Abuya (Ashaari) tidak mati, kini di Gua Ashabul Kahfi



SHAH ALAM – Seorang bekas pengikut yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Ubaidah mendedahkan, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang paling rapat dengan Abuya mengatakan bekas pemimpin al-Arqam itu kini berada di Gua Ashabul Kahfi.

SMS yang dihantar tertera: “Abuya tak mati. Kalau kuburnya dibongkar sekarang mayat abuya tak ada. Abuya sekarang ada di gua ashabul kahfi. Dia akan bangun berjuang bila nak daulah nnti. Tunggulah arahan2 abuya..yg akan disampaikan kpd ummu dari masa ke masa. Abuya…dikatakan tak mengembuskan nafas terakhir. Dia masih hidup…..”

Beliau yakin, pengikut yang taksub dengan Abuya yang menerima SMS itu pasti percaya bahawa pemimpin yang mereka agungkan itu tidak meninggal dunia dan masih hidup untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam.

“Orang yang paling rapat dengan Abuya memainkan peranan bagi memastikan pengikut yang ada tidak lari dan menyatakan Ashaari sebagai Pemuda Bani Tamim (pembantu Imam Mahadi).

Beliau berkata, pengikut Al-Arqam juga mengadakan konsert di Rawang dengan tema, Pulanglah Abuya dengan mempersembahkan satu pentomin roh Abuya datang membantu mereka dan berada di alam ghaib.

“Ketaksuban pengikut Al-Arqam, menunjukkan mereka hilang pertimbangan agama sedangkan Khatijah Am hanya berjuang untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Seorang lagi bekas pengikut yang tidak mahu identiti dikenali berkata, mereka terlalu taksub menganggap Ashaari tidak mati dan berada di ‘dunia ghaib’.

“Berpijak di bumi yang nyata untuk menerima hakikat Allahyarham Ashaari telah meninggal dunia pada 13 Mei lalu,” katanya

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Abuya (Ashaari) tidak mati, kini di Gua Ashabul Kahfi

  1. muazzin berkata:

    berfikirlah secara waras.semoga mendapat petunjuk dari Allah.

  2. Fiah berkata:

    Berpijaklah di bumi yg nyata.. Di dalam Al-quran sendiri ada menyebut..setiap yang hidup pasti akn mati..

  3. Rock rambut panjang berkata:

    Kalau abuya x mati memang ghaib, mcmn org2 yg x percaye tu..entahlah.

  4. baim wong berkata:

    wallahualam….percayalah bahawa yang dah mati tu tetap mati..relakanlah pemergian allahyarham kesian dia di alam sana tak tenang atas kepercayaan….wallahualam

  5. Rushdi berkata:

    Kullu Nafsin dzhaa iqotul mauut..kita wajib beriman kepada hari kematian..

    • K.C berkata:

      yang mati tetap mati kecuali Allah..ini dikatakan belum mati ..adakah masyarakat tidak fhm belum? Belum maksudnya tidak terjadi lagi,,klu disini blum terjadi kematian kpd Asaari beliau hnya dighaibkan oleh Allah,suatu hari nanti beliau tetap menjalani proses kematian seperti manusia biasa…Allah boleh melakukan apa sahaja kerana dia Tuhan yg Maha berkuasa..

  6. Hamba berkata:

    meti ttp ‘kan mati..tp kuasa Allah tak boleh disangkal dan x boleh dipikir logik akal…JANJI ALLAH PASTI BERLAKU…

  7. SULTON ZES 007 SALAKADOMAS berkata:

    ASSALAMUALAIKUM WRWB.
    IHWANUL MUSLIMIN SEKALIAN. SAYA MAKLUMATKAN ABUYA MASIH HIDUP. SEKARANG DAH JADI RAJA DI KERAJAAN SALAKADOMAS SILIWANGI. BERGELAR SULTON ZES ( ZULQORNAIN ZULFIQOR EMPEROR OF SALAKADOMAS ).
    WILAYAH KERAJAAN SAMAWATI WAL ARDLI. IBU KOTA KERAJAAN MECCAH RAJADESA .DASAR NEGARA AL QURAN DAN SUNNAH
    PROGRAM KERAJAAN NAK TEGAKAN KALIMAH ALLOH DAN MEMBANGUN EMPAYYAR UMMAH KE II. TUK CIPTAKAN
    MASYARAKAT DUNIA YAG BERKASIH SAYANG DAN DAPAT AMPUNAN ALLOH

  8. Neutral & Waras berkata:

    Saya setuju dengan K.C. dari segi belum – dan maknanya dalam bahasa kita. Kalau kita consider ayat al-quran kullu nafsin dza iqatul maut. Dalam surah adz-zariyat kan. Tapi benda yg menyatakan dia telah meninggal pada hari sekian haribulan, disaksikan oleh ramai orang makanya akal yg sihat, terutama yg datang pengebumian mesti akan kata x logik dia masih hidup. Sebab dah nampak dia terbujur kaku like any other human being. Islam agama yg fitrah & masuk akal, bukan keliru dan berbelit2. Kalau Tuhan itu maha mengetahui, kenapa dia nok sibuk bagi kita perkara yg memeningkan kepala memikir, seakan2 Allah itu men’trick’ hambanya. Padahal Allah itu mustahil menzalimi hambanya. Contoh paling mudah dalam surah al-ikhlas 1400 tahun dahulu, Allah kata jangan kata tuhan ada bapa dan anak! So buat apa nak pening tuhan ini ada imej, ada penghubung dia malahan ada bapak dan anak dan semuanya tuhan.

    Sama kes kematian Abuya tadi. Dan sesiapa yg consider dia Imam Mahdi, maka kematian dia telah menolak ‘claim’ itu.

    Saya tak kata taksub, saya kata thiqah. Tapi thiqah pada manusia kerana kita thiqah dia bersumber yg benar. Bila2 masa dia ada dan pergi kita boleh berbeza dengannya kalau kita sendiri akses terus kepada sumber yg diterima dari Quran & Sunnah. Pokoknya matlamat kita Allah. Manusia adalah bekalan kita di dunia. Zad ala Tareeq ada sebut.

    Faham ke?

  9. ROSLEY berkata:

    ayyuhal muslimun..yang sudah tu sudahlah..yang mendatang kita perbaiki..kembalilah pada alquran hadis dan sunnah.gigitlah ia sepertimana gigitan geraham yang kuat.kembalikan segalanya pada ALLAH SWT.mana yang benar mana yang salah.jika benarpun abuya dighaibkan,untuk apa kalian sebar sebarkan..mana mungkin semua orang ingin percaya.apa faedahnya kamu hebahkan.kamu tunggu sajalah atas apa yang dijanjikan pada kamu.bagiku dia sudah meninggal dunia walaupun aku tak sempat bertemu dengannya.aku sendiri boleh terima dan percaya akan kematiannya.inikan pula kamu semua.dia menanti dan aku dinanti.dia membina dan aku menggunakannya.dia penggegar dan aku letusannya.kamu izinkan aku perbaiki dirimu.kerana kita dari timur,dan aku lah yang terpelihara.tangga telah kamu sediakan dan aku akan menaikinya,dan tangga yang kamu ada itu harus kamu perbaiki dahulu kerana banyak yang tidak mengikut spesifikasi dan syarat alquran hadis dan sunnah.alangakah bagusnya sekiranya kaum ku mengetahui aku yang dulu dalam kesesatan yang nyata kini berdiri atas petunjuk yang nyata.insya allah aku ada untuk kamu.

  10. Syed berkata:

    Salam, saya mau tutup kisah Assari masih hidup dengan 1 soalan: Betapa hebatkah peribadi Asaari kalau dibanding kan dengn peribadi junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW) ? Nabi kita yang tercinta pun wafat dan makam nya ada di masjid Nabawi, Madinah. Siapa kah Asaari kalau dibanding kan dengan Nabi kita (SAW)….untuk pengikut Asaari yang taksub, nak pinjam dailog dpd filem Hindi untuk kamu semua: “Dunya me bewukufo ki kemi nahi hai” (maksudnya) “Dunia ini tidak kekurangan orang bodoh”…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s