Tharikat yang hak dan sesat



Kata Syaikh Ahmad Al-Rafaie, ” Tidak ada jalan yang lebih mudah menghampirkan diri dengan Allah kecuali melalui tharikat “

Tharikat merupakan bagian terpenting dari pelaksanaan syariat Islam di bidang Tasauf. Mempelajari ilmu Tasauf dengan tidak mengetahui dan melakukan tharikat dianggap sia-sia. Prof. H. Abu Bakar Acheh dalam bukunya ‘Syariat Ilmu Fikah Menurut Tharikat Kadriah’ berkata, ” Dalam ajaran Tasauf diterangkan bahwa syariat itu hanya peraturan belaka, sementara tharikat merupakan perbuatan untuk melaksanakan syariat itu. Apabila syariat dan tharikat sudah dapat dikuasai maka lahirlah hakikat, yang tidak lain adalah memperbaiki hal ihwal zahiriah (yakni akhlak yang mulia)”.

Menurut Al Ghazali ‘ Tharikat adalah sebagian perjalanan syariat batiniah’. Walau bagaimanapun untuk menjalani tharikat, menurut Imam Malik dan Imam Al Ghazali, memerlukan kekuatan di bidang ilmu syariat terutama di bidang Ushulludin (Tauhid).

Kelebihan ilmu tharikat amat banyak. Menurut Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Al Munkizu Minad Dhalalah bahwa kelebihan ilmu tharikat itu akan menjadikan seseorang yang menjalaninya mempunyai akhlak yang mulia (zahir dan batin) menepati akhlak nabi. Kata Sheikh Muhammad Al Sulaiman,” Barang siapa yang menjalani ilmu tharikat ia akan mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat serta kesudahan matinya dalam kebajikan (Husnul khotimah) “. Ahli-ahli tharikat senantiasa bersifat tawaduk dan menjauhi takabur (ego). Kata Sheikh Syed Muhammad Saman,” Orang yang bersusah-susah dan bersunguh-sungguh menempuh jalan riadhatun nafsi (latihan melawan nafsu) dia akan mencapai derajat yang tinggi di sisi Allah SWT “.

Demikian kelebihan-kelebihan batin yang disebut di dalam kitab Sirrus Salikin tentang kelebihan tharikat. Sementara kelebihan zahiriah lainnya adalah yang menjalani ilmu tharikat ia akan mendapat kekuatan ukhwah, mendapat pertolongan Allah dari tentangan musuh, menjadikan dia taat kepada pucuk pimpinan, gigih berjuang dan berkorban dsb. Ini dibuktikan oleh kajian pihak musuh Islam tantang puncak-puncak kekuatan umat Islam dahulu. Pada zahirnya mereka tampak lemah di bidang material tapi susah untuk ditumpas dan dijajah diri, akal dan jiwa mereka.

Laurens Of Arabian salah seorang orientalis sedunia, telah membuat kajian-kajian tentang puncak-puncak kekuatan umat Islam dan didapati bahwasanya kekuatan umat Islam adalah karena di barisan depannya adalah terdiri dari ahlil-ahli Tasauf dan ahli-ahli tharikat. Mereka adalah orang-orang yang paling gigih menentang penjajahan dan menangkis kepura-puraan yang ditaburkan oleh musuh-musuh Islam. Laurens telah membuktikan hujjahnya dengan sejarah, bagaimana gerakan tarikat Idrisiah di Maghribi (Maroko) berhasil dengan gemilang merebut kemerdekaan dari penjajajah. Raja-raja kerajaan Osmaniah dan para tentaranya adalah terdiri dari ahli-ahli tharikat. Mereka berkhalwat beberapa hari sebelum keluar berperang.

Selain itu pihak orientalis atas arahan pihak kolonial telah menyelidiki juga tharikat-tharikat, antara lain Idrisiah di Libya dan beberapa negara Islam lainnya, termasuk kepulauan Melayu oleh Snouck Hurgronje orientalis Belanda di Indonesia. Hasil kajian dan laporan yang diberikan kepada pemerintah kolonial itulah yang menyebabkan lahirnya kecurigaan terhadap gerakan tharikat dalam Islam.

Laurens Of Arabian telah diarahkan supaya menyelidiki ke dalam masyarakat Islam dengan menyamar sebagai ulama dan mendalami ilmu Islam di Mekah dan Mesir (Al Azhar) dan ia telah bertemu dengan ratusan ulama besar yang masyur, memperbincangkan tentang cara untuk membiasakan umat Islam di segi kemajuan dunia seperti kebiasaan barat serta ia menyebarkan faham supaya umat Islam tidak terikat dan tidak fanatik kepada aliran mazhabiah.

Pihak penjajajah memandang gerakan tharikat berbahaya bagi kekuasaan mereka. Untuk menyekat dan menghapuskannya, Prof. Haji Abu Bakar Acheh dalam bukunya Syariat telah menyampaikan puncak timbulnya ordinan’s guru tahun 1925 di Indonesia. Melalui ordinan’s itu katanya, bagi guru-guru agama yang hendak mengajar agama terutamanya bidang tarikat hendaklah mendaftarkan diri dan mendaftarkan sekaligus kitab-kitab yang hendak diajarkan.

Sementara itu di negara-negara Asia Timur, Laurens Of Arabian mengupah seorang ulama yang anti tharikat dan anti mazhab untuk menulis sebuah buku yang menyerang tarikat. Buku tersebut diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dan dibiayai oleh pihak orientalis. Akibatnya kerajaan Arab Saudi setelah diambil alih oleh pemimpin yang bermazhab Wahabiah telah mengharamkan Tasauf dan Tharikat. Sedangkan di situlah (Mekah dan Madinah) asal mulanya pusat gerakan tharikat. Aliran faham anti tasauf dan tharikat itu telah menguasai di pusat-pusat pengajian di Timur Tengah dan pusat pengajian di Eropa, sehingga para pelajar termasuk di negara ini yang sekarang telah bergelar ulama mengikuti aliran itu.

Selain menggunakan media masa (buku dan majalah) untuk menghapuskan tharikat sufi, pihak musuh Islam juga menggunakan berbagai cara lain, diantaranya mereka menciptakan tharikat sesat (palsu) dan menyelewengkan tharikat yang sebenarnya dengan menyelundupkan ajaran-ajaran mereka ke dalam gerakan tharikat. Ajaran mereka itulah yang mendakwa konon mendapat wahyu, dilantik menjadi nabi, menjadi Nabi Isa, Imam Mahdi dan lain sebagainya. Di antaranya yang jelas kepada kita adalah gerakan Qadiani, Bahai, Ismailiah di India, pimpinan Agha Khan dll.

Seorang penulis barat A.J. Quine dalam novelnya The Mahdi menyampaikan tentang bagaimana dua badan dunia mewujudkan Al Mahdi palsu untuk merusak keyakinan umat Islam terhadap Al Mahdi yang sebenarnya yang disebut oleh Rasulullah SAW akan muncul di akhir zaman.

Gerakan tharikat sesat (palsu) telah dikembangkan di seluruh dunia dan ini menjadi alasan bagi ulama anti tharikat untuk menguatkan hujjah mereka bahwa tharikat bukanlah ajaran Islam termasuk bertawassul itu suatu perbuatan sirik. Gerakan tharikat sesat tersebut tidak mustahil datang (tersebar) di negara kita sehingga merusak tharikat yang sebenarnya. Akibatnya pihak yang berwenang melakukan penyelidikan atas tharikat sesat tersebut kemudian membuat kesimpulan menyalahkan semua tharikat-tharikat yang ada termasuk tharikat yang haq.

Kalau pihak tertentu membuat kesimpulan mendakwa aliran tharikat semuanya sesat, lalu bagaimana kita hendak menghukumkan kepada ulama-ulama terdahulu yang mengasaskan, mengajarkan dan mengamalkan tharikat seperti Al Ghazali (Tharikat Al Ghazaliah), Syeikh Abdul Qadir Al Jaelani (Tharikat Qadiriah), Abdul Hasan Ali Asysily (Tharikat Syaziliyah), Muhammad Bin Bahaudin Naqsyabandi (Tharikat Naqsyabandiah) dan yang lainnya seperti Rafieyah, Ahmadiyah, Dasuqiyah, Satariyah dan sebanyak lebih dari 40 buah tharikat ?

Kalau terdapat kesilapan dari segi pelaksanaan oleh khalifah atau syeikh tharikat yang kemudian (mutaakhirin) ini, itu adalah disebabkan kelemahan pribadi mereka sebagai manusia. Maka tidaklah sepantasnya diambil kesimpulan mengharamkan tharikat yang haq, sama seperti menuduh pengikutnya juga sesat. Sedang mereka terdiri dari orang-orang yang salih dan para Wali Allah.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Tharikat yang hak dan sesat

  1. iqbal singh berkata:

    saya sangat tertarik mengikuti berita yang berkaitan dengan ajaran thariqat. mohon jika ada berita terkini dapat dikirimkan melalui alamat e-mail saya.

    terima kasih

  2. Muhammad Arif berkata:

    TERIMA KASIH ATAS INFORMASINYA,
    MUNGKIN MEREKA YG MENYATAKAN BAHWA AJARAN-THARIQAT ITU HARAM,KURANG MENGERTI TENTANG AJARAN ITU YG SEBENARNYA…
    Kita serahkan semuanya kpd Allah sang pemilik ILMU’

  3. Bandi berkata:

    Semoga terus ada keterangan2 baru & lebih jelas tentang ilmu Thareqat & Tasawuf, Sehingga kita bisa lebih memahami ilmu Thareqat & Tasawuf ini, Insya allah.

  4. Raden Sarmada berkata:

    ALLOH SWT… ALLATHIEFUL-HAKIEM.. trnyata stlh sang makhluq brmujahadah semua akan trlihat.. kmbali kpd niat simakhluq,,

  5. Musafir berkata:

    Ada ulama yg agak terkenal di Malaysia (beliau di percayai berfahaman Wahhabi) telah menyatakan dlm blog nya bahawa tarekat tajiniyah itu sesat dan dipengaruhi unsur syiah. Sejujurnya saya sangat tidak bersetuju dengan pandangan beliau kerana ulama2 tersohor pernah mendalami tarekat tersebut.
    Mohon agar Ada Ulasan tentang tarekat tajiniyah ini jika sesiapa yang ahli di dalamnya. Wasallam.

  6. SUJAMAK berkata:

    Tujuan tarekat :-
    1) Mencari kesaktian spt kasyar (clairevoyance), pendengaran ghaib (claireaudiance), ilusionist, ghaib , terbang, dll
    2) Zikir berfokas kepada bunyi, fokas pd rajah @ pd wajah guru
    3) Biasanya berhujung dgn wahdatulwujud (bersatu dengan Allah)
    Ada juga bersatu dengan roh nabi. Ini di kira sebagai pencapaian tertinggi bagi penganut tarekat.
    4) Dikira mencapai warid setelah mengalami loncatan jiwa atau dikenali sebagai alam disebalik mata (Istilah bagi pengikut ayah pin).
    Selepas melepasi tahap ini penganut boleh merekacipta tarekat sendiri. Kalau anda bernama Bandigol dan menganut tarekat bernama Autanibandi, maka tarekat baru boleh bernama ” Autanibandi Bandigol”.
    5) Seluruh tarekat dicipta setelah lebih 200 tahun nabi wafat.
    6) Penganut tarekat tak perlu belajar apa-apa kecuali zikir2 yg telah ditetapkan bilangannya shj.
    Penganut diberitahu ;- bahawasanya Allah swt sendiri akan mengajar ilmu kepada kita bila zikir cukup khatam.
    7) Penganut2 tarekat diyakinkan bahawa nabi Muhammad tidak mati. Baginda akan hadir dlm semua majlis zikir tarekat.
    8) Mereka diajar dengan banyak cerita pelik, sakti dan dongeng2 hebat yg menarik.
    Untuk makluman anda, negara Indonesia yang ramai pendekar sakti ditakluk Belanda selama 400 tahun.
    9) Penganut tarekat mesti mematuhi peraturan yg dicipta oleh mursyid mereka.
    10) Tak boleh belajar tarekat2 lain, nanti susah mencapai warid.
    BANYAK LAGI RAHSIA YG AKAN SAYA KEMUKAKAN.
    NAK TAHU SESAT @ TAK SESAT ? MESTI ADA DALILNYA (LAIN KALI SAYA CERITA)
    SESAT BAGI SAYA SEBAGAI PENGKAJI DAN BEKAS PENGANUT 4 JENIS TAREKAT, BEKAS PENGAMAL TENAGA DALAM DAN BEKAS PENGAMAL ILMU KEBATINAN.
    TAPI SIAPA BERKERAS NAK MENGANUT TAREKAT, SILAKAN MASUK (GASAK KAMULAH APA NAK JADI)

  7. mk berkata:

    Mana2 tareqat yg menyampaikan kpd Allah Taala ikut cara rasulullah SAW maka itu tareqat dibenarkan tetapi hati2 kerana kebanyakan tareqat sekarang ini banyak yg salah drp betul..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s