Pendidikan Islam atau seks



Cuba kita lakukan satu perbicangan kumpulan dan bertanya pada kumpulan tersebut. “Apakah punca-punca berlakunya gejala sosial & pembuangan bayi yg berleluasa?”. Nescaya jawapan utama manusia adalah “Kurang didikan agama“. Jelas persoalan yang muncul ketika ini mengenai cara untuk mengatasi masalah pembuangan bayi adalah melalui Pendidikan Agama. Tidak pula pernah kita dengar apa bila kumpulan perbincangan ini di tanya “Apakah punca-punca berlakunya gejala sosial & pembuangan bayi yg berleluasa?” dan mereka menjawab, “Oh…ya.. ini kerana kurang didikan seks oleh ibu bapa dan guru.” Bukankan pelik bunyinya. Dan bukankah agama telah mengajar segala.

Agama adalah panduan hidup dan bukannya yang di ambil separuh-separuh. Pada pandangan kami sebagai seorang guru, penyeleasaian utama untuk mengatasi masalah pembuangan bayi adalah melalui didikan agama, terutamanya di rumah. Kenapa? Kenapa ia perlu bermula dari rumah? Apa peranan ibu bapa di rumah? Dan apa peranan sekolah?

Di dalam Islam pendidikan ini terbahagi kepada 2 perkara yang utama, pertama takdib (iaitu memberi adab) dan kedua taklim (iaitu memberi ilmu). Takdib adalah peranan ibu bapa, manakala taklim adalah peranan guru. Oleh yang demikian, dalam Islam anak-anak perlulah di takdib kan dahulu di rumah & kemudian barulah di hantar ke sekolah untuk di taklim oleh guru dan pada masa yang sama guru akan mencernakan serta mengimarahakan adab yang telah ada pada anak-anak maka barulah dapat melahirkan modal insan yang soleh & solehah dengan kualiti akademik serta akhlak yang sempurna.

Sekira kita sebagai ibu bapa tidak mengambil peranan untuk men takdib kan anak-anak di rumah, maka apabila anak-anak ini dihantar ke sekolah, ia akan mengganggu pelajar-pelajar yang lain di sekolah (pengaruh rakan). Jelas peranan kita sebagai ibu bapa tidak seharusnya meletakkan guru sebagai pendidik segala-galanya, ini adalah satu persepsi yang sempit. Dan dalam Islam pun, kita seharusnya tidak berpandangan sedimikian.

Jelas, apa yang cuba dirungkaikan ini sebenarnya, adalah pendidikan agama Islam (adab) di rumah oleh ibu bapa, dan di sekolah guru akan mengimarahakan adab-adab yag telah ada pada anak-anak supaya ia menjadi lebih subur. Jika tidak, sia-sialah kerja guru selama ini yang telah membuat pelbagai kem akhlak dan motivasi tapi akhirnya, anak-anak ini kembali kepada akhlak asalnya. Selain itu, ibu bapa juga harus cakna dengan ilmu agama. Maka barulah mereka dapat men takdib kan anak-anak mereka.

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)

* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif

* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)

* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”

(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas

* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah

* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak

* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Terima kasih: ustazmelaka.net

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s