Kubur panjang



Kubur panjang merupakan sebuah pekan kecil di daerah Pendang, Kedah.

Legenda

Pekan kecil ini mengambil nama sempena sebuah kubur yang begitu panjang ukurannya jika dibandingkan dengan panjang kubur kebiasaannya. Menurut cerita orang-orang lama di sini, pada zaman dahulu terdapat dua saudara kembar yang begitu disegani dek kejaguhan mereka di dalam sukan sabung ayam. Kedua-duanya mempunyai ayam sabung masing-masing yang terkenal gagah di dalam penyabungan. Diringkaskan cerita, setelah tiada lagi ayam sabungan penduduk yang mampu menewaskan ayam mereka, maka timbullah pertarungan akhir yang menemukan ayam sabungan mereka berdua. Setelah kedua-dua ayam tersebut bertarung dengan hebatnya, ayam sabungan si adik telah menewaskan ayam sabungan si abang. Hiruk pikuk serta sorakan kemenangan telah bertukar menjadi ejekan menyebabkan si abang hilang pertimbangan lantaran terlalu marah dan menikam si adik. Si adik pulak dikatakan sempat membalas tikaman tersebut kepada abangnya. Kedua-dua mereka akhirnya mati lalu dikebumikan pada dua lokasi yang berbeza. Salah satu dari kubur mereka itu telah bertambah ukuran panjangnya hari demi hari, lalu menimbulkan misteri dikalangan penduduk. kampung mereka akhirnya dinamakan sempena kubur tersebut yang semakin hari semakin bertambah ukurannya. Maka hari ini, wujudlah sebuah pekan kecil yang dinamakan Kubur panjang.

Prasarana

Pekan kecil ini mempunyai prasarana yang agak cukup seperti kemudahan sekolah rendah dan sekolah menengah, klinik rakyat, pejabat pos mini, balai polis yang agak besar, kemudahan kedai-kedai runcit, gerai-gerai makanan, kedai-kedai buku, pasar mingguan, bengkel membaiki kenderaan dan tidak ketinggalan kemudahan kedai internet. Rata-rata penduduk di sini adalah berbangsa melayu sebagai kaum majoriti, cina, siam dan sedikit kaum india.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Kubur panjang

  1. Bobo berkata:

    KUbur panjang panjang mane sekarang

  2. mai hyun jae berkata:

    aq bangge dgn kampong aq !!!

  3. iman berkata:

    aku kecik2 dulu slalu main kat kubur tu..ada sorang tukang besi kat situ..dulu kawasan tu x da lg kubur2 lain pun..depan tu ada baruh,slalu aku tahan “taut”,cari anak karin(ikan pelaga la),tahan burung..kat sblah kubur tu rumah Pak Lang Kori..bilal masjid yg aku sgt suka dgr suara dia..lama dah x balik kpg ni

  4. aishah hambali berkata:

    sapa yang boleh tlg saya?? saya kena buat research pasal kubur panjang. sapa yg ada information pasal sosial dan ekonomi di pekan Kubur panjang. tlg contact 0135073346

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s