Rahsia ayat Kaf 40

RAHSIA KAF 40

Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.

Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.

Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).

Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.

Kaifiat Amalan

Amalan sebagai Wirid

Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.

Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat

Kaifiatnya seperti berikut :

 Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.

 Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.

 Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal.

 Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.

 Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)

 Memasang bau-bauan yang wangi.

 Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.

 Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh

Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :

(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.

(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.

(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama sendiri.

(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.

(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa itu.

(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.

(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.

(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.

(9) Menahan darah.
Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-Allah taala.

(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.

(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.

(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah akan segera sembuh

(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.

(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam. Insya-Allah akan segera sembuh.

(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut kepanasan.

(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.

(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.

(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.

(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang ramai.

(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.

(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.

(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :

a. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).

b. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).

c. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).

a. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini.

b. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah

c. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.

(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.

(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat ikhtiar.

(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.

(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.

(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang dan pergi. Insya-Allah.

(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.

Versi kedua kaf 40

Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55, berikut adalah matannya :

كفاك ربك كم يكفك وكفة
كفكافها ككمين كنا من كلك
تكر كرا ككر الكر في كبيد
تهك مشكشكة كلك لك الكلك
كفاك مبي كفا الكفي كربتهم
يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك 40)
ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم
ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك 55)

“ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka’ ka i’n kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).

Penutup

Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah sebati dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut niat kita insya-Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلي آله وصحبه وسلم
والحمدلله رب العالمين

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

238 Responses to Rahsia ayat Kaf 40

  1. FAJRI says:

    ILMU INI TRMSUK SNGAT LANGKA DAN TLH DBUKTIKN OLH TMN GRU SYA KDSYATANNYA, GRU SYA BLUM MNURNKN ILMU TSBT PD SAYA..

    • imam says:

      siapakah uru anda dan berasal dari mana ?

    • pencinta ayat quran says:

      apa makna ayat2 tu? pernah tanya orang tentang Qaf 40 ni , katanya nama2 jin, kalau kita panggil derang, derang datang la. betul ke? ayat ni bersambung takde wakaf ke? panjangnya….

    • muja says:

      terimaksih atas ilmu yang di sampaikan, kalo kita mau ambil ijazah kaf 40 ini, dimana guru yang masih hidup, dan siapa nama beliau… makasih

    • syaini says:

      Sdr Fajri , perlu juga kita maklumi bahwa para ulama jarang menurunkan ilmu Kaf 40 ini kepada orang yg belum dianggap mampu memeliharanya , takut bila kita salah gunakan, Aku pernah menurunkan Kaf 40 kepada seorang Paranormal dari kota Solo Jawa Tengah, begitu sampai di Pantai Selatan ilmu ini dicobanya yaitu menghantam ” Jenglot ” dan jenglotnya langsung mati. Ilmu ini memang luar biasa.

      dari : Syaini
      Komp Subur Indah Blok A No.4 Banjarmasin

    • iip says:

      Bismillahirrahmannirrahim
      Amalan Kaf 40 ini adalah amalan para Wali Allah, diamalkan 40 malam berturut turut di makom guru si wali maka pada malam ke 40 atas izin Allah SWT keluarlah tangan bercahaya dari makam si guru, dan berucap salam juga berjabat tangan dengan murid sipengamal kaf 40 tersebut, itulah cara bagaimana pengangkatan wali dalam wilayah qutub.

  2. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    jika ilmu tersebut diturunkan kepada Fijri mungkin Fajri akan menjadi lebih hebat, tapi jangan lupa tuhan itu Maha Hebat.

    • asysyeikh says:

      yA BEnar karena kita yakin bahwa ilmu itu adalah merupakan tawakkal dan bukan kepunyaan kita, pada ujung pemahamannya kita berserah diri karena yang berilmu itu hanya ALLAH SWT.

  3. FAJRI says:

    WA’ALAIKUM SALAM.WRB…

    Trimksh bayak atas sarannya, tentunya allah di atas sgalanya mliputi alam semesta menciptakan nur muhammad beserta kjadian sesudahnya, alhamdulillah tadi malam saya mendapat izajah ayat KAF 40 dari mahluk allah tanpa wujud, diantara tidur dan sadar. Mudah_mdahan bermanfaat bagi saya dan orang byak. Salam dari saya utk smua pembaca blok ini, semoga sehat selalu dan mendapat hidayah dari allah swt..

    ULUN URANG BANJAR BADIAM TAJUNG, KALU’AI ADA DANGSANAK NANG UMPAT BABUAT…

  4. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Fajri,

    akhirnya nanti orang bijak ingin menjadi bodoh untuk mengalami kebijaksanaan Allah swt.

    Orang hebat ingin menjadi lemah untuk mengalami kehebatan Allah swt.

    Dan Ahli syurga pun jemu tinggal di sana jika tidak dapat bertemu dengan Allh swt.

    Samoga apa yang saudara alami mendekatkan lagi diri ke hadrat Allah swt.

    Salam hormat.

  5. Mantab says:

    Bagus juga tuch..

  6. razali says:

    saya berharap ambillah ijahzah terlebih dahulu sebelum pengamal pengamal mengamalkan ayat 40 ini , jangan meninggalkan solat lima waktu , kerna bukan semua orang boleh mengamalkannya ayat ini,sebabnya ayat ini mempunyai kadam yg kadang kala membuat seseorang agresif,panas baran.Haruslah perbanyakkan selawat pada rasullah dan akhirt sekali ,saya mohon jgn di salah gunakan ayat ini

  7. arbain says:

    mas jalan akherat boleh minta ijajah nya ngga..?

  8. jalanakhirat says:

    sesiapa yang berkelayakan tong ijazahkan Arbain ayat Kaf 40 !

    • mohd kamal says:

      BOLEH IJAZAHKAN KEPADA SAYA

      • ISKANDAR ZULKARNAIN says:

        PENGETUA
        MADRASAH ZUBAIDIYAH
        08400 MERBOK KEDAH
        019 4805683

        Boleh ambik ijazah dgn beliau…

        ATAU

        cari BUKU PAGAR HIKMAT….siapa yang membeli buku tersebut boleh ambik ijazah terus dr dlm buku tersebut….buku ni sgt baik utk umat islam akhir zaman….amalkan ilmu dgn niat yg ikhlas dn yakin…insya Allah hasilnya sgt bermanfaat…jgn takabbur n kna byk sbr….ujian nya sgt besar…smenya HAK ALLAH….

  9. SOLEH says:

    ni semua khurafatttt…ntah apa-apa nanti timbul pulok “nun 80″, “jim” 66 dll… memadailah ayat2 al-quran dan doa-doa nabi..tinggallah amalan khurafat tuu

    • naga_tido says:

      saudara soleh..kalu tak tahu jangan nk menghukum…
      ini salah satu doa juga..amalan panglima perang dulukala bahkan masih ada yg mengamalkn ayat ini..

    • insan kerdil says:

      salam… saudara soleh, tepuk dada tanya IMAN… bkan briman pada nama shaja.. apa yg pnting, niat..jka saudara mngamalkan ayat al-quran skali pn,tp dgn niat utk kebal… saya rasa…saudara renung2 kn dn fikir2 kn dulu apa yg saudara nk kata kn… brdiam dn brfikir lbih baik dri brkata kata prkara yg saudara sndiri x faham… sesungguh nya ALLAH TA’ALA tidak mnciptakan sesuatu itu dgn sia sia… WALLAHUALAM…

    • muhammad says:

      bermula daripada huruf…barulah menjadi ayat…daripada ayat-ayat inilah…tersusun menjadi…. doa-doa. setiap huruf al-quran ada rahsianya tersendiri..huruf al-quran bukan seperti alfabet ABC…kenali huruf-huruf al-quran…janganlah sewenangnya menyatakan khurafat.

  10. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Saudara Soleh, saya sentiasa menggalu galukan komentar saudara diweblog ini. Bagaimana pun saya suka menasihati saudara supaya tidak menghukum orang lain sewenang wenangnya dan hentikanlah ucapan saudara yang mengarut, jika saudara berilmu saudara sudah pasti menyampaikan kebenaran dengan bijaksana seperti sifat yang dimiliki Rasulullah saw. Tidak guna saudara menggaku umat Nabi Muhammad jika tidak menurut sifat sidiq, amanah, tabliq dan fathonahnya.

    Wasalam.

  11. zakizakaria says:

    bismillahirohmanirrahim..
    assalamualaikum, perlu tauliah ke nak amal ayat kaf nie..mustahaknya sapa2 yg nak amal ayat nie satu hati mau bersih ,solat mau jaga,..kerana ayat nie mmg panas..jika dibaca senapas sebanyak 40kali berbara tapak tangan..jikan dikepun laknat kafirin tepuk dan hembus kearah mereka nescaya bertelagah sesama mereka..awas!penawar utk ayat ini kena juga tahu..supaya stabil balik tubuh badan….

  12. zakizakaria says:

    Jgn mudah menghukum …

  13. Rajah alam says:

    Sungguh luar biasa ilmu allah, ibrat samudra tak bertepi, slah satu nya KAF 40 ini tntunya, ttpi bgi pngamal ilmu hikmah jnganlh lepas dri syariat islam itu sndri, krna tu kmu kn rugi bsar, org yg brilmu utk kjahtan lbh bsr dosa nya bndingkn org awam yg tak brilmu. Ttp kendali diri ada pd mu dan ahlak Rasullulah tuntunan mu.

  14. InsanBerdosa says:

    assalammualaikum w.b.t

    alhamdulillah…semoga allah merahmati kita..
    sy di sini ingin meminta tunjuk ajar dari tuan2 semua..sesungguhnya saya telah melakukan kesalahan besar (dosa besar) dlm hidup ini..kini hati saya seperti pnuh titik hitam,jahat,x tenteram dll..
    bagaimana cara untuk mengubah diri(insaf) supaya tidak terpengaruh dengan duniawi yang pnuh dengan dosa..saya sudah beberapa kali ingin berubah tetapi seperti hangat2 tahi ayam (hanya seketika.)
    ada x ayat yang boleh mmbantu saya jauh dari belenggu ni..
    bantulah saya…..

    • haizan says:

      ikhtifar sebelum tidor 100 kali serta solat taubat paling sikit pun 2 rakaat.insyaalah Allah akan beri ketenangan.

    • kellingdesantos says:

      assamualikum…
      (insanberdosa)

      sesungu nya kamu mhu merubah diri mu
      ke jalan yg btl ucap la nama Allah s.w.t
      itu la jln keluar nya… insya Allah… keluar la kejahat dari diri mu… aq cuma nak sampaikan aq pun mcm ko jga tpi skg tdk sdh…. kerana Allah s.w.t. la segala2 bgi ku…

  15. hakim says:

    SAlam…blh sy mohon ijazah ilomu ini……

  16. zulaikha says:

    Assalamualaikum…sy ingin bertanya. bolehkah kaum wanita mengamalkan kaf 40 ini? saya ingin tahu apakah semua yang ingin mengamalkan ayat ini wajib mengambil ijazah terlebih dahulu? hati saya kuat ingin megamalkan ayat ini jika di isinkan Allah swt, memandangkan sejarah keluarga saya tak henti2 dibelenggu misteri jin dan syaitan sehingga kini. dan terlah timbul beberapa anggapan dan fitnah setiap kali kami mendapatkan rawatan secara rohaniah termasuk rawatan islam. terima kasih. salam.

    • soldier of Allah says:

      Kunci utk ma’rifatullah :
      – istighfar
      – zikir
      – selawat 80ribu
      ( bykkan menangis utk Allah ) – bertaubat

      bykkan doa minta Tuhan tunjukkan auliyaknya…
      Barulah boleh amalkan kaf 40 ( tapi niat hanya semata2 krna Allah ) bukan utk kebal…
      Wassalam…jadilah hamba Allah sehamba-hambanya…

      • hamba Allah says:

        Cara kamu ckp sperti kamu ni ank murid Syeikh Mahmud Al-Mazjud Madrasah Nurul Iman ja..Sultan Aulia pd Abad ke-15..

  17. ahmad says:

    assalamualaikum.

    kpd zulaikha, saya rasa kaum wanita tidak harus mengamalkan amalan ini, kerana menurut guru saya, ayat kaf adalah panas bagi wanita. ada lagi amalan2 lain yang sgt ditakuti jin dan syaitan, seperti ayat kursi, ayat tujuh. yang penting banyakkan selawat slps amalan dan yakin akan kuasa Allah s.w.t

    • jalanakhirat says:

      Asalamualaikum

      HAMBA ALLAH @ UMAT MUHAMMAD,

      Bermula ilmu itu adab,mereka yang tidak beradab itu bermakna tidak berilmu, sebagai contoh jika kita benar hamba Allah swt dan umat Muhammad saw sudah tentu terlebih dahulu menyebut nama Allah swt ia itu sekurangnya menyebut As Salam sebelum mengucapkan sesuatu. Jika benar Tuan sebagai hamba Allah komentar tuan sudah tentulah tidak sarat dengan dakwa dan dakwi serta berbudibahsa. Jangan cakap tak serupa bikin kerana itu sifat orang yang munafik.

      Setiap Kalam Allah swt itu adalah di wahyu kepada RasulNya dan diwarisi oleh umatnya. Oleh itu hanya waris Rasulullah saw sahajalah yang layak mewarisi setiap Kalam Allah swt yang di wahyukan kepada RasulNya.

      Persoalannya apakah Rasulullah saw boleh mengaku mereka yang terlalu angkuh dan tidak berbudibahasa seperti tuan ini sebagai umatnya untuk mewarisi ilmunya?.

      Suka saya menggingati tuan, sebelum mengenal Ilmu Allah swt, kenalilah Kudrat dan IradatNya supaya dapat menghayat diriNya dengan sempurna dan layak menjadi hambaNya dengan sempurna.

      Hanya dengan Kudrat Iradat llmu dan Hayat sahajalah kita dapat mendengar, melihat dan mengucap Kalam dengan sempurna.

      Kalam tuan menerusi komentar ini adalah umpama kalam mereka yang tidak mengenal Allah, Rasul dan DiriNya.

      Wasalam.

    • Abu Yusof says:

      kalau ilmu Allah nape pula jadi kepanasan, selaunya yg panas tu adalah jin kerana ia dicipta dari api, atau sememangnya ilmu ini adalah berasal dari alam jin yg mengajar kepada manusia yg tamak haloba ingin mencari kelebihan duniawi, tambahan pula ayat kaf 40 ni bukannya dari bahasa arab, kalau mengikut penulisnya adalah berbahasa suryani yg entah dimana asal usulnya dan penulis juga tidak begitu pasti, so kenapa kita sebagai muslim tidak mahu mengali khazanah ilmu yg amat agung yg kekal sehingga ke hari kiamat tak lekang dek panas tak basah dek hujan, mengapa kita begitu mengagumi ilmu yang tak kita ketahui usul asalnya

  18. asmkom..sye nk tnye boleh tak klu sye gnekan kaf 40 jika sye tidak bertape

  19. Fariz B.Hj Ahmad says:

    Adakah ayat yang boleh menyejukkan kaf ini dan siapa mantan yg boleh menijazahkannya…?

  20. ayeh says:

    kaf 40 ada terdapat dalam buku bertajuk pagar hikmat.guru yg menurunkan ayat ini di kenali dgn panggilan tok janggut.nama sebenar beliau abd razak b. kasman kalu tak silap,berasal dari grek perak.sesiapa membeli buku tersebut akan diberikan ijazah terus oleh beliau.selamat membeli dan mencuba.kalu kuatir carilah org yg tahu.namun ustaz harun din tak menggalakkan mengguna ayat ini.

    • budak selandang putih says:

      Xslah nk bljar dr intrnet tp kne lah mrjuk pd yg pkar agar ilmu yg bljar ue kita taw lg mndlam..bru kta dpat mnlai ilmu itu ssat atau x..

  21. remy says:

    errr………. kenapa kalau saya baca ayat ne tiba2 je tangan saya terasa panas?

  22. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Tanda nak berperang kot remy !

    Salam ceria selalu.

  23. phali says:

    saya nk minta diijazahkan..utk saya amalkan kaf 40 ini..kalu diizinkan sila emailkan pd saya..syukran jaziilan..

  24. aku adalah mangsa says:

    hai. terima kasihlah kerana memberi petunjuk ini kepada saya kerana saya adalah orang yang jarang2 melawan balik dan sentiasa dibuli tak kiralah dari zahir atau batin…. semasa saya berada di sekolah menengah dulu,saya sentiasa diejek oleh budak2 sekolah sehingga saya terasa ingin bunuh diri…sehinggalah sekarang… tetapi saya pun berasa pelik sungguh kenapa saya jadi begini sedangkan semasa saya bersekolah rendah, sayalah orang yang paling nakal di sekolah sehingga sanggup saya memarahi guru saya sampai guru saya tidak terucap kata2 lagi… saya juga pernah memeras ugut budak2 yang di bawah umur saya dan lokasi saya memeras ugut adalah di luar tandas sekolah,di belakang kantin dll sehingga saya mampu mendapat duit dari hasil memeras ugut 4 ringgit sehari…saya juga pernah mengupah rakan2 saya untuk membelasah musuh saya sehingga lemah… tetapi bila sahaja tiba untuk saya bersekolah menengah, hidup saya berubah… ramai rakan2 lama saya dari sekolah rendah hilang… saya menjadi pendiam… malah,jika diejek pun saya tidak melawan dan saya pun tak tau kenapa… mungkin ini adalah balasan Allah…tapi selepas saya mendapat ayat2 ini semua saya rasa hidup saya kembali cerah dan saya bertaubat…

  25. FAJRI says:

    Aslmmualaikum.wr.wb
    Salam kenal buat saudara2 ku semua trutama buat mas jalan akherat, tmksh byk ats beberan ilmu nya, tentu nya sya yg kkurangan ini sgt brykur dgn pengetahuan (ilmu) ini kkurangan sya sdikit trtutpi krn pd hkekat nya ilmu adlh nur (cahaya) penerang dlm gelapnya kehidupan ini, alhamdulilla faedah yg dsbt kn di ats ttng ayat Kaf 40 bnr ada nya”

    • penglipurlara says:

      Assalamualaikum

      Saya adalah salah seorang pelajar perubatan islam. Ini adalah nasihat guru yg saya pegang. “Beramallah dengan ayat-ayat yg jelas difahami maksudnya. Insyaallah selamat” Kalaulah boleh ditafsirkan kaf 40 ni, itulah yg terbaik. Tiada lagi pertikaian.

  26. SOLEH says:

    yang pasti, ayat kaf 40 ini adalah jampi mentera kurafat dan maknanya tidak difahami. Fadilat-fadilat yg disebut tidak pasti malah jauh sekali utk dipercayai. Memadailah al-Quran sahaja sudah cukup segala-galanya.

    • soldier of Allah says:

      salam…tlg jgn mudah menghukum sesuatu…
      Setiap apa yg ada di muka bumi ini adalah ilmu…ilmu adalah nur…Allah pemilik segalanya…x boleh juga hanya pegang ayt Quran krna dlm Islam ada 3sumber perlu diikut iaitu sumber 1.Quran 2.Sunnah Rasulullah 3.Ijmak dan qias…xboleh 3-1 @ 3-2…perkara2 ni sgt halus xboleh faham dgn aqal kita…kena byk menangis dan byk minta Allah tunjuk kebenaran

    • azlan says:

      jgn menghukum…fahami dahulu…

  27. Palui says:

    Wah bagus nich, bapa Saleh tlng dong jgn bcra yg mcm2 klo semua itu di luar pengetahuan bapa saleh..! Ilmu itu luas kalau di bahas terus ga ada habis nya, jadi lbh baik diam kalau tidak paham..! Dri pd gak karuwan kyak gini”

  28. zakizakaria says:

    assalamualaikum.

    Zulaikha – wanita juga boleh megamalkan ayat ni,
    apa yg saya faham dan diterangkan ttng kaf 40 ni..ia adalah himpun kaf yg terkandung dlm alquran..mungkin ada sedara2 disini yg arif boleh pecahkan!semuanya HAK Dia yg Menjadikan segala Sesuatu.

  29. Sesungguhnya yg Ghaib Hanyalah Milik ALLAH,akan TTpi Qta Umatnya Di suruh Berusaha Untuk mncari Ilmu pa bila Ilmu itu Blm qt dapatkan..Hanyalah orang2 pilhan Yg Akan Mngrti kandungan Dari Kaf ini….!!!!!! Ketika Dingin yg lain Datang dalam tubuhmu ketika mmbaca Kaf ini,reaksi dalam tubuh mulai Bkrja tuk menyatu dgn Kaf Ini….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! jgnlah mxlah Gunakannya…!!!!! ingatlah Kau terbawa dalam Ke Ghaiban dan Itu adalah Kekuasaan yg Berada Di alam Ghaib krn qt manusia yg Dihidupkan dan diberi Tempat Di alam Nyata….!!!!!”’Kaf””””KAhFi……”””””

  30. asyraf says:

    assalamualaikum..saya pernah diberi oleh seseorang ayat ini….tetapi belum menghafalnya lagi…adakah menjadi ayat ini kalu kita baca semata-mata hndk membalas dndam mpda musuh??

  31. pijai says:

    assalamualaikum kpd rkn2 skalian
    Saya d cni mohon kpd sesiapa yg mngetahui d mana d kwsn alor setar kdh yg mmpunyai guru yg blh mgijazahkan kaf 40 ini

  32. budiman says:

    assalamualaikum w.b.t
    mohon jasa baik tuan tuan disini yg boleh memperkenalkan saya kepada tuan guru yg boleh mengijazah ayat ini.

    ~budiman, klang

  33. Palui says:

    Barang siapa ingin berguru ayat kaf 40 cari lah habaib (keturunan rasulullah) insyallah kalo roh kmu cocok memakai kaf 40 kmu diijinkan dan diberi ijajah, cri lah habaib tsbt diskitar kota anda atau tanya sma kiya’i.

  34. hidup mati says:

    hmmmm…. saya juga pernah mendengar ttg kaf40 ni… jikalau anda berada di banyuwangi, indonesia, cari anda seorang yg bernama pak hashim, seorang ahli kebatinan…. saya dgr dia bole mengijazahkan kaf 40 tersebut….

  35. m. kholil says:

    Terima kasih tambahan ilmu dan pengalaman. Wallohu wasi’un alim
    wallohu a’lam

  36. superb says:

    ayat kaf40 yg cik kemukakan itu betul ke???sy rsa slah la….

  37. imam says:

    ojok tabbur yo……………

  38. zali ali says:

    salam…kalu d pasir mas kelantan ada tak guru2 yang dapat mengijazah kaf40

    • soldier of Allah says:

      Salam…nok berguru dok buleh dok saje deh…kita perlu usaha,mujahadah,doa ke Tuhey nuh…mintok Tuhey beri guru hok betu2…bukey macey zamey lo ni…ngaji online saje…xdok keberkatey…so banyok selawat dan taubat deh..wassalam

  39. Terawangan says:

    Adalah lebih selamat jika tidak mengamalkan hizib kaf 40 ni. Ianya dalam bahasa suryani, tidak difahami, malah tanda berhasil penyerapan ilmunya persis tanda tubuh dimasuki jin. Malah terang-terang disebutkan ianya ada khadam. kita tidak tahu samada ia mantera ke, atau selawat ke, atau diambil dari kitab-kitab terdahulu seperti taurat atau injil, atau dari Al-Quran ke. Atau hanya syair yang ada ‘isi’. Asal-usulnya tidak terang. Wallahualam.

    • muh subhan says:

      sebelum ayah saya meninggal beliau juga sempat memberikan kaf 40 ini,jadi menurut saya ini tdk penting untuk diperdebatkan bagi yg paham diam dan yang tdk paham juga diam aja.yang perlu dipahami adalah ada ilmu yang tersurat dan ada ilmu yang tersirat.wassalam

  40. Terawang 2 says:

    Assalamualaikum wr.wb: Ada benarnya juga kata mas terawang, ada baik nya kita dalam bermal suatu ilmu harus meluruskan itikat hati kita kpada allah semata bukan krna kebal atau utk mandapat keramat/karamah, itikat hati sangat berperan dlm stiap ilmu hikmah, kalo kita salah itikat pastinya pintu bagi mahluk2 yg tdk diinginkan terbuka luas.. Oleh sebab itu perbaikilah dahulu itikat kita sebelum mengamalkan ilmu macam ayat kaf 40 ni, tapi itu haya sekedar himbauwan untuk kawan2 semua”

  41. zulkifli bin ramli says:

    Maaf saudara memang bukan orang yang amanah./……banyak orang-orang islam yang handal 2 tewas sebab orang macam andalah,,,,kaf 40 bukan boleh main amik macam tu je …dia kena ada ikrar Bai’ah diturunkan ini bukan baca buku kartun atau novel apabila ditulis dalam laman blog bukan yahudi saja yang boleh baca majusi hindu semuanya boleh tiru memang orang -orang macam saudaralah yang menjahanamkan ahli-ahli ilu dan ulamak bertaubatlah dan berhentilah saudara tak dapat apa apapun,,,,

  42. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Apakah tuan ini orang kafir atau Islam pengikut Nabi saw ?.

    Jika tuan orang Islam adakah tuan percaya ada ayat yang lebih suci dari ayat Al Quran.

    Adakah diantara ayat al Quran yang disembunyikan dari manusia.

    Jika sifat Nabi saw itu diantaranya menyampaikan, kenapa sifat tuan berlawanan denganNya ia itu menyembunyikan.Pengikut Nabi saw adalah menghayati sifat baginda bukan menentangnya.

    Jika tuan bukan orang Islam dan pengikut Nabi saw, kenapa pula tuan perlu menghukum saya.

    • shahrizal says:

      betul tu,dulu saya ada jumpa ayat ni didalam buku himpunan doa2.tapi sayang buku tu sya tak tahu letak kat mana.,JANGAN NAK TUDUH SEBARANGAN KALAU MENGAJI TU BELUM HABIS LAGI,

  43. Tampirik says:

    Sudahlah saudara2 tidak ush trllu di permasalahkan, dia bicara sesuai ilmu & keyakinan yg dia miliki, tentu nya tingkat keyakinan setiap orang beda2 jdi hrap dmaklumi aja”

  44. ainie says:

    assalamualaikum.

    ayat ni, ade hadis or ayat2 quran tak yg boleh menguatkan penjelasan kat atas ni???

  45. ass.betul bgt…….
    makasih bnyak ya allah…engkau telah memberikan aku ilmu pengetahuan…

  46. pengamalnya says:

    izinkan saya mengamalkannya,karena sebelum saya membaca tulisan ini,saya telah mengamalkannya sebanyak 40 pagi mandi dgn mmbc kaf 40 ini,saya dpt dr ibunda sy,ktnya ini amalan dr buyut saya.namun sy kbingungan dgn tulisan tangan kk sy yg mnulisnya krn kurang jelas,jd sy ingin mngamalkan yg d tulis d sni sj

  47. din says:

    adakah kaf 40 dekat dalam ini penuh?

  48. din says:

    saya ingin nak tahu kaf 40 ne boleh ke sy amal?

  49. hj shamsurie says:

    ASLMKM.WAHAI SAUDARAKU SMUA(ISLAM)JGN LAH KAMU SMUA TERTARIK UTK MNGAMALKNNYE.KERANA AYAT KAF INI BOLEH MNYESATKN ANDA.KNPA SY BKATA BEGINI? KERANA DALAM AYAT KAF40/50 INI HANYA MANTERA SEMATA2.1:TIDAK TERSEBUTNYA DAN TERTULISNYA NAMA ALLAH S.W.T DAN RASULLULLAH S.A.W.JIKA SERAPAH PUN YG DI AMALKN OLEH KETURUNAN ORG TUA KTE DULU KITA FAHAM MAKSUD DAN BNYAK MENGGUNAKAN AYAT SUCI ALQURAN NUR KARIM DAN BERKAT DOA LAILAHAIL ALLAH,MUHAMMADURRASULLULLAH.2 AYAT INI TIDAK ADA AL FATIHAH SBLUM MGAMALKNNYA.JD WAHAI SAUDARA ISLAM KU JGN LAH TPEDAYA DGN MANTERA INI. SY HJ SHAMSURI BIN HJ ISMAIL,DAN SY ADALAH PNGAMAL PRUBATAN KEBATINAN(ILMU HIKMAT ALLAH) YG MNGUNAKN AYAT SUCI AL QURAN NUR KARIM.SY ANAK BANJAR.SY SARANKAN CARILAH ILMU BPANDUKN AYAT2 QURAN. SAUDARA IGIN MNUNTUT ILMU CARILAH PKAMPUNGAN IBU SELENDANG.TP IGT!JIKA KITA DA MEMPELAJARINYA,KTE AKN DI DUGA DGN 1001 DUGAAN(BESAR/KECIL/MUDAH/SUSAH)ALLAHU AK’LAM.SUBHANALLAH.0176139687

    • insan kerdil says:

      assalamualaikom… saudaraku hj shamsuri, maaf saya mncelah..ada benar nya apa yg tuan kata kn…tp, setahu saya..ilmu ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA itu tramat2 lh luas…luas nya hingga x terjangkau dek akal fikiran…sedalam mana pn kita menyelam,kita ttp xkan smpai ker dasar nya… ALLAH tidak mnetap kn utk mnuntut ilmu di perkampungan ibu selendang shaja…(maaf andai tuan terasa)! Ini kerana ILMU ALLAH tramat2 lh luas dn brada d mana2 shaja,dn dtang nya dlam brbagai2 bentuk dn rupa…ALLAH tidak melihat pda “bentuk dn rupa” ILMU trsebut… ALLAH melihat pada “HATI” dn “NIAT” pengamal NYA shaja…
      Andai AYAT yg di amal kan itu menggunakan nama ALLAH dn RASULULLAH S.A.W. skali pn,ttapi di amalkan krana mnginginkan sesuatu…Pada pengajian saya, ia jga salah krana “HATI” dan “NIAT” mengamalkan nya bkan krana ALLAH..Ttapi krana mngingin kan ataw mengharap kan sesuatu dri “AYAT2″ trsebut.. Sdangkan yg “MAHA” MEMBERI,MENGHIDUPKAN,MENGGERAKKAN,MEWUJUDKAN, adalah ALLAH S.W.T. Bukan “AYAT2″ NYA…
      Selagi “HATI” dan “NIAT” IKHLAS mengamalkan sesuatu ILMU krana ALLAH, tiada apa pn yg bleh mnyesat kn..krana ALLAH sntiasa ada brsama dgn hamba yg IKHLAS kerana nya… Tolong lh jgn menghukum sesama kita… Maaf andai trkasar bahasa ataw trsilap kata…
      WALLAHHUALAMM…

      • assalamuaikum saudara2 ku .. saya amat setuju dgn ulasan insan kerdil …. bersikap terbuka dan berbincang dengan apa yang kita fahami dan menentang dgn apa yang kita fahami tidak akan menyelesaikan sesuatu masaalah.. sedar lah setiap kita sebagai manusia hanya terhad kefahaman kita. kita faham dalam ilmu yang kita belajar, selisih pendapat dalam ilmu memang wujud selepas Kewafatan Rasullullah … yang penting Mendalami ilmu mengkaji mengaji . jangan terlalu cepat menuduh ilmu org lain sesat melainkan kita telah mendalami dan serta dapat mengupas secara terperinci sesuatu yang rahsia . maaaf kan saya jika saya kata kan sebagai contoh Dalam pengajian atau mempelajari Rukun Islam Yang Lima Pun maseh ramai tidak dapat menghurai kan nya.
        yang penting iklas yakin Allah yg berkuasa segalanya. .. amlan kita bergantung pada niat .. bagi saya semmua ilmu tidak ada salah .. Yang salah pengamal ilmu maksud nya jika pengamal mengamal untuk hal2 yang di larang ugama ilmu yang bagus pun jadi sia2… YANG PENTING NIAT…..

    • Neo Iskandar says:

      assalamualaikum ,

      setahu saya kebykan posting yg ada pd blog ini bersifat umum . tiada pun ada ayat mengatakan pengunjung blog ini harus belajar n menghafal apa jua posting yg ada . setiap manusia berbeda keturunan , agama n negara . tepuk dada tanyalah selera .

      web ini dicipta utk memberikan pedoman n iktibar serta peringatan , serta sejarah utk tatapan pengunjung blog ini . alhamdulilah jika ada segelintir drp kita mempunyai kepelbagain kepandaian, namun kadang kala pabila kita alpa , akan hilang dgn sekelip mata . dgn izin Allah SWT .

      kebanyakan komentar dr pengunjung meminta dizinkan diijazahkan drp saudara webmaster , xda lak ada komen drp webmaster yg kita xboleh belajar apa yg dipaparkan di blog ini . ilmu ALLAH SWT sgt luas .

      kadang kala pabila sy berada di rumah webmaster , pasti ada perbincangan samada topik a , b n c . tgk pd keadaan . setiap perbincangan pun kadang kala mengambil masa lbh 3 jam . n kesudahannya apa yg diterangkan sgt mudah difahami .

      perbelanjaan pergi balik dr malaysia ke tanah seberang bukannya sedikit . tp sbb ilmu sy xkisah . namun byk pengujung blog ini adalah dr malaysia n tanah seberang . serta kita serumpun . n mereka pun suka apa jua posting dipaparkan . n xsemua pernah bersua dgn saudara webmaster . jika korang berkesempatan berjumpa beliau , pasti yg akan menitiskan air mata . wallahualam .

      jka ada silap n salah , ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .

      • jalanakhirat says:

        Waalaikumusalam

        Tuan Neo Iskandar dan Insan Kerdil yang dikasehi.

        Sebenarnya saya agak keberatan untuk menjawab komentar hj shamsurie di atas kerana jika kita perhatikan menerusi komentarnya beliau bukanlah dikalangan orang yang beriman dan terlalu dangkal ilmunya mengenai ugama.

        Demi untuk mengajari kembali hj shamsuri berikut ini adalah rukun iman yang perlu beliau pelajari kembali supaya tidak sebutuh itu mendustai ayat ayat tuhan.

        Rukun Iman ada enam (6) perkara :
        (1) Beriman kepada ALLAH SWT
        (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
        (3) Beriman kepada Kitab-kitab
        (4) Beriman kepada Rasul-rasul
        (5) Beriman kepada Hari Kiamat
        (6) Beriman kepada Qada dan Qadar

        Berdasarkan rukun iman di atas, syarat untuk menjadi orang beriman itu adalah mempercayai kitab kitab dan Rasul rasul. Maksudnya untuk menjadi orang beriman kita bukan sekadar perlu mempercayai Kitab Suci Al Quran malahan kita perlu mempecayai kitab Allah yang di turunkan sebelum Al Quran.

        Begitu juga kita perlu mempercayai Rasul rasul yang di utus Allah sebelum Nabi Muhammad saw untuk menjadi orang yang beiman.

        Suka saya menasihati hj shamsurie supaya mengetahui mengenai ayat suci yang terdapat dalam 103 buah kitab termasuk Taurat, Zabur, dan Injil yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya sebelum mendustai Ayat Kaf 40 tersebut. Anda perlulah memahami setiap huruf huruf dan titik pada setiap ayat dalam kitab suci supaya mata hati anda menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah. Selagi anda hanya menggunakan mata kepala anda tidak akan menemuinya.

        Berjuta penggunjung weblog ini sedia maklumi saya adalah Dukun Asmara yang sudah tentu boleh memberi rawatan zahir dan batin , bagaimana pun belum pernah lagi saya menggunakan intry weblog ini untok mempromosikannya atau mencari pelanggan kerana tujuan saya membina weblog ini tidak lebih dari mengembangkan ilmu pengetahuan kepada penggunjungnya.

        Kehadiran hj shamsurie ke weblog ini adalah tidak lebih bagaikan lampu yang ingin mencari kelkatu, demi untuk memperdagangkan Allah, Rasul dan Al Quran untuk menyatakan kehebatan beliau mengubati penyakit zahir dan batin.

        Pokoknya bagaimana hj shamsurie boleh memohon pertolongan Allah, syafaat Rasullullah, dan ayat Al Quran untuk mengubati penyakit zahir dan batin jika keimanannya kepada Allah, Rasul dan ayat ayat kitab suci pun maseh kami ragui.

        Apakah hj shamsurie tidak menyedari usaha saya membina weblog ini adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan yang boleh mencegahk penyakit zahir dan batin kepada mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan ?. Kemudian usaha anda pula kelaman ini menafikan ilmu pengetahuan tersebut untuk menyatakan kehebatan ilmu pengetahuan yang anda miliki.

        Bak kata pepatah jika kail panjang sejengkal jangan diduga lautan yang dalam. Oleh itu siapakah kita yang berani mendustakan ayat ayat tuhan yang telah menjadi amalan nenek moyang kita yang dikasehi.

        Wasalam.

    • Diana says:

      tiada dalam ayat Al-Quran dan himpunan hadis…..WAllahu’alam ….Allah Maha mengetahui….tunjukan jalan yang benar kepada hambamu….sesungguhnya mereka tidak mengetahui apa2…..dan janganlah Engkau membiarkan umat Rasulullah S.A.W. ini sesat…..NauzubIllah Min Zalik…

  50. ijam83 says:

    kepada tuan empunya blog sy minta halal dn diijazahkan segala ilmu yg sy ambil dlm blog tuan..

  51. zakizakaria says:

    assalmualaikum..

    apa yg saya faham,bnyk lagi ayat2 yg mudah dan bolehdjadikan pedinding..adakala ayat2 yg diamalkn x sesuai dgn diri x menjadi.

  52. Abe Mat says:

    Alhamdulillah ..
    Salam sejahtera semua…
    Adat beradat, rendah merendah …
    Islam adalah univesal..Ilmu Allah juga universal…
    Pertanyaan saya yg dhaif ..
    ada tak sesiapa didalam blok ini yg tahu dan faham dengan ayat ‘senjata fakir’
    cara2 mengamalkanya ..
    Mohon penjelasan. Terima kasih

  53. Abe Mat says:

    Alhamdulillah ..
    Salam sejahtera semua…
    ayat Senjata fakir telah di ijazahkan kepada sy melalui bapa saudara sy. Cuma ingin sangat nak tahu secara lebih terperinci cara mengamalkan nya. Insya Allah…

  54. batik madrin says:

    seenaknya bilang jahanam apakah anda umat muhammad mulutmu terlalu busuk mengatakan jahanam kamu yang jahanam

  55. wan fitri says:

    salam saudara………..untuk apa kita amalka kaf 40 ni yg dikatakan boleh menjadi kebal……sedangkan kita inginkan mati syahid…satu lagi ayat yg ada dalam kaf 2 pown kita x tahu maknanya/…lebih baik kita berzikir kpd allah smoga diampunkan dosa dan jauh dr azab neraka…lagipun kita xpasti lg kesahihan kaf itu dari segi hukum islam dan juga asal usul kaf tu ?

  56. bakarin says:

    assalamualaikum kawan2 sume
    ayat kaf 40 ini memang baik di jadikan salah satu daripada amalan kita yang banyak itu sebagai amalan pendinding. kaf 40 ini cukup mujarab untuk buat menghalau syaitan yang merasuk kanak2, bayi yang selalu menangis di petang2 hari.bacalah bersama2 ayat lau an zalna…..dan ayatul qurdsi.
    nasihat saya amalkanlah sebagai amalan pengobatan, pertolongan cemas ketika di perlukan sebelum di bawa ke hospital atau ke tok bomoh. lepas tu berdoalah pada allah supaya di maklbukan hajat kita itu kerana allah saja lah yang maha kuasa lagi mengtahui….allah wa’lam

  57. lensahitam says:

    sy pernah dijazahkan ayat ni dari salah seorang pengikut tarikat al-ahmadi..tetapi sy tidak mengamalkannya kerana dinasihati oleh beliau bahwa ayat ni panas dan mesti suci tulus hati bukan utk riyak atau dibangga2 kan..

  58. wan says:

    Assalam.apakah maksud ayat ini?adakah ini doa?jika ianya doa,pada siapa ditujukan?apakah itu khadam?sila jelaskan secara terperinci.Al Quran dan hadis sangat jelas dalam hukum2,perintah2,ibadat2 dn sebagainya.itulah ia kehebatan islam.

    • insan kerdil says:

      wa’alaikommussalam… Sememangnya AL-QURAN dan AL-HADIS wasiat yg d tinggalkan oleh baginda NABI S.A.W. utk d jadi kn pnduan dlm khidupan…Dn barangsiapa yg mnginguti NYA,tdak akn sesat smp ke akhir hayat…tapi,utk memahami isi pati dn kndungan nya, prlulah brguru… Mngapa NABI S.A.W. tidak mnggunakan do’a NABI ALLAH SULAIMAN agar smua makhluk trmasuk JIN tnduk kpada NYA,dn dpt mmbantu NYA mnentang orng2 kafir smasa perang? Semua itu ada sbab nya…
      Sama lh jga dgn prsoalan saudara utk mngetahui maksud ayat ini? adakah ia doa? pda siapa ayat ini d tujukan? Dn, apa kah itu KHADAM? Pada pndangan saya, jika saudara berguru dgn guru yg btoi, saudara akn lbih memahami akn rhsia yg trsurat dn trsirat tntng ayat “KAF 40″ ini…
      WALLAHUALAMM…

  59. Aco Rifai says:

    makasih yc moga kita smua dapat berkah………….
    dan lindungan allah swt
    jngan menyalah gunakan ilmu ini…… dan mari kita berbuat demi kemaslahatan ummat

  60. doli saputra says:

    AssLaMUaLikUm…
    Saya harap sudih la saudara // saudari untuk menjawab pertanyaan saya..!!!!
    Jujur orang tua saya mendapat alamat mimpi.. untuk bisa mendapatkan serta mengamalkan ayat kaf 40 ini,,,mimpi itu sering terjadi.. tetapi sampai sekarang kaf 40 ini tidak tau di mana akan mendapatkan ayat tersebut..
    yang saya ingin tanyakan.. ??
    Apakah ayat tersebut.. bisa jodoh pada kita..? maksudnya apakah ayat tersebut.. bisa kita dapat kan hanya lewat mimpi saja.. kita bisa mengamalkan nya.. terimah kasih..
    WasalamMualikum…Wr.Wb

  61. fazlan says:

    Arwah datuk sy adalah pengamal kaf40 ini..tetapi beliau tidak pernah turunkan kepada sesiapa kerana beliau ada mengatakan bukan semua orang boleh mengamalkan ilmu ini..sepanjang hidupnya sy sempat melihat beliau dgn izin Allah S.W.T menyembuhkan penyakit-penyakit dan bantu orang ramai dalam banyak perkara.Sy sempat melihat buku kaf40 ini yg bercetak sebesar buku 555 yg diberikan datuk sy.Malangnya beliau kembali ke rahmatullah semasa usia sy 11tahun dan buku itu sehingga kini tidak dijumpai.. arwah datuk : abd aziz bin said ( gerik perak )

  62. hashim says:

    .aslmkm…….doa rijalul ghaib pernah ku amlkan .sbg doa slps smbhyg sunat gerhana ……..drpd prkn smbhyg……. …

  63. hashim says:

    aslmkm……pernah ku dgr ttg ayt ini tapi tak brp tahu krn. guruku tak ijazah doa ini pdku dia meminta kuamalkan ayt ini yg di kenal dgn nama ayat lima diambil dr 5surah dlm .al-quran [50 kaf] krn ayt ini punya 10 kaf pd setiap ayt. .ayt 1–srh al-baqarah ayt .246. 2…..srh ali-imran ayt 181 .3….srh an-nisaa ayt 77 4…srh al-ma-idah ayt 27 5….srh ar-ra,du ayt 16 . khasiatnya…..1…rasulullah slalu baca ayt ni smasa brada dlm ngri atau dlm prjalanan atau dlm pprangan …slalu dpt klahkan org kafir dgn prtolongan tuhan ….rwt ..ibnu mas,ud .. 2….rasulallah trgkan bhwa jk ayt .ini ditulis dlm .bejana kmudian diisi air dan diminun pd hr jumaat mk tuhan sembuhkan pn.yakitnya dan diisi hatinya dgn nur hidayah keyakinan dan kasih sayang …rwyt sydtina aisyah. 3…bila dibaca oleh seorg pemimpin mk dtetapkan hatinya dan dberi pengaruh serta kekuatan dan patuh smua org yg dipimpinnya. 4..jk dtulis dan digantung diujung senjata mk akn pcahblah kekuatan musuh 5..jk mgadap raja yg kejam …akn trplihara dr kekejamannya dn tpudayanya…..dinding dr kjahatan mnusia jin dan syaitan. .6..salman al-farisi berkata …rasulallah prnah mgajarnya akn doa ini dan baginda berkata lagi ssiapa yg mmbaca mgamalkannya mk dlanjut usianya d ampun dosanya dan mudah trcapai apa yg dihajatinya ………….d petik dr tafsir al-arais. tq……wallahuaklam/

  64. syed seth says:

    assalamualaikum.. harap maaf sekadar ingin mencelah… pendapat saya. penulis blog ingin berkongsi ilmu kepada skalian.. untuk tujuan ilmiah.. sila buka minda kita dan hati.. sekarang keputusan bergantung kepada pembacanya sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya… niat orang yang membacanya.. untuk menambah lagi ilmu atau ingin mengamalkan itu terpulang.. ilmu yg maha esa itu maha lua.. ini hanya sekecil habuk himpunan dari ilmu2 yang ada.. bersihkan hati bersihkan jiwa.. ambil positif.. insyallah.. setiap perbuatan manusia itu berpandukan niat.. dan allah mengetahui pergerakan dan kehendak segala makhluknya.. yg baik akan menerima ganjaran.. yg jahat itu akan menerima balasan… harap maaf dari saya

  65. Assalamualaikum…

    saya terjumpa blog ini di saat saya sdg mencari maklumat untuk amalan pada 10 hari terakhir Ramadhan…
    di mana terdapat dalam blog yg saya jumpa sebelum ini ada menyebut tentang amalan Hizib Nawawi…
    dan kebetulan ada terdpat dlm buku yg saya beli sblm ini menyatakan tntg Hizib Bahri dan Hizib Rasul..

    terdetik persoalan dlm fikiran saya adakah Hizib Rasul dan Hizib Nawawi sama, dan bagaimana pula beza Hizib Rasul dengan doa al faraj kerana disebutkan di
    dalam buku tersebut Hizib Rasul dikenali juga dengan doa al-Faraj.

    disini juga saya ingin memohon agar sekiranya diijazahkan saya untuk Hizib Kaf (seperti yg atas) untuk perlindungan diri dan juga Hizib Nawawi, Hizib Rasul dan doal al Faraj

    mohon kerjasama dan tunujuk ajar dari tuan untuk saya yang serba kekurangan ini… terima kasih

  66. zamri says:

    salam, ade saper2 yg boleh membantu sy utk baiah kaf 40 ni?

  67. Alizah says:

    Firman Allah:
    Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”
    ( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #170)

  68. Kenzo Toya says:

    xde pun dalam al Quran ayat tu…x jelas (specific) juzuk berapa .?.muka surat berapa ?

  69. hamba allah says:

    assalamualaikum…..

    saudara2ku…nmpaknya kt trlalu byk risaukan perkara yg tdk mndatangkan iman..
    nak dptkan bkn senng….
    oleh i2 sma2 lah kt usahakan iman kt….

    dgn cra kt buat perngorbanan sbgai mna shbt2 buat perngorbanan…insya allah…
    lht ksh nabi2..dan sahabat….
    insya allah…

  70. yuhadi says:

    trimoish informasi amalan ayat kof 49, smg ini amalan dalam menuju keridhio’an Allah SWT, mhn izin dan ijazahnya sy utk mengamalkannya, bgm ijazah dan bai’atnya malan ini…mhn petunjuk… trimksh

  71. hamba allah says:

    Salam, maaf tuan… 15 tahun lalu sy pernah diijazahkan oleh seorg ustad setelah mengamalkan ayat ini selama 40 hari dan sy mengakui sy telah merasai fadilatnya seperti apa yg tuan katakan diatas. (tujuan ustad mengijazahkan kpd sy krn ketika itu sy dilanda sakit dan gangguan yg sangat berat), malangnya bapa sy telah mengarahkan sy berhenti dr mengamalkannya krn ada masalah2 lain timbul dan menurutnya sy tidak layak, pada malam ini secara tiba2 sy teringat dan terpanggil untuk mencari semula ayat ini setelah sekian lama sy melupainya. Kemusykilan sy ialah, secara tiba2 sy rasa sy perlu untuk mengamalkannya semula memandangkan sekarang sy sering tidak sihat, sekiranya tuan boleh membantu sy utk mengetahui adakah sy perlu mencari semula ustad tersebut (bagaimana seandainya ustad tersebut telah pulang kerahmatullah?) atau sy boleh terus mengamalkannya semula. Budi baik tuan membantu sy amatlah sy hargai. terimakasih.

  72. safrudin says:

    assalamualaikum ya abi, andai berkenan saya mohon di beri ijazahnya untuk mengamalkannya, insyaallah semua untuk kebaikan dan bekal juang syiar saya….mohon sekali saya di beri ijazahnya.
    Hormat saya
    Safrudin
    Jawa tengah, indonesia.

  73. doa yg ditinggalkn oleh arwah mak…mak slalu nasiht utk mengamalknnya…kematian mak amat mudah,mak tau bila kematiannya…mak bnyak membca Alquran,menghafal doa2,salah 1 doa yg mak selalu mnta sy selalu bc adalah doa ini…alhmdulillah…wlupun sy msh bersdh atas kmatian mak tp ttp mnsyukurinya krn mak kmbali pd Allah dgn mudah….smg arwah ditempatkn di kalangan org2 yg soleh…amin..

  74. brodin says:

    Assallammualikum.

    saudar2 ku ..sesungguhnya islam itu terlau luas isinyanya iaitu jiwa dan raga.Jasad dan nyawa..Akal manusia terbatas tapi ilmu tidak terbatas…dan segala yg ada di muka bumi ini adalah ilmu allah..yg penting bagaimana utk mencapai hati yg bersih…Allah meletakkankan rahsianya dlm diri manusia…

    Apakah rahsianya…maka carilah…mudah2an kita tergolong dikalangan manusia yg diredhoi…

  75. ibu pernah minta aku menhafalnya suatu masadulu…..

  76. azizan mutalib says:

    Assalamualaikum,

    Bagi sessiapa yang ingin mengamalkan hizb kaf ini, saya sarankan elakkanlah kerana tidak diketahui asal usul dan jua maknanya. Berbaliklah kepada al-quran dan sunnah, kerana itu yang akan menjaminkan keselamatan diri kita di dunia dan di akhirat. Terlalu banyak ilmu-ilmu di dalam al-quran yang perlu dikaji. Sahabat-sahabat rasulullah saw tidak pula mengamalkan hizb ini akan tetapi mereka itu semuanya hebat-hebat belaka dengan hanya mengamalkan ayat-ayat al-quran. Tiada yang lebih hebat dari kalam Allah.

  77. rezwan says:

    bgmana nk cr guru utk menerima wirid ini

  78. rezwan says:

    dimanakah dan siapakah yg blh turunkan zikir ini

  79. hamba says:

    salam,
    bahaya ilmu ni sdra2, ada unsur2 khurafat

  80. rudi says:

    kaf 40 adalah ilmu yg sakti,apalagi kebal, saya sdh buktikan 085249659667

    • insan kerdil says:

      assalamualaikom… saudara,prlu d betul kn sdikit, sbnarnya… Ilmu sakti dan kebal itu bkan nya dari “KAF 40″… Sbalik nya dari izin ALLAH S.W.T…
      krana, ssungguh nya dari TANAH kita datang, kpada TANAH jua lh kita akn kembali… Maaf yea…
      WALLAHUALAMM…

  81. bondan says:

    ingatlah ketika Rosulullah SAW di kepung oleh org2 musyrik mekah dan sayyidina ‘Ali .RA disuruh Rosulullah utk menggantikan beliau utk tidur d tempat tidur beliau….Rasulullah mengambil segenggam pasir, kemudian membaca do’a dan menaburkan pasir tersebut ke udara, sehingga org2 musyrik mekah tertidur…pada akhirnya rosulullah bersama sayyidina ‘abu bakr RA dapat melarikan diri dan bersembunyi d dlm gua tsur…

  82. hamba Allah says:

    Assalamu’alaikum…..
    Mun boleh boleh manambahi sadikit…
    amalan ini inti dari segala senjata dan sifatnya panas, makanya orang tua bahari tidak bisa memberikan amakan ini ke sembarang orang kalau orang tersebut dirasakan belum mampu menerima ilmu ini. adapun apabila ada dari saudaraku yang sudah mengamalkan amalan ini hendaknya perbanyaklah salawat kepada nabi, karena dengan bersalawat akan meredam sifat panas tersebut, Untuk admin rasanya bacaan itu masih belum lengkap….

  83. abbas says:

    Ass..maaf pak, kalau kita amal lsg bagaimana? Krn nak cari pula guru untuk ijszah mane ade tempat kami…

  84. Saya pernah membeli kitab amalan tok janggut atau hj.ab.razak kasman kira-kira 40 tahun yang lalu.didalam kitab tersebut terdapat ayat kaf 40 ini.Saya pernah beramal dengan ayat ini tetapi tidak lama kerana tidak menghafalnya.dan kini tidak saya amalkan lagi.Masalahnya saya tidak mendapat ijazah dari mana-mana guru,berdasarkan kitab amalan yang saya beli itu Tok Janggut mengizinkan sesiapa saja yang ingin beramal dengan amalan didalan kitab tersebut dan kpada sesiapa yang telah membeli kitab kecil tersebut dianggap telah menerima ijazah dari beliau.Adakah boleh saya mengamalkan ayat ini semula?

  85. razak says:

    Assalamualaikum.. amalan KAF 40 ini saya telah mengambil dengan berapa orang guru sejak tahun 1983 lagi, mereka telah menempuh zaman perang jepun, zaman komunis dan zaman semasa penjajah lagi. Menurut guru saya amalan ini memang berjasa, salah satu cerita yang terjadi di Sungai Manik semasa itu cina komunis hendak menyerang kampong orang melayu, cina komunis menggunakan tongkang sebanyak tiga buah mereka semuanya mempunyai senjata api dan pedang ketika itu guru saya beberapa sahabat beliau membaca kaf 40 kali beulang-ulang banyaknya sambil dalam hati merintih memohon pertolongan Allah menyelamatkan penduduk di sini, apabila cina komunis melalui tempat mereka menghemburkan pasir tadi serta merta orang cina yang berada dalam tongkang tadi berbunuh sesama sendiri, disangkan mereka orang melayu ada dalam tongkang mereka. Begitulah sedikit sebanyak saya cerita di sini sebagai pengakuan kebenaran amalan ini.

  86. zulfadzli says:

    boleh saya mintak diijazahkan pada saya..

  87. Rasputin13 says:

    …kALAU PADA YG RASA kHURAFAT jgnlah diamalkan… Pada yg rasa nak cuba2 usahlah cuba2… kalau betul2 nak rasa pergilah jumpa org yg punya blog ni dan bertanyalah bertentang mata… Dulu aku susah nak dapatkan Hizib ni… merantau kesana sini mencarinya… Bila dapat ku amalkan seperti yg dipesan oleh orang yg mengijazahkan hizib ni….. Sekarang tak payah susah2 nak cari, klik google dah dapat Kap 40… Mudah dapat tapi nikmatnya mungkin tak senikmat macam yg aku rasa agaknya….

  88. zack says:

    nk ambil ijazah ngn spe nie,,,,please

  89. saiful says:

    salawat adalah penyejuk..

  90. rizan says:

    hati2 ayat kaf40 bersifat panas belajar la dengan guru yang arif

  91. angah says:

    saya berada di kulim kedah..siapa kah yang boleh mengijazahkan kepada saya??
    saya juga ada kenalan beberapa orang guru sepeti Ustaz Badrul Penanti, ( Abang Mie ) Pondok Lanai, Pak Ngah Sg.Taka
    adakah mereka sesuai untuk mengijazahkan kepada saya..

    • insan kerdil says:

      maksud sedara, ustaz Badrul pondok penanti ker? setahu saya… ustaz Badrul tu pengamal ilmu TASAUF… klu nk mndalami ilmu dgn Ustaz Badrul, rasanya… insyaallah boleyh… kerap2 lh brjumpa dgn NYA…

  92. henggo says:

    kena tahu dulu mksudnya..sekadar tahu bc saja tidak mencukupi..elakkan dari mengamal sesuatu amalan yang boleh membuatkan kita menjadi isim atau kepanasan.

  93. anamuna says:

    maaf.. nk tnye.. amalan ni Nabi ada ajar ke? sy penah dgr.. kalo ssuatu amalan yg susr galurnye bukan dari Rasulullah.. sebaik2nye mulakan dgn selawat. lagi satu, ilmu tu kan kene disampaikan. mcm Nabi tidak menyembunyikan ilmu. kenapa ilmu ini kene pilih2 org nk disampaikan ? maaf sy sekadar nk tahu. wallahua’lam

  94. anamuna says:

    assalamu’alaikum.
    kenapa ilmu yg nk diturunkan perlu dipilih2 orgnya? sdgkan Nabi s.a.w menyampaikan ,tidak menyembunyikan ilmu.
    amalan ni Nabi ada ajar ke? nabi kata kita takkan sesat selagi mengikuti Quran dan sunnah baginda

    -wallahua’lam

  95. mujahid19 says:

    subhanallah… ^^ saya pernah amalkannya..
    saudara? tolong jelaskan saya mengenai doa haikal.. saya masih kabur lagi mengenainya. terimakasih

  96. munas says:

    terima kasih para guru semoga bermanfaat, dan untuk orang2 yg suka menghujat seperti shaleh dan temannya itu kita doakan semoga hatinya terbuka lillah klo tetap ya terserah Allah lah g ush dihiraukan

  97. Hakim says:

    Saya hendak belajar ilmu ini bagai mana hendak mempuyai ilmu ini dengan syarat2 yang lebih mudah?Tolong saya!!!!

  98. Syed Omar Syed Ismail says:

    بسم الله الرحمن الرحيم
    Saya SyedOmar Al-Qudsy.
    Bacaan Qaf 40 tadi adalah salah.!!!
    السلام عليكم

  99. saifuddin says:

    kaf 40 saya versinya beda yg diatas

  100. syawal says:

    salam,sy nk thu lbih lnjut tntang kaf 40..emailkn pd BENTTON96@YAHOO.COM..tq

  101. mohd kamal says:

    MINTA IZIN DIAMALKAN AYAT INI….

  102. hamba ALLAH says:

    asalammualaikum ,
    kepada saudara / saudari sekalain ~ sebagai pengamal ayat kaf 40, seharusnya kita tidak perlulah mempertikaikan, ia bergantung kepada nawaitu ( NIAT ) kita sendiri, sama ada baik pemakaiannya atau pun buruk cara pemakaiannya, bak kata ‘ tinggalkan sahaja jika berasa ragu-ragu @ was-was dengan sesuatu’ betul juga kata-kata (INSAN KERDIL diatas)
    ilmu Allah itu seluas-luasnya. maaf jika saudara HJ SHAMSURI BIN HJ ISMAIL terasa dengan kata-kata ini.

    kenapa saya berkata sedemikian? kerana saya juga adalah pengamal ayat kaf 40 tersebut, mungkin sukar untuk saya menerangkan segala kebaikan ayat kaf 40 ini. seperti yang saya katakan ia BERGANTUNG KEPADA NIAT seorang pengamal ayat tresebut. saya menyarankan penggunaan ayat kaf 40 tersebut, ia mustajab diamalkan :)

    # TERIMA KASIH KEPADA INSAN KERDIL #

  103. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Amalan kaf 40 adalah dalam bahasa Ibrani atau Suryani. Ia bersempena dengan 40 orang auliya’ di Bukit Golan ketika berusaha mendapatkan semula TABUT SAKINAH yang dirampas oleh puak gergasi dari Bani Israel. Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Musa A.S. Kepada yang tidak mengetahui sejarah ini, pada zaman penentangan umat Islam di negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato’Bahaman dan Mat Kilau. Mereka ini pernah diijazahkan amalan ini oleh Tokku Saiyid Paloh beserta sebilah pedang untuk jihad menentang British.

    Walaahualam

    • shahrizal says:

      jangan peduli kta2 org,yg mana rasa was2 tak payah ambik,dlm blog ni bkn blog utk kta dan mengata.kita blajar pun ada cikgu so kalau nak pasti ambik ayat ni dan tanyalah pada org yg lbih arif lg,kita mncari ilmu n klau muskil carilah guru atau para ulama yg lbih alim lg arif utk brtnya,bknnya sesuka hati nk mnuduh org yg bkn2.

  104. Helang puteh says:

    Salam semua ,Apa pun pandangan mengenai amalan hizib ini,terserah pd diri masing2 sama ada mahu mempercayai nya atau tidak,kerna ilmu Allah tiada batasnya sehingga tidak dpt terjangkau akal manusia,apa pon kesan amalan ini,adalah dngn izin Allah jua,tiada apa dpt memberi bekas kecuali Allah jua,asalkan kita jgn tersasar dari akidah islam.

  105. SangPendosa says:

    Assalamua’laikum…
    Seorang yang memang jelas sifat Panas Barannya boleh tak mengamalkan ayat ini..?
    Sekadar Bertanya…

  106. joe.m says:

    as’kum.. mohon maaf kiranya ada tersilap, sekadar pandangan dan pengetahuan. benar ilmu perlu disampaikan, ada jg ilmu yang difikirkan tidak wajar disampaikan kepada sembarangan, dikhuatiri disalah guna lalu memudaratkan@disalah ertikan lalu menjadi fitnah@diketahui musuh lalu membahayakan@disalah fahamannya boleh mensyirikkan@tidak mampu ditanggungnya lalu memudaratkan. maaf kerana ada kosa katanya mungkin tersirat dan wajar difikirkan, dengan izin Nya anda faham. pohon dari guru yang benar, agar tidak membebani dan kemudiannya menyalahkan pula ilmunya, agar juga boleh dinilai kiranya berat badan 60kg mau angkat 200kg ye tidak padan. pohon maaf dan diperbetul jika ada salah silap dan terkasar, yang baik hanya dari Nya dan yang tidak baik dari hamba Nya. as’kum

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusaam

      Tuan Joe.m,
      Terima kaseh dengan komentarnya yang saya rasa tulus, bagi pihak saya menerima seadanya.

      Buat pengetahuan tuan kami tidak belajar di sekolah tinggi tinggi, jika ada pun sekadar di pondok pondok yang melata.

      Bagaimana pun jika kami sekadar belajar untuk mengenali huruf, kami belajar bermula dari huruf Alif hingga Ya maka segalanya Iya belaka, kerana kami menuntut untuk menjadi hamba Allah yang meninggalkan dakwa dan dakwi. Kerana tidak pantas di sebut hamba jika terlalu banyak dawa dan dakwinya

      Wasalam.

      • AR says:

        Assalamu’alaikum,

        Saya baru je jumpa bloq tuan. Sedih rasanya baca komen yang bukan2. Inilah masalah org melayu Islam sekarang. Apabila mereka berjumpa dengan sesuatu yang mereka tak tahu, terus melatah yang bukan2. Khurafat dan haram, mudahnya mereka jatuhkan hukum, sedangkan ilmu mereka tak seberapa.

        Sy masih ingat lagi, dlm forum ehwal islam (yg dulu2), semasa bincang hal bid’ah, Prof. Dato’ Harun Din al-hafiz menyatakan, jgn mudah jatuh hukum bahawa sesuatu perkara itu adalah bid’ah.

        Itu baru bid’ah, bukannya khurafat yg boleh bawa kpd syirik. Apakah tahap ilmu Prof. Dato’ nk bandingkan dengan kita? Dengar nama beliau, jin dan syaitan pun kecut……………..Beliau pernah bermimpi bertemu Rasullullah, “wa anta……….” kata Baginda pada beliau (dr video ceramah beliau). Hebat kah beliau? Atau hebat lagi org2 yang dgn beraninya menghukum ayat kaf40 adalah khurafat?

        Org Islam yg berilmu (cerdik), apabila dibawa kepada mereka sesuatu yg mereka tak tahu, mereka akan mengkaji, belajar dan bertanya, bertanya dan bertanya, bukanya melatah…………

        Ingatkah tuan-tuan dengan Nabi Khidir? Banyak manakah kisah beliau dalam Alquran dan hadith? Adakah beliau DONGENG?!!!! Dari manakah dtgnya ilmu beliau? Tertulis dlm Al Quran/Al hadith kah ilmu beliau? Wallahu alam, sy sendiri pun tak tau :-))

        Saya masih amalkan selawat nabi khidir yg diajarkan oleh Ust. Lah, semasa belajar di sekolah agama rakyat di Kedah awal 90-an dulu. Beliau bukan calang2 Ust. Sy pasti, tak semua Ust. tahu selawat berkenaan.

        Kaf40, sy belajar dgn arwah nenek sy (semasa sy masih belasan tahun), ayah sy (ustaz jugak) yg minta beliau ajarkan. Tapi untuk simpanan shj, bukan amalan. Sebab, terlalu panas. Pesan beliau, banyakkan bacaan surah al ikhlas kalau nak amalkan, bila perlu. Sy cuba hafal, hanya mampu beberapa kalimah, tak sanggup! Sangat panas, bibir mulut sy jadi ulser (pecah, berwarna putih) – selalu berlaku pada saya kalau badan terlalu panas. Tak terkira al-ikhlas sy baca untuk pulih. Sayangnya, sy dah tak ingat dimana sy simpan.

        Nenek sy pernah cerita, rumah beliau hampir dipukul ribut (hujung tahun 80an, Alor Star), beliau bacakan ayat ini, ribut tak kena rumah beliau, tapi rumah jiran rosak! Ini adalah bertepatan dengan cerita tuan.

        Satu gi perkara yang sy nak bangkitkan adalah berkenaan HAIKAL JIBRIL, yg diajarkan kepada Nabi Muhammad oleh Jibril semasa peristiwa isra’ dan mikraj. Dalam surah berkenaan (al -Isra’), tak de sebut pun ayat ini, dlm hadis pun tak pernah jumpa (setakat yg sy belajarlah, ada terlalu banyak lagi yg sy belum belajar). Namun, setiap kali ceramah isra’ mikraj, akan disebut berkenaan Jibril mengajar Nabi Muhammad, ayat untuk menghancurkan ifrit. Itu lah haikal jibril. Khurafat ke?

        Jgn lupa ayat alquran – tak ingat ayat berapa, maknanya lebih kurang (untuk kita ambil faham makna zahir ayat) – “Bertanyalah kepada ahli zikir (org yang berilmu) kalau kamu tak tahu”.

        Ust. Lah pernah bercerita, Imam Asshafie, belajar dgn peminta sedekah, bagaimana nak tahu seekor anjing jantan dah baligh ke belum. Jawab peminta sedekah tersebut, anjing itu akan angkat kaki bila kencing. Setiap kali berjumpa, Imam Assyafiie akan peluk cium peminta sedekah itu, disebabkan ilmu “anjing’.

        Senang2 ke org kita nak jatuh hukum kaf40 khurafat………………………..

        Wallahu’alam.

  107. i love Allah says:

    jantung Al quran adalah yasin. Jantung yasin adalah al fatihah.. Jantung al fatihah adalah bismilah….. .WA.
    Kita amalkan yg 1st sekali lg bagus. .. Hafal yasin utk benteng diri… Dari segala sesuatu…..

    • AR says:

      Assalam,

      Setahu sy, ada hadis menyatakan, baca jantung al QURAN (surah Yasin) untuk memperolehi ketenangan.

      Baca surah al-baqoroh dlam rumah, jin dan syaitan tak masuk selama tiga hari (ceramah Dr. Ismail kamus berkenaan gangguan jin)

      Wallahu’alam.

      • jalanakhirat says:

        Waalaikumusalam

        Tuan AR

        Selamat datang ke weblog Jalan Akhirat, Jika kita tidak kenal tuhan, malaikat, mengetahui sekadar al Quran tanpa mempercaya kitab, mengetahui sekadar nabi Muhammad saw tanpa mempercayai nabi yang lain dan apa yang terkandung dalam rukun iman maka jadilah kita orang Islam yang tidak beriman.

        Sesungguhnya mereka yang memberi komentar yang keterlaluan di weblog ini tidak memahami hakikat apa yang dimaksudkan al Quran itu Kalamullah, maka tidak hairanlah jika kalam mereka berkomentar sedemikian.

        Terima kaseh

        Wasalam..

  108. Murdan BEnny says:

    Tidaklah saya hendak memandai-mandai, penggunaan kalamullah khususnya untuk
    sesuatu perkara kenalah difahami dengan sebenarnya.

    Tauhid kepada Yang Maha Esa itu paling penting dan kita kita ingat Iblis itu berasal dari
    Azazil adalah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, dan bila menjadi iblis dia
    sangat bijak untuk mensyirikkan manusia. Ingat 6 Rukun Iman, sbg contoh: Beriman
    kepada kitab-kitab Allah. Nampak macam betul, tetapi perasan tak, seperti menduakan
    Allah. Tambah lagi 4 keimanan, pada hal kita hanya tauhid kepada Allah sahaja. Jadi
    kena ada kefahaman di dalam hati bahawa beriman kepada kitab itu mempercayai
    kandungannya adalah kata-kata dari Allah.

    Jika tidak dan ada keraguan Iblis dengan cepat meletakkan wakilnya di situ untuk
    menguatkan rukun iman yang berkenaan.

    Jadi apa sahaja ayat yang digunakan untuk sebarang perkara dan muslihat
    pastikan dengan sebenar-benarnya anda ikhlas berserah kepada Allah.

    Mengagungkan/ mendewakan sesuatu ayat Allah itu adalah syirik yang halus
    (dengan iblis membantu menguatkan).

    Jadi jika anda memagar rumah di 4 penjuru sebenarnya anda menempatkan
    4 ekor jin di situ, melainkan anda benar-benar tulus dan ikhlas meminta
    pertolongan dari Allah satu-satunya.

    • jalanakhirat says:

      Asalamualaikum

      Tuan, Murdan BEnny yang di kasehi.

      Tujuan Allah swt mencipta manusia itu adalah untuk menyatakan kesempurnaan keujudan diriNya. Oleh itu tanggung jawab manusia yang dicipta adalah untuk menyembah Allah.

      Kesempurnaan keujudan Allah swt yang disembah manusia itu adalah terdiri daripada nama, sifat, afaal dan zat.

      Sebelum manusia boleh menyembah Allah swt dengan mengucap namaNya, manusia menyembah nama tuhanya dengan diucap berbagai nama sebutan menurut nafsu Amarahnya, sehinggalah manusia itu mengetahui apa yang diucapkannya apabila dapat mengawal nafsu amarahnya.

      Manusia mengetahui mengenai ilmu pengetahuan apa yang diucapkannya itu hanyalah setelah menyaksikan dengan mata hatinya bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Maka barulah manusia itu menyedari bahawa hakikat sesuatu yang diucap dengan berbagai nama itu adalah Allah.

      Setelah manusia menyaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan memuji nama Allah, barulah manusia itu layak untuk menyembah sifat Allah. Ia itu sifat Allah yang Maha Pengaseh dan Penyayang.

      Hanya dengan sifat Allah yang Maha Pengaseh dan Penyayang sajalah manusia bebas dari sifat yang mencela kejahatan (nafsu Lawwamah). Kejahatan itu adalah sifat yang dimiliki Iblis dan Syaitan seperti mana yang tuan sembah diatas (kerana tuan tidak dapat menyembah sifat Allah yang Pengaseh dan Penyayanglah maka tuan menyembah sifat mencela kejahatan Iblis dan Syaitan seperti yang dinyatakan ).

      Dengan hanya menyembah sifat Allah yang Pengaseh dan Penyayang sajalah kita mendapat petunjuk dan ilham (nafsu Mulhamah) untuk menurut segala perentah Allah ia itu menyembah Afaal Allah swt. Jika tidak segala perbuatan (afaal) tuhan yang disembah manusia hanyalah amalan hantu syaitan.

      Manusia hanya kembali kepada Allah setelah jiwanya tenang (nafsu Mutmainnah), sebagai mana yang dinyataka Allah dalam al Quran ” Bismillahirahmanirrahim, Ya Ayuhal Nafsul Mutmainnah Irji’e Ila Rabbika Radhiyatun Mardhiyah Fad khuli fi ibadi Fadkhuli Jannaati ”

      (Maksudnya: “Wahai jiwa yang tenang, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu di dalam keadaan redho meredhoi dan masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.”) Surah Al-Fajr : 27 -30

      Setelah manusia itu redho barulah manusia itu sempurna (Kamil) menyembah keEsaan tuhan dan memiliki sifat sifat kerasulan ia itu Sidiq, ammanah, tabliq dan fathonah.

      Dengan sifat kerasulan inilah manusia dapat mengucap kebenaran (sidiq) nama Allah, memuji sifat Allah dengan amahah, menyampaikan (tabliq) segala perintah Allah dan bijaksana (fathonah) ia itu dapat mengenali ucapan yang benar dan dusta, sifat yang terpuji dan cela, perbuatan baik dan jahat serta pndirian yang hak dan batil.

      Jika tidak nama yang kita sembah adalah hanya dusta belaka, Sifat yang kita sembah hanya mencela kejahatan, Afaal yang kita sembah hanya menurut bisikan Syaitan dan diri yang kita sembah hanyalah hawa nafsu.

      Wasalam

  109. pemerhati says:

    Salam,

    saya cuma nak komen satu jek..sumber ni di ambil dr pakcikli kan…tapi bila saya kesana..secara purata pakcikli x beri kredit kepada penyusun asal..itu yg saya x berapa suka…dan copy paste sekerat2..pengijazahannya x disertakan dan penulis asal..maaf lah kalau saya keterlaluan..tapi saya banyak mempunyai sumber2 mengenai zikir2 ni dan buku2 nya ada dalam simpanan saya..sjadi saya sarankan..kalau tuan blog cuba cari penyusun asal buku2 amalan tersebut dan letak pengijazahannya dan adab2 sepenuhnya utk mengamalkan zikir2 ni..

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Tuan, Pemerhati.

      Sebagaimana yang telah saya jelaskan di laman utama weblog ini, kandungan weblog ini adalah suntingan ilmu pengetahuan dari alam maya. Agak sukar memberi kredit kepada penyusun asalnya di alam nyata kerana sukar dikenal pasti.

      Sumbangan tuan mengenal pasti mengenai setiap sumber kandungan weblog ini menerusi komentar adalah sangat dihargai dan dialu alukan.

      Saya memohon maaf jika usaha saya mengembangkan ilmu pengetahuan di weblog ini telah menyusahkan pihak tuan.

      Wasalam.

      • Nan Sakai says:

        Salam. Saya nak mintak no telepon tuan.
        Saya masih dalam.pemcarian.
        Diharap tuan sedia membantu..
        http://Www.facebook.com/nansakai

      • pemerhati says:

        Saya tak ada apa2 masalah pun & saya bukan nya penyunting kitab2 ni cuma saya ada simpan byk buku asal zikir2 ni. Dalam buku2 tu pun sumber2 nya adalah jelas..cara2 adab2 utk beramal…dsngainya.

        Yg saya x suka tu cuma pakcikli copy paste mcm dia dialah penyusun zikir2 ni..pastutnya letak la sapa pengarangnya.. & saya harap kalau tuan ada sumber2 asal nya jgn lah lupa diletakkan sbgai credit. Tgk dlm blog pakcikli utk bahagian kajian melayu..sikit pun dia tak letak blog mistisfiles sbgai credit..macam dia yg buat semua research paper tu.

      • Nan Sakai says:

        Assalammualaikum..tuan ada fb tak

  110. assalamualaikum…ada yang turun kan pada saya ilmu nie tp bunyinyer sedikit berbeza jadi klau boleh,..mana pihak saudara2 yang tahu bacaan sebenar cuba perbetulkan…takut salah…slama ini yang saya amalkan..sy xtahu jika ada yang bnyak cara bacaanya…bnyinya mcm nie…
    ” KAFAKA ROBBUKA KUMYAKFIKA WAKIFATUN KIFKA FUHA KAKAMININ KANAMUN KALIKAN KAKIRRU KARRON KAKARRIL KAIFI KABIDIN TUHKI MUSAK SAKATAN KALAT LAKAL KALAT KAFAKA ROBBUKA KAFIL-KAFIL KURBATAHA YA KAUKABAN KANA YUHKI KAUKABAN FALAK.”

  111. jalanakhirat says:

    Waalaikumusalam

    Tuan
    Nan sakai

    Saya tidak ada talifon peribadi. Oleh itu maafkan saya jika tidak dapat memberikan no Telephone.

    Saya tidak boleh melayani email kerana setiap hari saya dihujani terlalu banyak email. Jika tuan perhatikan untuk menjawab semua komentar di weblog dan website pun saya tidak mampu.

    Saya ada Face book http://www.facebook.com/neo.pakcikli tapi maseh belum berapa aktif dan saya telah masuk ke Face book tuan.

    Saya sedang menulis buku mengenai hakikat untuk keperluan mereka yang tertentu, tapi agak sukar untuk menyatakan perkara yang ghaib kepada mereka yang tidak.mahu membuka pintu mata hatinya.

    Bagaimana pun dimana ada kemahuan disitu ada jalah, jika kita sehaluan Insyaallah kita akan ketemu jua kerana di mana kita memandang di situlah Dia.

    Wasalam.

  112. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Banyak komentar di ruangan ini yang tidak berpuas hati dengan intri Ayat Kaf 40 di atas. Disamping membuat tuduhan tuduhan yang liar tidak kurang juga komentar yang menghukum dengan berbagai hukuman dengan alasan kerana ayat tersebut tidak terdapat dalam al Quran mau pun al hadis.

    Jika boleh saya tidak mahu menyatakan bab mengenai hakikat dalam komentar saya diweblog ini, tapi bila komentar mereka yang terlalu dangkal dan tidak beriman cuba mendustai ayat Allah akibat kejahilan mereka mengenai nama dan sifat Allah maka mahu tidak mahu saya terpaksa menyingkap sedikit rahsia Nama Allah untuk mempertahankan kesucian ayat Allah dan mereka yang memujiNya dari kejahatan mereka yang bersifat keji dan sombong.

    Perlu diingatkan selain kita mempercayai kitab al Quran serta Rasulullah saw kita juga wajib percaya kepada kitab Allah yang lain seperti Zabur, taurat dan Injil seta Rasulullah yang terdahulu darinya kerana itu adalah tuntutan kepada rukun iman yang perlu dihayati, untuk melayakkan kita menjadi orang yang beriman.

    Perlu saya tegaskan Ayat Kaf 40 di atas bukan ayat al Quran dan hadis Nabi saw. Bagaimana pun kita tidak pantas mencerca pengamal ayat diatas semata mata kerana ia bukan ayat al Quran.

    Wajiblah difahami walau pun ayat Kaf 40 di atas bukan ayat al Quran sekali pun tapi ianya maseh mempunyai huruf kalimah Allah yang mampu kita fahami jika kita beriman dengan setiap ayat ayat suci dari kitab Allah.

    Masalahnya mereka yang mendustai ayat Kaf 40 di atas macam hebat sangat mengenai ilmu al Quran, tapi huruf Alifnya pun tidak mereka kenali apa tah lagi ayat dan kalimahNya. komentar mereka yang mendustai ayat Kaf 40 diatas adalah sekadar menunjukan kejahilan serta sejauh mana mereka mengimani ayat ayat suci Allah. Jika sedemikian perlukah mereka menuduh orang lain yang memuji ayat ayat Allah khurafat dan sebagainya serta semudah itu pula menghukum dan mendusta Ayat Allah. Siapakah yang syirik sebenarnya ?.

    Perlu kita ketahui Allah swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para Nabi-NabiNya sebelum diturunkan al Quran, kemudian ditambah lagi 4 kitab iaitu taurat, Zabur, Injil dan al Quran sehingga keseluruhan jumlah kitab yang telah diturunkan-Nya adalah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu pula rahasianya adalah terhimpun didalam al Quranul karim, dan rahasia al Quranul karim itu pula rahasianya adalah terkandung didalam kalimah Allah.

    Nama Allah itu tidak akan lenyap, sebab Nama Allah itu akan menjadikan Zikir bagi sekalian para Malaikat, Zikir sekalian ungas, Zikir sekalian haiwan yang melata, Zikir sekalian tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari unsur alam yang 4 (tanah, air, angin dan api) serta zikir sekalian makhluk yang mendiami pada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam diantara langit dan bumi. (rujuk al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat – 1).

    Ada pun zikir para sekalian makhluk Allah swt yang disebutkan di atas tidaklah sama loghatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit para akhli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.

    Makna kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun hurufnya digugurkan satu persatu nilai maksudnya tidak akan pernah berkurangan, bahkan akan mengandung makna dan arti yang bertambah mendalam, dan mengandung rahsia penting bagi kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam bentuk yang paling sempurna.

    Allah itu jika jika ejaan hurufnya diArabkan maka Ia akan mempunyai huruf huruf dasar Alif, Lam diawal, Lam diakhir dan Ha. Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya dari kalimahnya.

    • Gugurkan huruf kalimah allah yang pertama, yaitu huruf Alif (ا ), maka akan tersisa 3 huruf saja dan bunyinya tidak Allah lagi tetapi akan berbunyi Lillah, artinya bagi Allah, dari Allah, kepada Allahlah kembalinya segala makhluk.

    • Gugurkan pula lagi huruf kedua pada kalimah Allah, yaitu huruf Lam awal (ل ), maka akan tersisa 2 huruf saja dan bunyinya tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi Lahu.
    Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.

    • Seterusnya gugurkan huruf ketiga pada kalimah Alah, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka akan tersisa 1 huruf saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu.
    Huwal haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.

    Kalimah HU ringkasnya dari kalimah HUWA, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :

    Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.

    Bagi ahli sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih hidup ini adalah berisi amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan kalimah ALLAH, kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.

    Perhatikan pula beberapa pengguguran – pengguguran huruf perkataan kalimah Allah seperti dibawah ini :

    Perlulah diketahui jika pada kalimah ALLAH itu kita gugurkan Lam (ل ) pertama dan Lam (ل ) keduanya, maka tinggallah dua huruf yang awal dan huruf yang akhir (dipangkal dan diakhir), yaitu huruf Alif dan huruf Ha (dibaca AH).

    Kalimah ini AH tidak dibaca lagi dengan nafas yang keluar masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas keatas atau kebawah tetapi hanya dibaca dengan titik.

    Kalimah AH, jika dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2 huruf, artinya dalam bahasa disebutkan intaha (Kesudahan dan keakhiran), seandai saja kita berjalan mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan tentunya juga akan ada kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafald Zikir AH, maka sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (jika tidak faham bertanya kepada yang arif)

    Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya pada kalimah Allah, yaitu huruf ALIF dan gugurkan huruf akhirnya, yaitu huruf HA, maka akan tersisa 2 buah huruf ditengahnya yaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM kedua ( La Nafiah). Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika berkata LA (Tidak ada Tuhan), ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat, Isbat mengandung Nafi tiada bercerai atau terpisah Nafi dan Isbat itu.

    Selanjutnya gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang tertinggal juga dua huruf, yaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua huruf yang tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu menunjukkan Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam artian yang mendalam, bahwa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah Ma’rifat, yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal kalimah ALLAH.

    Gugurkan tiga huruf sekaligus, yaitu huruf LAM pertama, LAM kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal dari segala yang tunggal, yaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri sendirinya).

    Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu dengan tanda Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan setiap berbunyi A maka dipahamhan Ada Zat Allah, begitu pula dengan bunyi I dan U, dipahamkan Ada Zat Allah dan jika semua bunyi itu (A.I.U) dipahamkan Ada Zat Allah, berarti segala bunyi/suara didalam alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar yang empat (Tanah, Air, Angin dan Api) maupun yang datangnya dan keluar dari mulut makhluk Ada Zat Allah.

    Penegasannya bunyi atau suara yang datang dan terbit dari apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama dari Zat yang maha Esa sedangkan huruf Alif itulah dasar (asal) dari huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.

    Dengan demikian maka jika kita melihat huruf Alif maka seakan-akan kita telah melihat 28 huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah biji pada tumbuh-tumbuhan, dari biji itulah asal usul segala urat, batang, daun, ranting, dahan dan buahnya.

    Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.

    Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat itulah datangnya Alam beserta isinya.

    Al-Quran yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun kedalam Suratul Fatihah, dan Suratul Fatihah itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan teliti maka titik itulah yang akan menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia banyak.

    Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi satu huruf Alif.

    Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahwa Tuhan itu Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.

    Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong.

    LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.

    Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada.

    La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).

    Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya maseh juga belum dapat difahami maka tanyakanlah kepada yang arif sebelum kita melemparkan berbagai tuduhan, jika kita tak berilmu janganlah berlagak sombong, kerana kita mengenali siapakan makhluk Allah yang bersifat sombong itu di muka bumi ini.

    Wasalam

    • alhakim ahmad says:

      minta izin ijazah kn saya hizib qaf 40 ni.

    • TengkuAlam says:

      Salam sahabat Tuan Jalanakhirat, terima kasih atas info Tuan di atas. Boleh Tuan ajarkan saya. Saya dikatakan mempunyai 7 panglima (ghaib) iaitu 7 panglima bersaudara diketuai Panglima Hitam. Ini bukan saya yang maklumkan, tetapi hampir semua pengamal perubatan tradisional baik seorang guru agama, ustaz dan ahli syifa, juga pengamal perubatan tradisional yang lain. Semua yang saya jumpa berkata yang sama.. 7 Panglima ini ditugaskan menjaga saya sejak berusia 5 tahun dan sekarang saya 28 tahun. Diisi oleh seorang bapa saudara sebagai perantara kesultanan alam bunian. Wallahualam, saya tidak tahu kebenarannya dan mohon tunjuk ajar Tuan.

      Ramai yang saya jumpa menyuruh saya menjari seorang guru untuk memimpin 7 panglima (ghaib) ini untuk tujuan baik. Jadi saya perlukan seorang guru yang tahu mengenainya. Harap Tuan dapat membantu saya. Wallahualam.

      email saya di mhanafi_mdaud@yahoo.com . Jika perlu nanti saya berikan di email Nama Penuh saya (Binti Ibu) jika Tuan boleh “scan” jasad saya untuk mengenalpasti kehadirang 7 panglima (ghaib) ini.

      Sekian, Jazakallahu khairan kasiro.

    • shahrizal says:

      ALHAMDULILAH smoga dbkakn minda org2 yg daif lg naif.

  113. Neo Iskandar says:

    Assalamualikum ,

    ayat kaf 40 mempunyai kepelbagaian khasiat seperti yg telah diterangkan oleh saudara webmaster . n ayat ini sememangnya sgt panas jika xtahu encounter dgn diri di mana diri haruslah senantiasa mengabdikan diri dlm keadaan redha ketentuan Ilahi di mana harus membuat bekalan jalan pulang . baru lah dpt balance pd diri anda .

    sebelum mengamalkan ayat ini harus membc surah al-ikhlas 100k sehingga selesai . sbg cth boleh membc 1k n harus menjln sembhyg wajib n sunnat sehr semlm tanpa putus sehr semlm . pabila selesaikan 100k , harus memastikan ketenangan ada pd diri . jika masih wujud perasaan berbelah bg dlm mengejar duniawi kena repeat balik surah al-ihlas 100k kembali . sepanjang proses ini akan berlaku kepelbagaian kesulitan harus ditempuh dgn sabar n redha ngan ketentuan Ilahi .

    selepas selesai n sudah mempunyai ketenangana pd diri , baru lah boleh baca ayat kaf 40 . terlebih dahulu cr lah guru yg mursyid yg bisa mengijazahkan ayat ini secr berdepan n nyata . bukan berdepan komputer . apa jua amalan mestilah ada tauliahnya . insyaAllah akan berkat ilmu yg kita amalkan . tanpa guru yg mursyid anda akan hilang arah jika ilmu yg diamalkan mendatangkan -ve pd diri . wallahualam .

    amalan ayat kaf 40 haruslah diamalkan 3 x sehari [jika bisa] selps waktu subuh , selepas solat zohor @ asar n slps solat maghrib @ isyaq sehr semlm . barulah ayat ini akan sebati dgn diri . n harus membacakan surah al-ikhlas 100x pd waktu terluang antara solat lain .

    sbg cth , membaca selps solat subuh , asar n isyaq . di mana ada kekosongan pd solat zohor n maghrib , maka bacalah surah al-ikhlas 100x . ia utk counter kepanasan ayat kaf 40 . ada juga ayat2 lain yg boleh dipakai , bergantung kepada pakaian diri . xsemua org mempunyai surah @ ayat yg sama utk pakaian diri . wallahualam .

    tatacara membacanya juga ada , bukan main redah jer . sy kena bertanyakan saudara webmaster jika dibenarkan utk menceritakannya dlm post ayat kaf 40 di kemudian hr , kita perlu berpegang kepada sabda Nabi Muhammad SAW seperti di bawah .

    تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
    كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
    Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
    nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
    عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
    رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
    Dari salmah katanya :
    Rasulullah s.a.w. bersabda :”Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah ku ucapkanmaka menepati tempat duduknya di neraka.” . Hadis sahih riwayat Muslim

    Jika salah n silap , ku pohon sepuluh jari kemaafan . Tq n Wassalam .

  114. Bahabugis says:

    Salam Mas Jalanakhirat saya ingin mengamalkan dan Kaf 40 ni harap Tuan nyatakan mcm mana saya ingin mendapat Ijazah untuk diamalkan TKaseh Tuan SALAWAT

  115. hamba allah says:

    asalamualaikum…..
    apakan amalan ini dapat dilakukan ( diamalkan ) tanda mendapatkan ijazah ?

  116. hamba allah says:

    maaf … salah tulis… maksudnya bolehkah qaf 40 ini diamalkan tanpa mendapatkan ijazah sebelumnya ?

  117. hairul says:

    untuk sesepuh..semua ini rasanya nama jin belaka.kita tidak boleh mengamalkan kitab taurat zabur injil lagi kerana telah turun al-Quran.mengamalkannya semakin panas.jin kafir dan bosnya iblis amat suka jika manusia mengharap bukan pada Rabnya.carilah orang yang boleh berdailog dengan jin dan tanyakan tentang ayat ni.jin zaman nabi sulaiman lg bagus.kembalilah kepangkal jalan.bertawasul dan meminta hanya kepada Allah.percayalah hidup anda tidak menjadi lebih baik jika mengharapkan sesuatu dari amalan ini.hanya gah dengan khadam sebenarnya jin.aku yang pernah merana kerana tidak meminta kepadaNya semata-mata.

  118. aalkahfi says:

    pandanglah allah pada sesuatu, pasti tuan tidak akan lihat lagi yang mana salah yang mana betul , tetapi kalau tuan masih melihat ada betul dan ada salah, sebenarnya diketika itu tuan telah terlepas dari memandang “DIA”

    • juragan fakir says:

      antara yakin dan ragu merenungi hidup tanpa arah tujuan, mengarungi gelapnya samudra kehidupan tanpa tali sayariat ku terombang ambing dibawa gelombang ketempat hampa, sunyi tanpa aktifitas, disana kudapatkan tangga berupa cahaya kehidupan, terasa tenang hati ini bisa kembali kejalan yg benar, dgn safaat baginda rasul sang penuntun hidup penghibur lara.

  119. Abi Akyrar says:

    dulu pernah saya amalkan .tapi sekarang dah dilupakan-tak pasti hukumnya

  120. Mubarak says:

    Salam tuan semua,

    Pujia-pujian bagi Allah dan rasulnya…Sesungguhnya kekuasaan Allah itu meliputi segalanya baik yg zahir dan yg batin…

    Saya ada soalan. Dimana untuk dapat ijazah bagi memegang ayat ini? Boleh sesiap yg berkenaan ijazah kan saya?

  121. Apriputra says:

    Assmulaikum bpak yg brshaja,

  122. Hamba Allah says:

    Bolehkah sy mengamalkan ayat ini? mohon diijazahkan :)

  123. hairul asri says:

    Assalammualaikum Jalanakhirat,
    Saya berumur 37 tahun, Saya mengalami penyakit misteri ini dari tahun 2010 hingga lah sekarang, simptomnye seperti TIDAK BOLEH TGK BENDA YG KOTOR, KAKI MENJADI SEJUK 24-7 SEPERTI AIS, MEREMANG SELURUH BADAN. banyak tpt perubatan sudah saya pergi termasuklah ustaz2, ada sebahagian tpt mengatakan didalam diri saya ada Kitab lama, pedang dan KAF40 yg saya sendiri tidak tahu asalnye, setelah di usul ada yg mengatakan ia nye dari atuk dan opah sebelah ayah, sememangnya atuk dan opah saya dahulu mengubat org semasa hayatnya. dalam ramai2 adik-beradik saya telah di pilih utk meneruskan amalan itu, walaupun tidak berminat tetapi di khuatiri memudaratkan diri saya jika tida mewarisinya itulah yg dinyatakan oleh org2 perubatan. perlukah saya mengamal kan ayat KAF40 ini @ mencari guru kerana saya tidak tahu dimana awal dan akhirnya bantu lah saya mencari jalan yg benar.

    Terima Kasih.

  124. black says:

    Saya amalkan satu kaf saja.. kaf ha ya ain sod saja… walaupun saya tak tau makna dia.. saya tetap amalkan sebab ayat alquran.. takda la banyak kaf seperti tuan.. saya pun teringin nak amalkan.. tetapi saya tak tau makna dia.. kalau boleh tuan perjelaskan maknanya secara terperinci.. kalau nama auliya.. boleh tak sebutkan satu persatu nama depa?? sebenarnya, alam nusantara ni mempunyai ilmu yang sangat luas.. adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengasingkan yang mana hak dan yang batil.. kalau tuan boleh membuktikan ilmu tuan adalah betul.. semua orang yang komen kat sini puas hati..

  125. Sebagai pewaris, sebaiknya amalkan kaf 40 itu. Siapa tahu anda bisa sembuh. Biasanya dengan kaf 40 itu pula penyakit anda bisa sembuh. Coba saja bacakan di air dalam gelas putih polos, lalu minum. Lakukan setelah shalat fardhu.

  126. Fathul Ahadi says:

    Allahu akbar..begitu banyak kekayaan ilmu dalam islam,salah satunya adalah Kaf 40..walau agak berbeda dalam pengamalan seperti yang saya terima dari guru saya,namun bukan berarti salah satu nya adalah salah.lain padang lain belalang,lain cara lain pula syarat syaratnya..namun pada intinya marilah kita gunakan ilmu ini untuk menegakkan kebenaran..mksh..http://doamustajab.16mb.com

  127. abdulah patulum says:

    mohon ijin tuk mengamalkan

  128. faizol says:

    Hizib Kaf 40 mmg panas..saya telah mula amalkan Hizib Kaf 40 ini setelah diijazahkan oleh seorang guru usuluddin, terasa panas badan,muka dan mata kemerahan kerana panas..

  129. ismadi says:

    Assalammualaikum saya ingin mengamalkannya boleh. Perlu diijazahkan ker

  130. makbuli warrak says:

    ma wa da ullama lazi un sawa ti?YA ALLAH ….wah lul kita bila na syaun syurgati…waheeya lul muk min..hazroo bill ala min tum sodiihii

  131. mohd atar says:

    assalamualaikum. saya terima ayat kaf 40 ni pada sekitar 2003 daripada sheikh zakaria bin ahmad wan besar. maaf, hasilnya mungkin berbeda antara individu. saya pernah amalkannya 40kali selapas solat waktu selama 40 hari. sheikh pesan, niat kerna ALLAH. Alhamdulillah, saya tak terasa panas atau apa2. sehingga hari ni saya masih amal tapi taklah sebanyak 40kali. cuma 3 kali sahaja. ini antara khazanah ulama silam yg masih ada. kpd yg nak kata ini haram, terpulanglah kpd anda. Anda lbh alim.

  132. hafizuddin says:

    aq sebenarnye nak jugak ayat nie tapi ade org ckp lebih baik kito terima dari guru kite lagi bagus….aq baru umur 17 tak pe ke aq ambil ayat dan amal

  133. ada kah yang boleh mendatangkan rezeki??? kalo ada tlg bagi sa ayat tu.. thanks… kirim d facebook saya… thanks…

  134. effendi says:

    tak payah laaa amalkan ayat yg tak jelas asl usulnya, sia sia aje. amalkan membaca ayat suci al quran setiap hari, itu yg lebih baik dan terjamin.

  135. Ultufbina says:

    Bainal kaaf wan nuun … terdapat rahsia yang tidak dapat di ungkapkan dengan perkataan..

    Saya pun telah menerima ijazah ayat ni dari anak sulung seorang ulamak terkenal di Malaysia (ulamak ini sudah meninggal, beliau dulunya adalah syeikh tariqat sufiyyah). Alhamdulillah..

  136. hj imron says:

    Insyakallah sesiapa saudara muslim yg ingin mendapat ijazahkan 4o kaf ini bolelah mehubungi Tuan hj imron. emailnya muhamadamran@gmail.com.

  137. hanya jauhari yg mengenal manikam…

  138. dalam kitab PAGAR HIKMAT karangan TOK JANGGUT yg sy jual pun ada kaf 40 ni berserta IJAZAHnya kepada pembeli kitab..

  139. susen says:

    SALAM,SMGA KTA DPT MNFAAT..AMIN

  140. hamba Allah says:

    Kaf 40 adlah amalan2 para2 wali Allah…xada apa y ptt di kuatiri lg tp if kuatir x payah amal..amalan kaf 40 mgikut prjalanan persilatan tak sama dgn mgamal mgikut perjalanan aulia Allah…so bergurulah dan mtx lah ptnjuk dr y maha agung

  141. Musafir says:

    Salam hormat
    Bagi Allah itu akan memperkenankan setiap apa yg kamu pinta cuma apa yg kamu pinta itu kadangkala tidak seperti apa yg kamu hajatkan. Seperti kamu berdoa meminta kaya pada harta tetapi kamu tetap fakir padahal apa yg kamu pinta itu Allah gantikan dgn perkara yg lain seperti kesihatan dan keselamatan. Kerana itu lebih baik bagi kamu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbit dalam hati kamu samada yg buruk atau yg baik. Kamu boleh amalkan apa sahaja perkara diatas muka bumi ini kerana itu adalah hak kamu menuntut keatasnya. Tetapi bagi mereka yg telah baqa rohnya kpd Allah tidaklah dia menuntut sesuatu selain drp Allah. Tidak ada kehendak baginya atas syahwatnya. Tidak ada baginya memandang kpd manusia selain kasih ia kpd sekelian makhluk. Tidak ujud baginya sifat menilai makhluk untuk membatilkan hak sesuatu keatas makhluk. Tidak ia membenarkan dirinya atas syahwatnya kerana dia telah memandang dan tenggelam kpd sifat jamal, kamal, jalal dan adzim Tuhannya dgn musyahadah yg sempurna dan tidak pula ia meminta kasyafnya melainkan apa yg dikehendaki oleh Tuhannya.
    Kami tidak meminta kalian menilai kami kerana kami tlh beristirehat dari kebimbangan dunia. Jauhkan sangka2 kalian terhadap sesuatu yg kamu sangka baik bagi kamu pada hal kamu tidak tahu dimana kebaikan itu. Melainkan kamu telah benar2 mengenali Tuhan kamu. Atau kamu telah berkata kami telah kenal akan tuhan kami padahal sebenarnya tidak yg sedemikian. Kamu adalah pendusta pada ayat2 Tuhan dengan kamu berkata ya Allah aku telah mengenal hakikat engkau pada hal kamu hanya mengetahui amat sedikit drp ilmu2 Allah. Kemudian kamu terjemahkan akal2 kamu dalam bentuk ilmu ketuhanan yg melampaui batas. Seolah2 kamu berkata kamu telah mengenal af’allullah, asmalullah, sifatullah dan zatullah. Sesungguhnya itu adalah istidraj yg amat nyata kerana org2 yg telah wasil tidak memperlihatkan ilmunya melainkan dgn mengajak manusia kpd mencintai Tuhan dan Rasulnya. Mempersiapkan dirinya kpd tugas kekhalifahannya yg mewarisi nabi2 dan hakehat ulul adzmi dan risalahnya. Mengajak manusia beramal soleh dan mempersembahkan amal kpd tuhannya.
    Tiada salahnya bagi kamu mengamalkan mentera atau jampi dan apa saja tetapi setiap yg awal ada akhirnya. Setiap yg terbentuk ada pasangannya. Syurga neraka, terang gelap, bijak bodoh, baik buruk. Dan setiap sesuatu ada janji Allah. Allah makbulkan permintaan kamu atas apa yg kamu pinta. Tetapi barang yg menuntut kelebihan pada dunia akan meninggalkan akhirat dibelakang dan apakah kamu telah melaksanakan akhirat seperti ahli2 zikir yg hakiki, yg benar kesufian mereka sedangkan mereka tidak mengetahui iman mereka dan mereka sgt takut berkata kami adalah org2 yg beriman. Mereka hanya milik Allah sahaja dan merantau jiwa mereka ke alam kehambaan yg sempurna. Mereka tidak beramal kerana sesuatu kerana bagi mereka itu adalah syirik yg memisahkan drp tuhan mereka. Dan Allah menegaskan mereka yg berkehendakan dunia pasti dpt dunia dan tidak mendapat akhirat dan bagi mereka yg berkehendakan akhirat akan dapat kedua2nya dunia dan akhirat. Mereka memiliki yg maha kaya, yg maha berkuasa, yg maha besar iaitu Tuhannya.
    Apa pun ilmu dan mentera yg kamu amalkan kerana terdorong oleh niat akan sesuatu pasti Allah kabulkan tetapi barang yg sedemikian adalah pemberian dari sifat kemurkaannya. Adil lah dgn sifatnya yg maha pemberi. Apakah dgn murkanya Allah itu Dia meredhai kamu? Dan apakah maksud kamu memohon keredhaanNya? Setulin2nya sifat hamba itu dia memandang
    Allah dimana sahaja dia berada, dia memandang Allah itu terlebih dekat dari urat lehernya, sentiasa berubudiyah, mengasihi tuhannya kerana dia sebagai hamba, memandang zat Allah yg meliputi sekelian makhluk. Adakah kamu telah benar2 bermusyahadah dgn roh kamu? Atau kamu hanya ada ilmu untuk bercerita sahaja.
    Ilmu yg bakal kalian cuba amalkan ini adakah akan membawa kamu kpd jalan keimanan dan menjadi hamba yg sempurna seperti yg dituntut Allah? Kalau ada yg beramal selain drp berkehendakan atas syahwatnya atas fadilat2, atau yg beramal dgn tidak mendokong diri dgn rasa taqwa atau tidak membawa kpd bertaubat kpd Allah atau ingin menunujukkan kelebihan, atau memang selalu meninggalkan solat, puasa, zakat dan sebagainya pasti runtuh lah akhlak kalian dan runtuhlah agama. Yg dapat hanyalah fadilat yg kalian pinta dan apakah tuhan merestui amalan kalian? Tidakkah kamu terfikir bahawa sesuatu yg tercedera itu akan menghalang kamu drp mendekati Allah. Pasti kalian terfikir bahawa ilmu bila menjadi adalah atas izin allah. Ya benar tetapi tidak kah kalian terfikir pada yg sama Allah dan malaikat melaknat kamu dgn sifat2 tercela dalam hati kalian.
    Serendah2 iman itu adalah org mukmin yg menyerah diri kpd Allah dgn ikhlas. Tidak ada sesuatu selain maksudnya kpd Allah. Jadi mereka tidak hairan dgn ilmu2 dunia yg kalau tidak menghampirkan dirinya kpd Allah. Cahaya zikir yg terang dilihatnya lebih baik drp ilmu yg boleh istidraj (tercedera) iman mereka. Hanya mereka yg gelap hatinya sahaja yg suka kpd hal ehwal dunia dan ilmu luarbiasa yg bakal menjadi penghalang untuk mereka istiqamah membuat ibadat dan kekal ubudiyah.. Biar seluas lautan pun kamu bercerita ilmu tentang hal ketuhanan dan rahsia2nya pastinya tidak sama seperti org2 yg telah merasai maujudnya Allah dan mereka2 ini tidak pernah berbohong dan bercerita kpd umum kerana pastinya akan menjadi fitnah. Oleh itu mereka sgt menyimpan rahsia kerana dalam rahsia itu ada hakekat iman dan islam. Sehingga dtg seruan pd mereka untuk melaksanakan tugas mentarbiyahkan dan membawa risalah nabi.
    Mereka diberi ilmu oleh Allah dgn senjata2 kekhalifahan untuk mengajar manusia dgn hak tentang hal ehwal langit dan bumi yg tujuh lapis dan kursi, arasy, nur muhammad, bukit qaf, tangga mikraj dan loh mahfudz dgn roh mereka meliputi ke setiap alam sehingga lah ke alam malakut, jabarut dan alam lahud. Kerana disitu lah tempat untuk mengajar manusia kembali kpd tuhannya dan bertauhid kpdNya yg menjadikan sekelian makhluk. Kembali menjadi hamba Allah yg sebenar2nya dituntut.

  142. Rzan Innayatullah b. Zainul says:

    sesungguhNya segala ilmu2 yg dipelajari di langit tak kira ilmu robbani,ilmu putih & hitam serta apa yg dipelajari dibumi tak kira ilmu robbani,ilmu putih & hitam semuanya hak milik mutlak bagi Allah yg tidak ada sekutu bagiNya & tidak ada langsung pencipta ilmu yg setanding & selayakNya hanya Senya Allah yg Haq Mutlaq Ketunggalan penuh SirnaNya.ALLAHUKBAR…

  143. Menurut guru saya kaf40 ni diambil daripada ayat2 drp AQ. Sebenarnya, kaf40 ni dibaca untuk memanggil sifat ketuhanan dlm diri kita supaya keluar menolong kita. Tapi awas, kaf40 ni boleh menjadi panas jika kita tidak ada ismu zat iaitu zikir Allah2. Ini kerana kaf40 ni duduk di atas sifat tuhan. Jadi, kalau nak amal biar habis maqam tahlil kalau dalam tareqat naqshbandi…

  144. Rzan Innayatullah b. Zainul says:

    benar…sebaiknya dibawah pantauan guru yg benar2 mursyid di sisi Allah @ mendapat latihan kerohanian yg benar2 sampai kpd tajallinya supaya dgn izi nNya sudah benar-benar maqamat dalam mengawal cahayanya yg panas menjadi terkawal & seimbang lantas empunya diri mendapat keredhoan,insyaAllah….

  145. adnan says:

    ape beza ayat kaf 50 dgn ayat lima y diambil dari 5 surah dlm al quran y setiap satu ayat mnpunyai 10 kaf besar jdi setiap 5 ayat mnjdi nye 50 kaf..
    ayat 1 dri al baqarah ayat 246
    ayat 2 dri ali imran ayat 181
    ayat 3 dri an nisaa ayat 77
    ayat 4 dri al maaidah ayat 27
    ayat 5 dri ar radu ayat 16
    tiap2 satu dri lima ayat trdpt 10kaf besar, disebut ayat lima atas 50kaf..

  146. adnan says:

    assalammualaikum… pd saudara2 agamaku islam…
    doa kaf 40@50 ni ape beza dengan doa ayat lima yang di amal di waktu nabi kita berperang..
    kpada saudara2 ku seagama yang lebih arif dan brilmu…sy meminta pndapat dengan doa ini..
    “doa ayat lima” dengan kaf50 ini adakah berbeza..
    doa ayat lima @ kaf50
    ayat 1. yang diambil dari surah al-baqarah pd ayat 246.
    ayat 2. yang diambil dari surah ali- imran pd ayat 181
    ayat 3. yang diambil dari surah an-nisaa pd ayat 77
    ayat 4. yang diambil dari surah al-maaidah pd ayat 27
    ayat 5. yang diambil dari surah ar-radu pd ayat 16
    dalam kelima2 surah ini, setiap satu ayat mengandungi 10 KAF BESAR.
    maka bg kesemua ayat dalam surah ini menjadinya 50 KAF SEMUANYA…
    ayat ini yang dinamakan dengan
    “ayat lima” atau nama lain “doa KAF50″
    Sy mohon pandapat pd yang arif dan berilmu tentang doa ini..wasalam…

  147. adnan says:

    penuh dgn ilmu.

  148. ichsan says:

    trimah kasih ats di bukanya rahasia ilmu kaf 40 mohon izin kepada pemilik untuk mengamalkannya

  149. hamba Allah says:

    Kenapa ia berlainan dari apa yamg giru saya ijazah kn.mohon pencerahan

  150. NadmaH says:

    maaf yaaa, yang saya dengar dan faham bahawa Kaf 40 ni hanya sebagai mentera jampi sahajaa. yang di buat amalan seharian.

  151. mohon izin untuk mengamalkannya .qobiltu dengan mengharao ke ikhlasan …semga alloh membalas dangan gang lebih baik.

  152. amier says:

    Salam… Bagai mana pula dengan hal saya di datangi mimpi seorang tua janggut paras dada di bawah pokok yang rendang di tepi sungai yang jernih airnya dan memberitahu saya suruh saya amalkan kaf40… Dan cara dia cakap pelat jawa… Sehingga sekarang baru saya tahu bahawa ada amalannya… Tetapi sebelum ini saya bacakan sahaja pada orang yang dirasuk syaitan laknatullah tanpa amalan yang di nyatakan oleh tuan alhamdulillah berhasil… Saya ingin bertanya pada pendapat tuan tentang hal saya ini… Harap di jawab, salam…

  153. SHAHRIZAL B SHAHMIMAN says:

    Kepada yg menyampaikan mohon diamalkan ayat KAF40 ini..Semoga ALLAH S.W.T merahmati usaha murni ini.Adakah salah sekiranya diamalkan tanpa di ijazah.Mohon dimaklumkan.Terima Kasih kepada yang menyampaikan.Syukur ke hadrat illahi kerana memberi ruang untuk mencari ilmu yang tidak pernah saya ketahui selama ini..Alhamdulillah

  154. eddy says:

    mohon ijin dan restu serta ijazah nya untuk saya amalkan..

    terimakasih

  155. FANSURI says:

    BERIKAN SUMBER YANG UTUH DALAM MENGUATKAN HUJAH BAHAWASANYA AYAT INI PERNAH DIGUNAKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH DAN KHALIFAH.

    BERIKAN PENGERTIAN DAN TERJEMAHAN UNTUK SETIAP AYAT KAF 40, SUPAYA TIDAK MENJADI KEKELIRUAN KEPADA MANUSIA YANG BERTAUHIDKAN PADA ALLAH SWT.

  156. FANSURI says:

    ULAMA MUKTABAR MANAKAH YANG MEMBENARKAN KESAHIHAN AMALAN INI Kaf 40 & 50?

    MENGAPA DIPERLUNYA KEBAL? MENGAPA DIPERLUNYA SUPAYA MUSUH TAKUT ? ADAKAH RASA DIRI TERANCAM DENGAN MUSIBAH ?

    CUKUP LAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG. ALLAH BERKUASA ATAS TIAP SESUATU.

    SETELAH MEMBACA KOMEN, ADA YANG MENGATAKAN AYAT INI MEMPUNYAI KHADAM. JIKA ITULAH YANG DIBUKTIKAN, IA ADALAH SALAH. SESUNGGUHNYA KHADAM ITU ADALAH TIPU DAYA JIN. MATLAMAT TIDAK HALALKAN CARA.

    SAYA TIDAK MENGHUKUM AMALAN INI SESAT, TETAPI HARUS BERWASPADA. KETAHUI SUMBER, TERKADANG ILMU HIKMAH SEPERTI YANG DIAMALKAN ORANG DULU KALA HINGGA KINI ADA SIMPANG SIURNYA.

    SATU PERKARA LAGI YANG SAYA INGIN NYATAKAN BAHAWA QURAN ADALAH PENAWAR DAN UBAT. JADIKAN QURAN SEBAGAI AMALAN. JIKA MAMPU, 30 JUZ DI DADA DAN DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. QURAN BUKAN MAKHLUK, IA MERUPAKAN KALAM ALLAH.

    ========================================

    Imam Syafi`i rahimahullah berkata bahawa al-Qur`an adalah kalam Allah, bukan makhluk. Dan barangsiapa yang mengatakan al-Qur`an makhluk, maka ia kafir. Imam Ahmad bin Hanbal pun mengatakan hal yang sama dalam Ushulus-Sunnah. Al-Bukhari berkata, “Al-Quran adalah Kalam Allah bukan makhluk, perbuatan hamba ialah makhluk dan imtihan (pemeriksaan aqidah dalam bab ini yakni bab al-Lafz bil-Quran) adalah bidaah”. Jelas Al-Bukhari berpendapat perbuatan makhluk adalah makhluk juga, namun talaffuz dengan Al-Quran dikecualikan.

    Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah mengatakan dalam kitab al-‘Aqidah al-Wasithiyah:

    “Termasuk beriman kepada Allah dan kepada kitab-kitab Allah ialah, beriman bahwa al-Qur`an Kalam Allah yang diturunkan dan bukan makhluk”.

    • ahmad says:

      Biasanya untuk self defense diamalkan. Anak bini lah tanggungjawab kita. Inilah satu daripada sebabnya orang orang dulu mengamalkan ayat2 hikmah. Bukan untuk kebal semata mata, tetapi untuk kebal, kuat etc bila diperlukan atau terpaksa. Ingat bukan ayat yang memberi bekas. Hanya Allah semata mata yang boleh. Ayat apa pun walaupun al quran tidak boleh memberi apa2 bekas. Hanya Kuasa Allah semata mata. Itu yang ada orang mengamal ayat itu dan ini tidak mujarab. Baca ayat kursi hantu syaitan tak lari, pasal apa?

  157. Tuan jalan akhirat,
    posting yang sangat baik dan bagus untuk pengembangan ilmu dan amalan zikrullah,dan amalan ini adalah amalan tokoh-tokoh ulama kelantan dan terengganu cakap atuklah,(arwah-beliau mempelajirinya dari salah seorang ulama di kelantan ketika mudanya).bagi mendapat ridho Allah swt semata disamping amalan zikrullah yang lain serta selawat,saya dapat amalan ini dari atuk saya di tahun 1997 sudah 17 tahun,Alhamdulillah masih mengamalnya,dalam agama islam ilmu itu adalah lebih baik afdal jika di ajar dan sebarkan untuk mafaat seluruh ummah islam disamping melembutkan jiwa dan sentiasa mengingati Allah dan Rasul-nya.
    Sesungguh hizb dan zikr serta doa sangat banyak dalam agama islam andai istiqamah dalam pengamalan satu zikrullah pun sudah sangat bagus.

  158. saya says:

    yg pasal khadam tu tlg explain sikit…xdetail lah..tlg bg pencerahan pd sy yg xtau ni…khadam mmg wujud ke..?atau jin.?sy dgr ceramah dri ustadz ckp manusia xboleh bkwn dgn jin..

  159. lie says:

    Assalmualaikum warohmatullohi wabarokatuh….
    Semoga sampean beroleh sejahtera dan barokah.
    Dari atas hingga terbawah hamba baca komentar sampean tetapi tidak terpandang nama As-Sheikh AL-Qandias…..atau ditanah jawi ini ada yang menyebut Sheikh Kundayas. Apa ada yang tertinggal barangkali ?

  160. Normally I don’t read article on blogs, however I would like to say that this write-up
    very forced me to try and do it! Your writing style has been surprised me.

    Thank you, quite nice post.

  161. pada yang kurang ilmu seperti saya juga, setelah membaca komen-komen diatas, teringat saya bahawa dalam alquran ada juga huruf-huruf putus-putus dan bersambung-sambung; contoh ya siin, Haa mim, Kaf Ha Ya Ain Sod dan yang selalu nya, aliff Lam Mim. In semua daripada Al Quran.
    berbalik kepada catatan empunya blog, terdapat 103 kitab selain atau sebelum Al quran diturunkan dan kaitan dalam rukun iman. Setentunya atau barangkali juga Kaf 40 ini dari kitab-kitab yang sebanyak 103. Maka saya berpendapat, jangan kata Kaf 40 ini khurafat dan sebagai nya. Itu sebab kena berguru ataupun berijazah dari guru yang betul. Kalau tak berguru, maka secara otomatik guru nya adalah syaitan/iblis yang membisikkan fitnah ketelinga manusia tanpa henti-henti. Sama juga lah kalau guna alquran nak buat obat, tapi bacaan nya tak betul, maka bacaan nya menjadi sihir yang dinampakkan kepada pembaca tadi bahawa kemujaraban ayat itu dari Allah, tapi sebenarnya syaitan/iblis yang membantu nya. Disebabkan bacaan tak betul dan kemujaraban terjadi, maka terbina lah sifat riak/takbur sehingga nasihat orang lain dah tak diambil peduli. kalau salah tolong betulkan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s