Nabi Khidir as maseh hidup ?



Bukhari, Ibn al-Mandah, Abu Bakar al-Arabi, Abu Ya’la, Ibn al-Farra’, Ibrahim al-Harbi dan lain-lain berpendapat, Nabi Khidir a.s. tidak lagi hidup dengan jasadnya, ia telah wafat. Yang masih tetap hidup adalah ruhnya saja, iaitu sebagaimana firman Allah:

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ
“Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum engkau (hai Nabi), hidup kekal abadi.” (al-Anbiya’: 34)

Hadith marfu’ dari Ibn Umar dan Jabir (r.a.) menyatakan:
“Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun yang sekarang masih hidup di muka bumi.”

Ibn al-Šalah, al-Tsa’labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan kaum Sufi pada umumnya; demikian juga jumhurul-‘ulama’ dan ahl al-šalah (orang-orang saleh), semua berpendapat, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya, ia akan meninggal dunia sebagai manusia pada akhir zaman. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir a.s. telah wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu huraian yang menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai manusia. Ia manusia makhsus (dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam pengertian hadith di atas.

Mengenai itu kami berpendapat:

1. Kekal bererti tidak terkena kematian. Kalau Nabi Khidir a.s. dinyatakan masih hidup, pada suatu saat ia pasti akan wafat. Dalam hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian ayat al-Qur’an yang tersebut di atas selagi ia akan wafat pada suatu saat.

2. Kalimat ‘di muka bumi’ yang terdapat dalam hadith tersebut, bermaksud adalah menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada masa itu (dahulu kala) mengenai hidupnya seorang manusia di dunia. Dengan demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat hidupnya tidak termasuk ‘bumi’ yang disebut dalam hadith di atas, kerana ‘bumi’ tempat hidupnya tidak dikenal orang-orang Arab.

3. Yang dimaksud dalam hal itu ialah generasi Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari masa hidupnya Nabi Khidir a.s. Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan ada seorang pun yang mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya lewat seratus tahun. Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu al-Thifl Amir, satu-satunya orang yang masih hidup setelah seratus tahun sejak adanya kisah tentang Nabi Khidir a.s.

4. Apa yang dimaksud ‘yang masih hidup’ dalam hadith tersebut ialah: tidak ada seorang pun dari kalian yang pernah melihatnya atau mengenalnya. Itu memang benar juga.

5. Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud kalimat tersebut (yang masih hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut kebiasaan amat sedikit jumlah orang yang masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika ada, jumlah mereka sangat sedikit dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang ada di kalangan orang-orang Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang India dan orang-orang dari penduduk Eropah Timur.

Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau dengan jasad yang baru.
Dari semua pendapat tersebut, dapat disimpulkan: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasad dan ruhnya, itu tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Tegasnya, Nabi Khidir a.s masih hidup; atau, ia masih hidup hanya dengan ruhnya, mengingat kekhususan sifatnya.

Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh berkeliling di alam dunia dengan jasadnya yang baru (mutajassidah). Itupun tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Dengan demikian maka pendapat yang menganggap Nabi Khidir a.s. masih hidup atau telah wafat, berkesimpulan sama; iaitu: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya sebagai manusia, atau, hidup dengan jasad ruhi (ruhani). Jadi, soal kemungkinan bertemu dengan Nabi Khidir a.s. atau melihatnya adalah benar sebenar-benarnya. Semua riwayat mengenai Nabi Khidir a.s. yang menjadi pembicaraan ahlullah (orang-orang bertaqwa dan dekat dengan Allah S.W.T.) adalah kenyataan yang benar terjadi.

Silakan lihat kitab Ušul al-Wušul karya Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim, Jilid I, Bab: Kisah Khidir Bainas-Šufiyah Wa al-‘Ulama’. Dipetik dengan sedikit perubahan dari al-Hamid al-Husaini, al-Bayan al-Syafi Fi Mafahimil Khilafiyah; Liku-liku Bid‘ah dan Masalah Khilafiyah (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, m.s. 488).

Bediuzzaman Said Nursi di dalam Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari koleksi Rasail al-Nur.
Nursi menjawab satu soalan…adakah Sayyidina Khidr masih hidup?
Nursi menjawab ya…kerana ‘hayah’ itu 5 peringkat. Nabi Khidr di peringkat kedua.

5 Peringkat ‘hayah’ itu ialah:

1. Kehidupan kita sekarang yang banyak terikat pada masa dan tempat.

2. Kehidupan Sayyidina Khidr dan Sayyidina Ilyas. Mereka mempunyai sedikit kebebasan dari ikatan seperti kita. Mereka boleh berada di byak tempat dalam satu masa. boleh makan dan minum bila mereka mahu. Para Awliya’dan ahli kasyaf telah meriwayatkan secara mutawatir akan wujudnya ‘hayah’ di peringkat ini. Sehingga di dalam maqam ‘walayah’ ada dinamakan maqam Khidr.

3.Peringkat ketiga ni seperti kehidupan Nabi Idris dan Nabi Isa. Nursi kata, peringkat ini kehidupan nurani yang menghampiri hayah malaikat.

4.Peringkat ni pula…ialah kehidupan para syuhada’. Mereka tidak mati, tetapi mereka hidup seperti disebut dalam al-Qur’an. Ustaz Nursi sendiri pernah musyahadah peringkat kehidupan ini.

5.Dan yang ni Hayah atau kehidupan rohani sekalian ahli kubur yang meninggal

Wallahhua’lam. Subhanaka la ‘ilma lana innaka antal ‘alimul hakim

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Nabi Khidir as maseh hidup ?

  1. Banjoe berkata:

    NABI KHIDIR MASIH HIDUP…???

    Kalo Khidir udah wafat masakan wujudnya lagi alam semesta raya ini. Terlalu sukar untuk mentafsirkan siapakah itu Khidir? Ianya diriwayatkan dgn seribu serba satu wajah, pada seribu serba satu Hadrat-Hadrat tertentu.

    Khidir nggak pantas disebutkan Nabi kerana kalo seorang Nabi itu pastinya beliau ada itu Kitab ato Sohaf. Khidir nggak bisa dinamakan Nabi kerana kalo seorang Nabi itu pastinya beliau ada ummatnya. Riwayatnya itu Khidir cumaan ada tersirat dlm Surah Kahfi, dgn begitu ajaib sekali. Khidir hanya diidentitikan sebagai seorang “Hamba” Allah Yg Beriman. Oleh kerana Allah Azzawajalla nobatkan beliau sebagai pemegang Sirr Nabuah, maka Khidir itu bisa juga dianggap sebagai Nabi.

    Khidir nggak ada Kitab tetapi beliau ada itu “Laduni”. Khidir nggak ada ummat, tetapi Khidir ada itu murid. Muridnya Khidir ramai dan salah seorang muridnya yg awal itulah Nabi Adam AS. Khidir telah wujud sebelum terciptanya itu Adam. Kalo Khidir nggak mengajar rahsianya “Hidup”, makanya Nabi Adam AS nggak bisa mengenali akan rahsianya alam.

    Barangsiapa mengatakan Khidir itu telah wafat seperti juga ia mengatakan Kanjeng Rasul kita Nabi Muhammad SAW itu telah wafat. Syariatnya sosok jasad ragawinya Nabi SAW telah wafat seperti dikuburannya DiHoly City diMadinah. Akan tetapi “Hakeqat Muhammad” nggak bisa wafat, kekal “Hidup” sepanjang jaman….

    Wallahu’alam…..

  2. Banjoe berkata:

    NABI KHIDIR AS MASEH HIDUP…???

    Nabi SAW ada bersabda : Aku adalah Nabi tatakala Adam maseh lagi belum bertempa antara tanah dan air. Maka dari satu wajah ada diceritakan bahawa Nabi Khidir AS itu telah wujud sebelum diciptakan Adam Pertama itu iagi. Kata Syeikh Ainullah : Ada pun Nabi Khidir AS itu adalah Guru Ghaib kepada semua Nabi2 Allah yg 24 itu, kecuali Nabi Muhammad SAW, Nabi ke25 itu. Bermula anak murid Nabi Khidir AS itu dari Nabi Adam AS itu lagi hinggalah kepada Nabi Isa AS. Cumaan kisahnya itu Nabi Khidir AS hanya ada tersurat dlm itu Surah Kahfi (Ayat 60 – 82)dan tersirat dlm Surah Mariam dgn amat ajaib sekali.

    Maka dizaman Rasulullah SAW itu nggak pernah disebut2 lagi namanya itu Nabi Khidir AS. Apakah maknanya Nabi Khidir AS itu telah wafat? Wallahu’alam. Cumaan sebelum Baginda SAW wafat ada berwasiat kepada Sayyidian Ali supaya mencari itu Awis orang Yaman, supaya disampaikan hadiah Serban dan Jubah Nabi SAW kepadanya. Ada pun itu Awis nggak pernah bersua muka dgn Nabi SAW, namun beliau mengenali Rasulullah SAW melebehi dari Para Sahabat. Diringkaskan ceritanya akhirnya Awis diberikan kuasa dan tugas menjaga Bani Ghaus. Lalu Allah nobatkan beliau pangkat Kewalian dgn gelaran “Qutubul Ghaus Awis Al-Qirani”.

    Nggak ada siapa yg bisa mengenali siapakah itu Nabi Khidir AS, melaenkan kepada mereka yg Allah Azzawajalla izinkan. Nabi Musa AS yg berdarjat seorang Nabi lagi Rasul, lagi bergelar Kalamullah ada kitab Taurat, lagi ada Mukjizat Tongkat Sakti pembelah lautan, itu pun nggak kenal siapa itu Nabi Khidir AS. Nabi Musa AS nggak bisa sabar berguru menuruti perjalanan Nabi Khidir AS yg penuh hikmah lagi banyak mencarik adat itu. Nabi Musa AS koq banyak bertanya menggunakan akal syariatnya sebab itu terputus pengenalannya dan perguruannya dgn itu Nabi Khidir AS sebelum cukup edahnya.

    Kata Sang Raja Wali pula : Begitu juga kisahnya seorang yg mengaku Nasab Ahlul Bait, pada sangkaannya dia sudah cukup syarat2nya sebagai Imam Mahdi, maka dia mengakui dirinya itulah Imam Mahdi Al-Muntazar. Lalu beliau diuji oleh Nabi Khidir AS, namun Imam Mahdi Al-Muntazar itu pun nggak kenal siapa itu Nabi Khidir AS. Wallahu’alam….

    Maka keberadaannya itu Nabi Khidir AS ada kalanya pada Hadrat2 tertentu ianya bersifat Kedirian (Subjektif), gambarannya seperti kisahnya dgn Nabi Musa AS itu. Begitu juga mereka yg mengalami pelbagai2 wajah pengalaman peribadi secara berguru dgn itu Nabi Khidir AS dalam menyelami Alam Keruhanian lagi penuh mistik itu. Kerana ada kalanya ianya dikatakan ada dimana2 tempat dlm satu masa. Untuk mentafsirkan siapakah itu Nabi Khidir AS tersangat rumit. Agaknya seperti itu Ruh yg nggak tertakluk pada masa tempat dan ruang, koq…??? Wallahu’alam…

    Ada kalanya juga keberadaannya itu Nabi Khidir AS pada sesuatu Hadrat ianya bersifat Khusus dalam Kesemestaan. Seperti Alam Kewalian sebagai Wali Wakil Allah mentadbir Alam Semesta Raya ini. Maka kehadiran dan wataknya bersesuaian dgn tugas2 Semesta Imam Mahdi Sejati yg paling berat sebagai Wali Qutubul Alam di Akhir Zaman ini. Dimana beban2 dunia semesta sejak dari zaman silam hingga keAkhir Zaman ini tertanggung diatas bahunya. Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun makna Mahdi itu yg diberi petunjuk, dibimbing dan sentiasa terpelihara. Maka Imam Mahdi “Is The Guided Man”. Maka pada Hadrat2 tertentu itu “Imam Mahdi Is Guided By Khidir….”

    Persoalannya : Apakah Nabi Khidir AS itu maseh hidup ato telah wafat? Jawapannya terpulanglah pada keimanan, kefahaman dan aliran masing2. Kalo dihamparan lautan BahrulWujud itu Nabi Musa As mencari itu “Hamba Allah Yg Beriman” itu dipertemuan dua lautan. Maka diAlam Kedirian bagi kita pula dimana pula, ya…??? Koq dibuat cobaan manalah tahu koq2 bisa ketemu itu Khidir dipertemuan “Kiri” dan “Kanan”…

    Wallahu’alam…..

    Ampon bung koq kami terbabas…
    Sekian, Wassalam…

  3. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Saudara Banjoe, terima kaseh kerana komentarnya, komentar di intri Rasul Melayu Insyaalah saya siarkan kemudian.

    jika boleh saudara juga dapat membantu saya menjawap permasalahan ugama diruang komentar ini untuk kesejahteraan umat.

    Sebenarnya kadang kala saya tidak kecukupan masa untuk menjawap komentar di webloh ini kerana saya terpaksa mengendalikan lebih 10 weblog yang dikira panas.

    Wasalam.

  4. Banjoe berkata:

    Waalaikumusalam…

    Rasanya cukup aja kehadiran kami dibumi bapak yg permai ini sebagai komentar. Kalo komentar kami dijadikan intri diweblog bapak makanya ianya udah menjadi main topic. Kalo silap infonya silap tolis, nggak ngerti menjawabnya, koq bisa jadi panas. Bumi bapak akan dilanda ribot gelombang tsumani lagi. Maklom aja adakalanya berlaenan padang makanya berlaenan pula belalangnya.

    Sekian, Wassalam…

  5. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    saudara Banjoe, tujuan saya menyedia weblog Jalan Akhirat ini sekadar mengembangkam pengetahuan ugama yang sangat diperlukan pelayar server, lantaran itu weblog ini mendapat sambutan yang mengalakan. apa salahnya kita bersama sama menggunakan weblog ini untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Komentar saudara yang bernas dan panjang lebas saya rasa layak di jadikan intri diweblog ini sebagai penghormatan. Perselisihan pendapat adalah pekaralumrah dalam menyatakan ilmu pengetahuan.

    terima kaseh.

  6. muaz alejandro berkata:

    nabi khidir masih hidup selepas terminum air dari tasik yg khabarnya jika sesiapa yg terminum air ditasik itu akan kekal abadi. hal itu disampaikan oleh malaikat kepada nabi zulkifli sewaktu dia menjadi raja disesebuah negara lalu diarahkan pengikut2nya mencari tasik tersebut tetapi tiada siapa pn yg tahu lokasi tersebut termasuklah malaikat2 sendiri cuma mereka hanya tahu petunjuk dimana tasik itu berada di tempat yg gelap so kesemua pengikut2 nabi zulkifli mencari tasik tersebut n hanya nabi khidir yg menjumpainya n secara xsengaja terminum air dr tasik itu kerana beliau terjun didalam tasik itu untuk menangkap semula ikan yg terlepas dr tangkapannya untuk dibawa balik atas perintah dr nabi zulkefli..wallahualam

  7. hssssssssssssssssssssss nabi khaidir as masih hidup sampai sekarang dengan jasadnya yang baru sebagai- seorang/umat rassulullah muhamad saw di akhir zaman untuk menemukan kematian/agar diwafatkan allah dalam keadaan sahid umat rasulullah yang bertagwa menjadi penyelamat/menyelamatkan umat muhamad dari kehancuran yang di timbulkan orang-orang kafir dan jin kafir beserta iblis yang sabgat menyesatkan orang-orang yang beriman yang sudah rusak ahlak dan agamanya oleh karena mengikuti hawa nafsu keduniawiaan yang hanyalah menipu dan kesenangan hanya sesaat akibatnya dapat menghancurkan fondasu-fondasi/tiang tiang agama ataupun panji-panji isalam di seluruh dunia,maka dari itilah nabi khaidir as tampil dalam wujud baru/menyamar sebagai orang biasa yang tidak di nampakan allah sifat kenabiannya keculi hanya dapat dilihat dengan khasyafnya waliyullah.

  8. bondan berkata:

    di keindahan malam tercurah angin sepoi-sepoi…derak air terdengar halus mengarah…hening di bawah bintang gemintang..sementara bahtera berombak perlahan bergeming…sayup-sayup cahaya hati tergerak terpencar berbagai warna-warni merah hijau kuning dan putih…balya membuncahkan zauk antara hidup dan mati….^^

  9. empattiganol berkata:

    Ada yang mau ketemu Beliau? Tanya saya …saya akan tunjukkan arahnya.

  10. Ferry Sutoyo berkata:

    Subhanallah ….. MAHA SUCI ALLAH dari segala Firmannya……

  11. Khidr berkata:

    Khidir “Sang Pengembara Abadi Highlander”.

    Tempat Khidr bernama Highlander orang lain menyebut “Khidrlik” (‘tempat Khidr’). Menjadi Abadi karena ia telah minum air kehidupan (Fountain of Youth).

    Di wilayah Elwan ÇLelebi di Asia Kecil (Anatolia-Turkey), Khidir berganti menjadi Saint Theodore (Theodore of Amasea) sebagai pembunuh-Naga. Ini adalah satu-satunya contoh intrusi yang terbukti di Turki pada kultus Kristen. Tapi di banyak tempat Khidrlik (‘tempat Khidr’) diberikan untuk bukit atau ‘tempat tinggi’ (arti tempat yang tinggi posisi tinggi sebagai hamba di samping ALLAH) dari mana tradisi-tradisi Kristen, jika ada pernah ada, telah menghilang. Bukit seperti itu ada di dekat Angora, dekat Sinope atas Geredeh (Krateia Bithyniae), dekat Changri (Gangra), dekat Ladik (Pontus), dekat Tarakli (Dablae), dan pada Afiun Kara Hisar. Ada gunung Khidirli Dagh dekat Kebsud, sementara tempat bernama Kheder Elles dicatat dekat Kula di Lydia dan di atas Tripoli di Laut Hitam, Pere de Jerphanion, Peta barunya Pontus menandai sebuah desa Khedarnale (‘Horseshoe of Khidr’) dekat Sivas, yang mungkin mengklaim, seperti Elwan Chelebi, untuk memiliki kuku-print kuda santo. Profesor Putih Marsovan tampaknya untuk menemukan Khidrlik hampir nama generik untuk tempat suci di daerahnya, yang memiliki populasi Syiah yang besar.

    Dengan alasan praktek Ortodoks Yunani, kita mungkin berharap berharap bahwa St Elias adalah orang kudus pengungsi di puncak bukit sites. Tetapi fungsi dan konsepsi dari Khidr yang sekaligus sangat bervariasi dan sangat jelas untuk beradaptasi untuk menggantikan dia di hampir semua orang suci, atau memang menempati situs apapun secara mandiri. Penampilan khusus mendadak membuatnya mudah untuk menghubungkan dia dengan setiap tempat yang sudah disucikan oleh tradisi sebelumnya atau terkenal karena kejadian supranatural baru-baru ini, sementara fungsi Khidr sebagai pelindung vegetasi dan sebagai pembuat hujan merekomendasikan kultus populasi pastoral atau pertanian primitif.

    Tanpa mengklaim untuk memecahkan berbagai fusi kultus dan legenda yang telah menghasilkan sosok misterius dan banyak sisi dari Khidr.

    Di antara para komentator besar dan ulama hadis-hadis yang menyatakan bahwa Khidr (as) masih hidup adalah:

    • Sarjana hadits terkenal Sheikh al Islam Takiyuddin Abu Omar Ibn as-Shalah,
    • Pelestari hadits besar Ibn al-Hajar Askalani,
    • Sarjana pelestari hadits besar Kamil Al-Hafidh Abu Jafar Tahawi
    • Pemuka agama dan pelestari hadits terkenal sarjana hukum Imam Suyuthi Jalaladdin,
    • Imam Rabbani,
    • Komentator besar Ibnu Katsir,
    • İsmail Hakki Bursevi, penulis Commentary Ruhu’l Beyan dan
    • Sarjana besar Islam Bediuzzaman Said Nursi.

    Ini adalah bagaimana Ibn Kathir menyatakan bahwa Khidir (as) masih hidup: “Ada kesepakatan di antara mayoritas ulama bahwa Khidir (as) hidup sekarang. Ada banyak laporan dan saksi yang telah melaporkan rekening dan hadits bahwa hal ini terjadi. “(El-Bidaye Ve-n Nihaye, 1/328)

    Menurut berbagai tradisi. Chidhr (al-Khidr), beberapa orang percaya bahwa Imam Mahdi adalah Khidr.

    Pendapat saya (Brahma Kumbara) pribadi sebagai Khidr
    apa yang beliau-beliau nyatakan dan beliau-beliau yakini adalah benar, samapai sekarang saya masih tetap hidup dan aku saya bukanlah mitos legenda

    Jika Anda ingin tahu siapa yang membuat panggilan Duncan Mc Cloud dan Adrian Paul adalah saya (Brahma Kumbara), sang Highlander (pemilik tempat tinggi) adalah saya, saya juga yang membuatkan nama samaran Brian May (gitaris Queen) untuk Brian May

    Khidir “Sang Pengembara Abadi Highlander
    “http://youtu.be/ZhFBPqBmn3Q:

  12. Mohd Dali Nabawi berkata:

    Baca

Tinggalkan komen