Solat boleh mengubati mati pucuk.

solat boleh mengubati mati pucuk.

Israk dan Mikraj adalah suatu peristiwa yang amat besar yang melekat kenangannya di jiwa setiap orang Islam yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Solat lima waktu adalah difardukan di dalam peristiwa ajaib tersebut, Allah mewajibkan solat kepada umat Nabi Muhammad.s.a.w. sebanyak 50 waktu sehari semalam untuk ditunaikan oleh setiap umatnya yang telah baligh. Jumlah itu sangat banyak dan berat untuk ditunaikan. Maka Nabi Muhammad.s.a.w. dengan perasaan kesian kepada umatnya telah berulang alik beberapa kali mengadap Allah untuk diturunkan jumlahnya yang terlalu banyak itu, akhirnya dengan sifat Penyayang Allah jumlah itu diturunkan sehingga 5 waktu sahaja yang wajib ditunaikan dalam jangka waktu sehari semalam tetapi nilai pahala pada solat itu tidak diturunkan, satu fardu solat yang ditunaikan bernilai 10 kebaikan, jumlah nilai keseluruhan tetap berjumlah atau bernilai 50 juga.

Walaupun kewajipan solat telah diturunkan daripada 50 waktu kepada 5 waktu, dalam pada itu masih juga terdapat orang yang terasa berat menunaikannya. gejala ini bukanlah kerana solat itu suatu kerja atau tugas yang berat, mungkin manusia berkenaan tertutup hati dan jiwanya untuk melakukannya disebabkan kekurangan ilmu, hidayah dan taufik. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayan-Nya serta mengilhankan ilmu yang banyak dan baik kepada kita semua. Dengan itu insya Allah kita akan sentiasa menunaikan solat seperti mana diwajib dan juga disunatkan dan lain-lain kewajipan dengan baik dan sempurna.

Kita sering kali mendengar penjelasan dan penerangan di dalah ceramah-ceramah mengenainya bahawa perlakuan solat itu boleh memberi kesihatan kepada mereka yang melakukannya tetapi tidak pula diterangkan secara terpeinci atau halusi. Kita hanya menerima teorinya dan teori itu kekal menjadi teori, jarang kita bertanya solat yang macam manakah yang boleh memberi kesihatan atau menyihatkan badan itu. Walaupun kenyataan itu sememangnya benar tetapi tidak dapat dimanfaatkan. Kita juga kurang muhasabah kualiti solat yang dilakukan setiap waktu, sama ada ianya mencapai tahap piwaian yang dikehendaki seperti yang tersebut di dalam ilmu aqidah (Tauhid) atau ilmu Figh (Fiqah ) kerana kita menunaikannya setiap waktu maka solat kita itu telah menjadi adat tetapi sayangnya di sana terdapat kekurangan yang masih memerlukan sesuatu yang menuntut dibuat tambahbaikan kepadanya.

Solat boleh mengubati penyakit mati pucuk.

Kalau merujuk kepada perlakuan menunaikan solat ianya melibatkan hati, perkataan dan perbuatan. Adakah semua aspek tersebut dibuat atau dilaksanakan dengan betul dan tepat.

Niat di dalam solat dan sebelumnya.
Adakah kita melakukan niat solat dengan betul dan tepat , adakah niat ingin melaksanakannya juga betul dan tepat. Betulkah kita lakukan kerana Allah dan adakah bersama solat itu ehsan iaitu berasa seolah-olah kita melihat Allah, jika kita tidak melihat-Nya bahawa Dia melihat kita, adakah perasaan ini terdapat di dalam solat kita. Muhasabah ini perlu dilakukan, kalau tindakan ini tidak dilakukan kenyataan yang menyebut solat dapat memberi kesihatan badan tidak akan menjadi kenyataan sepenuhnya.

Bacaan di dalam solat.
Setiap bacaan di dalam solat hendaklah dibaca dengan betul sama ada yang rukun atau yang sunat, adakah kita membaca Surah Al.Fatihah dan ayat yang lain dengan betul dan tepat. Adakah kita membaca tasbih dan doa-doa yang lain dengan betul dan tepat. Adakah kita sentiasa memperbaikinya atau meningkat ilmu mengenainya.

Perbuatan di dalam solat.
Adakah kita melakukan semua perbuatan di dalam solat itu dengan betul dan tepat, adakah rukuk kita itu mengambil masa yang cukup sebelum kepala diiktidalkan dan posisinya adakah tepat. Bagaimanakah iktidal kita, adakah ianya mengambil kira bahawa tomakninah (berhenti sekejap) itu adalah rukun yang amat penting di dalam solat. Bagaimana pula sujud yang dilakukan, adakah anggota sujud berperanan seperti diwajibkan.
Duduk di antara dua sujud dan duduk tahiyat juga adakah kita melakukannya dengan cermat seperti dikehendaki atau kita melaksanakannya dalam keadaan tergopoh gapah kerana ingin cepat siap untuk kembali melaksanakan tugas kita yang lain yang terasa lebih mustahak lagi berbanding dengan solat.

Sebelum melaksanakan solat adakah wuduk kita diuruskan dengan betul dan tepat, iqamah diucapkan dengan baik dan tepat.Adakah kebersihan dicelah-celah kuku dijagai kebersihannya.

Andainya semua persoalan di atas dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan solat-solat sunat sebagai tambahan insya Allah faedah sampingan di sebalik menunaikan kewajipan solat itu akan tercapai. Solat dapat menyihatkan badan akan menjadi kenyataan.

Mengikut satu kajian yang penulis mendengar secara sepintas lalu dan mengetahuinya melalui satu program TV menjelaskan bahawa solat boleh menyembuhkan penyakit mati pucuk yang dialami oleh sesetengah orang lelaki, di mana pada masakini penyakit ini juga dikatakan semakin meningkat.

——————————————

Ketegangan zakar sehingga 80% tegangan atau lebih akan berlaku ketika tidur tidak kurang 3 kali dalam satu malam dalam keadaan disedari atau tanpa disedari. Sekiranya tidak berlaku demikian berarti seseorang itu dipercayai telah mengalami mati pucuk.

—————————————————
Rawatan atau terapi terhadap mati pucuk ini akan berkesan sekiranya dilakukan tidak kurang daripada 12 rakaat. Begitulah kalau penulis tidak salah ingatan. Pada pendapat penulis terapi ini mungkin sesuai dilakukan ketika qiamullail, iaitu bangun di tengah malam secara bersendirian serta melaksanakan beberapa jenis solat sunat sehingga mencapai 12 rakatat atau lebih dan melaksanakannya dengan cukup tertib dan beradab yang tinggi atau pada waktu pagi dengan melaksanakan solat sunat Duda dan diikuti dengan beberapa solat sunat Mutlak. Amalan ini akan lebih sempurna lagi setelah mendapat nasihat doktor yang berkenaan atau di bawah seliaan doktor pakar tersebut.

Sesungguhnya semua soalan yang menjurus kepada muhasabah diri yang dikemukakan di atas bukan ditujukan kepada sesiapa tetapi. sebaliknya ditujukan khas kepada diri sendiri kerana kekadang kita menyimpan banyak teori di dalam dada tetapi tidak pernah berpijak di alam yang nyata, demikianlah kelemahan manusia, Satu jari ditujukan kepada orang lain, tiga jari ditujukan kepada diri sendiri dan satu jari lagi akan berkecuali oleh itu penulislah yang sepatutnya lebih melakukan muhasabah diri berbanding dengan orang lain.

Tambahan:
Jangan hilang fokus.

Menunaikan solat
“kerana patuh perintah Allah”
bukan
“kerana ingin sihatkan badan”,
keinginan untuk menyihatkan badan hanyalah sebagai manfaat sampingannya sahaja.
Manfaat sampingan juga penting diusahakan.

“Allah Maha Mengetahui”

Sekian. Wassalam.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Solat boleh mengubati mati pucuk.

  1. Azmadi says:

    A,kom..kebetulan bapak sedang Bicara tentang solat..saya ingin mengutarakan kemusykilan saya..saat kita solat jumaat kita berada barisan depan..tiba-tiba angin mahu keluar tidak bisa di tahan..bagaimana..sedangkan kita di barisan depan..melangkah di depan orang sedang solat itu tidak beradab..bagaimana pendapat bapak..saya perlukan penjelasan..

  2. abied says:

    Selain Sholat, ada ubat yang mujarab untuk mengubati sakit lemah pucuk….
    ilustration: pedang (parang/pisau) akan menjadi tumpul jika tak di asah. macam itula cara mengubati lemah pucuk. kena di asah tiap masa dan ramai orang tak melihatkan tanda di bagian zakar yang kena di asah. cara ini, juga ada dzikirnya….

    sila hubung sy…. abiedelf@yahoo.com
    (hanya krn aku care sesama saudaraku muslim)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s