Ayat empat dan kafiatnya

Ayat empat

al-anbia:87

Yusof:21

Asif Barkhaya

Asma’ul Husna
لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ۝ سورة الأنبياء : 87
وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ ۝ سورة يوسف : 21
يا إلهنا وإله كل شيء إلهاً واحداً لا إله إلا أنت

doa Asif Barkhaya

يا ذا الجلال والإكرام

salah satu Asmaul Husna

1. Setiap wirid dibaca 2000x kecuali ” يا ذا الجلال والإكرام ” hendaklah diwiridkan lebih dari 2000x kali.

2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai hari Ahad.

3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai dari awal sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah.

4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah. Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya, surah Yasin di tubuhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi wejangan padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.

5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya berbeza pada setiap orang.

Sumber:

Hj Nik Mahmud bin Nik Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan). Pati Rahsia. Percetakan Ahliyah Sdn Bhd, Kota Bharu.

Ass’kum wbt saudara2. suka nak kongsi amalan ilmu Allah ni. setahu saya ayat 4 atau ada yg panggil selendang merah ni adalah amalan penghulu Salleh pt.sulong batu pahat zaman bintang 3. saya dapat dari rakannya dan juga pakcik saya Abdullah di Bt. 7 Tongkang Pechah tahun 1980. kehebatan ayat 4 menjadikan penghulu Salleh dihormati dgn panggilan “panglima”. versi amalan ayat 4 panglima Salleh ialah:

1. Doa/istigfar nabi Yunos a.s dalam perut ikan Nun ” Lailaha ila anta subhanaka….- 33x

2. Amalan saidina Ali r.a ” Wallahu gholibun ‘ala amri” -33x

3. Amalan Asif Barkhiya ” Ya hayyun Ya Qoyyum……-33x

4. Amalan Imam Ghazali ” Ya zaljalali wal ikram” – 100x

Kalau nak jazamkan buat selama 7 hari tanpa qada solat. setiap lepas solat baca seperti 1-4 di atas. Bila dah tamat (hari ke 7) sebelah malamnya menyelam dalam laut/sungai/kolam/ perigi. Kalau tak ada guna kolah besar pun ok! (pastikan tahu berenang jgn lemas pulok. Masa menyelam tu baca ke empat2 ayat satu nafas baru boleh naik permukaan air. niatkan untuk tidak dilihat oleh musuh2 (dengan berkat izin Allah). sebaik2nya masa amalkan menyelam tu pada malam gerhana bulan. pastikan tiada manusia lain yg tahu perbuatan saudara. lepas edah 7 hari tu buatlah amalan hari. mudah2an Allah qobulkan amalan tersebut.

Dicilok dari – http://darulsaka.blogspot.com/2010/03/ayat-empat-ijazah-umum.html

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

15 Responses to Ayat empat dan kafiatnya

  1. hakim says:

    Salam…sy hakim…Sy mohon ijazah blh tak?

  2. jalanakhirat says:

    waalaikumusalam

    Hakim, ijazah ayat diatas perlu diperolehi dengan menemui seorang guru yang telah arif mengenainya.

    Terima kaseh, salam hormat.

  3. muhamad says:

    assalamualaikum.
    boleh tuan tunjukkan di mana guru untuk saya pelajari??

  4. SMS says:

    Izin saya membaca dan mengamalkannya Insyaallah. Terima kasih.

    • Satu Nafas says:

      ayat empat -perlu ada bai’ah jka tidak ada tak memberi apa2 kesan,dinasihatkan jikalau bolih bersabar sila la amalkan,kerana ayat ini juga dikenali sebagai ayat perang…

  5. amir says:

    salam di manakah saya ingin berguru?

  6. razakno says:

    sebaik-baik amalan ini jaganlah mencari sesuatu yang luar biasa tetapi mencari keradoan Allah dan menegak Islam dimuka bumi ini. Amalkan saja, Allah tahu mcm mana nak beri pertolongan pada hambanya yang nak minta tolong. Kalau kita minta sesuatu yang luar biasa dikuartiri nanti akan menjadi seperti Istidjrat, maka nerakanya tempatnya. Sebelum belajar, belajar dulu ilmu tauhid, kenal sekenalnya.

  7. Mohamad Farhan says:

    Assalamualaikum, saya Farhan. Saya sudah mengamalkan keempat-empat ayat tersebut tetapi masih tidak mendapat tanda2 diijab kabulkan oleh Allah S.W.T. Adakah saya perlu berpuasa dahulu dan semasa berpuasa amalkan ayat2 tersebut ? Terima kasih

  8. ihsan b.ali badri says:

    Asslmkum..sy Ada smpan buku kiyai saleh, yg mana diseru org melayu Islam mengamalkan amlan kyai saleh. Blehkah sy amalkan

  9. Hamba Allah says:

    Penggunaan ayat 4 ini ada diterangkan oleh Dr. Jahid Sidek, mantan Prof. Madya Universiti Malaya dan pengasas serta pakar Pusat Rawatan Islam Manarah:

  10. Mazlizan bin Ramli says:

    Bertaubatlah rakan-rakan sekalian….ini bukan warisan dr nabi kita….nabi sendiri pun cedera dalam perang hingga patah gigi baginda……ada campurtangan jin dlm ayat tu…

    • JAKA says:

      jgn mudah2 menuduh jin. sekarang ni ramai sgt org dgn mudah menuduh ade unsur jin dlm amalan ygmereka rasa pelik. begitu juga sikit2 Nabi saw tak buat. apakah Nabi juga menurunkan AlQuran utk kita jadi saintis? Adakah Nabi saw menjadi saintis dgn AlQuran? tp bila org kafir dpt penemuan dpd AlQuran kita semua dgn bangganya terima. tak pulak kata Nabi saw tak buat.

      lagi satu, bab jin ni, selagi seseorg itu tidak dpt membuktikan adanya jin, maka amat salah jika setiap benda dikaitkan dgn jin. apakah mengamal ayat AlQuran maka jin akan mendamping? dah tu apa lagi nk diamalkan kalau Quran pun tak selamat dari jin?

      hurai ust jahid sgt samar kerana ade org mengadu anak sakit tp dikaitkan dgn ayat 4. dh terbukti ke ayat 4 punca penyakit anaknya atau ada punca lain?

      kalau guna ayat Quran utk kesihatan, kasih syg sesame keluarga rezeki, tidak ada yg bantah kata ada jin. kenapa bila guna Quran utk tujuan gagah berani dn keperluan perang maka dikatakan ada jin? adakah Islam ni agama pondan dan tidak ada ilmu langsung dlm peperangan?

  11. Hamba Allah says:

    وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

    “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Al-Isra’:82)
    Ayat Qur’an akan menyebabkan hati orang yang takutkan Allah menjadi lembut dan tenang (dalam keadaan rehat) serta kulit mereka menjadi lembut setelah kulit mereka berasa seram kerana takutkan Allah, bukannya menyebabkan mereka kepanasan dan menjadi mengamuk.

    Allah berfirman:
    اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ –

    Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain yang berulang-ulang yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. (Az-Zumar:23)

    Berikut pula penerangan Dr. Mahyuddin Ismail:

    “Syeikh Mutawalli Sya’rawi seterusnya berkata, sekiranya ayat-ayat Al Quran dibaca sebagai jampi oleh seseorang yang zalim, fasik atau munafik, maka ia tidak akan mendatangkan manfaat tetapi membawa kemudaratan. Sekiranya pengamal ayat-ayat ini mempunyai iman yang lemah, lama-kelamaan dia akan terpedaya oleh tipuan syaitan sehingga timbul keyakinan bahawa ayat itu yang berkuasa. Secara tidak langsung, dia telah melakukan perbuatan syirik. Apabila keadaan ini berlaku, syaitan dan jin yang jahat akan mengambil kesempatan dengan mendakwa mereka adalah khadam atau malaikat yang menjaga ayat tersebut.”

    “Allah menegaskan bahwa sesiapa yang berpaling dari intipati dan pengajaran sebenar dari ayat yang diturunkan, maka Allah akan jadikan syaitan sebagai qarin (pendamping) yang akan menyesatkannya dari jalan yang sebenar. FirmanNya dalam surah Az Zukhruf ayat 36-37: ”Dan sesiapa yang tidak mempedulikan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

    Ibnu Qayyim Al Jauzi dalam tafsirnya, juzu 1, halaman 490 menyatakan bahawa Al Quran adalah jalan bagi hati seseorang mendapat ketenangan. Justeru, sesiapa yang berpaling dari ajaran sebenar Al Quran atau menggunakan ayat Al Quran dari tujuan asal ia diturunkan, maka Allah akan jadikan baginya seekor syaitan yang menjadi Qarin. Qarin inilah yang akan berkhidmat kepada pengamalnya. Lalu timbul tanggapan bahawa malaikat yang menjaga ayat tersebut telah menjadi penolongnya. Inilah tipudaya dalam amalan-amalan kebatinan seperti ilmu ghaib, ilmu kebal, ilmu khadam ayat dan seumpamanya.”

    Artikel penuh: http://mahyuddin09.blogspot.com/2012/03/artikel-bulan-april-2012-khadam-ayat.html

  12. dermansaigudin says:

    Assalamualaikum…saya derman mohon untuk diamalkan..terima kasih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s