Hantu Raya



Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Matlamat

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya

Kelebihan

* Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.

* Ia boleh menjelma sebagai manusia.

* Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Kelemahan

* Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

* Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.

* Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.

* Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

Penelitian secara ilmiah

Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.

Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.

Kelemahan hantu raya

Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.

Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.

Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

22 Responses to Hantu Raya

  1. mohamad azmee bin ali berkata:

    saya sedang di sakiti oleh hantu raya yang dihantar. menurut bomoh hantu raya ini ada perjanjian untuk musnahkan saya selama-lamanya. dah 9 tahun. Allah sahaja yang mengetahui sensara saya ini. Tlg doa supaya saya sembuh dan manusia yang kianat itu dibalas Allah jua.

    • ZIKEN berkata:

      ADA RAWATAN YANG AMAT BERKESAN UNTUK MERAWATNYA…EMAIL MASALAH KEPADA SAYA..

      • fazi berkata:

        di kawansan umh sye mmg byk hantu raya…dlm umh ade yg terlepas masuk. alhamdulillah…dah berjaye bersih kan umah…tp skang ni masalah yg kat lua tu…sbb kdg2 ade gak yg menganggu … sbb kawsan umh tu mmg ade ramai yg bela…mintak pandngan n ikhtiar utk hapuskan terus dgn izin Allah…sbb anak sye skang ni leh nmpak and ade satu yg suke berkawan dgn anak sya…paper email.

      • gadis teraniaya berkata:

        awak sya nk taw..rwatan ape yg bkesan tu..sya dah lame bersabar dgn h.raya bodoh ni..

      • wad berkata:

        assalammualaikum..saya juga diganggu jin ifrit..dh brikhtiar tp masih belum hilang..masih ada dlm badan..mohon bg rujukan mana2 tmpat yg sesuai utk berubat..

      • nurul berkata:

        awak duduk kat mana ? try berubat dekat ipoh manjoi..sy last berubat kat situ alhamdulillah dah sihat ..

      • nairosni berkata:

        assalamualaikum, saya disihir oleh seorg perempuan menggunakan pelesit dan juga hantu raya. hantu raya kepunyaan suami dan pelesit kepunyaan isteri. bagaimana petua atau cara yg sesuai untuk menghindarinya athirah.hamdan@gmail.com

  2. bentara berkata:

    salam saudara….
    hantu raya ni senang je nak bunuh…
    amalkan yasin 7 mubin. niat 1, matikan zahir dan batin semua rangkaian sihir. mohon hanya pada Allah swt.
    bomoh?…no way man…cari ikhthiar lain.

    • ZIKEN berkata:

      MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBUNUH JIN,MELAIKAN ALLAH SHJ..TIADA BUKTI IA DPT DI BUNUH DGN APA2 AYAT..SEDANGKAN IA TIDAK NAMPAK DGN MATA KASAR..MANUSIA MAKHLUK YG PALING SEMPURNA,JIKA KITA MENGENAL AKAN DIRI,KELEBIHANNYA AMAT TERNILAI..

      • la taqyin berkata:

        Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”
        (Muslim)
        kalau tak boleh bunuh,nabi sabda mcm tu buat pa bro?..

  3. jas berkata:

    salam saya nak tanya apa kah tanda-tanda kita diganggu oleh hantu raya?

  4. anis zulaikha berkata:

    saya nak beritahu hantu kat kerusi lebih seram tau

  5. ina berkata:

    salam,d bdn sya bnyk lebam,bru nie saya ada pergi ber ubat,dn d kta kn saya terkene ganguan hantu raya,boleh saya tahu knp bnd nie gangu saya?

  6. syid berkata:

    salam. saya dikatakan selalu diiringi oleh hantu raya yg dihantar oleh seseorang utk merosakkan hubungan saya dan suami. bagaimana nak hapuskan sihir ini sbb dipercayai ia sentiasa di update oleh tuannya?

  7. yus berkata:

    Salam, segala yg baik itu dtg dari Allah…dan yg buruk itu datang dari diri kita sendiri…saya mempunyai pengalaman terkena sihir…dan alhamdulillah keadaan makin pulih…dan alhamdulillah juga keadaan huru-hara berlaku dalam masa yg tidak terlalu panjang…dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan perawat2 yg mengikut jalan Allah…yg jelasnya…kita tak boleh memikirkan hal sihir ini…anggaplah ini ujian Allah sebagai penyuci dosa kita…dekatkan diri dengan Allah, nescaya semuanya yg tidak baik itu akan pergi…amalkan segala yg wajib, tinggalkan segala yg haram/makhruh…dan tambahkan segala yg sunat…insyaAllah, Allah akan pasti membantu hambaNya yg merintih padaNya

  8. keluhum berkata:

    Salam..
    Sy difahamkan bahawa Hantu raya adalah dari jenis jin Ifrit..dikatakan bahawa ianya berbadan besar dan berbulu dan masyarakat Jawa memanggilnya sebagai Gondorowo..
    Namun kaedah utk menghadapinya adalah berbeza-beza mengikut anugerah yg Allah beri kpd Ahli2 Rukyah..Ada yg diberi Allah kelebihan dpt melihatnya secara kasar dan sekali imbas..
    Ada yg boleh merasakan kehdirannya dgn isyarat atau getar dibahagian muka dan kepala..ada yg dpt melihatnya melalui pandangan makrifah ititu dgn menutup pandangan zahir dan melihat dgn mata hati..Sememangnya pemberian Alah kpd Ahli2 rukyah itu berbeza-beza krn kelebihan amalan setiap hamba Allah itu juga berbeza-beza..

  9. fahiz berkata:

    setakat ni bkn hantu yg buat jahat…manusia yelah..jadi ikut cara hantu..kerana ada yang rogol,samun,curi,penipu,fitnah..semuanya lebih teruk daripada hantu ..insaf lah..ikut cara yang nabi tersayang kita..kekal hidup kita bahagia

  10. Roslee Ali berkata:

    Mengikut pengalaman saya , jika kita pergi berubat kepada pusat rawatan rukyah sebaiknya kita minta amalan apa yang kita perlu kita buat untuk melawan sihir, jin dan sebagainya . Sebenarnya apa yang kita alami adalah ujian dari Allah SWT dan kita harus miningkatkan amalan agama seperti yang disarankan oleh perawat- perawat islam tadi. Saya berikan sedikit amalan yang dapat membenting dari jin , ahli sihir serta dapat menghapuskan mereka -mereka ini. 1. baca Yassin tujuh Mubin dengan niat hapuskan ahli sihir, jin ahli sihir serta pengupahnya sekali. Baca Yassin 7 mubin ini selama 7 hari. 2. Untuk memperkuatkan diri dari serangan jin dan sihir baca Ayatul Kursi paling sedikit 33 kali sehari paling baik 70 kali, 100 kali atau 313 kali. Buat juga amalan harian bacaan kitab Manzil ( kitab kecil ,boleh dibeli dikedai buku agama ). Jika kita beramal begini kita boleh lihat kesan nya bukan saja pada penyakit yang kita alami tetapi juga pada peningkatan Iman kita, juga kecerdasan badan dan minda……..

  11. Budak sengsara berkata:

    Salam.
    Sy pun ada masalah gak. Dari tahun lepas sy tlh disihir. Sy tlah mgalami plbgi pnykit kejiwaan, antaranya adalah krisis identiti, bipolar disorder dn gemar mlwt laman2 lucah padahal sy x pnah bsikap sdmkian sblum ni. Skrg sihir kian bransur pulih namun sy seakan2 mahu dirogol oleh makhluk yg tidak sy ktahui bntuknya. Sy sring mrasa khdrannya melalui getaran di tubuh bdan. Saya btul2 merana kerana hal ini telah menjejaskan kualiti pmbelajaran sy. Untk pgthuan sy sdg mnduduki spm. Namun ktghn surf blog lucah btul2 merunsgkn sy.. Sy rse bgtu bdosa namun sy x boleh kawal tndkn sy. Bgmna nak atsi msalah ni?

  12. Find Out More berkata:

    It’s amazing in favor of me to have a website, which is valuable designed for my know-how. thanks admin

  13. gadis teraniaya berkata:

    saya pon ade masalah dengan hantu raya bodoh ni…saya disihir jiran sebelah rumah jer..
    setiap kali balik kampung mesty bertambah tambah sihr nye lagy..laki bini pulak tu.1 family saya dikacaunye…hantu raya tak guna tu jugak cube untuk perkosa saya..macam mane saya nk buat.?.setiap kali sebelum tidur mesti saya akn baca ayt kursi dan bce surah lau anzalna tu..saya sampai boleh berkomunikasi dgn binatang tu.

  14. Khairul ikhwan b berkata:

    No fhone 0134799478
    Nk mohon ptolongan.

Tinggalkan komen