Enam bulan dihidang sup babi



KUALA LUMPUR – Peniaga gerai makanan dari Padang Besar, Perlis, Omar Atan tidak dapat melupakan pengalaman pahit dihidangkan sup babi ketika enam bulan pertama menjalani hukuman penjara di Laos atas kesalahan melakukan pemerdagangan orang ke negara itu.

Warga emas berusia 59 tahun itu menegaskan, suka atau tidak, dia terpaksa menerima hakikat dihidangkan dengan sup babi dan pulut sebagai makanan harian bersama banduan lain di Penjara Puthong, Vientiane, Laos.

Oleh kerana tidak sanggup menghirup sup tersebut disebabkan ia haram di sisi agama, dia hanya memakan pulut sepanjang tempoh tersebut.

“Hari-hari, itulah makanan yang mereka beri kepada saya tetapi saya hanya memakan pulut sahaja.

“Selepas enam bulan, barulah saya dapat menikmati nasi dan lauk apabila Kedutaan Malaysia di Laos menyediakannya,” katanya.

Beliau menceritakan demikian pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh di sini semalam.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s