Hukum membesar payudara



“Soalan : Saya ada soalan berkenaan pembedahan kosmetik. Ketika kecil, saya ada masalah kesihatan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Hasilnya, payudara saya tidak membesar. Semua kakak dan sepupu saya mempunyai payudara yang normal, tapi saya cuma mempunyai payudara seperti budak kecil, bukannya seorang wanita. Jika saya tiada masalah kesihatan ini, payudara saya sepatutnya normal. Adakah dibenarkan untuk saya menjalani pembedahan kosmetik untuk membaiki bentuk dan saiz payudara saya supaya kelihatan normal? Perlu dinyatakan bahawa saya tidak merasa seperti seorang wanita kerana payudara saya dan ia menyebabkan tekanan emosi.”

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika payudara seorang wanita bukan semulajadi menjadi kecil dan tidak normal saiznya, kerana ketidakseimbangan hormon, dia boleh menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara selagi mana pembedahan itu tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatannya. Hal ini perlu dipastikan dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan.

Pembedahan sebegitu hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan keadaan kesihatan dan mengembalikan payudara kepada saiz asalnya.

Pembesaran payudara tidak harus dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia mengubah ciptaan ALLAH lantaran mengikut tanggapan jahil tentang kecantikan.

Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku). Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.

[Hadith riwayat al-Bukhârî & Muslim]

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Hukum membesar payudara

  1. hamba Allah berkata:

    macam mana pula dengan memakan pil atau supplement untuk meningkatkan hormon dalam badan sekaligus membesarkan payudara? adakah hukum nya sama seperti di atas??

  2. citi berkata:

    Kalaw nk besarkan pyudara untk suami bleh dak

Tinggalkan komen