Kawin empat wanita serentak



JOHANNESBURG – Seorang lelaki keturunan Zulu di Afrika Selatan berkahwin dengan empat wanita serentak dengan alasan untuk menjimatkan wang dan mengelakkan penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Milton Mbhele, 44, memutuskan berkahwin empat wanita serentak sebagai tanda cinta kepada isterinya.

“Ini merupakan hari yang paling saya tunggu sepanjang hidup saya,” kata Mbhele sebelum membuat ikrar perkahwinan.

Mbhele memakai sut putih dan empat isterinya yang memakai gaun warna yang sama dengan suaminya itu tiba pada majlis perkahwinan dengan menggunakan limousin pada Jumaat lalu.

Dia yang bekerja sebagai pengurus di Majlis Perbandaran Indaka mempunyai 10 anak iaitu tujuh daripada empat isterinya dan tiga menerusi perkahwinan sebelumnya.

“Saya berasa bangga dengan amalan poligami yang diamalkan oleh kaum Zulu. Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan orang lain,” katanya.

Majlis perkahwinannya dihadiri oleh 500 orang.

Amalan poligami adalah dibenarkan di bawah undang-undang Afrika Selatan.

Sebanyak lapan ekor lembu disembelih dan kemudian dihidangkan pada satu majlis jamuan di rumah pengantin lelaki itu semalam. – AFP

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kawin empat wanita serentak

  1. ali says:

    mintak izin copy

  2. Herizal Alwi says:

    This one is nice job
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s