Ayah bonda Rasulullah saw



PERKAHWINAN ‘ABDULLAH DENGAN AMINAH

Usia Abdul Muthalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih tatkala Abrahah menyerang Makkah dan cuba menghancurkan Ka’bah. Ketika itu umur anaknya, ‘Abdullah sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikahwinkan. Pilihan Abdul Muthalib jatuh kepada Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf bin Zuhra – pemimpin suku Zuhra ketika itu yang amat sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.

Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. ‘Abdul Muthalib dengan anaknya menemui Wahab dan melamar puterinya. Sebahagian penulis sejarah berpendapat, bahwa mereka pergi menemui Uhyab, bapa saudara Aminah, kerana waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia di bawah asuhan bapa saudaranya.

Lamaran ‘Abdul Mutalib itu diterima dengan amat gembiranya oleh keluarga Zuhra. Persiapan pun dibuat untuk melangsungkan hari kebesaran bagi kedua-dua pengantin yang sama padan bagai pinang dibelah dua itu. Pada hari perkawinan ‘Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muthalib juga berkahwin dengan Hala, sepupu Aminah. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW.

‘Abdullah bersama Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan ‘Arab di mana perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan. Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke keluarga Abdul Muthalib.

PEMERGIAN ‘ABDULLAH KE SYAM DAN KEWAFATAN

Tidak berapa lama kemudian, ‘Abdullah pun pergi dalam suatu usaha perdagangan ke Syam (Syria pada hari ini) dengan meninggalkan isteri yang dalam keadaan hamil.

Dalam perjalanannya itu, ‘Abdullah tinggal di Syam selama beberapa bulan. Dalam pada itu beliau pergi juga ke Gaza dan kembali ke Makkah. Di tengah-tengah perjalanannya, ‘Abdullah singgah ke tempat saudara-saudara ibunya, Bani Adiy bin Najjar di Madinah, sambil beristirehat sesudah merasa letih selama dalam perjalanan. Sesudah itu beliau akan kembali pulang dengan kafilah ke Makkah. Akan tetapi kemudian beliau menderita sakit di tempat saudara-saudara ibunya itu. Kawan-kawannya pun pulang terlebih dahulu meninggalkannya. Dan merekalah yang menyampaikan berita sakitnya itu kepada ayahnya, ‘Abdul Muthalib setelah mereka sampai di Makkah.

Apabila berita itu sampai kepada Abdul Muthalib, beliau mengutus anaknya yang sulung, Harith, ke Madinah, supaya membawa kembali ‘Abdullah apabila beliau sudah sembuh. Tetapi sesampainya Harith di Madinah, dia mengetahui bahawa ‘Abdullah sudah pun meninggal dunia dan juga dikuburkan, sebulan selepas kafilahnya berangkat ke Makkah. Kembalilah Harith kepada keluarganya dengan membawa perasaan pilu atas kematian adiknya itu. Rasa duka dan sedih menimpa hati Abdul Muthalib, lebih-lebih lagi Aminah, kerana dia telah kehilangan seorang suami yang selama ini menjadi harapan kebahagiaan hidupnya. Demikian juga ‘Abdul Muthalib sangat sayang kepadanya sehingga penebusannya terhadap berhala yang sedemikian rupa belum pernah terjadi di kalangan masyarakat ‘Arab sebelum itu.

Peninggalan ‘Abdullah sesudah wafat terdiri daripada lima ekor unta, sekelompok ternak kambing dan seorang budak perempuan, iaitu Ummu Aiman, yang kemudiannya menjadi pengasuh Rasulullah SAW. Boleh jadi peninggalan serupa itu bukan bererti suatu tanda kekayaan; tetapi tidak juga merupakan suatu kemiskinan. Di samping itu, umur ‘Abdullah yang masih dalam usia muda belia, sudah mampu bekerja dan berusaha mencapai kekayaan. Dalam pada itu beliau memang tidak mewarisi sesuatu dari ayahnya yang masih hidup itu.

KEWAFATAN AMINAH, IBU RASULULLAH SAW

Setelah Rasulullah SAW berada di bawah jagaan Halimatus Sa’diyyah selama empat tahun lamanya, anak itu dikembalikan kepada ibunya, Aminah. Menurut adat Arab, setiap tahun Aminah pergi menziarahi ke pusara suaminya dekat kota Madinah itu. Setelah Rasulullah SAW dikembalikan oleh Halimah, tidak berapa lama kemudian, pergilah dia berziarah ke pusara suaminya itu bersama-sama dengan anaknya yang masih dalam pangkuan itu, bersama-sama pula dengan budak pusaka ayahnya, seorang perempuan bernama Ummi Aiman.

Tetapi di dalam perjalanan pulang, Aminah ditimpa demam pula, lalu menemui ajalnya. Dia meninggal dan mayatnya dikuburkan di al-Abwa’, suatu dusun di antara kota Madinah dengan Makkah. Anak yang malang itu pindahlah ke dalam gendungan Ummi Aiman. Dialah yang membawa anak itu balik ke Makkah. Anak itu kemudiannya diasuh dengan penuh kasih sayang oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

Berkata Ibnu Ishak : “Maka adalah Rasulullah SAW itu hidup di dalam asuhan datuknya ‘Abdul Muttalib bin Hasyim. Datuknya itu ada mempunyai suatu hamparan tempat duduk di bawah lindungan Ka’bah. itu. Anak-anaknya semuanya duduk di sekeliling hamparan itu. Kalau dia belum datang, tidak ada seorang pun anak-anaknya yang berani duduk dekat, lantaran amat hormat kepada orang tua itu.

Maka datanglah Rasulullah SAW, ketika itu dia masih kanak-kanak, dia duduk saja di atas hamparan itu. Maka datang pulalah anak-anak datuknya itu hendak mengambil tangannya menyuruhnya undur. Demi kelihatan oleh ‘Abdul Muttalib, dia pun berkata : “Biarkan saja cucuku ini berbuat sekehendaknya. Demi Allah sesungguhnya dia kelak akan mempunyai kedudukan penting.’ Lalu anak itu didudukkannya di dekatnya, dibarut-barutnya punggungnya dengan tangannya, disenangkannya hati anak itu dan dibiarkannya apa yang diperbuatnya.”

HALIMATUS SA’DIYYAH – IBU SUSU RASULULLAH SAW

Menurut adat Arab, anak itu tidak disusukan oleh ibunya sendiri jika dia orang terpandang, tetapi dicarikan seorang tukang menyusu dari kampung Badwi. Kerana kehidupan anak-anak itu di dusun boleh menguatkan tubuhnya dan memperbaiki lidahnya (melatih bahasa ‘Arab), agar jangan kena ‘hawa’ kota. Menurut pendapat orang Arab, tukang susu atau tukang didik orang kota itu serupa dengan malam yang gelap gelita layaknya, menghabiskan pengharapan tentang hari kemudian anak-anak. Oleh itu, Abdul Muthalib pun mencari para wanita yang sesuai untuk menyusui Muhammad Rasulullah SAW.

Pada waktu itu, datanglah ke kota beberapa orang perempuan dari Badwi bani Sa’ad bin Bakr mencari anak-anak yang akan disusukan. Yang beruntung beroleh Muhammad ialah seorang perempuan bernama Halimah binti Abu Zu’aib bin al-Harits as-Sa’diyyah. Suaminya bernama al-Harits bin ‘Abdul-Uzza, yang diberi gelaran Abu Kabsyah, berasal dari kabilah yang sama. Maka diterimanyalah anak kecil itu dari ibunya, lalu terus digendungnya ke kampungnya di Badwi Bani Sa’ad bin Bakr. Empat tahun lamanya anak itu di dalam asuhan Halimah.

Antara saudara-saudara Rasulullah SAW dari satu susuan di sana adalah Abdullah bin al-Harits, Anisah binti al-Harits, Hudzafah atau Judzamah binti Al-Harits. Bapa saudara Baginda, Hamzah bin Abdul Muthalib juga disusui di Bani Sa’ad. Suatu hari ibu susuan Rasulullah SAW ini juga pernah menyusui Hamzah semasa beliau masih dalam susuannya. Jadi Hamzah adalah saudara sesusuan Rasulullah SAW dari dua pihak, yaitu dari Tsuwaibah dan dari Halimah as-Sa’diyyah.

Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung bani Sa’ad ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Rasulullah SAW ke rumah Halimatus Sa’diyyah dan menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai menghijau, kambing ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dari ladang ternakan kelihatan riang dan uncang-uncang susunya penuh dengan susu.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Ayah bonda Rasulullah saw

  1. Banjoe berkata:

    PERNIKAHAN ABDULLAH DENGAN AMINAH

    Ada diceritakan oleh Al-Marhum Syeikh Ainullah, tetapi kami ingat-ingat lupa, yaitu fasal pada menyatakan pernikahan Abdullah dengan Aminah. Ada pun Abdul Mutalib itu diriwayatkan ianya dari gulungan Bangsawan Bani Hashim yang amat disegani, lagi sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah. Hinggakan tatakala Abrahah dengan pasukan tentera bergajahnya mahu menyerang Kaabah, mereka terpaksa berdepan dulu dengan Abdul Mutalib sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah diketika itu. Maka Abdul Mutalib telah memberi amaran keras kepada Raja Abraham, jangan sekali-kali mereka mahu mencuba menggugat Rumah Allah Kaabah itu. Maka amaran itu telah dilanggar oleh Raja Abrahah, maka akibatnya bala bencana yang mereka terima, itulah seperti sejarahnya apa yang termaktub dalam Surah Al-Fil (Tentera Bergajah) itu. Kesemuanya telah hancur ranap bagaikan debu diserang oleh tentera-tentera Allah berbentuk burung-burung dari langit yaitulah Malaikat Ababil. Maka sebab itu kelahiran Nabi Muhammad SAW itu ada dikaitkan dengan Tahun Gajah, kerana takwim kalender Islam maseh belum ujud.

    Peringatan : Maaf, disini kami keluar tajuk sedikit. Maka disini kami ingin menyingkap sedikit mengenai ada ura-ura peristiwa Tentera Bergajah itu bagaikan akan berulang semula sekali lagi dalam sejarah Islam. Kerana ada difahamkan ada pun Perdana Menteri Yahudi sekarang ini, yaitu Sang Benjamin Netanyahu itu adalah nasabnya dari pecahan generasi ke 7 dari bloodline Abrahah. Maka hati perutnya itu juga agaknya sama macam leluhurnya Abrahah itu juga. Ada kami serta sahabat kami terbaca dalam internet gara-gara Yahudi mahu mengesan Imam Mahdi, namun hasil mereka maseh kabur. Telah bertahun mereka mencari samada melalui ejen-ejen skuad pembunuh Mosaad dan CIA, atau menyamar sebagai pelancong, namun sehingga kini tiada hasilnya. Maka Netanyahu telah membuat declarasi : Jalan mudah untuk mereka mencari Imam Mahdi adalah menyerang Kaabah dan Kota Mekah pada mana-mana Musim Haji, dengan peralatan senjata moden mereka – “For sure Al-Mahdi will emerge from his hiding place.” Kerana Imam Mahdi itulah satu-satunya Penyelamat bagi Kaabah Rumah Allah itu. Cuba renungkan, apakah niat mereka itu akan berlaku? Wallahu’alam….

    Berbalik kita fasal pada menyatakan Sang Teruna Abdullah bin Abdul Mutalib, sebagai bakal pengantin baru itu. Bagaimanakah pula cerita selanjutnya semasa Abdul Mutalib mahu memilih calon suami dan meminang Sang Dara Aminah binti Abdul Wahab itu…? Panjang lagi ceritanya, jika ada mereka yang lebeh ariff, seeluknya silakan disambung…

  2. Banjoe berkata:

    ……PERNIKAHAN ABDULLAH DENGAN AMINAH……

    INDUK-INDUK PENZAHIR NABI AKHIR ZAMAN – BANGSA ARAB BANI HASHIM :

    Terlebeh dahulu kami mohon maaf jika paparan ini berlainan dari fahaman biasa. Maka berkata Al-Marhum Syeikh Ainullah : Dalam pemilihan jodoh bagi pasangan mulia ini, banyak perkara yang tidak diceritakan. Sedangkan daripada benih-benih mereka berdua itulah yang akan menzahirkan seorang Nabi teragung lagi termulia didunia maya ini dan diAlam Kenabian. Maka pada zahirnya manusia itu yang memilih, sedangkan pada Hakeqatnya Allah Azzawajlla jua Yang Maha Merencana. Maka Ibu-Bapa yang bakal menanggung “Nur Muhammad” yang bakal menzahirkan Nabi Akhir Zaman itu telah Allah Kehendaki ianya dari nasab-nasab termulia lagi pilihan-Nya. Seperti nasab Abdul Mutalib Bani Hashim itu nasabnya bertali arus hingga kepada Nabi Ismail AS, yang dikatakan Bapak kepada Bangsa Arab. Memang sudah dikehendaki-Nya dari Bangsa Arab, Bani Hashim itu bakal menzahirkan Insan Kamil yang akan dinobatkan sebagai “Khatamul Nabuah”, yaitu “Obor Penutup Bagi Kenabian”. Maka selepas lahirnya Baginda SAW itu sebagai “Nabi Akhir Zaman”, tidak akan ada lagi Nabi baru atau Rasul baru. Barangsiapa mendakwa dirinya itu Nabi baru atau Rasul baru, maka mereka itulah sebesar-besar pendusta bagi agamanya. Namun Kewalian itu akan berterusan sepanjang zaman. Jika Muhammad SAW itu sebagai “Nabi Akhir Zaman”, maka dari sulbinya sendiri bakal munculnya pula Imam Mahdi sebagai “Khalifah Akhir Zaman”. Maka begitu juga induk-induk yang bakal menanggung benih “Nur Mahdi” penzahir bagi Khalifah Akhir Zaman itu juga adalah pilihan Allah Azzawajalla jua. Sehingga sekarang dikalangan mereka yang mengaku Ahlul Bait itu maseh dilemma dari lineage siapa lahirnya Imam Mahdi..??

    PEMILIHAN CALON ISTERI BAGI ABDULLAH :

    Kata Al-Marhum Syeikh Ainullah : Dalam persoalan pemilihan calon isteri bagi Abdullah itu, maka ada difahamkan tatakala Abdul Mutalib tertidur dalam Kaabah, beliau telah diilhamkan, siapakah pasangannya yang paling sesuai bagi Abdullah. Maka setelah diresik tahulah sudah Sang Dara yang bertuah yang bakal menjadi menantunya. Maka perkhabaran tentang kejelitaan dan keayuan Sang Dara Aminah binti Abdul Wahab itu, adalah juga dari nasab yang terhormat lagi mulia itu, telah sampai kepada beberapa anak-anak dan kerabat Abdul Mutalib yang lain. Difahamkan hinggakan masing-masing mereka itu menaruh hati juga mahu menyunting bunga ditaman.

    PEMILIHAN CALON SUAMI BAGI AMINAH :

    Dan lagi katanya : Maka didalam Kaabah itu Abdul Mutalib bermohon lagi kepada Tuhan minta ditunjukkan jalan penyelesaian. Maka dalam penentuan siapakah yang paling layak dijodohkan dengan Aminah, maka diadakan undian dalam Kaabah diantara mereka. Setelah tiga kali cabutan semuanya berpihak kepada Abdullah. Maka Abdullah itulah yang paling layak dijodohkan dengan Aminah. Maka setelah diputuskan oleh kedua belah pihak maka telah ditetapkan tarikh pernikahan kedua mempelai teragung itu, hinggalah kehari yang dinanti-nantikan itu untuk mereka itu dinikahkan sebagai bakal pasangan suami-isteri yang sah.

    KELAHIRAN NABI AKHIR ZAMAN TELAH DIKETAHUI OLEH BANI ISRAEL DAN NASRANI :

    Maka berdasarkan perkhabaran wahyu dalam Kitab Taurat dan Injil Asli, yang mereka imani, serta dari sumber-sumber lain, ilham dan perkiraan hisab ilmu falak, ada menyatakan bakal kelahiran seorang lagi Nabi, yaitu Nabi Akhir Zaman. Seperti bakal kelahirannya Nabi Isa AS itu telah dikesan dan diketahui lebeh awal oleh Pendita dari Parsi The Three Wise Men. Setibanya mereka diBetlehem, Nabi Isa AS sudah pun lahir, dan sedang berada dipangkuan Bondanya Virgin Mary. Maka begitu juga Pendita-Pendita Israel dan Nasrani itu, mereka telah sekian lama mengkaji dan mengesan Wahyu tersebut, dengan harapan Nabi Akhir Zaman itu, jika kehendak mereka jatuhnya dari kalangan Bani Israel atau Bani Nasrani. Kerana telah termaktub dalam kitab-kitab Kenabian, kebanyakan para Nabi dan Rasul adalah dari kalangan mereka, yakni samada jatuh tumpahnya kepada Bani Israel atau Bani Nasrani..

    Apakah kesudahannya…???

  3. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Saudara Banjoe, berdasarkan statisti weblog, komentar saudara yang di jadikan intri adalah diminati ramai. Selai di weblog Jalan Akhirat, komentar saudara juga saya jadikan intri di weblog Doa Ayat dan Zikr, saya bercadang menjadikan komentar saudara yang ini bila telah lengkap kelak menjadi intri weblog Kehidupan Nabi Muhammad saw. Sebahagian dari komentar ini telah pun saya sunting menjadi intri seperti pautan di bawah ini;

    https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/07/04/netanyahu-jenerasi-ke-7-abrahah-yang-ingin-mengulangi-menyerangi-kaabah/

    Terima kaseh salam hormat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s