Rahsia doa Nurun Nubuwwah (cahaya kenabian)


Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.

Jibril berkata kepada Nabi: “Aku di utus oleh Allah membawa Doa Nurun Nubuwah untuk di serahkan kepadamu ya Rasulullah.”

Selain boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadhilat doa ini, antaranya:

1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yang berhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat. Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.

2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya- Allah akan berhasil.

3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.

4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.

5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.

6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akan mengampuni segala dosanya.

7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.

8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.

9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripada segala musuh.

10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.

11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.

12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah air laut akan menjadi tawar.

13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.

14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.

15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.

16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.

17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.

18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.

19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk orang yang membacanya.

20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.

21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”

22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.

23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan, pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.

24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.

25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.

26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak jadi hujan.

27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.

28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.

29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.

30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah lekas sembuh.

31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.

32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas, bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.

33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”

34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

40 Responses to Rahsia doa Nurun Nubuwwah (cahaya kenabian)

  1. milla says:

    salam.terima ksh unt info ini.smoga ianya bergn unt saya amalkn.moga sakit sy dpt smbuh dan tdk berulang kmbali.terima ksh ya.

  2. jalanakhirat says:

    Waalaikumusalam

    Saya doakan supaya penyakitnya sembuh, Amin .

  3. umairah says:

    Assalamualaikum,

    Bole tidak doa ini di tuliskan dalm romonise sebab saya masih belajar membaca di peringkat asas lagi.

    Mohon supaya ada yang dapat membantu.

    Terimakaseh.

  4. SITI AISHAH MOHAMAD says:

    Saya telah membaca doa ini tetapi tidak istiqomah kerana tidak tahu kegunaannya. Insyaallah saya akan amalkan. Terima kasih

  5. asri says:

    minta tuan email kepada saya ayat ini kepada rumi saya tidak pandai membaca jawi

  6. saadah amran says:

    sy ingin tahu surah mana doa ini dan ayat yang keberapa..tolong e.melkn…

  7. pencari says:

    assalamualaikum…tuan…mohon untuk di copy yaa….untuk diamalkan…moga allah memberkati harianmu.terima kasih

  8. aziz says:

    doa saja niatkan kerana ALLAH tanpa maksud tersirat melainkan keredhaan ALLAH………….

  9. BENI says:

    YANG TERAKHIR MENGAPA HARUS TIDAK TIDUR..

  10. yudi says:

    mohon di tambahkah cara yang lebih detail tentang amalan doa di atas…..apakah ada tambahan lain seperti kita harus bertawasul……banyak yg buta akan ini smua mohan di perinci biyar menjadi lebih jelas dan bisa berguna bagi yang mengamalkan….mohon maaf sebelumnya…terima kasih

  11. kahwin says:

    terima kasih kerana share info yang sangat berguna

  12. Man arafah nafsahu paqad arafah rabbahu says:

    Assalamualaikum. .boleh tak paparkan doa ini di laman dgn tulisa jawi. .saya tak boleh hafal. .


    Via MebApp.com

  13. Nilam says:

    Ini doa yg tdk ada sumbernya. coba ente tunjukkan haditsnya….jangan asal ngarang.

    • hashim says:

      .

      diriwayatkan bahawa Rasulallah saw. bersabda .slps solat subuh d masjidil haram .
      bgnda d dtangi mlaikat jibrail & berkata aku telah diutus oleh Allah untuk mengajar doa ini kepadamu
      doa ini bnyak faedahnya jika dibaca & diamalkan kalau tak dt baca simpan dlm rumah atau ditulis maka Allah akn sentiasa memberi perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir/tenung atau penyakit

      Di petik dari Amalan Kemurahan Rezeki…Iffa karima…

  14. baidowi rifki says:

    lw emnk bnar do’a in sertakan referensi ynk jlas.

  15. sayabudakbarubelajar says:

    SALAM HORMAT tuan guru

    mohon diperijazahkan untuk diamalkan doa nurun nubuwwah ini agar diberkati

  16. hamba says:

    assalam tuan..mohon untuk copy dan diperijazahkan pada sy..untuk amalan sy..terima kasih…

  17. pemanah_hendap_dan_senyap says:

    Berbaliklah kepada Al-Quran dan Sunnah rasulullah yg sahih yg diterima semua ulamak serta rational pada akal yg mana hatinya tulus beriman kpd Allah dan RasulNya.

  18. Asslamu Alaikum Wr. Wb. Ki, mohon minta pengijashannya, untuk dapat saya amalkan, sudah lama saya cari do’a ini. Semoga Ki di berkati oleh ALLAH SWT, dalam keseharinnya dihandarkan dari kesulitan… Tidak usah perdulukan orang2 yang tidak tau akan do’a ini. Buat langkah Aki, kembangkan terus syiarnya…Alfatehah3x. Amin….

  19. arol says:

    Saya dah amalkan doa ni beserta dengan beberapa amalan lain,hasilnya alhamdulillah telah saya rasa.antaranya dengan izin Allah SWT saya meminta agar tidak diturunkan hujan ketika saya di kebun dan alhamdulillah hujan tidak turun pada waktu itu sedangkan keadaan sekeliling ketika itu kiri,kanan,depan dan belakang gelap dengan awan hitam dan telah turun hujan.
    1 perkara lagi ialah dengan izin Allah SWT juga saya dapat menggayakan 3 jenis seni pertahan diri iaitu silat,tai chi dan tomoi…walaupun tai chi dan tomoi saya tidak tahu langkahnya dengan detail tapi berkat bacaan doa ini serta amalan lain anggota badan saya dapat melakukannya…alhamdulillah

  20. ain maisarah says:

    diminta ustaz mengkaji balik maksud doa nurun nubuwwah diatas dimana terdapat kegusaran dihati selepas saya membaca maksud doa tersebut didalam rumi di mana ternyata jelas tertera disitu “sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila” serta “Maha suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang diberikan oleh ORANG-ORANG KAFIR”? dua ayat ini benar-benar membuat saya binggung… ia seolah-olah satu penyelewangan yg nyata pada kalimah-kalimah ALLAH taala yg suci dan jika tidak diberi penjelasan yg sebaiknya akan saya laporkan kepada pihak yg berwajib agar portal ini dihentikan demi akidah umat ISLAM tidak tercemar. Allahuakhbar!!!!!!!!!!!

    • jalanakhirat says:

      Asalamualaikum

      Ain Maisarah,

      Sememang anda benar benar binggung pun. Kalau dah binggung pun jangan nyusahkan orang pulak. Kalau ayat macam itu pun tak faham tak taulah macam mana binggungnya yang anda alami.

      Wasalam.

    • abi raiyan says:

      Salam ain,fahami betul2 maknanya..jgn tafsir ikut bahasa melayu..tanya yg lebih arif

    • zack says:

      Ain: gaya bahasa arab yang digunakan dlam setiap ayat x sama dngan gaya bahasa melayu…barangkali ain masih bersekolah lagi..cuba tnya ustaz or ustazah d sekolah tntng ayat yg awk musykil itu….kalau ain dah tamat pengajian sepatutnya ain akan faham gaya bahasa yg digunakan melainkan waktu p&p d sekolah ain tdo je…hehe..harap maaf ye atas kekasaran bahsa..berkatalah benar walaupun ianya pahit
      .

    • tokuban78 says:

      yang awak kritik tu ayat Al-Quran..bukan seleweng, tapi awak yg mereng.

  21. anonymous says:

    tiada apa y salah mengenai ayat di atas..tidak boleh ambil sedikit sahaja ayat quran lalu diguna pakai..baca smula betul2 maksd ayat di atas, anda akan faham..baca smula berulang jika xfaham sekali.

  22. anonymous says:

    sama juga dgn doa ayat di atas..baca dgn teliti semua berulang hingga faham..

  23. sirna says:

    Assalamualaikum warahmatullah..

    doa Nurun Nubuwah ini ada kembarnya yg elok diamalkan jika berkeinginan iaitu Khatamun Nubuwah bagi melengkapi dua sifat roh dan jasad, zahir dan batin, luar dan dalam, atas dan bawah, depan dan belakang, kiri dan kanan. Di antara maksud doanya Allah Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya, hadapkanlah mukamu ke mana sahaja, pasti kamu akan mendapat kemenangan/pertolongan/bantuan.

  24. AKUJUA says:

    NI YG KATA KENA BERGURU,AIN JGN JADI SATU PUAK YG TIDAK FAHAM MAKSUD TERUS DIHUKUMNYA SESAT,INI PERINGATAN UNTUK MASA DEPAN,JGN AIN MENJADI SATU PUAK YG BUKAN SETAKAT TAK SUKA PADA ILMIAH MALAHAN MENGHALANG MANUSIA LAIN DARIPADA BERILMIAH,HATI-HATI DENGAN PERILAKU

  25. Abdullah says:

    Assalamualaikum.

    bg penulis mohon d definisikan hadits riwayat dr siapa?
    saya pribadi hadits ini palsu. krna seperti memotong ayat2 Qur’an.. ini adalah karangan org2 SYIAH RAFIDHAH. DAN GOLONGAN
    〔BATINIYAH〕. dan para dukunnya

  26. ipounk says:

    ass..
    terimakasih atas infonya
    saya ingin mengamalkannya.
    insyaallah

  27. glowingknight21.A. says:

    Assalamualaikum.

    Mohon diperizinkan saya untuk mengamalkan doa’ ini. Terima kasih.

  28. Thaifoddin Othman says:

    Sewaktu menghafal doa ini hati saya banyak berkata kata. Pertama..perkataan ‘diriwayatkan’ begitu formal sekali tanpa menyebut dari mana unsurnya misalnya diriwayatkan oleh iman sekian sekian atau perawi perawi yang tidak diragui kesahihannya.
    Kedua : Susunan doanya tidak menentu kerana tidak berkaitan antara satu dgn lain.

    Sekira nya ada perawi yg dapat disandarkan dgn doa ini ia lebih menyakinkan…Allahu ‘alam bissawab.

  29. Affendy Kasim says:

    BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
    “ALLAAHUMMA DZIS SULTHAANIL ‘AZHIM, WA DZIL MANNIL QADIIM, WA DZIL WAJHIL KARIIM, WA WALIY YIL KALIMAATI TAAMMAATI WAD DA’AWAATIL MUSTA JAABAH, ‘AAQILIL HASANI WAL HUSAINI MIN ANFUSIL HAQQI ‘AINIL QUDRATI WAN NAAZHIRIINA WA’AINIL INSI WAL JINN, WA IN YAKAADUL LADZIINA KAFARUU LI YUZLIQUUNAKA BI ABSHAARIHIM LAMMAA SAMI’UDZ DZHIKRA, WAYAQUULUUNA INNAHUU LAMAJNUUN, WA MAA HUWA ILLAA DZIKRUL LIL ‘AALAMIIN. WA MUSTAJAABU LUQMAANIL HAKIIM. WA WARITSU SULAIMAANABNI DAAWUDA ‘ALAIHIMAS SALAAM.
    AL-WADUUD (tujuh kali AL WADUUD) …………………….(Sebutkan hajat di hati kepada Allah s.w.t.)
    DZUL’ARSYIL MAJIID. THAWWIL ‘UMRII WA SHAHHIH AJSAADII WAQDHI HAAJATII WAKTSIR AMWAALII WA AULAADII WAJ ALNI HABBIBAN LIN NAASI AJMA’J IN. WA TABBA’ADIL’ADAAWATA KULLA MIMBANII AADAMA ‘ALAIHIS SALAAM. MAN KAANA HAYYAUW WA YAHIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN. WA QUL JAA AL HAQQU WA ZAHAQAL BAATHIL, INNA BAATHILA KAANA ZAHUUQAA. WA NUNAZZI LU MINAL QUR’AANI MAA HUWA SYIFAAUW WARAHMATUL LIL MUKMINIIN. WA LAA YAZIIDUZH ZHAALIMIINA ILLAA KHASAARAA. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YASHIFUUN, WA SALAAMUN ‘ALAL MURSALIIN, WAL HAMDU LIL LAAHI RABIIL ‘AALAMIIN”.

  30. Hamba yg fakir. says:

    Salam. Sebelum anda mengamalkan doa ini harus lah diingatkan anda harus ada pembimbing dan guru yg alim disisi Allah yg boleh menyampaikan diri anda kepada jalan agama yg sempurna ia itu iman dan islam. Jika anda dari manusia yg kurang menyembah Allah serta kasih dan taat akan perintahNya dan mencintai Nabi saw (anda sendiri yg tahu) dgn sepenuh hati dan tidak beramal soleh maka adalah lebih baik anda bersedia memperlengkap diri dgn taubat dan kembali kpd jalan Allah dgn setaat2nya. Itu adalah sebaik2 jalan bagi mereka yg terbuka pintu hati mereka kpd iman dan islam.Beramal sesuatu ayat yg mulia dengan sifat yg tidak suci dan byk dosa akan mempermudahkan jin2 dan syaitan menyelinap masuk ke dalam anggota jisim anda dan boleh menyesatkan aqidah anda tanpa anda sedari. Akhirnya segala amalan kita kpd Allah akan ditolak dan tidak diredhai. Beramal kerana dunia , atau kelebihan luar biasa atau lain2nya selain Allah akan menjauhkan diri kita dari Allah.. Maka barang yg demikian termasuk mereka2 itu kepada syirik yg halus yg sgt dibenci oleh Allah. Syirik jenis ini tidak diampun Allah melainkan dgn taubat nasuha yg berulang2 sehingga kembali mereka itu dari kekufuran. Kalau ada pun amalan ini menjadi, maka Allah memperkenankan amalan seseorang itu dengan kemurkaanNya. Bukan dgn rahmat dan kasih sayangNya. Ketahui lah oleh anda barang siapa yg taqwa (takut) kpd Allah dengan sebenar2 taqwa maka Allah akan memberi penghormatan dan rasa takut makhluk2 yg dijadikan Allah kpd kita. Oleh itu sembahlah Allah dgn penuh keimanan kerana yg anda cari kekayaan dimuka bumi, kelebihan luar biasa, kekuatan dan sebagainya pada hal semua itu kecil disisi Allah kerana Dia yg terkaya dan maha kaya dan maha agong, maha besar dari apa2 jua yg Dia jadikan.. Dapatkanlah Dia . Dia sgt mengetahui segala yg terbit dihati anda kerana Allah mencipta anda daripada rahsianya. Kita tidak mengetahui akan sesuatu melaikan Allah.. Jika anda telah bersedia kepada memohon keredhaanNya dan Allah telah meredhai anda maka amalkan lah apa saja kerana segala amalan itu sampai kpdNya. Sebagaimana Nabi saw junjungan kita. Doa ini khusus kpd mereka org2 mukmin yg dikasihi
    Allah yg telah melakukan amal soleh dan jihad dan redha akan qada dan qadar Allah.

    Berdoa kpd Allah untuk menjadi takut kpd Allah agar dihindarkan kita drp berbuat maksiat adalah lebih baik dari doa keinginan dunia dan seisi alam.
    Doa kita menjadi taat kpd Allah agar dpt memasuki syurgaNya adalah lebih baik drp doa kpd menuntut kelebihan2 duna kerana dunia akan meninggalkan kita dan tidak ada yg kekak melainkan Allah.
    Semoga apa yg kita amalkan semasa hidup ini mendapat keredhaan Allah. Allah sgt kasih kpd mereka yg menyebut namaNya setiap hari dan menghinakan diri serta lemah dan mengakui dirinya zalim terhadap diri sendiri, rasul dan Allah dan sentiasa rasa diri berdosa.

    Kerana ini adalah sifat seorang hamba yg sebenar2nya hamba Allah yg sentiasa berserah, tawakal, bersyukur dgn penuh keikhlasan.
    Bala yg terbesar sekali bagi sesorang itu adalah apabila iman nya dicabut dan islamnya tertanggal dari tengkuknya tanpa dia sedari. Tanda2 itu dapat dilihat apabila seseorang itu tidak lagi taat pada perintah Allah dan Rasul. Suka berbuat maksiat samada pada zahirnya dan batinnya. Tidak lagi menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tanda yg lebih berat lagi apaila suka membuat fitnah sesama islam dan kemudian timbul jahat hatinya seperti dengki, khainat, takabur, pendendam dan lain2 penyakit hati kerana sifat2 ini diwarisi oleh iblis dan konco2nya termasuk jin dan syaitan. Mereka ini adalah org2 munafik yg disebut dalam Hadith dan Quran.

    Oleh itu beramal dgn Allah adalah lebih baik drp yg lain2nya. Semoga kita mendapat pertunjuk dan hidayah oleh Allah dan mengangkat kita kpd menjadi org2 yg beriman disisiNya.

  31. Mukhtar says:

    Asslmkm, mhn ijazah untuk mengamalkannya, atas izinnya saya ucpkan trmksh

  32. KyaiCABUL says:

    YANG NAMAnya DOA itu tdk harus ada sumbernya dr mna,dalam hadist apa,NAMAnya sj doa.
    Permintaan langsung yang kita utaraKan kepada sang pencipta,tanpa harus melalui sumber ustad,kyai,ataupun para ahli agama yg jg blm tentu SUCI.GOBLOK

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s