Jimak dan Wasiat Rasulullah saw


“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “

25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

26 Responses to Jimak dan Wasiat Rasulullah saw

  1. Pingback: kiriman blog yang paling banyak dibaca pada 30/12/2010. « neutral

  2. erka berkata:

    24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
    25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
    26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
    27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
    28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
    29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
    30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
    31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka)kan dengan jelas karna saya tidak begitu mengerti,,,,
    tks tolong ya,,,
    maaf tolong di jelasj

    • honey ej berkata:

      kalau anda seorang indo, terjemahkan bahagian yg tidak difahami itu di google translate…ke bahasa indonesia. mudah aje.

  3. akula berkata:

    Salam..
    Minta tolong di sertakan riwayat dan secara lengkap sanad2nya agar diketahui apa hadits ni shohih atau dhoif…
    tq

  4. hafiz berkata:

    Salam, tolong jelaskan maksud dengan lebih mendalam (seperti dibawah). saya kurang faham. Terima Kasih

    Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

  5. Joko hadi santoso berkata:

    Bagus banget semua artikel nya,, semoga Allah membalas smua kebaikan kepada si penulis atau penyusun artikel di situs ini.

  6. anamuslim berkata:

    susah la nk percaya..xde rujukan

  7. loofee berkata:

    aslmlkm wr wb, subhanalloh…
    slm dr Indonesia n izin copaz ust’ utk umat,insyaAlloh.

  8. Razali berkata:

    kepada pemunya blog, adakah mana2 buku/kitab yang saya boleh rujuk untuk entry “Jimak dan Wasiat Rasulullah saw” ini? atau dimanakah saudara mendapat sumber utk entry ini? terima kasih.

  9. malaymind berkata:

    Assalamualaikum…

    Mohon saudara mengkaji kesahihan hadith ini. Mohon benar kepada saudara kerana banyak kekeliruan yang ada dalam hadith tersebut bagi saya yang cetek ilmu dan jahil ini…

    Sekian… Terima kasih.

  10. fazli berkata:

    Assalamualaikum, sebelum ini saya juga ada baca hadis ini, tetapi kawan2 saya bertanyakan tentang kesahihan dan sumbernya.
    Boleh x diberitahu dari mana sumbar hadis ini dan adkah ia sahih?

  11. ahmad fares berkata:

    apakah status hadis ini ?

  12. karim ahmad berkata:

    Pertama kali saya baca hadis ini ada kah hadis paslu atau hadis yang direka2 untuk memalukan Syadina Ali

  13. mindamalay berkata:

    Hadis ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu’ (palsu); juga dihukumkan sebagai hadis maudhu’ (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmu’ah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

    Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

    Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah.

  14. lensahitam berkata:

    adakah ini hadis sahih atau palsu?

  15. Pingback: Jay Blabbers

  16. kamaaldol berkata:

    dari mane datang nya hadis2 ni.. sekadar untuk bacaan boley la,,, wahai saudara ku skalian baca gtu2 ja..

  17. IKMAL berkata:

    MANA SANAD HADIS INI? STATUSNYA? PERAWINYA? banyak sangat bercanggah dengan FIRMAN ALLAH “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223)”

  18. AHMAD berkata:

    SALAM ,TKS ATAS INFO DI ATAS. BOLEH SAYA TAHU RUJUKAN KATA-KATA INI DARI HADIS ATAU KATA-KATA HUKAMA’ DAN KALAU BOLEH SERTAKAN TAJUK BUKU ATAU KITABNYA UNTUK RUJUKAN SAYA. WSLM.

  19. Preman konjo yg berdasi berkata:

    Subhanallah.. Assalamu alaikum n met s0re. Kangen ea…hehehe

  20. Pejuang Allah berkata:

    DARI MANA SUMBER HADIS ?

  21. MindaMalay berkata:

    Salam… Maaf saya nak bgtau… Hadith di atas telah di sahkan sebagai hadith palsu…

    Hadis ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu’ (palsu); juga dihukumkan sebagai hadis maudhu’ (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmu’ah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

    Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

    Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah.

  22. mood berkata:

    Terdapat banyak percangahan…. apa pun jua kemusykilan rujuk kepada alim ulama atau yang mahir…belajar biar berguru…agar tidak sesat..

Tinggalkan komen