Tanda tanda kematian

Adapun tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali Kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allahualam,

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Tanda tanda kematian

  1. abdul hamid berkata:

    artikelnya bagus, saya paste untuk mengingatnya, semoga anda dapat pahala salam dari jakarata

  2. Banjoe berkata:

    ….TANDA & ALAMAT KEMATIAN….

    Ketahuilah setiap yg berNyawa itu pastinya akan mati. Apabila dikatakan yg berNyawa itu, biasanya fahaman kita adalah Ruh yg dihidupkan itu. Kenyataan Ruh yg dihidupkan itu adalah turun naiknya pernafasan kita itu, dimana tenaganya itulah yg menggerakkan badan kita itu. Setiap yg dihidupkan itu, cepat atau lambat, muda atau tua, jika sudah bertepatan dgn janji suratan azalinya, pastinya akan meninggalkan badan kesayangannya, yg lazimnya dinamakan orang, itulah kematian….

    Maka dari pengalaman mereka itu dari kalangan Ahli Hakeqat, maka mereka telah memberikan sedikit ilmu kefahaman tentang alamat2 dan tanda2nya sebelum seseorang itu akan menghadapi itu Sakratulmaut. Oleh itu setiap Anak Adam dikalangan ummat Muhammad SAW, nggak perlu takut akan itu kematian, kerana kematian itu hanyalah perpindahan alam, dari Alam Syahadah kembali semula keAlam Antah Berantah….

    MATI SURI : Dalam menempuh itu kematian ada orang yg sebelum menemui itu kematian yg sebenar2nya mati itu, dia telah dianugerahkan dulu dan mengalami itu Mati Suri. Maka Mati Suri itu adalah diibaratkan Mati Sementara. Maka tatakala dlm Mati Suri itu si-polan itu berkemungkinan juga mengalami sama seperti tanda dan alamat itu kematian. Setelah dia mengalami itu Mati Suri, lazimnya dia mengalami pelbagai suasana diAlam Barzah. Pengalamannya itu memang sukar dikhabarkan dan dipercayai oleh orang syariat, melainkan bisa difahami oleh mereka itu yg beriman kepada yg ghaib dan Hari Kebangkitan….

    GERAK SYAHADAH : Maka begitu juga bagi mereka itu yg telah terbuka dgn sendirinya atau dibukakan oleh si-pembuka dgn Ilmu Gerak Syahadah. Maka setelah terbuka atau dibuka dgn Kunci Hidup itu, maka si-polan itu akan mengalami alamat2 gerak, alamat2 kematian dan pelbagai itu hanya bisa ditafsirkan oleh yg ampunya badan itu sendiri, setelah diberikan penjelasan dan bimbingan oleh Gurunya yg Mursyid itu….

    Wallahu’alam….

    (Sedikit info dari kitab Tok Kenali, kitab Abang Mat Laksamana & Doktrin Si-Sepuluh Al-Mochtary)

  3. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Terima kaseh saudara Banjoe kerana sudi berkomentar di Jalan Akhirat kembali, selamat berpuasa.

    Wasalam.

  4. Banjoe berkata:

    Waalaikumusalam…

    Almaklum kadang2 sibuk dgn urusan harian…
    Tengah malam buta ni dah kehausan,
    nak keluar nak pekena teh tarik…
    Selamat berpuasa dan selamat bersahur…

    Wassalam….

Tinggalkan komen