Kiblat Indonesia ke arah Kenya dan Somalia

JAKARTA – Umat Islam di Indonesia semalam diberitahu Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa selama ini mereka mengerjakan solat bukan menghadap Mekah tetapi ke arah Kenya dan Somalia.

Keadaan itu berlaku kerana pada Mac lalu, MUI meminta penganut Islam di negara itu menghadap arah Barat semasa mengerjakan solat.

“Namun keputusan itu menyebabkan semua masjid sebenarnya menghadap ke arah Somalia atau Kenya, dan kami memutuskan umat Islam perlu mengubah sedikit kedudukan betul ke arah Barat Laut,” kata Ketua MUI, Cholil Ridwan.

“Perubahan kecil itu tidak memerlukan kita untuk mengubah kedudukan bangunan masjid tetapi jemaah hanya perlu mengubah sedikit arah kiblat ketika mengerjakan solat,” katanya.

Ridwan berkata, masyarakat Islam tidak perlu berasa bimbang kerana telah silap menghadap kiblat.

“Semua solat yang dilakukan masih didengar oleh Allah,” katanya.

Namun, ketua pertubuhan Nahdatul Ulama, Said Agil Siradj memberitahu sebuah akhbar tempatan, kekeliruan yang dilakukan oleh MUI itu merupakan satu pengajaran buat penduduk Islam.

Sebelum ini, MUI membuat fatwa terlalu cepat dan pernah mengeluarkan fatwa kontroversi seperti pengharaman merokok. – Reuters

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s