“JOM kita kahwin ramai-ramai di Negara China..” Itu, rumusan yang dibuat dalam perbincangan kira-kira 3 jam sebelum tengah malam semalam, di sebuah kedai makan di KL. Antara yang berbincang itu termasuk 5 orang penulis weblog, beberapa ustaz, seorang peniaga dari Jakarta dan beberapa dari Malaysia yang sering berulang-alik Malaysia-China.
“Dia dah kahwin di China.” Kata peniaga yang dari Malaysia, memberi tahu tentang perkahwinan rakan Indonesianya di China. “Ramai gadis-gadis China yang sanggup masuk Islam kalau ada yang ingin mengahwininya. Kawan kita ini sudah buktikan!”
“Ha! Itulah kerja mulia. Sekurang-kurangnya sebagai da’i.. bertaraf global.” Sambut salah seorang Ustaz itu. “Kalau dibuat bersungguh dan profesional ianya seolah-oleh melakar atau merubah lanskap sejarah sesebuah negara.”
“Profesional?”
Ya, terfikir saya. Bila melihat kedatangan Islam ke nusantara ini, antaranya melalui perdagangan dan perkahwinan. Saudagar-saudagar Arab dan India datang ke sini, berkahwin dengan rakyat tempatan, membina perkampungan dan lorong-lorong di bandar. Contohnya, wujudnya Masjid-masjid India hampir di setiap negeri dan bandar. Di Pulau Pinang sahaja, ada masjid Capitan Keling, Masjid Pakistan dan Masjid Benggali. Masjid Benggali dan Masjid India juga terdapat di KL. Begitu juga di Thailand, Indonesia dan lain-lain.
Saya pernah dibesarkan di sebuah kampung di Telok Bahang Pulau Pinang. Waktu itu, allahyarham ayah saya dipanggil mengajar agama oleh sekumpulan pendatang-pendatang Islam dari India di Madrasah Al-Masakin yang bermukim di situ. Sehingga kampung itu dinamai Kampung Keling, tetapi sekarang, di tapak itu sudah terbina Hotel Mutiara. Teringat saya pada pagi-pagi hari lagi waktu itu sudah dibisingi oleh lagu-lagu dari India, bahkan kadang-kadang sepanjang hari, seolah-olah saya bukan lagi berada di bumi dan alam Melayu.
Kebanyakan mereka adalah berniaga dan menjadi nelayan, sehingga terkenal dengan budaya ‘pukat tarik’, iaitu menarik pukat yang dilabuhkan dari laut ke darat, dengan kudrat tenaga tulang empat kerat beramai-ramai sambil menyanyi-nyanyi. Tetapi yang penting, mereka secara tidak langsung adalah da’i atau pendakwah yang membawa Islam, termasuk melalui perkahwinan dengan orang tempatan.
Begitu juga kemasukan Islam peringakat awalnya ke negeri China melalui perkahwinan orang-orang Arab dengan wanita-wanita tempatan di China. Peranan ‘kahwin dakwah’ ini, sebenarnya tidak boleh diperkecilkan. Sila lihat juga tulisan saya dalam http://www.ibnuhasyim.com. Wednesday, November 28, 2007 di bawah judul ‘Kemboja: Kahwin & Harga Lelaki’ Pernah semasa saya menjadi pimpinan PAS Kawasan Balik Pulau (kira-kira 1985-1995), saya telah kemukakan draf cadangan bertajuk ‘Operasi Hijrah’.
Sebuah perancangan berkahwin beramai-ramai dengan wanita-wanita Islam atau yang baru masuk Islam di Thailand, membawa balik ke Malaysia atau berulang-alik dengan meninggalkan isteri di sana di bawah seliaan pusat-pusat pengajian Islam tradisional atau ‘pondok-pondok’. Kesan baiknya juga ada sampai sekarang. Oleh itu pandangan di atas tadi amat baik, apalagi bila dilaksanakan secara berterusan, tersusun dan professional.
“Baru beberapa minggu lepas, saya berkahwin dengan seorang gadis China yang terus masuk Islam di Guangzhou. Gadis itu berasal dari sebuah pekan kecil ratusan kilometer dari bandar utama di situ. Sambutan orang-orang tempatan di situ amat baik, bahkan ramai lagi yang menunggu untuk masuk Islam kalau ada yang ingin mengahwini mereka.” Kata rakan kami yang dari Indonesia itu.
“Kalau untuk jadi isteri ke 2, ke 3 atau ke 4, mereka mahu ke?” Ada yang bertanya.
“Ngak ada masalah! Bisa kita pergi kahwin ramai-ramai di sana..” Jawab rakan Indon itu.
“Yang penting, kita rancang secara professional dan berpersatuan. Kita tentukan matlamat, perlaksanaan, keadilan, kewangan, penempatan, pendidikan dan bagaimana nak atasi kalau berlaku penceraian… Bagaimana nak manfaatkan untuk kepentingan politik Islam di Malaysia.” Kata ustaz itu lagi. “Semuanya perlu dirancang betul-betul supaya mampu melakar dan merubah lanskap sejarah. Bayangkan kalau kalau orang-orang Cina yang dibawa penjajah ke Tanah Melayu sebelum merdeka dulu adalah orang Cina Muslim yang taat beragama, bukan anggota kongsi gelap atau gangster (Gee Hin & Hai San), mungkin sudah tentu politik Islam di negara ini akan lebih baik!”
“Yang penting perlunya sebuah perancangan atau kertas cadangan yang baik serba-serbinya. Wanita bagaimana yang layak dikahwini, kita bincang bersama. Kalau ada cadangan-cadangan bernas dari sesiapa saja, sila kemukakan!!” Pelawa salah seorang dari mereka lagi.
Ya. Pada pembaca dan pelayar web budiman, sila kemukakan pandangan anda, untuk dikongsi bersama. Kalau perlu kita bincang, adakan pertemuan, dan cuba laksanakan.. ‘Jom kahwin ramai-ramai dengan wanitaa-wanita di negara China.’ Begitulah catatan santai buat kali ini, kerana Nabi kita pernah berpesan…
“Berkahwin dan beranaklah, sesungguhnya aku gembira dengan umatku yang ramai.”
saya nk kawin juga kalau perempuan china tu memeluk islam
Emang bener ini toling responlah?
nak sorang
Perlu nekad dan keberanian yg jitu. Tidak takut selain Allah….
Assalam. Sy seorang usahawan dan mampu zahir dan batin. Dari kepimpinan, sy berkelulusan agama sampai peringkat ijazah. Isteri saya bersetuju kalau saya berpoligami dan sejak 5 tahun lalu saya cuba untuk mencari wanita Malaysia yg sesuai tetapi belum berhasil. Puncanya ialah gadis Malaysia itu sendiri yg negatif thinking terhadap piligami. Belum apa2, sy disoal berbagai mcm org bersalah.
So, sy tertarik untuk mengahwini gadis champa tetapi tidak memgetahui saluranmya.
Apa lagi pergi china saja bro…. vacancy pun banyak tu .ada 3 positon kekosongan *^▁^**^▁^**^▁^*…
Bagaimana caranya
saya nak cari gadis cina utk di nikahi
besar pahalanya kalau dapat megislamkan seseorang… saya ingin turut serta kerana ALLAH
APA benarkah ini????
klu ada peluang nak juga tambah.
Betul kah itu.. Umur Saya dah mencacah 40 tapi belum kahwin.. Dulu saya pernah berkawan dengan gadis cina lepas tu putus tak kesampaian. Sehingga kini saya masih sukakan gadis cina.. Tolong bagaimana. Kalau boleh saya mahu kahwin.
saya juga mahu poligami.. in syaa Allah isteri saya izinkan 100%..
Kalau Ada, saya pun mahu.. tapi bagaimana cara Nya??..
di msia kian ramai anak dara bukan tnggung jawab tuan2″ke?
Salam..boleh saye kenal tuan penulis?saye pun org teluk bhg.:)
Assalamualaikum.Berminat juga.. Saya xde minat nak poligami(blum pasti sama ada saya mampu utk poligami atau tidak sedangkn belum pernah ada amanah mengjaga seorang isteri) tp mencukupi apa yg belum ada, Itu yg penting…selebih rezeki tuhan…jika ada jalan bleh lah tunjukkan. Insyallah akan saya usahakan
Bagus permudahkan urusan perkahwinan
Alhamdulillah …
Ini merupakan satu penyiksaan yang amat baik dalam melebarkan sayap dakwah islamiah secara global.
Saya juga secara peribadinya, sebagai seorang lelaki yang berstatus DUDA dan tinggal bersendirian amat tertarik & berminat sama sekali dengan perkara yang ingin dilakukan.
Saya berusia 48 tahun seorang DUDA yang tinggal bersendirian. Merupakan seorang pesara atau bekas anggota tentera. Kini saya bertugas di bawah agensi sebuah syarikat construction yang sedang melaksanakan sebuah projek binaan.
Justeru itu, sekiranya ada dengan gadis gadis Cina yang dimaksudkan, saya bersedia sentiasa untuk menerimanya sebagai teman hidup saya.
Di sini saya nyatakan phone no. saya 0125313842 – Abg Dzull Manjung Perak.
Terima kasih.
Alhamdulillah …
Ini merupakan satu pendekatan yang amat baik dalam melebarkan sayap dakwah islamiah secara global.
Saya juga secara peribadinya, sebagai seorang lelaki yang berstatus DUDA dan tinggal bersendirian amat tertarik & berminat sama sekali dengan perkara yang ingin dilakukan.
Saya berusia 48 tahun seorang DUDA yang tinggal bersendirian. Merupakan seorang pesara atau bekas anggota tentera. Kini saya bertugas di bawah agensi sebuah syarikat construction yang sedang melaksanakan sebuah projek binaan.
Justeru itu, sekiranya ada dengan gadis gadis Cina yang dimaksudkan, saya bersedia sentiasa untuk menerimanya sebagai teman hidup saya.
Di sini saya nyatakan phone no. saya 0125313842 – Abg Dzull Manjung Perak.
Terima kasih.
Salam…hamba Ada kemuskilan….
Sangat baik menggalakan membantu yang memerlukan, memilih jalan yang baik.
Setuju
Carikan sy seorang wanita cina muslim utk di jadikan isteri. Tel +60139131118
Saya mencari calon isteri berbangsa china muslim yang pandai menbaca alquran dan berakhlak mulia serta pandai berniaga
assalamualaikum tuan, saya dah sedia nak berumah tangga, cuma jodoh je tak thu kat mane, boleh tuan bantu saya untuk niat saya, tak kisah la, dari champa atau china, yang penting sedia untuk jadi seorang isteri.