Kenapa sakit dan ngilu ketika bersetubuh ?

Kenapa sakit dan ngilu

SAKIT? Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya.

Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.

Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.

Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.

Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.

“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.

Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.

Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.

Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.

Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.

Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan zakar lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual – memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin.
Mengapa Kesakitan Berlaku?

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:

Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.
Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. “Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.
Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak
Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.

Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.
Jenis-Jenis Kesakitan & Langkah-Langkah yang Perlu Diambil

Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.

Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.

Kesakitan vulva

Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.

Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.
Kesakitan Faraj

Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.

Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.

“Pada permulaan menopaus, hormon wanita – estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin,’’ ujar beliau.

Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.

Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.

Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’

Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria

Vaginismus: “Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.

“Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru,’’ Dr. Shah Reza.

Antara penyebab-penyebab vaginismus:

Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan.
Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom.
Jangkitan vulva dan faraj.

Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.

Penyakit keradangan pelvis.
Masalah dengan rahim.
Endometriosis.
Ketumbuhan di kawasan pelvis.
Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus.
Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau.
Ketumbuhan telur reproduksi.

Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.

Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:

Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku?
Bilakah anda berasa sakit?
Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya?
Sejarah perubatan?
Sejarah keluarga.

Pilihan Rawatan

Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan.
Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi.
Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj.
Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan Emosi

Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.

Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.

Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan,’’ Dr. Shah Reza menarik perhatian.

Nasihat beliau: “Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.

“Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.’’

Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

35 Responses to Kenapa sakit dan ngilu ketika bersetubuh ?

  1. ZURAIDAH berkata:

    Saya berumur 22 tahun.sudah berkahwin.mempunyai 2 cahaya mata.saya mempunyai satu masalah ketika selepas berjimak.faraj saya akan merasa sakit yang amat sangat pada bahagian dalam dan luar faraj sehingga timbul kerisauan.tetapi tiada darah yg keluar.keadaan ini berlaku selepas setahun melahirkan anak pertama.keadaan ini berterusan sehingga sekarang.apakah masalah yg dihadapi oleh saya?

    • jalanakhirat berkata:

      Asalasmualaikum

      Puan Zuraudah,

      Antara punca punca yang mungkin ialah:

      1. Kekeringan faraj/kemaluan .

      Ini adalah masalah yang paling biasa di alami oleh wanita jika hubungan seks tidak mengikut aturan yang sepatutnya.Kesakitan yang dialami biasanya semasa dan selepas aktiviti seks.

      Secara semulajadi jika seseorang wanita dalam keadaan khairah,sejenis cecair putih likat akan dikeluarkan oleh kelenjar dibahagian dalam kemaluan ,ianya berfungsi sebagai pelinciran yang penting untuk mengelakkan kecederaan kepada rongga kemaluan semasa hubungan seks.

      Jika tahap keghairahan adalah tinggi maka banyaklah cecair itu keluar dan begitu juga sebaliknya.Tahap keghairahan sememangnya boleh ditingkatkan dengan melakukan “Foreplay” iaitu tahap pemanasan seks meliputi sentuhan,ciuman dan kata-kata manis.

      Tanpa “foreplay” yang sempurna maka seks hanya akan menyakitkan bagi wanita,tiada lagi keindahan dan tiadalah kemuncak seks atau”Klimak”,Perlu difahami,kaum wanita biasanya memerlukan masa “pemanasan” antara 30 min-45 min untuk betul-betul bersedia untuk aktiviti seks yang melibatkan penetrasi/kemasukan kemaluan.

      Jika inilah yang puan alami,saya nasihatkan puan berbincang dengan suami dan meminta suami memainkan peranan yang lebih sebagai mana yang puan inginkan semasa “foreplay”,jangan segan untuk meminta dan memberitahu suami apa yang suami patut lakukan,suami pula hendaklah cuba memenuhi permintaan isteri,bila puan rasa benar-benar bersedia maka aktiviti penetrasi kemaluan bolehlah diteruskan.

      Jika segala ikhtiar semasa “foreplay” telah dilakukan tetapi puna masih juga mengalami kekeringan faraj,maka puan bolehlah menggunakan cecar pelincir buatan seperti KY-Jelly atau sebarang cecair pelincir berasaskan air yang boleh dibeli di farmasi.

      2. Radang dinding kemaluan.

      Akibat aktiviti penetrasi yang berpanjangan,dinding dalam kemaluan melecet dan luka.Kadand-kadang ianya disertakan dengan lelehan kemaluan seperti hingus yang lebih dari biasa.
      -Juga boleh diakibatkan oleh masalah jangkitan kulat/keputihan serta penyakit kelamin yang membentuk “ulcer” di dinding dalam kemaluan.

      3. Radang Pangkal Rahim.

      Boleh berlaku secara normal selepas aktiviti seks dan akan mengakibatkan kesakitan dibahagian dalam kemaluan semasa seks berikutnya,terutamanya semasa penetrasi dilakukan.

      Biasanya juga akan menyebabkan sakit dibawah bahagian pusat atau bahagian ari-ari yang berlanjutan beberapa hari.

      Boleh juga diakibatkan oleh tanda-tanda awal kanser pangkal rahim(Jarang berlaku),sedikit pendarahan boleh berlaku semasa penetrasi seks.Risiko lebih tinggi jika puan/suami mempunyai ramai pasangan seks atau bertukar-tukar pasangan.

      Saya beranggapan bahawa puan hanya mengalami masalah yang kecil yang kemungkinan besar disebabkan oleh kekeringan faraj semasa seks.Ianya boleh diatasi dan boleh dirawat.

      Benbincanglah dengan suami dan amalkan pengambilan Pil EPO,Pil manjakani,kacip fatimah atau sebarang minuman untuk wanita .

      Puan boleh mengambil Pil.Voltaren 50mg 3 kali sehari berserta pil Buscopan 2 biji 3 kali sehari untuk menghilangkan kesakitan puan itu.Pil-pil ini boleh dibeli di farmasi/klinik berdekatan.

      Puan dinasihatkan berjumpa doctor jika masalah puan ini berlarutan untuk memastikan puan tidak mengalami masalah lain.

      Wasalam

    • Faizah othman berkata:

      Assalamualaikum doc..
      Saya berumur 38 thn
      Selepas saya melahir kan anak saya yg ke4 pada akhir tahun 2016..saya selalu sakit2 tiap kali bersama dgn suami. Keinginan untuk bersama macam tak ada..saya mcm tak ada perasaan’ sebab tiap kali saya berasama saya akan rasa sakit di tengah2 perut saya’ dan faraj saya akan pedih panas..dan akan menjadi bengkak..di tambah pula dgn keputihan yg berketul selepas anak yg ke 4ni.
      Sebelum ni saya memang tak ada keputihan.
      Boleh tahu tak kenapa doc??
      #risau
      #adayangkata#faraj#jatuh
      #docter#katakulit#taufu

  2. nur berkata:

    Suami sy berumur 36thn.pertama kali kami melakukn hubungan kelamin,beliau merasa nyilu dibahagian penisnya…seperti lepas bersunat.apabila mlakuknnya utk kali kedua,dia tetap rasa sakit itu..kemudian semasa buang air kecil keluar cecair merah seperti darah..apakah masalah yg dihadapinya?mohon kerjasama pihak tuan utk mbantu masalah kami ini..

  3. Norizan Hashim berkata:

    Assalamualaikum Doc,
    Saya berumur 49thn… dan baru mendiri kan rumah tangga ke 2 pada Jun 2014. di usia begini is it possible i bole mengandung lagi… setakat ni saya amik pill utk x mengandung. Tapi skrg mcm makin kerap bersama so saya x bole mkn pill selalu… apa nasihat doc.. sebelum ni suma anak2 saya lahir kan normal. (4 org).

  4. Nurul Hidayah berkata:

    Saya berumur 25 tahun, baru berkahwin dec14…sy nak tanya kenapa selepas bersama saya rasa sangat sakit di bahagian bawah dan berdarah. saya tidak pasti sama ada luka ataupun sebaliknya. bagaimana kendak hilangkan rasa sakit itu.

    • awie berkata:

      main ….. sedap kan … hahahaha kote ku tegang didalam miss v kawan aku hahahabahd

      • azman berkata:

        bodohnye …. komen ape cam tuh… ko nak buat buat jelah… ni nak cakap kat org tak malu ke ???…

  5. Anonymous berkata:

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya baru berkahwin. Saya dan suami masih belum bersama kerana saya belum bersedia. saya dan dia hanya ” ringan ringan ” dan suami selalu merangsang saya di faraj sehingga saya mencapai klimaks. Persoalannya, beberapa hari lepas, walapun saya berasa ghairah untuk bersama dengannya, tetapi faraj saya langsung tidak mengeluarkan sebarang pelincir. Adakah ini normal? Adakah ia disebabkan jangkitan pda faraj saya? Mohon penerangan.. T.kasih

  6. warda berkata:

    assalamualaikum…
    sy wArda..sy nak tanya,knpa skrang sy rasa sush sgt nk tmbul rsa ghairah dgn psgan sy,
    sdgkn dh mcm2 kmi cuba tpii prsaan ghairah to lgsg tiada..
    sy slalu rsa skit blakang,rasa ngilu pda betis…

  7. zura berkata:

    Sy berumur 20 tahun. Sy baru 6 bulan berkahwin. Semasa bersama dgn suami sy, sy tidak pernah merasa nikmat/puas. Hanya rasa sakit. sehinggakan sy terpaksa bohong kpd suami sy bahawa sy puas bersamanya. apakah masalah yg dihidapi oleh sy?

  8. Lyyn berkata:

    Saya telah berkahwin 1.5thn lepas.Saya berusia 33 tahun dan bekerja.Walaubagaimanapun,saya masih belum dapat bersama suami(belum pecah dara).Ini kerana saya berasa sakit apabila suami cuba untuk melakukannya.air mazi juga berkurangan.apa yang harus saya lakukan?Saya tidak tahu di mana saya boleh mendapatkan rawatan.t.kasih

  9. santos anak ujoh berkata:

    Saya sudah berumahtangga selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak berumur setahun 7 bulan. Saya mengalami sakit di dlm faraj wanita selepas kencing,tetapi tiada keluar darah, disebabkan runsing dan keinginan untuk bersetubuh itu tiada bagi saya sehingga saya tahu penyebabnya. Jadi,apakah sebab kesakitan yang nyilu itu dan apakah ubat-ubat yang harus saya ambil tanpa berjumpa doktor? Sementara menunggu keputusan papsmear.saya nak cuba cara lain untuk mengurangkan rasa sakit nyilu yang saya alami.

  10. dz berkata:

    Salam doktor,

    Saya berumur 26 tahun dan baru berkahwin dalam 3 minggu lepas. Masalah saya, saya seringkali berasa pedih, tak selesa dan sakit perut ketika bersama. Rasa sakit perut yang saya alami adalah sakit perut seperti hendak buang air besar. Ia akan hilang sebaik sahaja penis dikeluarkan.

    Mohon penjelasan doktor.

    • Sya berkata:

      Masih rasa sama ke sampai sekarang?
      Saya pon mengalami masalah yg sama

    • Hidayah berkata:

      Assalamualaikum doc sy berumur 27 tahun bkhwin da 3bulan..masalah yg sy hadapi ketika bsama suami sy pengalamai kesakitan perut yg teramat sgt smpai kena stop..sy rasa seoloh2 ada angin dlm perut..kejadian ni da 2kali berlaku tapi kali ni terasa sgt2 sakit smpai sy xbole na bangun..selepas 4 5jam kesakitan dkt pangkal ari2 masih terasa wlpon da bkurang..diharap doc dpt membantu sy..terimakasih

  11. Yati berkata:

    Asalammualaikum…. Sya umur 35 thun… Baru2 ni sakit ketika bersama tusuk kan akan di masuk kan merasa agak panas… Lama kelamaan. Sakit di bahagian dalam.. X de keluar darah pulak…. Selesi malaku kan… Akn merasa bedenyut dan perih….. Apa kah masaalah saya ni… Ank 3 orng….

  12. Puteri berkata:

    Saya berumur 33 tahun. Saya berkahwin kali ke-2 setelah 6 tahun bercerai daripada perkahwinan yg pertama. Jika saya melakukan hubungan seks dgn suami saya secara normal seperti suami di atas saya di bawah tidak merasa sakit. Tapi jika suami saya melakukan dgn adegan lain terasa sakit seperti terjahan zakar terkena di bahagian pundi kencing saya. Adakah ini normal?

  13. Mira berkata:

    Saya baru lpas bersalin 46hr.. Dan sy rase sy tk tringin untuk seks kerana mcm2 yg sy pk.. Sakit.. Ngilu.. Koyak.. Luka dan mcm2.. Sampai satu thap sy suruh laki sy bg sy ubat tdo supaya sy merelakn diri utk dye.. Sampai bila sy rase utk tk berkeinginan??

  14. Maya berkata:

    Assalamualaikum.sy nk bertanyakan sesuatu,sy dha berkhawin selama 5 bulan,ttpi masih tidak hamil.sering Kali apabila bersetubuh dengan suami sy.bhagian peranakan sy trasa sakit akibat henjutan.Bhagian peranakan tu bergerak spertimn henjutan yg dilakukan oleh suami sy ktika bersetubuh sehingga pinggang sy truth terkena Dan rasa sakit.sy berasa risau Dan berharap Dr boleh jelaskan Dan balas komen sy.sekian terima kasih.

  15. Nurhafizah berkata:

    Sy ingin bertanya..sy sering kali tidak merasa nikmat seks ketika bersama suami..cuma ada rasa sedikit kesakitan sahaja..

  16. Noor berkata:

    Asalamualaikum,nk tmpang tanye knapa ktike bersama suami rase sakit dan seperti tegang pada peranakan kiri dan dubur..slepas itu bila nk buang angin akan rase sakit pada dubur dan pranakan kiri.haruskah sy berjumpa doktor?

  17. Mas berkata:

    saya baru berkahwin sebulan lepas, and selepas saya hubungan seks 1st time, saya lihat kemaluan saya keluarkan darah yang fresh, yang saye rase bukan darah period, sebab warnanye lebih cerah, and berlanjutan selama beberapa hari, adakah itu normal ? saya takut kalau ada ape ape yang tak kena, mungkin disebabkan pecah dara berlaku? tq

  18. azila berkata:

    assalamualaikum puan saya pn nur nak bertanya umur saya 33tahun.jika saya melakukan hubungan intim bersama suami saya secara normal suami diatas saya di bawah merasa sangat sakit di bahagian dalam bila ditusuk akan merasa sangat sakit..akan tetapi diluar faraj tidak sakit seperti biasa…hanya di bahagian dalam sahaja sakit semua bhgn…..saya baru dapat kesan cyst yg dpt dikesan dari awal bulan 5/2017 cysy 3cm yg bermula dgn sakit perut yg teramat sakit…..hanya pada waktu period dia akan sakit yg teramat tetapi selepas habis period dah x sakit sangat hanya sesekali shj…jd doktor hanya bekal panadol jika kurang sakit n juga pil postand jika sakit sangat(maaflah jika slah eja postand)…ogos/2017 scan di klinik penawar utk kali ke 3 cyst sy 1.8cm…….jadi saya nk tanya pendapat puan bagaimana harus saya lakukan,,,kerana appoinment saya bersama doktor pada hujung october…rawatan pertama,,,,cyst saya sangat pelik kata doktor kerana ada tompokon putih…saya harap puan boleh bagi pemahaman tentang ini ,,,wanita keliru..bantu saya cari jalan keluar,,,ini pengalaman pertama sy hadapi…takut pun ada……..

  19. And berkata:

    Yaaa..mmg tak normal…tu..klu suami anda bleh rangsangg mncapai klimak..dan ghairah agak mustahil..faraj puan tidak bengkak n mngeluar air mazi dari kelenjar bartolin di pintu faraj dan dinding faraj..kemungkinan

  20. Moy berkata:

    Mengapa di bahagian klitoris saya terasa ngilu selepas bersetubuh bersama suami ? Dan ngilu ketika saya membuang air kecil serta menyentuhnya ? . Boleh berikan jawapan ?

  21. shahira eya berkata:

    salam , saya 21 . baru berkahwin 5 bulan beberapa harini saya merasa kurang selesa pada bahagian dlm faraj saya . berasa ngilu yg amat dan tidak selesa. dan risau untuk bersama suami. apabila saya bersama suami.. ia menjadi sgt pedih dan sakit. . tp tak keluar darah. dan bila saya cuba sentuh untuk mngenal pasti punca kesakitan.. tiada apa yg dpt saya kesankan. apa saya perlu buat 😔

  22. Faraj Kering memang menjadi masalah buat sesetengah wanita…namun mereka malu untuk bertanya pada sesiapa dan menari penawarnya…

  23. Lini berkata:

    Salam dr..
    Sy nk tanya..ketika subur sy bersm suami.slps 2 hr rs mcm senak..lendir dkt faraj sy bentuk pejal..bkn mcm lendir putih telur..adakah sy mengalami simtem2 prgnant?

    Tq

  24. Mia berkata:

    AsSalam, Hai sy nk tny knp sy Ada rsa mcm nyilu ye sebelum Dan Selepas bersama… Dia datang kejap2… Kjap Ada kjp x… Normal ke ye…

    • Sifuli berkata:

      Waalaikumusalam
      Wanita dapat mengalami rasa sakit selama atau setelah berhubungan seks, baik dalam vagina atau lebih dalam di area panggul. ngilu pada vagina dapat disebabkan oleh vaginismus, suatu kondisi dimana otot-otot vagina menutup erat sehingga membuat penetrasi yang menyakitkan.

Tinggalkan komen