Aida ingin menjanda lagi



INILAH yang dinamakan jodoh. Kalau sudah tertulis jodoh pertemuan tak kekal lama, tidak ada apa yang dapat menghalangnya lagi. Begitulah yang nampaknya yang bakal berlaku pada aktres separuh abad yang kekal cantik jelita, Aida Radzwill.

Aida, atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, 52, memfailkan fasakh terhadap suaminya, Joe Radzwill di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 27 April lalu setelah hampir lapan tahun hidup bersama.

Walaupun tak banyak cerita mereka yang dipaparkan di media massa, Joyah tak pasti apa sebenarnya yang berlaku sebenarnya. Tak tahu lebih baik tak payah cakap, nanti jadi fitnah. Besar dosanya tu.

Cuma sebelum ini Joyah ada juga terdengar yang Aida ada datang ke pejabat agama untuk minta khidmat nasihat. Tak cukup dengan nasihat, minta fasakh jua akhirnya, sesuatu yang Joyah rasa dilakukan setelah banyak bermuhasabah dan berfikir tentang masa depan sendiri.

Dalam permohonannya, Joyah difahamkan Aida yang kini sudah semakin mendalami keagamaan mendakwa, sebagai suami Joe telah gagal memberikan nafkah lebih dari tiga bulan dan selalu menyakiti dirinya sekaligus meletakkan dirinya dalam penderitaan.

Selain itu, Joe juga didakwa berperangai keji kerana tidak mengikut hukum syarak serta wujud perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.

Kalau betul sebegitu cara layanan seorang lelaki terhadap isteri, memang Aida buat keputusan yang tepatlah untuk ‘lari’ daripada permasalahan berkenaan. Nak tunggu apa lagi, kalau sudah demikian ceritanya. Apa pun Joyah yakin Aida sudah benar-benar nekad dan berserah akan nasib dirinya kepada Allah SWT.

Sejajar dengan perubahan positif dirinya yang sudah bertudung litup dan lebih banyak menumpukan kepada amal ibadat, harap dia akan lebih maju ke hadapan dan menjalani kehidupan dengan lebih aman damai di usia sekarang. Aida pun sudah jadi nenek apabila anaknya, Nylea, sudah berkahwin beberapa tahun lalu, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu status terkini Aida itu.

Cuma Joyah tertunggu-tunggu pengumuman Aida sama ada mahu mengekalkan nama Aida Radzwill ataupun bagaimana? Kalau tanya Joyah, Joyah lebih suka kalau dia kembali kepada nama Aida Ahmad atau boleh juga sebagai Aida Khalidah. Best juga nama tu tau!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s