Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk K



Siti telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengumumkan perkahwinan beliau bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa (bekas suami kepada Tengku Zawiyah Tengku Izham), atau dikenali sebagai Datuk K, seorang ahli perniagaan, pada 17 Julai 2006. Pengumuman perkahwinan mereka disiarkan secara langsung di TV3 (melalui slot Wanita Hari Ini) dan RTM 1. Pada awal paginya, berita radio RTM menyatakan satu sidang media akan diadakan oleh Siti.

Majlis akad nikah kedua-dua pasangan itu telah diadakan pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.Lebih 2 juta penonton menonton pernikahan mereka secara langsung di TV3 (jumlah yang tinggi kerana diadakan pada waktu bekerja). Manakala seminggu selepas itu pada 28 Ogos 2006 acara persandingan kedua-dua pasangan ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur dan seminggu kemudiannya, di Kuala Lipis iaitu kampung asal Siti Nurhaliza.

Majlis persandingan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah dihadiri oleh ramai orang kenamaan termasuk tetamu diraja. Persandingan ini disiarkan secara langsung oleh TV3 dan mendapat sambutan hangat dan ditonton oleh 6.3 juta rakyat Malaysia, sekaligus mencatatkan sejarah dalam penerbitan negara. Tidak ketinggalan, Siti juga turut menyanyikan sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri berjudul Cahaya Cinta. Bagaimanapun ramai peminatnya kecewa apabila radio Hot FM milik Media Prima tidak menyiarkan acara gilang-gemilang itu secara langsung.

Majlis persandingan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid di Kuala Lipis dihadiri oleh 10,000 peminat dari seluruh negara, termasuk dari Indonesia dan Singapura.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s