Kad Kredit itu riba !

Mungkin sudah ramai mengetahui dan mengakui bahawa kad kredit adalah sejenis riba. Namun, tidak ramai mempunyai kekuatan untuk mengelak daripada terus menggunakannya.

Zaharuddin.net dalam posting terbaharunya sekali lagi menegaskan dan mengingatkan bahawa kad kredit adalah riba!

Menurut web itu, kedudukan kad kredit sebagai riba sudah diputuskan menerusi fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

“Hubungan di antara pengguna dan pengeluar kad adalah hutang. Pihak pengeluar akan membayar jumlah pembelian yang dibuat kepada penjual (peniaga).

“Kemudian, sebagai balasan, pihak peniaga perlu membayar kepada pengeluar kad sebanyak satu peratus hingga tiga peratus dari jumlah barang yang dibeli sebagai komisyen, manakala pengguna pula perlu membayar semula hutang tadi berserta caj riba yang mahal, iaitu 17.5 peratus setiap tahun,” catat zaharuddin.net.

Zaharuddin.net dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Ustaz Haji Zaharuddin Abd Rahman. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam, termasuk sebagai panel syariah di pelbagai organisasi. Web ini menjadi rujukan popular dalam pelbagai bidang, termasuk fikah dan muamalat.
SAHIH… Kad kredit adalah riba!

Menurut web terbabit, sebagaimana pernah disebut Profesor Undang-Undang, Universiti Havard, Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Warren, kad kredit adalah sama seperti ah long (loan shark).

Apa yang membezakan di antara kedua-duanya ialah kad kredit diatur secara lebih tersusun dan profesional, manakala ah long beroperasi secara gelap dan berbau jenayah.

“Namun hakikatnya, kedua-duanya adalah sama dari sudut caj dan kezalimannya,” tegas zaharuddin.net.

Menurutnya, walau hutang kad kredit diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 20 hari yang diberi, riba tetap mengenai pengguna. Ini kerana, setiap penggunaan menyebabkan peniaga perlu membayar komisyen satu peratus hingga tiga peratus kepada pengeluar kad.

Dengan itu, catat zaharuddin.net, setiap penggunaan kad kredit konvensional dianggap bantuan dan sokongan secara langsung kepada ‘industri kad nafsu’ berteraskan riba.

“Kalau dahulu, pihak pengeluar kad memberikan tempoh 20 hari setiap bulan sebagai tempoh ‘no charge, no interest’ jika dibayar jumlah minimum lima peratus, namun bermula hujung 2008, Bank Negara Malaysia (BNM) memansuhkan undang-undang terbabit bagi merendahkan kadar faedah yang lain.

“Justeru, kini hanya mereka yang membuat ‘full repayment’ sebelum tamat tempoh 20 hari itu terkecuali daripada caj faedah dalam jadual di atas. (Manakala) yang lain tidak lagi terselamat sebagaimana dahulu,” catat web terbabit.

Ia menyifatkan kad kredit sebagai ‘kad nafsu’ kerana menggalakkan ‘leverage’ melampau dengan menggandakan kemampuan pembelian menerusi hutang dan sengaja menggalakkan pembayaran lewat.

Menurut statistik BNM, jumlah hutang kad kredit bertambah 20 peratus setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5 peratus sebulan, bank di negara ini secara mudah mengaut keuntungan faedah kira-kira RM159 juta setiap tahun, tidak termasuk caj perkhidmatan lain.

Antara caj yang dikenakan bank kepada pengguna kad kredit ialah caj pembayaran lewat, yuran tahunan, caj pembelian antarabangsa, caj belian melebihi had kredit dan caj pengeluaran tunai.

“Demikian sifat sekeping kad kredit yang sering dibanggai pemiliknya bagi menunjuk kemewahan diri, namun hakikatnya ia hanya sekeping ‘kad hutang’ yang menunjukkan potensi diri pemiliknya untuk jatuh muflis atau menunjukkan pemiliknya yang lebih suka membayar sesuatu dengan harga yang lebih mahal, suka berhutang dan cenderung berbelanja melebihi pendapatan.

“Itulah juga kad kredit, sekeping kad yang disediakan untuk melayan kebuasan nafsu membeli dan berhutang manusia dan mengambil kesempatan atas kelemahan itu. Diberinya kemudahan membeli sehingga melebih kemampuan pendapatan, malangnya dikenakan caj yang tinggi, adakalanya kurang difahami cara kiraannya oleh pengguna itu sendiri, lalu bertambahlah malang,” tulis zaharuddin.net.

Justeru, web berkenaan menyeru semua pengguna Islam agar segera menghapuskan kad kredit, terutama jika ia dikeluarkan bank konvensional kerana ia secara sahih adalah riba, sebaliknya mereka disaran menggunakan kad caj Islam atau kad debit Islam.

Zaharuddin.net mengingatkan:

“Insafilah dan beringatlah sebelum terlambat. Moga kita diberikan kekuatan untuk bertindak dan memotong kad-kad kredit kita.”

Untuk bacaan lanjut sila layari – inimajalah.com

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kad Kredit itu riba !

  1. ardzham says:

    Dulu kad kredit diguna sebab taknak bawa cash banyak-banyak, sekarang dah ada kad prabayar eloklah tinggalkan kad kredit tu.Yang tak ada duit duduk diam-diam tak usah nak bergaya dengan kad hutang yang haram tu!

  2. Pingback: Kad Kredit.. Kad Riba?? Kad Hutang??? | Blog Uncle Zuan

  3. Nik says:

    Bagaimana pula dgn penjelasan di sini?
    Rasanya ada perbezaan.
    http://zaharuddin.net/kewangan/258-hukum-penggunaan-kad-kredit.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s