Khurafat terhadap kuasa batu batan



SESETENGAH orang Melayu percaya batu permata, batu geliga dan buntat memancarkan kekuatan. Ada yang yakin batu-batu itu boleh berubah warna pada sesuatu saat. Ramai juga yang percaya pemakaian batu-batu tertentu dalam bentuk cincin atau rantai dapat membawa keberuntungan nasib, meningkatkan kesihatan atau menjauhkan daripada kecelakaan. Batu juga dikatakan dapat menjadi semacam tangkal yang boleh menangkis unsur jahat yang cuba menyerang pemakainya.

Ada pendapat mengatakan planet memancarkan getaran yang dapat mengeluarkan emosi, perasaan dan kemampuan. Justeru, sekiranya kita memakai batu yang sesuai, kekuatan alami kita akan keluar dan bertambah melalui batu permata itu. Pendapat itu juga mengatakan hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.

Tanda-tanda kawasan yang dikuasai unsur tenaga lemah ialah kawasan berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat adanya sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Mereka juga percaya kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit turut menjadi tempat yang disukai unsur tenaga asing ini.

Pengamal perubatan tradisional gemar menyimpan batu permata berwarna jingga, merah, hitam dan kuning untuk tujuan memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari unsur-unsur negatif.

Menurut pengamal perubatan tradisional, batu permata merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju sehingga menyebabkan hantu atau unsur negatif takut lantas menjauhkan diri. Batu yang popular di kalangan orang Melayu ialah batu akik. Akik dikatakan dapat membantu dalam hal-hal yang berhubungan dengan keperibadian secara fizik dan emosi. Sesetengah orang Melayu percaya pemakai akik akan dilindungi daripada bahaya dan diberkati dengan keberanian.

Akik dipercayai dapat menyembuhkan penyakit insomnia (kesulitan untuk tidur), memberikan mimpi indah dan ketenangan bagi keseimbangan tubuh. Sebenarnya, kepercayaan pada batu, buntat dan geliga adalah warisan daripada kepercayaan animisme yang tertanam dalam pemikiran orang Melayu sebelum kedatangan sebarang tamadun. Kepercayaan ini masih diwarisi sebilangan orang Melayu sehingga sekarang. Kepercayaan animisme melibatkan kewujudan semangat atau penunggu yang mempunyai ciri-ciri luar biasa, pada pokok besar, busut dan sebagainya.

Mereka percaya adanya kuasa semula jadi, misalnya pada kilat dan guruh, bencana alam, penyakit berjangkit dan objek alam seperti batu geliga, buntat dan akik. Padahal, batu, buntat dan akik merupakan objek alam yang tidak mempunyai kuasa menyebabkan kecelakaan ataupun membawa tuah. Akik, buntat atau geliga tidak boleh menyebabkan pemakainya kebal, terhindar daripada kecelakaan atau perniagaan menjadi laris apabila bahan tersebut digunakan.

Namun, sekiranya bahan tersebut dipuja dan diasap dengan kemenyan pada waktuwaktu tertentu dan disertai dengan rangkaian pemujaan jampi mantera, tidak mustahil segala yang dipercayai berlaku kerana jelas perbuatan tadi mengundang unsur asing seperti jin dan syaitan untuk terlibat sama.

Kesimpulannya, kita tidak perlu menggunakan batu-batu untuk mendapatkan sesuatu hajat. Kepercayaan terhadap kekuatan dan keajaiban batu berunsur khurafat dan syirik yang menyekutukan Tuhan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Khurafat terhadap kuasa batu batan

  1. Tok Ayoh berkata:

    abistu… kenapa Rasulullah SAW memakai batu akik….. takkan khurafat jugak….. benda ni bukan ada kat batu, kayu dsb tetapi akidah dalam diri kita la bro

  2. jalanakhirat berkata:

    Diri tu dekat mana ? cara kita beri komentar pun orang tahu diri kita macamana.

    • Edham Andika 9 berkata:

      Salam, Permata / batu/ kayu / lembu / mentega/ kopiah/ rumput/ lubang hidung jalanakhirat/ kemaluan/ kereta/ panadol/ najis komentar semua ada khasiat yang Allah SWT jadikan khusus pada tiap2 ciptaanNYA. jadi? fikir2kan. walhai sebutir pasir yg kita pijak, boleh pula jadi bernilai juta2 bila buat bangunan pencakar langit, malah kukuh pula dinding yg dibuat dari butir2 pasir padahal ia tidak berkuasa. Ada AKAL PAKAI. ALLAH TIDAK JADIKAN MAKHLUKNYA ITU SIA-SIA. cuma berhati2 dengan fitnah Jin Kafir & Syaitan yang dah tntu x duk diam dari myesatkan kita ke jalan khurafat. Semoga Allah SWT terus membimbing kita ke JANNAH-NYA. Amin.

  3. karim ahmad berkata:

    Terpulang pada individu Nabi pakai hanya suka kan keindahan tapi kita pakai kerana percaya kuasa yang ada pada batu tersebut sama macam percaya kuasa tahi besi yang boleh menghalau jin dan syatan “Perbetulkan niat masing2

  4. asterism berkata:

    segalanya bermula dengan “nawaitu”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s