Hukum membesar payudara

hukum membesarkan payudara

Bookmark the permalink.

2 Responses to hukum membesarkan payudara

  1. zarina berkata:

    apa hukumnya membesarkan buah dada secara suntikan

  2. virus berkata:

    Salam…
    Ustaz Love menerima pertanyaan daripada addeen :
    “ustaz , nak tnyer hukum fiqh la ckt
    hukum sorang pompuan membesar payu dara haram coz mengubah ciptaan Tuhan , so bagaiman dengan produk ombak besar dan lain2 yang berada di pasaran?adakah haram ?
    apa bezanya produk ombak besar jika dibandingkan dengan cara menggunakan jarum bg mendapatkan hasil yang diinginkan dari segi hukum fiqh ?
    tq“
    Serba salah Ustaz Love nak jawab soalan ni.. ia agak sensitif terutama di kalangan wanita (walaupun lelaki juga punya payu dara). Jadi bacalah entry ini dengan wajah dan pemikiran yang serius.. jangan larikan fokus pemikiran kepada perkara2 yang tak sepatutnya.
    Secara umumnya, sebarang aktiviti yang mengubah ciptaan Allah secara kekal, maka hukumnya adalah haram (kecuali dalam kes2 khusus yg dinyatakan dalam hadis spt menyambung rambut, mencukur bulu kening dsb yang mana walaupun ia akan tumbuh kembali atau boleh diubah kepada asal, tetapi ada larangan khusus yg mengharamkan perbuatan itu). Bagi perkara2 yang tiada larangan khusus, maka kena lihat sama ada perubahan itu melibatkan perubahan kekal atau tidak.
    Sebagai contoh, jika melakukan pembedahan plastik pada wajah, maka hukumnya adalah haram kerana ia mengubah wajah itu secara kekal. Begitu juga dengan jika melakukan pembedahan pembesaran payudara untuk tujuan kecantikan, maka hukumnya adalah haram. Ia berbeza jika ada isu perubatan di situ.. sebagai contoh, jika seorang wanita dewasa mempunyai payudara yang kecil (macam budak belum akil baligh), maka ia dikira suatu kecacatan dan ada maslahah tertentu untuk dibesarkan (supaya boleh menjadi wanita yg normal dan boleh menyusukan anak), maka ketika ini harus melakukan pembedahan pembesaran payudara. Ataupun jika payudara terlalu besar sehingga menyebabkan sesak nafas ataupun selalu nak tersembam (sbb terlalu berat), maka haruslah melakukan pembedahan untuk mengecilkannya. Kiranya, kalau ada maslahah dari sudut perubatan (dan disahkan doktor tiada kesan sampingan yg membahayakan), maka haruslah melakukannya.
    Itu kalau bab pembedahan.. bagaimana pula dengan bab membesarkan payudara dengan cara suntikan atau pemakanan (makan ubat Ombak Besar ke, Ombak Rindu ke, Ong Bak ke dsb)? Bab suntikan dan pemakanan ini, harus melakukannya.. kerana perubahan itu bukanlah perubahan yg kekal abadi. Setakat pengetahuan Ustaz Love, produk2 pembesaran ini perlu diambil dalam skala dan tempoh tertentu untuk memperolehi hasil yang diinginkan. Walaupun pembesaran itu melalui proses penambahan hormon dsb, tetapi ia berlaku secara semulajadi dan alami.. bukanlah lepas2 makan, terus payudara berubah bentuk.. sebaliknya perlukan masa sikit2 untuk membesar.
    Cuma, dalam keghairahan melakukan perkara ini, perlu diperhatikan beberapa perkara.. antaranya yang paling utama adalah niat.. sbb apa nak lakukan pembesaran itu? Adakah sebab supaya nampak seksi dan nak tunjuk kepada lelaki (selain suami)? Kalau itulah tujuannya, maka hukumnya adalah haram.. kerana niatnya itu tak menghalalkan cara.
    Ataupun jika menggunakan bahan2 terlarang.. sebagai contoh, menggunakan silikon yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika payudara itu pecah (masa kemalangan ke, tercucuk jarum ke.. kihkih).. ataupun menggunakan bahan2 yg haram spt bahan2 yang mengandungi DNA babi dsb.
    Jangan pula silap faham bila dikatakan harus melakukan suntikan hormon itu, maka para pondan2 pun mengatakan harusnya mereka membesarkan payudara.. itu dah masuk bab lain.. menjadi pondan tu pun dah haram, tak kira la suntik hormon ke, tak suntik hormon ke.. yg Ustaz Love cerita ni pasal wanita tulen, bukan tiruan.. kihkih..
    Apa pun, dapatkan dulu nasihat pakar perubatan yang diiktiraf.. ada kemungkinan orang lain takde masalah nak makan, tapi kita ada masalah.. sebab tubuh badan kita ni tak sama.. ada yg sakit kepala, makan panadol 2 biji boleh hilang.. ada yg kena makan ponston baru boleh hilang..

    Read more: http://ustazlove.com/blog/2012/01/soal-jawab-hukum-membesarkan-payu-dara/#ixzz1zajmLQ00

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s