Mayat budak 90 tahun tak reput



PALERMO – Satu mayat budak perempuan berumur dua tahun kelihatan sempurna seperti baru meninggal dunia walaupun sudah disimpan selama lebih 90 tahun di dalam kubur bawah tanah di sebuah biara di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat budak perempuan itu yang meninggal dunia pada Disember 1920 diletakkan di dalam kubur berkenaan bersama-sama 2,000 mayat lagi.

Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Rosalina diletakkan di dalam keranda kayu di sebuah kubur sebuah biara di Palermo di Sicily, Itali selepas meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Sejumlah mayat lagi yang sedang mengalami beberapa proses pereputan diletakkan di atas bangku dan ada juga digantung di dinding.

Kubur bawah tanah tersebut mula dibuka pada kurun ke-16 apabila paderi mencari alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan.

Keadaan kubur bawah tanah yang sejuk dan mempunyai batu yang dapat menyerap cecair menyebabkan mayat menjadi kering. – Agensi

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s