Tebus talak


Tebus Talak (Khulu’)

Definisi

Suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya. Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, Mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu; dan menjadi bain sughra.

Kesan Perceraian Tebus Talak

i. Suami tidak boleh rujuk pada isterinya semasa eddah kerana khulu’ adalah jenis ta’liq bain;

ii. Boleh hidup bersama dengan mengadakan akad semula serta membayar mas kahwin lain;

iii. Bekas isteri mempunyai hak penuh untuk membuat keputusan semada untuk bernikah semula atua tidak.

Tatacara Pendaftaran Kes

i. Tuntutan hendaklah dimulakan dengan memfailkan Saman dan Penyata Tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah

ii. Dokumen pendaftaran kes hendaklah difailkan seperti berikut :

– Surat iringan pendaftaran kes

– Penyata tuntutan

– Salinan kad pengenalan plaintif

– Salinan sijil cerai/sijil kematian

– Wakalah Peguam Syarie (jika guna khidmat peguam)

– Lain-lain dokumen berkaitan tuntutan (jika ada)

Nota Peringatan

Segala maklumat di dalam risalah ini hanyalah sebagai panduan dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah di dalam mana-mana prosiding mahkamah

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Tebus talak

  1. Gader.Org berkata:

    bagus ni yang di cari tapi tolong dengan aturannya donk, baik aturan agama maupun negara…tks

  2. sebagai bahanpengetauan

  3. angah berkata:

    hai nk knl boleh

Tinggalkan komen