Solat Sunnat Istikharah

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.

Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya”

Atau doa ini;

اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ
خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ
بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي
فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي
الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بهِ

Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku
memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung.
Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang
ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik
didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan
berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara
yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka
jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan
redhakan aku dengannya'”(HR Bukhari)

Setelah membaca doa ini,hajatkanlah apa yang diinginkan.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini….(sebutkan namanya)”Solat sunat dua rakaat seperti biasa,tetapi yang berbezanya cuma sama ada ditetapkan surah apa yang patut dibaca atau tidak.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam-imam Mazhab:a. Bagi Mazhab Hanafi,
Maliki dan Syafie, adalah mustahab(sunat) setelah membaca Al-Fatihah
membaca sura Al-Kaafiruun di dalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas
di dalam rakaat kedua.b.

Bagi Hanbali dan Fuqaha’ lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah.Oleh itu
terpulang pada individu untuk membaca surah mana-mana pun.Bila masanya
perlu membaca doa yang diajarkan Nabi dalam solat Istikharah.Ibnu
Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra mengatakan:”Boleh berdo’a di dalam
solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan
berdo’a sebelum salam adalah lebih afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw
memperbanyakkan membaca do’a sebelum salam, dan berdo’a sebelum salam
masih di dalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Solat Sunnat Istikharah

  1. Pak CU sabah says:

    salam,,,, sya dalam delema diberi peluang utk memilih pasangan hidup…. saya d datangi oleh wanita2.. yg mana mempelawa utk mnjadikan pasangan hidup,,apakah saya patut lakukan?

  2. ilah says:

    assalamualaiku…
    buatlah solat istikharah…

  3. Galih indra says:

    Asskum.wr.wb

    Sya dsni ingn mengtakn bahwasanya sya tdk bsa membc surat2 yg ad d ALQURAN..
    Pertanyan sya..apkh boleh sya d ajri niat doa shlt istqharah yg baik n bnar..krna jjr sy me’yakini smua hal yg ad d dunia ini ats ridho ILLAHI…
    sblmnya sya mhn ma’af bl ad tlsan sya yg tdk brknan d hti bpk/ibu saudra seiman.
    Trima ksh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s