Sebaik baik cahaya



Assalamualaikum,

ana pernah mendengar di dalam majlis ilmu yang ana hadiri di mana Rasulullah s.a.w bersabda, “orang yang mati itu seperti kelemasan”. Ini bermakna orang yang telah meninggal dunia masih dapat diselamatkan dan amalan masih boleh diterima melalui tiga perkara, seperti yang disebut di dalam hadith.

Rasulullah s.a.w, “Apabila cucu-cucu Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga (perkara), iaitu shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan (orang tua) nya.” Riwayat At-Tarmizi.

Di dalam kesempatan ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat yang mempunyai keluangan dari segi rezeki untuk sama-sama menyertai Program Membaca Al-Quran, Tahlil dan Zikir di mana para pelajar dari Ma’ahad Ad-Da’wah Al-Islamiyyah yang diasaskan oleh Ustaz Subri akan mengadakan bacaan Al-Quran, tahlil dan zikir sepanjang bulan Ramadhan dan disedekahkan kepada penama-penama arwah. Ini adalah hadiah yang terbaik dari kita kepada arwah serta suatu tanggungjawab kepada anak.

“Ketika kami sedang berada samping Rasulullah, seorang lelaki berkata, “Ya Rasulullah, masih adakah (kewajipan) berbakti kepada kedua orang tuaku setelah keduanya meninggal dunia?” Rasulullah menjawab, “Ya (masih ada), (iaitu) empat perkara: mendoakan keduanya dan memohon ampunan untuk keduanya, melaksanakan janji keduanya, menghormati sahabat keduanya, membina hubungan silaturrahim yang tidak akan terbina kecuali melalui keduanya.” Riwayat Bukhari.

Penyertaan tiada bayaran malahan hanya sumbangan yang tidak tetap dapat diberikan samada dalam bentuk secara tunai (tidak digalakkan jika menggunakan pos), wang pos, atau cek. Ana ada satu pamplet yang diberikan oleh Ustaz Subri semalam sewaktu beliau berkunjung ke masjid di kawasan ana dan slotnya ada lima. Ana bercadang meletakkan nama atuk-atuk ana. Jika ada sahabat ingin share dengan ana, dipersilakan. Sumbangan tidak semestinya banyak asalkan ikhlas.

Email kepada ana di sebaikbaik_cahaya{a}yahoo.com untuk pertanyaan atau tempahan, atau terus ke laman web (dalam televisyen dan radio diterjemah laman sesawang, pelik pulak bunyinya) di link ini. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

P/S: Jika lebih dari lima pun tak mengapa, ana staple saja nanti nama-nama arwah. Yuran wang pos akan ana selesaikan.

P/P/S: Siapalah yang buat pamplet dan buku program untuk Ustaz Subri ni, ana berminat betul dengan kecantikan design dan layout yang dibuat. Guna Photoshop semata-mata atau ditambah dengan Illustrator, Fireworks? Mungkin juga guna perisian lain seperti Coral Draw? Hebat…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s