Tafsir Sufi Cahaya di atas Cahaya, surah an Nur.



Maksud ayat: Surah an Nur ayat 35 – 38.

“Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahka untuk dimulakan dan disebut namanya di dalamnya, pada waktu pagi dan pada waktu petang, lelaki yang tida dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat dan dari membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (yang dihari itu) Hati dan penglihatan menjadi goncang. Mereka yang mengerjaka demikian itu supaya Allah memberikan balsan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan, dan supaya Allah menambahkan kurnianya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki pada siapa yang dikehendakinya.” (An-Nur: 35-38)

1.1. Hakikat Cahaya

Kejelasan, penafsiran dan pengertian ayat misykat memberi bantuan yang amat besar dalam memahami persoalan hati dan perjalanan suluk.

Pada ayat pertama, komposisi atau komponen manusia diumpamakan dengan lubang yang tidak tembus dengan pelita dan kaca. Misykat adalah suatu lubang di dinding yang tidak tembus ke sebelahnya. Pelita sama dengan lampu, dan kaca adalah dinding yang menghimpun dan melingkupi pelita yang menerangi.

Perumpamaan ketiga-tiga komponen ini adalah perumpamaan dari manusia yang beriman yang padanya ada jasadnya, hatinya dan cahaya yang ada di dalam hati. Jasad diumpamakan dengan misykat, hati diumpamakan dengan kaca dan cahaya diumpamakan dengan pelita yang ada dalam kaca.

“Allah cahaya langit dan bumi”

Bermaksud; Dia adalah pemberi petunjuk (cahaya) kepada langit dan bumi; di mana tiada petunjuk di langit dan di bumi tanpa cahaya-Nya. Selanjutnya Allah mengumpamakan petunjuk-Nya sebahagian petunjuk bagi orang mukmin. Hidayah ditamsilkan dengan perumpamaan-perumpamaan, kebesaran dan kemuliaan hidayah-Nya menjadi jelas.

Jadi, misykat adalah jasad orang mukmin yang melingkupi hatinya, kaca ialah hati orang mukmin yang melingkupi cahaya hati yang merupakan petunjuk dari penunjuk bagi orang mukmin itu sendiri, sehingga dia mampu melihat hakikat segala sesuatu yang berjalan di atas hidayah dari Tuhannya dengan cahaya tersebut. Ini adalah Tahap Pertama dalam perumpamaan.

Tahap perumpamaan kedua ialah kaca yang melingkupi pelita atau hati yang melingkupi cahaya dan kebenderangan cahaya yang sangat cemerlang diumpamakan dengan bintang yang menerangi, di mana bintang itu diserupakan dengan mutiara kerana sangat cemerlangnya cahaya bintang tersebut.

Kita perhatikan di sini, perbincangan tentang kaca dan semua pelitanya atau tentang hati dan cahayanya, seluruhnya diumpamakan dengan bintang yang mutiara (al-Kaukub ad-Durriy) sehingga pelita itu mampu bersinar. Demikian pula kacanya, ia bersinar kerana cemerlang dan putih bersih.

Perumpamaan Tahap Ketiga ialah pelita ada dalam kaca, dari mana dan dengan apa kaca itu dinyalakan? Dari mana cahaya itu didapati? Bagaimana kecahayaan (nuraniyah) mampu berlangsung? Dengan ungkapan lain, cahaya itu ada di dalam hati, dari mana hati itu memperoleh nuraniah? Bentuk pertolongan bagaimana yang yang diberikan kepada hati atau yang diperolehinya hingga ia bernuraniah? Apa yang menimbulkan cahaya rohani tersebut?

Allah SWT berfirman yang dinyalakan, maksudnya yang dinyalakan adalah pelita yang ada dalam kaca atau cahaya yang ada dalam hati orang mukmin dinyalakan, “dengan minyak yang dari pohon yang banyak berkatnya atau yang banyak manfaatnya. Iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya”. Sedangkan Zaitun ialah syariat Allah.

Menurut Ibnu Kasir, kejernihan, sinar atau nuraniah yang ada dalam diri seorang mukmin diumpamakan seperti dinding kaca yang jernih lagi murni seperti permata, sedangkan al-Qurán dan syariát diumpamakan seperti minyak jernih, baik, bercahaya dan seimbang tanpa ada sedikit pun keruh.

Perumpamaan terhadap keempat pohon yang penuh berkah merupakan sumber dari cahaya hati, adalah syariat Allah yang penuh manfaat, yang merupakan sumbe dari cahaya kalbu. Dari situlah kalbu mengambil cahaya. Berapa kadar besar minyaknya? Allah befirman:

“Yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api”

Minyak itu dinyatakan jernih dan bercahaya, kata an-Nasafi kerana kilaunya hampir-hampir bersinar tanpa ada api atau tanpa dinyalakan api. Kadar besar nuraniah syariat yang memberi cahaya pada hati? Dan betapa besar cahaya hati yang diperoleh dari sinaran cahaya syariat?

Demikianlah adanya, dan kerana itulah Allah berfirman:

“Cahaya di atas cahaya”

Ini adalah perumpamaan tahap kelima. Cahaya yang diumpamakan kebenaran itu, kata an-Nasafi, seperti yang bersatu yang berlapis-lapis yang mana di dalamnya terjadi interaksi antara (cahaya) misykat, pelita dan minyak. Sehingga tidak ada satupun yang tinggal untuk memperkuat benderangnya cahaya, kerana pelita yang ada di dalam tempat yang sempit menyerupai lubang yang tidak tembus, di mana ia mampu menghimpun dan memadukan seluruh cahaya. Hal ini berbeza seandainya di tempat yang luas, maka sinar cahayanya akan tersebar dan berserakan. Sedangkan (dinding) kaca merupakan suatu yang paling banyak menambah penerangan, demikian juga dengan minyak dan kebenderangannya.

Menurut Ibnu Kasir’As-Saddi yang pernah berkata tentang firman Allah tersebut, cahaya di atas cahaya adalah cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu akan memancarkan sinar, dan yang satu tidak akan memancarkan cahaya yang lain. Demikian pula cahaya al-Qurán dan cahaya iman bersatu padu.

Dengan demikian, perumpamaan yang Allah buat untuk menerangkan kebebasan hidayahNya telah sempurna, dan dari penjelasan tentang perumpamaan tersebut, kita tahu bahawa penunaian syariat Allah lah yang mampu memberikan cahaya iman yang abadi.

Selain itu, berdasarkan pendapat Ibnu kasir’As-Saddi juga, cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu padu memancarkan sinar, dan tidak akan bersinar satu di antaranya tanpa yang lain. Demikian juga cahaya al-Qurán dan cahaya iman ketika bersatu padu, dan satu di antaranya tidak akan memancarkan cahaya tanpa yang lain.

Di sini, kita sudah mulai memahami bahawa kewujudan kandungan al-Qurán merupakan makanan yang kekal bagi kalbu, sebab dengan al-Qurán pelita hati akan tetap menyala terang dan akan tetap memperolehi petunjuk. Bertambahnya perpaduan cahaya hati dan pancarannya bergantung kepada kadar penunaian seseoang terhadap kandungan al-Qurán dan misykat atau jasad akan memantulkan cahaya ini sehingga jalan baginya menjadi terang dan juga bagi yang lain.

“Allah membimbing kepada cahaya-Nya kepada siapa yang dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Maksudnya Allah membimbing kepada cahaya syariat-Nya atau Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dari ahli Iman sehingga mereka memperolehinya dan mengikuti petunjuk yang diberikan kepada mereka.

Ayat berikutnya menjelaskan tentang tempat mereka yang hatinya dipenuhi cahaya dan hidayah:

“Di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya.”

Ketika menerangkan ayat misykat (lubang yang tidak tembus) yang terdapat di sebahagian rumah Allah, iaitu masjid, an-Nasafi mengulas bahawa Misykat adalah jasad orang mukmin yang hatinya adalah mencintai masjid. Dapat disimpulkan bahawa titik tolak kepada pendidikan keimanan yang tinggi adalah masjid dengan cara menyucikan diri di dalam masjid pada waktu pagi dan pada waktu petang dengan melaksanakan solat di dalamnya. Ini adalah kerana mereka adalah lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dari jual beli dari mengingat Allah, dari mendirikan solat, dan dari membayar zakat. Mereka takut pada satu hari (yang di hari itu) hati penglihatan menjadi goncang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

21 Responses to Tafsir Sufi Cahaya di atas Cahaya, surah an Nur.

  1. bambang berkata:

    Terima Kasih atas penerangan

  2. Assalamualaikum ..

    Sekedar ingin berkongsi ..

    Kurang lebih 10 tahun yang lepas saya pernah mengalami mimpi melihat seorang tua memakai jubah & berjanggut putih, bulan, kalimah Allah (dalam bahasa arab) dan dalam mimpi saya terlihat surah yang tertulis pada Al-Quran didalam mimpi saya itu ialah ayat seperti di atas .. bangun sahaja dari tidur saya terlihat ayat tersebut tertulis pada sehelai kertas pada almari di dalam bilik saya .. saya menjadi hairan tetapi gak mahu memikirkan terlalu dalam akan maksudnya pada ketika itu ..

    Tahun demi tahun berlalu akhirnya saya sedar bahawa maksud dari ayat itu adalah saya akan melalui perjalanan kerohanian dan misykat seperti didalam surah di atas adalah Mursyid saya (Sheikh Azam). Saya temui segala jawapan yang saya cari sepanjang hidup saya ..

    Sesungguhnya Allah Maha Memberi Hidayat kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya .. wallahu’alam .

  3. Dedi Dewa Irawan berkata:

    Alhamdulillah…terima kasih atas penjelasannya..

  4. yusuf merak kayangan berkata:

    Terima kasih atas penerangan anda.Semoga banyak lagi ” RAHSIA” di dalam Al Quran akan terbonggar
    untuk umat yang tidak mahu mencari dan memahami isi kandungan Al-Quran.
    Syabas.

  5. Penerangan yang baik.. 🙂

  6. Pingback: Mengenal Allah Melalui Hati | Lintas Gayo

  7. ألسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    أشهد أن لآ إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
    subhanallah sukron penjelasan dan ilmunya ustadz

  8. anuar maarup berkata:

    Penerangan yang menarik dan memberikan kefahaman yang membantu memahami ayat penting tetapi sukar difahami secara mendalam terima kasih.

    • hashim berkata:

      Petunjuk ayat-ayat quran menerangi kaum yang dalam gelap gelita
      Dengan petunjuk Al Quran tanah arab yang dulunya penuh dengan kejahilan dan kezaliman menjadi penuh peradaban dalam masa yang singkat iaitu kira-kira 23 tahun
      Kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran bacalah setiap hari moga dengan berkat petunjuknya akan berubah pekerti kita dari yang kasar menjadi halus

      Dari tafsir quran—Dr H Mahmud Yunus…

  9. aiman rahman berkata:

    saya ingin bertanya kan soalan,apakah maksud an-nur dari segi aspek spiritual,emotional,physical,intelektual,dan juga sosial?

  10. Suriana Che Daud berkata:

    Terima kasih atas penjelasan yg diberi … Sejak zmn remaja saya suka baca ayat ni dan arwah ayah hanya ckp amalkanlah ayat ni .. saya ada jga cuba bertanya bbrp org guru apa maksudnya secara mendlm .. Alhamdulillah, saya dpt penerangan yg agak pjg lebar di sini

  11. segalanyaALLAH berkata:

    Assalamualaikum hambah ALLAH sekalian..
    sy yg bodoh ingin berkongsi..
    perumpamaan kaca dan pelita mengibaratkan
    pelita yg menyala akan lebih terang cahayanya bila di tutup dgn kaca yg bersih sehingga cahaya itu berserakan dgn luas..
    ALLAH HU AKHBAR

  12. Rosli Abas berkata:

    sesungguhnya Yang Maha Mengetahui itu Adalah Zattul Bukhti Zatul Haqqul Mutlak, Saya telah diberi hidayah oleh Allah berkaitan Miskat itu adalah Liang-Liang Roma yang tidak tembus terdapat pada setiap insan.ALLAH HU WAHDAH HULASYARIKALAH.
    NOOR AL HAQ,

  13. Rosli Abas berkata:

    Sesungguhnya Yang Maha Mengetahui itu adalah Zattul Bukhti Zattul Haqqul Mutlak.
    Adapun Guru-Guru Murshid Tassauf atau Thorikat telah membimbing muridnya dari peringkat bawah hingga sampai kepada Makrifatullah,dimertabatkan kepada 4 ketegori yaitu :-
    Pertama : Ahli Syariat
    Kedua : Ahli Thorikat
    Ketiga : Ahli Hakikat
    Keempat: Ahli Makrifah

    Satu ketogeri lagi adalah rahsia, yang mengenalinya hanya Makhlok Allah Di Langit.
    Siapakah mereka ini ?
    Mereka adalah AHLI NUR. Bacalah AlQuran dan Surah An Nur Ayat 35

  14. darmawi berkata:

    antara telumjuk dan petunjuk, terima kasih atas penjelasan nya

    • Rosli Abas berkata:

      “Pohon zaitun tidak tumboh d timor dan tidak pula tumbuh d barat”, tapi ada yg memberi penjelasan mgatakan pohon zaitun yg tumbuh d atas bukit. Padahal kalau pohon zaitun d atas bukit, kita boleh mgatakan Pohon Zaitun d atas bukit d sebeleh timor atau d sebelah barat, pada
      pendapat saya mesti ada maksud tersirat. Silaberi

  15. Fakir Bijaksana berkata:

    yang bersungguh hendak memahami dan tercari2 kesempurnaan jawapan pada rahsia2 ini, InshaAllah ada guru yang mampu menerangknnya… ianya tidak lain tidak bukan menerangkan bab kejadian manusia..yakni hakikat insan, hakikat Muhammadiyah. Buat yang bersungguh, boleh hubungi sy di Schynro99@gmail.com. Wallahu’alam

  16. capug berkata:

    Terimakasih meski ada yg belm tercerna,kok banyak ungkapan supi yg kadang membingungkan

  17. salam berkata:

    Awalnya saya igin mohon maaf jika ada kesalahan bahasa atau adab kurang sopan dri mulut saya sendiri……saya cuma ingin menanya…..megapa saya selalu mengigati dinding yang saya lalui banyak dinding tp saya tidak fahan megapa sampai sekarang saya masi megigati memori ilusi itu dari kecil hingga ke dewasa…….saya sudah menanya kan itu kepada bapa saya dia cuma kata dia suru saya solat…..saya tau solat itu wajib tp saya igin tau jga apa maksud semua itu dalam ilusi saya masa kecil….atau itu cuma gaguan sytan……maaf jika ada silap perkatan saya mohon tuan faham

  18. Zar Rathustra berkata:

    Terimakasih telah berbagi ilmu yang bermanfaat. semoga selalu memperoleh hidayah dariAllah SWT dan selamat dunia akhirat. Amin

  19. La Ode Suharja berkata:

    Alhamdulillah setelah membaca dan menyimak tafsiran surat An-Nur ini, saya mulai paham sedikit pesan yang tersirat dalam ayat ini. Terima kasih. Salam.

Tinggalkan komen