Khawarij



Khawarij (bahasa Arab Khawārij خوارج), secara harfiah bermaksud “mereka yang keluar”. Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masehi di selatan Iraq. Mereka berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.

Kumpulan Khawarij yang terselamat sehingga hari ini adalah seperti Ibādi di Oman, dan kelompok kecil di Zanzibar, Algeria, Tunisia dan Libya. Mereka bagaimana pun merujuk diri mereka sebagai ahl al-‘adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan “Khawarij baru” kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui takfir (diterangkan kemudian).

Sejarah perkembangan

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu’awiyyah berhak menuntut balas atas kematian Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali bin Abi Talib. Mu’awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang membunuh Uthman saja kerana tidak semua yang terlibat pembunuhan diketahui identitinya.

Akhirnya terjadilah perang Siffin karena perbezaan pendapat tadi. Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh Mu’awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.

Secara umum, ajaran utama golongan Khawarij adalah

1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat Imam Hasan al-Basri dan golongan Muktazilah).

2. Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah, dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.

3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.

Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir. Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Melalui tafsiran inilah golongan Khawarij menghalalkan darah Ali dan Muawiyah untuk dibunuh. Pada zaman moden ini, terdapat kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna pakai hukum takfir untuk membunuh mereka yang tidak berdosa termasuk orang Islam.

Pecahan golongan Khawarij

Khawarij adalah mazhab pertama dalam sejarah Islam. Terdapat tujuh pecahan utama dalam mazhab Khawarij:

* al-Mahkamah al-Oolaa;

* al-Azaariqah (Azraqī);

* an-Najdaat;

* ath-Thu’aalabah;

* al-‘Ajaaridah;

* al-Abaadhiyyah (Ibādī);

* as-Safriyyah

Pecahan kecil lain dalam mazhab ini adalah:

* al-Ibaathiyyah;

* ash-Shamraakhiyyah;

* as-Salaydiyyah;

* as-Sirriyyah;

* al-‘Azriyyah;

* al-‘Ajradiyyah;

* ash-Shakkiyyah;

* al-Fadhaliyyah;

* al-Bayhasiyyah;

* al-‘Atwiyyah;

* al-Fadeekiyyah;

* al-Ja’diyyah;

* ash-Shaybiyyah;

* al-Haruriyah;

* al-Khamariyyah;

* ash-Sharaah.

Antara tokoh-tokoh utama Khawarij adalah:

* ‘Abdullah bin Wahhab ar-Rasyidi

* Urwah bin Hudair

* Mustarid bin Sa’ad

* Hausarah al-Asadi

* Quraib bin Maruah

* Nafi’ bin al-Azraq

* ‘Abdullah bin Basyir

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Khawarij

  1. neutrona says:

    Kiranya Khawarij ini berasalnya daripada puak syiah? Adakah benar bahawa keujudan Syiah ini bermula semasa pemerntahan Ali KW? Ke sudah ada semasa pemerintahan Nabi Muhammad? ataupun sebelum itu lagi?
    Mengikut kata-kata seorang rakyat Iraq,beliau mendakwa syiah di iraq itu asalnya beragama parsi. Boleh terangkan?
    Blog : The Malay Press

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s