Vincent Tan cuba perjudi kemarahan rakyat



Tindakan Tan Sri Vincent Tan yang mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation dilihat cubaan memperjudikan perasaan dan kemarahan rakyat.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

“Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

“Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini sementara sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kerajaan kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat.

Tambahnya, rakyat akan merasa malas bekerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah.

Menurutnya lagi, judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa.

“Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan?” tanya beliau.

Tan juga diingatkan tidak mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia.

“Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta yang ditabur atas nama kebajikan,” tambahnya lagi.

GMJ, tegasnya akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen itu ditarik balik.

“Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barang kali mereka memerlukan,” katanya.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu mendapat kritikan hebat khususnya dari Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Tan semalam merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s