Makamah: Isteri kedua boleh lawat Sultan Kelantan



Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra, seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Februari lalu.

Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu adalah tidak sepatutnya kerana perintah itu telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.

Pada 4 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal bagi melawat suaminya ke 13 Jun.

Penangguhan itu disebabkan Mahkamah Tinggi Syariah mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana diputuskan pada 23 Mei.

Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini.

Sultan Kelantan didakwa telah menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Februari lalu.

Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu, membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan bagi setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.

Bagaimanapun, Elia Suhana mendakwa dihalang oleh ketiga-tiga defendan iaitu Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya untuk bertemu suaminya dan pada 21 Februari lalu mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab.

Elia Suhana diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan manakala peguam Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Raja Perempuan Kelantan.

– Bernama

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Makamah: Isteri kedua boleh lawat Sultan Kelantan

  1. jalanakhirat berkata:

    10 kelebihan ilmu berbanding harta

    1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

    2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

    3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

    4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

    5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

    6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

    7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

    8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

    9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

    10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

    SAIDINA ALI K.W

    “Ilmu adalah Jalan
    Melalui ilmu Manusia akan tahu jalan yang Lurus..
    Tanpa ILMU manusia akan rugi… “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s