Asal usul solat

asal usul solat

Bookmark the permalink.

2 Responses to asal usul solat

  1. halim berkata:

    Assalamualaikum!
    Entry pasal asal usul solat tu bagi saya meragukan, kenapa?saya memang di bidang al-Quran dan Hadith..Org yang belajar bidang ini biasanya akan lebih berhati2 menyandarkan sesuatu berkaitan agama takut2 dimurkai Allah,dalam Islam isu sebegini di panggil samaada Israiliyat (dongeng) atau hadith mawdu’(palsu)..Israiliyat ni byk tersebar krn org Islam yg tidak teliti: Berikut cuba bandingkan logik2 yg saya cuba berikan ttg fakta itu:

    1-Nama-nama solat yg 5 waktu ni cuma muncul di zaman nabi Muhammad,lihat peristiwa Isra’ Mi’raj bagaimana nabi saw ambil syariat solat..Memanglah nabi2 dahulu dah solat tp ada ke nama2nya?kalau ada sila nytakan sumber..al-quran dan hadith! kalau setalkat copy paste dr internet tak guna!
    2-entry berkata:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Dalam al-Quran (2:35-38),(7:19-25) tidak disebut ttg waktu baginda diturunkan atau ketakutan itu..so ini adalah Israiliyat yg x pasti
    3-Entry menyebut:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,al-Quran (37:102-113)tidak pula menyebut ttg waktu sembelihan berlaku,so bagaimana awak tahu ye?..Israiliyat juglah tu.
    3-Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.
    tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun
    telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
    masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
    rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
    kegelapan, Ketika nabi Yunus dibebaskan dari perut ikan, baginda sakit teruk (37:139-148),al-Quran x pernah detailkan pula isu baginda besolat.so bagaimana awak tahu? TTg kegelapan mmg ada (21:87),tp x didetailkan pula jenis2nya..
    4-Maghrib pula memang saya tak jumpalah ayat ttg nabi Isa…awak boleh tlg carikan?
    5-Entry menyebut:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
    > Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
    > Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
    > Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
    > Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
    Menurut al-Quran (28:22-35) Nabi Musa ketika keluar dari Madyan tak delah pula tersesat jalan,memang baginda keluar pada waktu malam,cuma apa yang disebut ialah baginda terlihat kerlipan cahaya dari lembah Tuwa,kemudiannya baginda mendapat wahyu disitu..

    Kesimpulan akhirnya,beringat sikit apabila memasukkan entry berkaitan dgn Islam,takut2 tersilap,kerana agama ini milik allah dan Rasul,manusia biasa (hatta ustaz2)sekalipun tidak berhak..so sekian dahulu..)

    • jalanakhirat berkata:

      Waalaikumusalam

      Tuan Halim.
      Jikalau tuan ingin jadi orang yang beriman (mukmin), tuan bukan sekadar perlu mempercayai al Quran dan Hadis cuma, malahan tuan perlu mempercayai Kitab Allah seperti Taurat, Zabur dan Injil kerana itu adaah tuntutan rukun iman. Jika tidak tuan bolehlah dianggap sebagai orang yang tidak beriman. Oleh itu selain dari al Quran ugama juga adalah dirujuk menurut kitab Allah yang terdahulu darinya.

      Janganlah hendaknya tuan terlalu sombong dan angkuh dengan ilmu al Quran dan Hadis yang tuan pelajari, kerana jika memahami hakikat al Quran dan Hadis maka sudah tentu kalam (ucapan) tuan tidak seperti yang diluahkan dalam komentar tuan di atas.

      Perlu diingatkan selain daripada mempelajari al Quran dan Hadis tuan perlu menghayati rukun iman, menegakkan tauhid dan menenal (makrifat) tuhan, supaya tuan menjadi orang yang beriman dan berugama. Hanya mereka yang berugama sahajalah yang memahami hakikat al Quran iaitu Kalam Allah yang tidak boleh terbakar dan tersemat di hati orang Mukmin bukan sekadar dibibirnya atau tertulis di kertas cuma.

      Tuan perlulah terlebih dahulu menghayati sifat Rasulullah saw iaitu Sidiq, Amanah, Tabliq dan Fathonah sebelum membicarakan Hadisnya agar tuan dapat menyampaikan amanah kebenaran itu dengan bijaksana. Jika tidak jadilah cakap tak serupa bikin, iaitu lain dibibir lain dihati, dalam lain perkatan disebut munafik.

      Wasalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s