Ustaz Asaari Mohamad (abuya) tidak mati cuma ghaib sahaja



Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.

Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.

“Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

14 Responses to Ustaz Asaari Mohamad (abuya) tidak mati cuma ghaib sahaja

  1. jalanakhirat berkata:

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini meminta pengikut dan keluarga Ashaari Muhammad supaya menerima hakikat beliau sudah meninggal dunia dan mematuhi fatwa bahawa gerakan Al-Arqam adalah haram.

    “Itu adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang disokong oleh majlis agama Islam negeri termasuk Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang sudahpun mengharamkan Al-Arqam.

    “Sepatutnya, selepas ini tidak timbul sama ada Al-Arqam ini boleh dihidupkan kembali. Kita sebagai orang Islam kena sedar setiap insan akan sampai waktunya dia akan meninggal dunia.

    “Itu satu kenyataan…(kepercayaan) kononnya Ashaari (kiri) masih hidup bercanggah dengan akidah kita sebagai orang Islam dan kita tidak akan membenarkan ajaran sesat ini dihidupkan kembali,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kali ketiga di Putrajaya.

    “Kita (kerajaan) akan pantau. Kita akan tengok perkara sebenar kerana kita tidak mahu perkara ini (kegiatan Al-Arqam) berulang,” katanya.

    Muhyiddin mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa pengikut Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya, kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin Al-Arqam itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

    Konsert itu diadakan empat hari selepas Ashaari, 73, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist pada 13 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.

    Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa keselamatan akan memantau secara dekat kegiatan pengikut bekas pemimpin Al-Arqam itu dan berharap orang ramai tidak bimbang dengan situasi itu.

    Beliau berkata pihak keselamatan akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri bagi mengawasi kegiatan pertubuhan itu.

    “Sesiapa yang mendatangkan risiko kepada keselamatan negara dan membawa ajaran yang akan mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran Islam akan diawasi kementerian. Ini adalah tanggungjawab kami”.

    “Soal menjaga keselamatan di seluruh negara adalah tanggungjawab kami, jika didapati wujud usaha (menghidupkan ajaran Al-Arqam), dengan itu tindakan akan diambil lebih awal dan polis akan membantu agensi yang berkenaan,” katanya.

  2. assobahi berkata:

    konpius konpius

  3. assobahi berkata:

    Saya amat terkejut bila mendengar bahawa ada segelintir pengikut Al-arqam yg menyifatkan bahawa as’ari sebenarnya tidak mati tetapi cuma ghaib.apakah mereka (pengikut yg taasub) tidak beriman kpd al-quran?di dalam al-quran terlalu banyak ayat2 atau dalil2 yg menunjukkan bahawa setiap yg hidup ini pasti akan mati.tiada yg kekal didunia ini.sedangkan para nabi2 dan rasul2 juga kembali kepada Allah.inikan pula kita sebagai manusia biasa.apakah kita ini lebih aula daripada nabi2 dan rasul2 itu?kalau dikatakan “cuma ghaib sahaja dan pasti akan kembali” maknanya seseorg itu tidak mati.akan tetapi cuma pergi ke sesuatu tpt yg tidak diketahui dan akan kembali semula.ini sangat2 bertentangan dengan al-Quran dan Al-Hadis.saya berharap kepada pengikut yg taasub supaya bertaubat dengan sebenar2 taubat.jangan sampai aqidah kita tercemar dengan perkara2 sedemikian rupa.Wallahhu’alam

  4. bentara berkata:

    otak kau!…
    kau tahu tak abuya korang semua tgh kena panggang di alam barzakh sana?…cuba carik guru yang kasyaf, boleh melihat siksa kubur….tanya kat wali-wali Allah swt yang korang tahu….

    bengong….apalah bahalul punya arqam ni!

  5. B3ss0R berkata:

    Yang dah pergi tetap pergi takkan kembali… Nabi saw pun wafat tak kembali ke dunia dah…

  6. ld berkata:

    askum,semua.sya bukan mewakili mana2 kumpln jemaah dimalaysia cuma msh ingin mengingatkan pd semua agar bertuturlah dgn kata2 yg baik.memang semua org tahu al arqam da disesatkan dan terpulang pd mereka utk kembali kepangkal jalan.mudah2an saudara kita tu selamat.tp cerminlah diri kita jgn sampai menampakkan yg kita pula lbh teruk akhlak ketika bercakap.kita semua akan merasai mati,dan menjalani alam barzakh.kita sendiri pun tak tahu nasib kita mcmana.sebaik2nya kita doakan mereka agar trselamat,bukankah itu yg pernah dilakukan oleh nabi kita sehingga org yg bukan islam(rosak akidah) pun tertarik pd akhlak nabi kita?bukannya menghentam org spt itu.saya rasa itu bukan akhlak yg baik dl islam.wallahualam….

  7. Banjoe berkata:

    Kata Sang Raja Wali : Abuya udah mati, mayatnya udah lama reput membusuk ditanah kuburan. Oleh itu pengikutnya nggak perlu lagi bikin ribot-ribot. Nggak perlu hingga terpaksa mengorek kuburan Abuya utk membuktikannya, koq hanya akan menyiksa mayatnya aja. Ada baiknya buat aja kenduri tahlil, sedeqahkan Fatehah, mendoakan kesejahteraan Abuya yg sedang berada diAlam Kubur, alam transit yg amat panjang menuju Alam Akhirat yg berkekalan. Terimalah hukum-Nya Sunnahtullah baginya alam itu, kerana setiap yg baharu itu pastinya akan mati. Maka jasad ragawi kita itu pinjaman hanya sementara, sekadar kenderaan pakaian didunia fana ini, mencari bekalan menuju keAlam Akhirat. Apabila cukup edah waktunya pastinya akan dikembalikan ketanah, kerana asalnya dari tanah, maka akhirnya dikembalikan ketanah.

    Maka nasibnya Si-Badan yg dinamakan Si-Mayat dikuburan itu bergantung pada feilnya, pengenalan ilmunya, peribadinya dan perilakunya Si-Tuan Badan tatakala hidupnya didunia itu dahulu, samada dianya itu Ahli Maksiat ato Orang Beriman. Maka tatkala matinya kita itu, maka mayatnya kita itu ada berbagai keadaan dan rupa mengikut cermin Dirinya kita itu, samada:

    (1) Matinya mayatnya itu sejuk, keras jegang, berat, bengkak, kembong, berulat, baunya busuk pekong melantong. Maka koq sebab itu ada juga hinggakan kuburannya berasap berhantu dan berpuaka.

    (2) Ato matinya mayatnya itu seperti dianya sedang tidor. Mayatnta maseh pesam, lembut bagaikan kapas, ringan bagaikan kertas, mewangi. Bahkan ada mayat yg baunya itu harum semerbak bak kasturi.

    (3) Ato matinya mayatnya itu hilang ghaib, maka koq itulah yg dinamakan Rijalul Ghaib. Matinya Insan jenis ini sekadar adat syariatnya sahaja, supaya ada tanda kuburannya utk diziarahi oleh warisnya. Insan ini tarafnya Wali Allah yg ada tugas-tugas tertentu, yg Allah telah taqdirkan.

    Kata Sang Raja Wali : DiAkhir Zaman ini nggak ada lagi manusia berdarjat Rijalul Ghaib ato bertaraf Wali, kerana ummat Islam telah hanyut ditelan Fitnah Akhir Zaman. Seorang Wali Allah ato Rijalul Ghaib itu nggak ada satu jarah pun urusannya berbau duniawi….

    Kanjeng Rasul Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW yg bergelar Habibullah itu pun Wafat akhir. Maka sebaik-baiknya matinya kita itu seperti mengikut kewafatan Nabi SAW. Difahamkan Baginda SAW mayatnya diMadinah itu nggak reput dan nggak pula dighaibkan. Hinggakan ada diriwayatkan berlaku komplot Yahudi mahu masuk mencuri mayat Baginda SAW, tetapi digagalkan oleh Allah.

    Oleh itu janganlah sewenangnya mendakwa Abuya tidak mati hanya dighaibkan, disembunyikan diGua Ashabul Kahfi pulak tuh….???? Utk ketemu mayat yg nggak reput itu pun terlalu susah lagi jarang-jarang, inikan pula mahu ketemu mayat yg hilang ghaib. Mereka yg mayatnya nggak reput hanya anugerah Allah Azzawajalla kepada mereka yg kenal apa itu Jawahir Bassit, serta berbudi kepada Jawahir Bassitnya, ato mereka yg sebenarnya mati syahid dijalan Allah, ato mereka yg hafal Al-Quran, dan sebagainya yg diRedhoi Allah.

    Kita semua satu masa pastinya akan kesana. Mudah-mudahan Arwah Abuya selamat sejahtera, semoga Allah masukkan beliau kedalam gulungan Hamba-Nya diredhoi-Nya. Amin…. Kerana yg diserukan seperti Firman-Nya : “Ya Ayuhai Nafsu Mutmainnah….” – Wahai Nafas yg tetap Kalimahnya, kembalilah Kamu kepada Aku Tuhan-mu dlm keadaan redho meredhoi….

    Wallahu’alam….

    Ampunkan kami koq kami tersalah
    bicara. _________________Ngacir

  8. Hamba Allah berkata:

    sesungguhnya orang yg mngutuk sesuatu perkara tanpa di selidiki adalh orang yg bodoh sombong. tidak mahu mndengar dan selidik perkara yg diketahui. jika sesuatu prbahasan tanpa pihak penentang dan penyokong maka prbahasan skadar mujadalah sia2.

  9. SSUTI berkata:

    Cuba renung, dalam AlQur’an menyebut tentang tidurnya Ashabul Kahfi dan diikuti dengan seekor anjing.

    Renung. Siapa mulia, diantara anjing dengan manusia.

    Tapi ramai ulama berpendapat anjing juga mengikut Ashabul Kahfi dan ditidurkan.

    Jika pergi sekarang kegua kahfi di Jordan maupun ada kata diTurki. Siapa yang melihatnya di sana …tiada apa2…mereka Ghaib atas kehendak ALLAH, ya saya ulangi atas kehendak ALLAH.

    Termasuk anjing yang kalau kita lihat anjing hari ini pun kita tak mahu memegangnya.

    Tapi atas kehendak ALLAH anjing yang bersama Ashabul Kahfi dimuliakan..

    Fikir-fikirkan dengan akal mu yang dangkal..tu..akui bahawa kita tiada ilmu , sedangkan ilmu kita tak sampai setitis nak dibandingkan dengan ilmu ALLAh yang tidak bertepi dan Maha Sempurna…..

  10. zz berkata:

    tak siapa berkata abuya tak mati tapi ghaib. cuma ramai yg keliru dengan kenyataan ini, Berkali2 saya dengar dan baca abuya BELUM mati, sekarang dia ghaib. nanti bila ajalnya tiba matilah dia. Jadi apa yg berlaku roh asz telah meninggalkan jasadnya, diwaktu sebelum hari kematiannya, untuk berperanan di alam roh. bila bercerita bab roh, kita rasa masih jauh terkebelakang mengetahuinya. jadi tak layak untuk kita membahaskan ilmu yg kita tak tau.

  11. abdul malik berkata:

    wahai insan diakhir zaman, kamu telah jauh jaraknya dengan rasulullah, hari ini ramai diantara kamu yang terlupa bahawa ilmu allah itu luas,bercakap mengikut nafsu berbicara mengikut rasa, berapa banyak lagi yang tersirat belum masih belum tersurat, mengapa harus menghukum sebelum mencari dan memperhalusi, jangan tambahkan perpecahan sesama insan sedangkan rasulmu datang membawa kasih sayang dan perginya meningalkan kasih sayang kepada insan

  12. hamba berkata:

    kenapa nk plik???kita x perlu plik,krna yg mati itu jasad..roh ttap hdup..x mustahil dgn kuasa Allah dia hnya d ghaibkan shja

  13. Makhfud berkata:

    Bukti terkini bahwa Abuya belum mati adalah bertapaknya GISB di bumi Haramain. Satu perkara besar yang mustahil ianya dibangunkan oleh seorang janda yang ditinggal mati suaminya. sila simak: http://whasid.wordpress.com/2011/10/17/napak-tilas-uhud-ketaatan-dan-kebesaran-jiwa-seorang-bunda-ummu-jah/

  14. mohd kamil berkata:

    bagi yang tak percaya abuya belum mati pun takpelah. korang kena ingat kita semua pun akan mati. tapi pak itam tetap yakin Allah boleh buat kepada Abuya seperti Ashabul Kahfi. siapa yang berminat boleh kontek pak itam di http://mka313.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s