Syiah



Syiah (شيعة Syi’aṯ) ialah salah satu mahzab terbesar dalam Islam selepas Sunni.Muslim Syi’ah mengikuti Islam sesuai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi’ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama seperti juga Sunni menolak Imam Syi’ah. Bentuk tunggal dari Syi’ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. .Kebanyakan Sunni islam mengatakan bahawa mahzab syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam [perlu rujukan]

Aliran

Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua belas atau Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah Ismailiyyah, Zaidiyyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Druze juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syaih lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimid. Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Siria pula mempunyai bilangan besar golongan Druze dan Alawi.

Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan KeturunanNya menjadi pemimpin umat Islam dan hendak lah bersatu di bawah Pemimpin.

Pergerakkan Hizbollah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua belas.

Di Malaysia,fahaman Syiah sering tersalah kerana sebahagian ulama menganggap Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba, tetapi sebenarnya ia adalah kaum Ghulat yang menggunakan nama Imam ALI untuk mendapat kepercayaaan orang-orang Arab menentang Utsman. Pada ketika itu pusat pemerintahan Ahlul bait berada di Iraq.Maka Syiah ini dekenali sebagai Syiah Sabahiyyah yang telah difatwakan oleh Ulama Syiah Imamiyah sebagai ajaran sesat kerana telah memalukan mazhab Ahlul bait ini sehingga sekarang.

Mengikut pandangan Syiah

Pengertian syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur’an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,”Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci”.

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,”Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah”.

Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,”Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya”.

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAW lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 – Surah al-Bayyinah, Nabi SAW bersabda:”Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai”, dan sabdanya lagi:”Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti”.

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur’an dan Hadith Nabi SAW.

Yang dimaksudkan oleh oleh alquran dan hadis itu bukanlah kata khusus kepada puak syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan ibrahim as, golongan yang derhaka, golongan musa as. Bahkan rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. golongan ketiga itu masuk syurga. terbukti golongan pertama dan kedua itu puak syaih dan khawarij. ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja’fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja’far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja’far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.

Sila rujuk: Al Jam’iyah Al Khairiyah.

Aqidah

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:

* Tawhid – Bahwa Allah itu Satu

* Nubuwwah – Bahwa Nabi dan Rasul yang ma’asum dilantik oleh Allah untuk mengajar and membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.

* Qiyamah – Bahwa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat

* Adalah – Bahwa Allah s.w.t. itu Adil

* Imamah – Bahwa Allah s.w.t. melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam dan juga Rasul. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul maupun seorang Nabi tetapi Imam.

Percanggahan dengan Sunni

Puak sunni kumpulan orang Islam yang yakin berpegang pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.Perbalahan antara Puak Sunni dan Syiah bermula setelah pemerintahan keturunan Umaiyyah telah mencuba sedaya upaya untuk mengelak jatuhnya kuasa politik pada tangan Ahlul bait lalu telah mereka mengambil jalan menghina dan mengfitnah keturunan Rasullah dan Pengikutnya setiap kali Khutbah solat jumaat.Maka sehingga hari ini,segala api fitnah yang diasaskan telah menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.

kajian dan penyelidikan yang niuteral sedakan syeikh alhazhar, Syaikh Mahmud SyaltutDia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu l-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina l-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kairo, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:

1. “Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain – yang manapun juga – dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu…..” Kemudian dia berkata lagi:”Sesungguhnya mazhab Ja’fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi’ah Imamiyyah Ithna Asy’ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain….” “Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan ‘Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran….”

2. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi’ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.

3. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).

4. Banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyokong dakwaan akan menerangkannya kepada kalian nanti.

5. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi’ah. Sila lihat buku Syi’ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu’ (Syi’ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu’) dan juga buku al-Muruja’at (Dialog Sunnah – Syi’ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.

Perbezaan Sunni dengan Syiah

Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:

* Khalifah diwasiatkan secara nas

* Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah

* Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasullah

* Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin

* Menghalalkan nikah Muta’h yang diharamkan

* Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab

* Menolak Qias

* Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir

* Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

14 Responses to Syiah

  1. SA'AT BEDAN berkata:

    Syiah bukan mazhab tetapi fahaman kafir. Perlu diambil pertimbangan.

    • Wan berkata:

      Salam.

      Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kebenaran di sebalik syiah, anda dijemput menghadiri ceramah eksklusif “BAHAYA SYIAH”….

      ..anjuran ISMA DHL & Pembina Cawangan Bangi dengan kerjasama dan sokongan Kelab Kebajikan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM (KESUTRA) dan Fikrahislam.com.

      Berikut adalah butir-butir mengenai ceramah ini:

      Tarikh: 28 Mei 2011 (sabtu)
      Masa: 9 pagi – 12 tengahari
      Tempat: Dewan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM),UKM, Bangi.
      Penceramah: Ust. Mohamad Bin Ismail (Berpengetahuan luas mengenai Syiah)
      Yuran: Pelajar RM5 dan Bukan Pelajar RM10
      Kapasiti : 100 orang sahaja

      Di dalam sesi soal jawab, anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai Syiah…

      Untuk maklumat lanjut,

      Anda juga boleh melayari:
      http://ismadhl.com/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
      http://www.fikrahislam.com/event/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
      http://joomlahusrah.blogspot.com/

    • bajang lombok ( http://muhrikaiziblogspotcom.blogspot.com )
      jangan asal ngomong aja,coba kamu lihat sejarah apa asal usul syiahdan apa itu sunni.syiah itu pembela ahlul bait ( keluarga nabi saw),siapa yang tidak membela keluarga nabi berarti dia itu bukan islam dan barang siapa yang membela keluarga nabi saw adalah pengikut nabi saw,coba kamu lihat dalam sejarah tragedi di padang karbala keluarga nabi saw dibantai oleh orang – orang yang mengaku islam tetapi mereka adalah kafir(pengikut mawwiyah,bani umayyah, yang menganggap diri mereka sunni,coba kamu pikir kamu mengaku pengikut nabi saw tapi keluarga nabi kamu bunuh apakah itu yang dinamakan mencintai nabi,kalau kamu memang mencintai nabi saw kenapa kamu tidak membela keluarga nabi dan bahkan kamu menghina dan mencaci maki keluarga nabi saw,coba kau fikirkan wahai sobat…..

    • Combro berkata:

      boy, yang namanya golongan adalah mazhab, bahasa melayu fahaman (lol, sorry)… ente juga pasti ikut fahaman tertentu, ga mungkin… semua fahaman tidak ada nash qat’i di dalam alquran yang palng adalah dia, jadi gak baik boy marah-marah seperti itu,islam bukan milik ente, jadii kalau mengakui muslim belajarlah ahklak islami

  2. panglima berkata:

    PENULISAN YANG MERBAHAYA…
    KEBENARAN SUNNAH TIDAK BOLEH DIKELIRUKAN DGN SYIAH…

    • Combro berkata:

      panglima, apa ada nash yang pasti kalau syiah kamu itu (paham yang kamu anut itu) paling benar?? kalau tidak ada anda bersikap tidak islami, melebihi Nabi.. belajar berakhlak Islam selagii masih diberi waktu

  3. Tgk. Abdullah jambi berkata:

    Jika syi’ah tidak memengang qiyas n ijma’ dalam menetapkan hukum haditsah bagaimana ya… Karena al-qur’an tidak diturunkan lagi sementara rasul saw telah wafat.

  4. Togok Pailang berkata:

    assalammualaikum….
    maaf yer…bg pendapat saya syiah tu tidak kafir tetap islam cuma ada perbezaan Madzhab dan segelintir pengikut syiah yang terlalu fanitik yg dikata kan sesat.

    Cuma Sedikit perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab Empat/Ahlul Sunnah mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari Kebangkitan).
    Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur’an adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAWA, tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Uthman yang digunakan oleh seluruh umat Islam

    Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah mengenai ayat al-Qur’an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.

    Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadat, Sembahyang, Puasa, Zakat dan Haji.

    Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan jihad.

    fahaman Syiah sering tersalah kerana sebahagian ulama menganggap Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba, tetapi sebenarnya ia adalah kaum Ghulat yang menggunakan nama Imam Ali untuk mendapat kepercayaaan orang-orang Arab menentang Uthman. Pada ketika itu pusat pemerintahan Ahlul Bait berada di Iraq. Maka Syiah ini dikenali sebagai Syiah Sabahiyyah yang telah difatwakan oleh Ulama Syiah Imamiyah sebagai ajaran sesat kerana telah memalukan mazhab Ahlul Bait ini sehingga sekarang….

  5. elfan berkata:

    APAKAH ADA KETURUNAN AHLUL BAIT?

    Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

    1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah terdiri dari isteri dari Nabi Ibrahim.

    2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah meliputi Ibu kandung Nabi Musa As. atau ya Saudara kandung Nabi Musa As.

    3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

    Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

    Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

    1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW, sayangnya kedua orang tua beliau ini disaat Saidina Muhammad SAW diangkat sbg ‘nabi’ dan rasul sudah meninggal terlebih dahulu.

    2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW, tapi sayangnya saudara kandung beliau ini, tak ada karena beliau ‘anak tunggal’ dari Bapak Abdullah dengan Ibu Aminah.

    3. Isteri-isteri beliau.

    4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan ‘nasab’-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa, sehingga anak lelakinya tak meninggalkan keturunan.

    Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam.

    Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita anggap bernasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah?. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.

    Kalaupun kita paksakan, bahwa anak Bunda Fatimah juga ahlul bait, karena kita mau mengambil garis dari perempuannya (Bunda Fatimah), maka untuk selanjutnya yang seharusnya pemegang waris tahta ahlul bait diambil dari anak perempuannya seperti Fatimah dan juga Zainab, bukan Hasan dan Husein sbg penerima warisnya.

    Dengan demikian sistim nasab yang diterapkan itu sistim nasab berzigzag, setelah nasab perempuan lalu lari atau kembali lagi ke nasab laki-laki, kalau mau konsisten seharusnya tetap diambil dari nasab perempuan dan seterusnya.
    Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

    ليس مِن رجلٍ ادَّعى لغير أبيه وهو يَعلَمه إلاَّ كفر بالله، ومَن ادَّعى قوماً ليس له فيهم نسبٌ فليتبوَّأ مقعَدَه من النار ))، رواه البخاريُّ (3508)، ومسلم (112)، واللفظ للبخاري

    “Tidak ada seorangpun yang mengaku (orang lain) sebagai ayahnya, padahal dia tahu (kalau bukan ayahnya), melainkan telah kufur (nikmat) kepada Allah. Orang yang mengaku-ngaku keturunan dari sebuah kaum, padahal bukan, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka” (HR. Bukhari dan Muslim).
    Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta ‘ahlul bait’.

    Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

  6. Nak tanya sikit ni .. Apa syiah tu termasuk golongan Islam??

  7. Apakah syiah tu termasuk golongan Islam??

  8. mael berkata:

    walau apa pun yang anda katakan tentang Syiah, aku tetap berpendirian selain dari mereka yang berpegang dengan fahaman Ahlus Sunnah adalah sesat belaka..
    Hizbullah dari kalangan Syiah hanya berlakon berperang dgn Yahudi namun sebenarnya mereka membunuh orang2 sunnah!
    Amerika dapat takluk Iraq juga disebabkan Syiah..!
    Syiah membunuh ulama-ulama sunnah, tapi belum satu pun aku dengar orang sunnah membunuh ulama syiah..!
    pada aku Iran yang ‘kononnya’ merupakan ancaman terhadap USA adalah sandiwara belaka…semuanya tipu!!

    aku pernah terbaca akhir zaman nanti umat islam akan berperang..peperangan terbesar dalam sejarah manusia..musuh waktu itu adalah terlalu ramai..ada dua pendapat mengenai siapakah musuh itu..pendapat pertama mengatakan Yahudi..pendapat kedua mengatakan mereka itu adalah Syiah..!!

  9. Mohsin berkata:

    Tunggu lah imam mahadi keluar jika sudah bingung semuanya tidak mahu menkaji Islam. baru tahu itulah cicit nabi ahli bait nabi membawa semula ajaran Nabi yang telah dipesungkan oleh para sahabat juga seperti juga mNabi Musa oleh para sahabat begitu juga Nabi Isa oleh para sahabat juga

Tinggalkan komen