Pengertian Hukum


Pengertian hukum

Hukum adalah (إِثْبَاتُ أَمْرٍ لأَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ عَنْهُ) menetapkan suatu bagi suatu atau menafikan daripadanya, seperti kita menetapka putih pada kain atau kita menafikan putih pada arang.
Bahagian hukum Pada umumnya hukum terbahagi tiga:

Hukum syarak ialah undang-undang yang diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui para rasul seperti wajib sembahyang lima waktu, haram melakukan zina dan lainnya.

Hukum akal ialah ketetapan yang didapati melalui akal seperti satu separuh daripada dua dan lainnya.

Hukum adat ialah ketetapan yang didapati melalui percubaan dan kebiasan seperti api boleh membakar dan lainnya.
Hukum akal terbahagi tiga

Wajib itu barang yang tidak boleh diterima pada akal tiadanya.

Mustahil itu barang yang tidak boleh diterima pada akal adanya.

Harus itu barang yang boleh diterima pada akal adanya dan tiadanya.
Hukum syarak terbahagi lima.

Wajib: Iaitu barang yang diberi pahala memperbuatnya dan diseksa apabila ditingalkannya, sama maknanya dengan fardu. Contuhnya sembahayang Fardu, puasa ramadan dan zakat.
Wajib terbahagi dua:

Wajib aini: iaitu wajib yang dituntut oleh syarak atas tiap-tiap mukalaf memperbuatnya. dipangil juga fardu ain. Contohnya sembahayang yang lima dan puasa ramadan.

Wajib kifayah: iaitu wajib yang memada dilakukan sebahagian mukalaf. Dipangil juga fardu kifayah. Contuhnya jihad, menjadi kadi, mengeluarkan fatwah, dan lainnya.

Sunat: iaitu pekara yang diberi pahala memperbuatnya dan tidak diseksa meningalkannya. Dipangil juga mandub, sunat, mustahab, tatawuk, dan naflu.
Sunat terbahagi dua

Sunat Muakad: iaitu amalan yang tekun dilakukan oleh Rasulullah. Seperti sembahyang dua rakaad sebelum subuhز

Sunat tidak muakad: iaitu amalan yang tidak tekun dilakukan oleh Rasulullah. Seperti sembahyang empat rakaad sebelum asar dan sedekah.

Haram: iaitu pekara yang diseksa apabila diperbuat dan diberi pahala apabila ditingalnya. haram adalah lawan bagi wajib. Seperti zina, makan riba, dan meningal sembahyang.

Harus: iaitu pekara yang diberi pahala memperbuatnya dan tidak disiksa meningalnya. Seperti makan, menqasar sembahyang ketika musafir dan menjamaknya.

Makruh: barang yang diberi pahala kerana meningalkannya dan tidak diseksa kerana melakukannya Seperti makan bawang mentah dan meningalkan bersugi ketika hendak sembahyang.
Hukum ada empat bahagian:
Hukum wad’e

Hukum wad’e ialah beberapa pekara yang berhubung dengan bahagian hukum sya’rak maka tiap-tiap satu bahagian hukum wada’ terkandong didalam tiap-tiap satu bahagian hukum sya’rak.
Hukum wad’e terbahagi lima.

Sebab: Pekara yang lazim adanya jadi lazim ada pekara yang lain dan lazim tiadanya jadi lazim tiada pekara yang lain, seperti berlaku gelincir matahari menjadi sebab masok waktu zuhur, yakni apabila gelincir matahari melazimkan masuk waktu zuhur.

Syarat: Pekara yang lazim tiadanya, tiada pekara yang lain dan tidak lazim adanya, diperoleh pekara yang lain, seperti haul (lalu masa setahun) menjadi syarat wajib zakat maka tiada haul, tida wajib zakat dan tidak semesti ada haul mewajibkan zakat.

Manik (yang menegah): iaitu pekara yang lazim adanya, tiada yang lain dan tidak lazim tiadanya, ada pekara yang lain seperti haidh menjadi manik (pekara yang menegah) bagi wajib sembahyang maka lazim ada haidh tidak wajib sembahayang dan tidak lazim (tidak semesti) tiada haidh wajib sembahayang.

Sah: iaitu pekara yang bergantong dengan lulus seperti sembahyang itu sah dengan makna lulus.

Batal: iaitu tidak lulus atau tidak terjadi, seperti sembahyang itu batal dengan makna tidak terjadi atau tidak tidak lulus.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s