, di laut atau di darat. Matlamat kita ialah kehambaan.

    91. Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke jalan
    Allah.

    92. Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang sangat penting.
    Sebab itulah Rasullullah s.a.w. suruh memilih perempuan yang beragama untuk dijadikan
    isteri.

    93. Untuk menyucikan darah‐darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinan, darah kekufuran
    dan kesyirikan. Hendaklah menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta.

    94. Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang‐orang yang nak berjalan.

    95. Setengah orang seronok membaca dan mendengar karomah Syeikh Abdul Qadir Al‐Jilani. Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al‐Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syeikh Abdul Qadir al ‐Jilani, di dalam kitab Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani.

    96. Ada dua jalan manusia menuju Allah s.w.t:
    • Jalan Nubuwwah
    Jalan Nubuwwah bermula sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w. Jangka
    masa ini tidak diketahui oleh sebarang manusia, kecuali Allah s.w.t sahaja. Inilah jangka
    masa manusia mencapai Allah s.w.t melalui bimbingan nubuwwah, di mana wahyu
    sentiasa di turunkan. Zaman Nubuwwah ini telah berakhir dengan Nabi Muhammad
    s.a.w dan tidak akan bermula lagi.
    • Zaman Wilayat (kewalian)
    Zaman Wilayat di mana para aulia menunjukkan manusia jalan kepada Allah s.w.t
    sehingga akhir zaman. Bila zaman Nubuwwah berakhir, maka dari situ zaman Wilayat
    bermula. Wilayat bermula dengan para‐para sahabat, diikuti oleh para tabien yang
    berlandaskan hadis Akbaru Tabik, Uwais Al Qarni. Jalan ini berterusan hingga Syeikh
    Abdul Qadir al ‐ Jilani pada abad ke 5 Hijrah di mana mahkota Wilayat telah di
    anugerahkan kepada beliau. Zaman Wilayat ini bermula dari zaman sahabat hingga ke
    zaman Sayyidina Muhammad Al‐Mahdi. Semua auliya’ di dalam dunia ini mencapai Allah
    melalui warasatul auliya’ (bimbingan para Auliya’). Allah s.w.t membimbing mereka
    melalui syariat, toriqat, hakikat dan makrifat. Pancaran nur kalimah
    (La ila ha illAllah) yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sentiasa dikawal dan
    dipelihara oleh para auliya’ supaya memancar dan bersinar.

    97. Saya kalungkan mutiara di leher anjing, mudah‐mudahan ia menjadi kambing.

    98. Sembahyang 5 waktu di wajibkan pada tahun ke 10 daripada kenabian dan kerasulan.
    Sebelum itu Rasulullah menyuruh para sahabat menguatkan iman dengan banyak menyebut
    (La ila ha illAllah).

    99. Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi
    berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak
    tunduk kepada kekufuran dan kesyirikan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai
    golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama’, tetapi
    berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal
    r.a.

    100. Kamu jangan sangka, kamu ikut saya, duduk majlis saya, sembahyang belakang saya, kamu
    dah dapat masuk syurga. Saya pun belum tentu lagi Allah nak letak di mana, di syurga atau
    neraka!

  2. jalanakhirat berkata:

    Assalamualaikum wbt…

    Sambungan nasihat Tok Ayah….

    101. (zero, zero, one) ini nombor kod Ahlullah. Kosong dunia, kosong akhirat, hanya Allah yang
    Esa.

    102. Bergaul dengan jutawan berasa nak manfaat dari mereka. Syirik! Tengok benda seronok,
    berasa seronok. Syirik dengan ‘seronok’. Duduk dengan orang jahat dan ganas, berasa takut
    dia kacau kita. Syirik dengan ‘takut’ pula. Bila tengok perkara yang tak elok dan tak berkenan,
    tak nak dan tak mahu pula. ‘Syirik dengan tak nak’. Tengok perkara yang berkenan dan
    menawan berasa nak. Syirik dengan ‘nak’ pula

    103. Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?

    104. Jadilah hamba Allah sehamba‐hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling banyak
    dosa? Angkatlah tangan!

    105. Berdoalah kepada Allah supaya buta mata daripada melihat perkara yang dilarang. Pekak
    telinga daripada mendengar perkara yang dilarang. Bisu mulut daripada bercakap perkara
    yang ditegah. Batukan anggota daripada melakukan perkara yang Allah larang.

    106. Orang munafiq di zaman ini tak senang dengan pakaian sunnah.

    107. (La hau la wala quwwata illa billah) cakap senang, nak duduk di atas
    garisannya payah.

    108. Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu.

    109. Orang Melayu terhijab dengan bahasa Melayunya, orang India terhijab dengan bahasa
    Tamilnya. Orang Cina terhijab dengan bahasa Cinanya. Orang Jawa terhijab dengan bahasa
    Jawanya. Orang “ARAB” pun terhijab dengan bahasa Arabnya.

    110. Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.

    111. Orang yang loyar buruk dengan Allah s.w.t ialah orang yang loyar buruk dengan auliya’ Allah.

    112. Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita. Bila kita
    buat kebajikan. Pandanglah, bahawa itu semuanya anugerah dan rahmat Allah. Kalau buat
    perkara yang tak berbetulan dengan jalan keredhaanNya janganlah disandarkan kepada Allah.
    Salahkan nafsu kita sendiri. Ini tidak! Bila buat kebajikan kita rasa ada “share” (berkongsi)
    dengan Tuhan. Bila buat maksiat dikatakan pula ini qodho Tuhan. Inilah puncanya manusia tak
    sampai Tuhan dan semakin jauh daripada “rahmatNya”. Tidak lain kerana biadabnya kita!

    113. Guru saya pesan. “Mahmud! Janganlah ajar adab nanti mereka biadab. Ajarlah mereka
    beribadat sehingga mereka beradab!”

    114. Apabila tidak senang dengan aturcara “perjalanan Ahlullah” itu tandanya ada darah kejinan
    mengalir di dalam jasad. Untuk menghilangkannya hanyalah
    dengan (“Fana’‐fi‐syaikh” yakni mematuhi segala aturan guru). Guru yang
    ikhlas tidak akan membawa muridnya masuk “neraka”.

    115. Para auliya’ (wali‐wali Allah) tidak menyembunyikan “Ilmu”. Orang dunialah yang
    menyembunyikan ilmu. Kerana ada kepentingan dan tak ikhlas. Mereka takut anak murid
    mereka lebih bijak! Bersalahan dengan auliya’, mereka mahu murid‐murid mereka lebih
    cemerlang dan berjaya.

    116. Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang berpanjangan.

    117. Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”. Yang
    silapnya pasal kita “Ikut hawa nafsu!”

    118. “Buat apa nak zikir ( suara ) kuat‐kuat? Allah s.w.t. bukan pekak! Zikir perlahan pun Allah s.w.t.
    dengar”. Ini cakap orang yang tidak kenal Tuhan, cakap orang kafir. Habis itu Allah s.w.t.
    jadikan petir yang berbunyi kuat itu, dia tidak dengar ke? Memang Allah s.w.t. tidak pekak
    tetapi yang pekak itu “nafsu”, dia tidak mahu dengar dan ikut perkara yang Allah s.w.t. redha.
    Itulah sebabnya disuruh berzikir dengan suara yang kuat. Memang berzikir dengan sirr lebih
    afdhol daripada zikir (suara) kuat. Tapi ini untuk orang yang dah sampai.

    119. Selaku umat Rasulullah s.a.w. di abad 15 Hijrah ini. Saya akan bersungguh‐sungguh
    memperjuangkan dan mempertahankan perjalanan Ahlullah.

    120. Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan orang lain.

    121. Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk dengan
    kekufuran dan kesyirikan di luar kita.

    122. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan “bahawa para sahabat umpama bintang‐bintang di
    langit”. Walaupun mereka berlainan bidang seperti bertani, berniaga, kaya, miskin, panglima,
    hamba abdi dan lain‐lain tetapi mereka mempunyai satu rahsia dengan Tuhan iaitu memiliki
    sifat “kehambaan”. Inilah perjalanan Ahlullah.

    123. Gagahnya satu‐satu zaman itu di sebabkan gagahnya para auliya’ (wali‐wali Allah) di zaman
    itu.

    124. Air hujan yang turun dari langit “jernih”. Tapi bila sampai di bumi jadi keruh, kotor dan
    berwarna merah disebabkan tanah. Begitulah rahmat Allah yang turun dari langit, “suci”. Tapi
    perut (hati) kamu yang mengotorkan rahmat Allah itu. Kenapa air hujan yang turun di laut
    jernih? Sebab air laut jernih.

    125. Sembahyang ada waktu. Zikrullah tidak ada waktu tertentu. Zikrullah kena dilakukan
    sepanjang waktu. Semua para nabi dan rasul berzikir.

    126. Selagi mana kita terasa reti. Selama itulah kita tak reti!

    127. Terasa adanya “kita”. Itulah kesalahan yang besar.

    128. Selagi terasa adanya kita. Selama itulah kita menderita.

    129. Kita tak soal UMNO ka, PAS ka, ADIL ka. Kita akan berganding bahu dengan orang‐orang yang
    sanggup berdiri, mengikuti aturcara kebangkitan (Islam).

    130. Abad 15 Hijrah ialah abad kebangkitan Islam.

    131. Semua para auliya’ di dalam dunia sepakat mengharamkan rokok.

    132. Satu batang rokok yang dihisap menjadi hijab dengan Allah selama 40 hari.

    133. Serban, jubah dan janggut lambang orang soleh.

    134. Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki
    kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu dan mulakan dengan kaki
    kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan
    kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri. Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu
    tidak! pakai ikut “DAN!”. Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk
    dalam badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak jaga,
    macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?

    135. Buang atau cukur janggut, simpan misai, macam Hindu! Ikut Hindu! Rasulullah s.a.w. suruh
    panjangkan janggut, andamkan misai.

    136. Semua nabi‐nabi dan rasul‐rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah s.w.t.
    untuk menguatkan iman dan taqwa dahulu. Bila iman dan taqwa dah kuat, barulah perkaraperkara
    lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam
    a.s. mula‐mula di turunkan ke bumi ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan
    Allah s.w.t. selama 40 tahun. Adakah baginda buat benda lain dulu?

    137. Kenapa orang Islam yang dulu‐dulu hebat dan kuat. Sebab mereka kuat berpegang dengan
    Allah s.w.t. dan Sunnah. Kita sekarang tidak, sebab itulah orang Islam sekarang lemah.

    138. Kita jangan di perbudak‐budakkan oleh budak‐budak dunia.

    139. Orang yang baik merasa
    dirinya jahat! Orang yang jahat merasa dirinya baik! Dalam bala ada
    nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah di dalam penderitaan.

    140. Bala ada 4 jenis:
    سراج للعارفين• (Sirajun‐lil‐ariffin) penerang bagi para arifbillah.
    يقظة للمريدين• (Yaqozatun‐lil‐muridin) penyedar bagi orang yang hendak mengenal Allah.
    إصلاح للمؤمنين• (Islahun‐lil‐mukminin) membaikkan orang yang beriman.
    هلك للغافلين• (Halakun‐lil‐ghafilin) membinasakan orang yang lalai pada Allah s.w.t.

    141. Punca bohsia dihari ini (keruntuhan moral) ialah disebabkan suntikan yang diberi kepada bayi
    yang mengandungi hormon lembu atau kuda. Apa kerja lembu dan kuda? Jadi budak‐budak ini
    ikut perangai lembu dengan kudalah! Yang ada hormon manusia sahaja pun, payah nak asuh
    apatah lagi yang ada hormon lembu dengan kuda. Inilah cara Yahudi dan Nasrani untuk
    melemahkan orang Islam. Mereka tahu sekarang ini adalah masa kebangkitan Islam. Mereka
    bunuh sel‐sel kesolehan yang terdapat dalam anak‐anak orang Islam. Sebagaimana Firaun
    membunuh anak‐anak Bani Israel kerana takutkan Musa a.s.

    142. Wajib taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dan orang‐orang yang “mengajak” kita
    taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

    143. Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah
    lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang
    menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!

    144. Saya buat kerja saya. Saya tak kisah orang nak marah ke atau suka!

    145. Di jalan Allah s.w.t. tidak ada mujadalah, mubahasah, munaza’ah dan munakasyah
    (bertengkar, berdebat, berbahas). Yang ada di jalan Allah s.w.t. hanya
    (beriman dan beramal soleh).

    146. Penyelewangan hadis. Betullah! Rasulullah s.a.w suruh tuntut ilmu sampai ke negeri China,
    tetapi masalahnya bila kita hantar penuntut kita ke China, mereka jadi China!, hantar ke
    Amerika jadi Amerika!, hantar ke England jadi England!. Pasal kita tidak beri mereka kekuatan
    (iman dan taqwa) terlebih dahulu. Hadis ini Rasulullah s.a.w. menceritakan di mana dan pada
    bila? Pada masa iman para sahabat dah cukup kuat. Inilah penyelewengan hadis namanya.

    147. Kalau perut dah kenyang macam mana nak meratib?

    148. Satu orang Tuan Guru (Sg. Pau Kedah) komen apa yang saya anjurkan. Saya bagi tahu dia, “Pak
    Cik! Kalau Mahmud buat ikut hati ‐ mati. Ikut nafsu, lesu. Kalau Mahmud buat kerana Allah
    masyaAllah. Tengoklah nanti bagaimana Mahmud gila (majzub) ini memimpin manusia ke
    jalan Allah”.

    149. Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak
    terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah
    tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.

    150. Dalam perjalanan Ahlullah, selagi belum mutmainnah dikira orang baru.Walau dah 30 tahun
    ikut tapi belum mutmainnah di kira masih orang baru.

    151. Cara‐cara memohon guru mursyid.
    a. Selalu buat sembahyang hajat.
    b. Banyakkan membaca (Laila hailla anta
    subhanaka inni kuntu minaz zolimin), istighfar dan selawat.
    c. Berdoa ‐ “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat para waliMu yang besarbesar.
    Pertemukan aku dengan orang yang Kau kasih untuk membimbing hambaMu
    yang dhaif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata‐mata dengan rahmatMu sahaja.
    Ya Allah!”.

    151. Dari mana hendak kemana,
    Singgah di dunia jangan buat bencana;
    Di akhirat nanti jadi merana,
    Kekal di dalam selama‐lamanya.

    152. Fahaman agama ini luas. Ada fahaman syariat, ada fahaman toriqat, ada fahaman hakikat dan
    ada fahaman makrifat. Untuk berjalan pertama‐tama sekali kena kasih dengan syariat, kena
    kasih pada Rasulullah s.a.w

    153. Segala amalan khurafat yang menghalang kita didalam perjalanan dihapuskan dengan
    berselawat.

    154. Hanyalah dengan memperbanyakkan mengingati Allah sahaja akan membuka laluan kepada
    kita untuk memahami tauhid.

    155. Yang dikatakan memperbaiki diri ialah kita perlulah bersifat zuhud dan yaqin kepada Allah
    Taala.

    156. Apabila tidak zuhud akan timbullah penyakit tamak. Dari penyakit tamak akan timbul pula syak
    wasangka terhadap Allah.

    157. Tidak ada jalan lain untuk keluar daripada penyakit tamak dan syak wasangka terhadap Allah
    melainkan dengan zuhud.

    158. Punca kita jauh dari Allah tidak dapat merasai kemanisan iman kerana kita tamak. Kalau tamak
    hendakkan syurga pun Allah s.w.t keluarkan dari syurga (kisah Nabi Adam a.s), apatah kalau
    kita tamak hendakkan dunia.

    159. Pupuklah dangan zuhud dan yakin kepda Allah supaya timbul dalam perasaan kita: ”Dia
    Tuhan”.

    160. Setiap amalan yang tidak sampai makrifah akan jadi sampah.

    161. Untuk mendapat yakin kenalah tinggalkan nafsu amarah terlebih dahulu. Dengan nafsu
    ammarah tidak akan wujud keyakinan kerana dia musuh Allah dan sentiasa bercanggah
    dengan Allah.

    Lagi nasihat Tok Ayah……….

    1. Jangan tinggal dengan nafsu. Jangan duduk dengan nafsu. Taslim (berserah)
    kepada Allah s.w.t.. Jangan redho dengan maksiat. Redholah dengan Qadho &
    Qadar Allah s.w.t.

    2. Tutuplah pintu pancaindera yang di bangsakan (ikut) nafsu. Tutuplah pintu hati
    yang di bangsakan mazmumah (sifat-sifat kebinatangan). Terbukalah pintu
    rahmat. Terbukalah anugerah Allah s.w.t. melalui taslim (penyerahan).

    3. Tolak hajat (kemahuan) sehingga Allah s.w.t. beri faham.

    4. Perkara yang kita kurang puas hati jangan kritik Allah s.w.t.

    5. Kedatangan sombong jadi nafsu. Perasaan sudah lama mengikuti (perjalanan)
    jadi nafsu.

    6. Buatlah istighfar, selawat, dan zikir. Lambat atau cepat (diri terbentuk) mengikut
    tekanan masing-masing.

    7. Terasa penat! Susah! Itu disebabkan nafsu tidak berupaya. Ibarat (seolah-olah)
    mendahului Allah s.w.t. apabila di datangi tekanan.Sebab itu kalau hendak
    berjalan (ikut perjalanan sufi), jangan ikut nafsu! Ikutlah Al-Quran & As- Sunnah.

    8. Ikhlas adalah rahsia. Selagi ada rungutan. Selagi terasa sudah lama dan sebagainya.
    Tanda belum dapat lagi (Tawakkul Mutlaq & Tauhid Mujarrad). Itu tandanya kurang
    ikhlas.

    9. Rahsia anak kunci kejayaan guru adalah ikhlas dengan Allah s.w.t.

    10. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu
    dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang
    perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan
    serabut.

    11. Orang buta kena gila penuh (yakin sepenuhnya) dengan orang celik. Barulah boleh
    berjalan. Jangan soal mati atau hidup.

    12. Wali Allah bukan maksum, jadi jangan tertipu kerana melihat syariatnya.

    13. Melihat kesalahan dan kelemahan guru adalah hijab bagi murid.

    14. Pelajaran ilmu tauhid (mengenai sifat dua puluh – usuluddin) hanya untuk
    mengawal akal. Bagi menumpukan kepada kalimah “La ila haillallah”.

    15. Macam mana Allah hendak beri rahmat kepada kamu? Kerana kamu “BIADAP
    DENGAN ALLAH!”

    16. Kerohanian, tidak dicari dengan akal tetapi dengan bertaqwa. Bila datang alamat
    kerohanian kena tolak dulu, sehingga ia datang bertubi-tubi, buatlah sembahyang istikhorah
    supaya pasti.

    17. Apa yang kita dakwa dari kerohanian kita, mesti ada bukti selepas itu. Tujuan
    (latihan) kerohanian ialah (untuk mendapat) sembahyang khusyuk. Sebagai anugerah dari
    Allah.

    18. Rahmat Allah datang dengan menendang atau meninggalkan nafsu.

    19. Bila timbul krisis (persilihan pendapat), perkara ini kena rujuk kepada Allah. Kalau
    ada rahmat melalui saya. Saya akan selesaikan dengan Rahmat Allah.

    20. Krisis mesti berlaku dikalangan Sahabat Radiallahu anhum kerana tidak sama darjah
    permikiran.

    21. Roh adalah urusan tuhan (maksud Alquran –Al-Isra’ ayat 85) ikut suka Tuhanlah
    hendak buat macam mana. Perkara inilah yang tidak difahami oleh ulamak zahiriah. Kenapa
    hendak campur urusan Tuhan?

    22. Kamu pun boleh dapat! (kekuatan iman dan taqwa yang tinggi)! Dengan syarat
    membuang kezaliman yang ada pada diri kamu sendiri.

    23. Taksub pada diri sendiri adalah hijab yang paling besar sekali.

    24. Kalau ada taksub atau mengambil kesempatan. Maka terhijablah kepada abid dan
    zuhud.

    25. Kadang-kadang manusia itu, kena dibiarkan dahulu sampai mereka terhantuk.

    26. Jatuh bangun dalam perjalanan (sufiyah-ahlullah) adalah perkara biasa.

    27. Berlaku pergeseran sesama jemaah adalah perkara biasa. Tetapi janganlah jadi
    bodoh.

    28. Rahsia perjalanan ialah tawaduk. Merendah diri dengan kebenaran.

    29. Orang yang kaya ilmu hendaklah tawaduk dengan kekayaan ilmunya atau
    keteguhannya.

    30. Sekarang ramai orang seperti kacang yang lupakan kulit. Hanya memandang
    jasad (zahiriah sahaja) tidak memandang Rahmat Allah, itulah punca menjadi tidak
    tawadduk (takabbur) – inilah permainan syaitan.

    31. Orang yang buta mata hati. Hal-hal dunia dia boleh buat bermacam-macam.
    Kereta yang beranika bentuk, pakaian yang berfesyen-fesyen dan bangunan yang
    pelbagai bentuk. Tetapi jalan ke akhirat mereka tidak boleh buat pula.

    32. Taslim (penyerahan). Menunggu lakonan-susunan Allah. Tidak kempen, tidak
    halau, tidak cepat, tidak lambat, tidak hendak sikit, tidak hendak banyak, tidak kira lama
    dan tidak kira baru. Tidak mahu jadi, tidak mahu tidak jadi, tidak kalau boleh dan tidak
    kalau tidak boleh!

    33. Nafsu sentiasa menarik kepada ammarah untuk duduk setakat lawwamah pun tidak
    di beri.

    34. Buatlah sesuatu bukan berasa kerana hendak untung dan bukan takut mengalami
    kerugian.

    35. Mutmainnah itu ialah nafsu yang duduk atas garisan syariat. Sentiasa memikirkan
    jalan, bagi mendorongkan manusia ke jalan Allah s.w.t.

    36. Apabila mendapat mutmainnah. Penyakit penat akan hilang.

    37. Kalau raja (pemerintah) lupa Allah dan rakyat lupa Allah maka kedua-duanya
    masuk neraka.
    38. Budak-budak gila dengan cara budaknya. Remaja gila dengan cara remajanya.
    Orang muda, gila dengan cara mudanya. Orang tua gila dengan cara tuanya, yang ini
    lagi teruk! Janggut dah putih tidak sedar-sedar lagi. Tidak ingat mati. Alamat hendak
    masuk neraka!

    39. Iblis pun berzikir. Dalilnya dalam surah Sod (ayat 82) iblis menyebut fabi izzatika
    (hingga akhir ayat) (Demi KebesaranMu aku akan menyesatkan mereka semua). Dia
    minta dengan kebesaran Tuhan.Tetapi iblis tidak istighfar dan selawat.

    40. Pada tiap-tiap lapisan langit ada penjaganya.

    41. Dalam merebut takwa, hendaklah kita pentingkan diri kita dahulu.

    42. Saya tidak boleh tarik sesiapa. Kalau boleh, saya tarik anak dan isteri saya
    dahulu. Saya hanya sekadar memberi galakan dan dorongan sahaja.

    43. Saya hendak bersahabat dengan orang yang ikhlas dan orang yang berani.

    44. Saya yang diberi amanah oleh Allah di muka bumi ini pun saya berasa masih
    banyak melakukan silap. Saya juga tidak tahu, di mana Allah hendak letakkan saya di
    akhirat nanti. Di syurga atau neraka.

    45. Tidak ada sebab kamu tidak mati, pasal malaikat maut pun akan mati.

    46. Ada orang mengadu kepada Hadrat Tok ayah. “Ayah! saya kadang-kadang berasa
    sayu, sedih, hancur hati dengan Allah semasa dalam halqah zikir. Kadang-kadang berasa
    tawar, berat dan malas hendak zikir. Saya berasa risau”. Tok ayah menjawab. “Tidak
    mengapa, yang pentingnya kita istiqomah. Allah hendak tengok kita bersunguh-sungguh
    sahaja”.

    47. Di dalam perjalanan Ahlullah, orang yang masih terbelengu dengan hawa nafsu di
    kira budak-budak lagi, walaupun janggutnya sudah putih!

    48. Budak-budak hendak buat baik, takkan saya hendak halang. Tetapi fahamilah
    bahasa saya, budak-budak hendak buat baik!

    49. Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak penjajah. Budak-budak
    penjajah lebih ganas daripada penjajah. Dia melayu tetapi perangai seperti
    orang England. Dia melayu tetapi perangai seperti orang Amerika. Dia melayu tapi
    perangai seperti orang Jepun.

    50. Kalau berzikir sahaja tetapi tidak selawat, tidak akan meningkat. Beristighfarlah
    paling kurang 100 kali sehari. Selawat pula kena lebihkan.

  3. Hj Norizan Hj Ibrahim berkata:

    Assalamualaikum..
    Saya mohon keizinan untuk menggunakan ungkapan ungkapan di di atas untuk saya panjangkan kepada rakan dan kenalan saya.. mohon izinkan ya..
    semuga jasa tuan diberkati Allah..

  4. razman bin abd razak berkata:

    assalamualaikum,

    saya masih bertatih lagi mencari jalan kembali (mengenal diri), nasihat-nasihat ini diharap dapat meningkatkan lagi ketakwaan sy kpd Allah swt …

  5. aziz berkata:

    seorg mursyir y lembut n bijak ghafarallahu lahu wja’alni fi zumratih

  6. Shamin berkata:

    Salam..kalau nak jadi tok wali SYIRIK?BUKAN KAH KITA NAK JADI KEKASIH ALLAH..APASALAH NYE?

    • Sham berkata:

      Matlamat kita ialah utk menjadi hamba Allah sehamba2 Nya,bukan utk jadi tok wali….yg itu hanya anugerah Allah SWT sahaja pada hamba2Nya….wallahu’alam

    • bentara utusan neraka berkata:

      Benar kata mu saudaraku niat kebaikan tiada batasa,terus kan dgn izin allah swt…

      niat
      .
      qolbun
      .
      laduni
      🙂
      bisikan yg sama tapi berbeza
      umn brg di gali..
      kuasa menbagi kuasa
      kunfayakun

  7. jihad dijalannya.. berkata:

    SAYA PUN MOHON KEIZINAN UNTUK MENGGUNAKAN NASIHAT2 DI ATAS INI UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT YANG LAIN

  8. mohd napiah berkata:

    saya pun meminta izin untuk menggunakan nasihat diatas untuk diri,keluarga dan masyarakat yang lain..minta halalkan segala nasihat diatas.

  9. Huzaini Bin Hussin berkata:

    Salam… saya tertarik ngan blok tuan. Dan mohon nak share dgn nasihat Tok Ayah. Boleh ka.

  10. firdaus berkata:

    salam tuan..saya mohon untuk membaca dan ambil pengajaran dan salin..terima kasih bnyk2..

  11. alan_30 berkata:

    assalamualaikum..mohon share utk peringatan diri dan teman2..

  12. Cok_Semantan berkata:

    Salam Tuan tanah…izin dan halalkanmembaca nasihat diatas

  13. reyan berkata:

    SALAM TUAN….IZIN KAN ANA SALIN NASIHAT D ATAS

  14. rey berkata:

    salam tuan saya mohon izin copy.

  15. Asalamualaikum Tuan Tok Ayah…mohon untuk mengaplikasi dan praktikan amalan yang disarankan oleh Tuan…Moga Allah swt Dan Baginda Rasul merahmati dan memberi syafaat d Tuan…Amin

  16. Insan_lemah berkata:

    Assalam tuan..saya mohon izin untuk ambil nasihat tok ayah bagi peringatan pada diri sendiri dan share pada kenalan dan keluarga.

  17. natasya berkata:

    Assalam tuan..saya mohon izin untuk ambil nasihat tok ayah bagi peringatan pada diri sendiri dan share pada kenalan

  18. firdaus berkata:

    assalammualikum tuan..mohom baca dan paham..dan kawan nak copy penulisan(ilmu) tuan..mohon dapat keizinan

  19. IBRAHIM berkata:

    ASSALAMUALAIKUM tuan..saya mohon untuk membaca dan ambil pengajaran dan salin.

  20. MUHAMMAD berkata:

    assalamualaikum…kata2 Tok Ayah ni adakah dari Tok Ayah SYEIKH MAHMUD Al Majzub?

Tinggalkan komen